P
|
“Mana
nak nampak. Sibuk bersembang dengan tunang tersayang, kan. Kereta aku lalu tadi
pun kau tak sedar.”
Izzul menumbuk lembut
dada rakannya. Lambaian diberikan pada Helena yang setia di sisi. Gadis itu membalas
dalam senyum lalu bergerak menghampiri Safiya.
“Hai, Fiya. Sihat?”
“Sihat,
El. Alhamdulillah.”
Kornea Helena serentak
teralih pada gadis di samping Safiya. Gadis yang tampak asing di pandangan
matanya. “Ini... siapa?”
“Oh, lupa! Kenalkan
ini Irish, adik Izzul. Irish... ini tunang Abang Fiy. Helena.”
“Oh... hai,
Irish. Salam kenal.”
Helena menghulur
salam pada susuk lampai itu. Senyuman manis dihadiahkan Irish sedikit menjentik
nalurinya meski ini kali pertama mereka bertemu.
Majlis diacarakan
seorang pemuda yang segak berbaju batik. Mungkin dari kalangan keluarga atau saudara-mara
Tengku Haiyan. Tirai dibuka dengan bacaan doa oleh seorang ustaz. Selesai,
Tengku Haiyan dijemput naik ke atas pentas memberi sepatah dua kata ucapan.
Tumpuan Irish terus
terhala pada pentas di hadapan. Tanpa sedar... dirinya menjadi perhatian
seseorang dari meja yang berlainan.
Seakan menyedari, gerak
hati bagai menolak wajahnya untuk menoleh. Zap!
Berderau darah seantero
badan kala sepasang bening sedang merenung tajam ke arahnya tanpa berkalih
seinci.
Cepat-cepat Irish
kalihkan pandangan.
‘Siapa dia? Tak
pernah nampak rasanya. Tapi kenapa pandang aku macam tu sekali?’
Otak memutar benak.
Cuba memikir. Barangkali kenal atau pernah bertemu. Namun, mindanya tak berjaya
mengingati.
‘Biarlah...’ Akhirnya,
akal memutusi.
Habis Tengku Haiyan
berucap, acara potong kek ulang tahun kelahiran cucu bongsu Tengku Haiyan
berusia dua tahun diteruskan. Biarpun majlis disambut dalam sederhana, kemeriahannya
tetap dirasakan.
Sementelahan di dapur...
“Dewi,
tolong mak ambilkan pinggan besar kat almari sebelah meja makan tu,” pinta Mak
Ros. Tiada reaksi. Lantas wanita itu berpaling.
“Aik! Hilang dah?
Mana pergi budak bertuah ni? Bukan tadi kat sini buat kerja ke?”
Mak Ros mula mencari
Dewi. Sangkanya mungkin gadis itu pergi ke tandas sebentar. Tapi... pintu
tandas bahagian dapur terbuka luas saja.
“Mana pula
budak ni? Takkan tidur kat bilik kut? Penat? Sakit kepala?”
Walau minda tak
bersetuju, kaki tetap juga diayun ke bilik gadis itu. Keluar sahaja dari
ruangan dapur, langkah Mak Ros semerta terhenti. Bibirnya diketap geram. Haluan
berubah arah ke pintu ruangan tengah vila.
“Oi,
Dewi!”
Sergahan
Mak Ros benar-benar menyentak Dewi. Habis periuk dan sudip di tangan berdentang-dentung
terlepas jatuh ke lantai.
“Mak!
Ngapain shockkan Dewi sampai begini sekali? Aduh... lemah dong jantung
Dewi! Bisa kena heart attack Dewi kayak gini!”
“Heart
attack, ya? Yang kau dok terintai-intai tu kenapa? Penat mak
terpanggil-panggil kau kat dapur dari tadi. Rupanya kau kat sini, kan!”
“Syyhhh!”
Dewi meletak jari telunjuknya di bibir.
“Apa syyhhh,
syyhhh?”
“Aduh, mak! Perlahan
dikit itu suaranya. Didengarin nanti sama semua orang diluar!”
“Tahu
pun takut, kan? Kerja bukan main berlambak kat dapur, kau pula dok senang-lenang
kat sini curi tulang!”
“Uish! Enggaklah,
mak. Masakan Dewi dibilangin begitu? Dewi cuman lihat tetamu-tetamu di luar itu
doang. Cantik sekali! Cowoknya juga ganteng-ganteng! Waduhhh...suka banget Dewi
sama dressing mereka. Kan bagus kalau Dewi juga bisa pakai begitu, kan
mak? Pasti lagi grand!” tutur Dewi riang. Tersenyum-senyum dia melayani
angan-angan.
“Hei! Budak ni, kan...”
Mak Ros mencubit pipi gebu itu. “Kau kalau dah berangan... sampai esok pun tak hilang.
Dah, jom masuk dapur! Kerja kau memanggil-manggil dah tu!” tangan Dewi terus
ditarik untuk kembali ke dapur.
“Bentar
bentar bentar, mak. Sebentar!”
“Laa...
apa lagi? Karang tak siap kerja tu, bising Tengku nanti. Isk! Cari fasal
betullah budak ni! Hah, kenapa pula ni?”
“Sabar,
mak. Usah marah-marah, dong!” Dewi menjengah semula ke luar. “Tu...,”
“Apa
dia?” Mak Ros menyoroti arah ditunjuk Dewi. “Tak nampak apa-apa pun!”
“Isk!
Mak ini! Manusia yang segede-gede itu kok enggak bisa dilihatin. Tu... itu...,”
“Mana?”
“Ya itulah! Anaknya
Ibu Tengku yang baru pulang dari oversea itu!” tubuh Mak Ros ditarik Dewi
merapatinya. Gerangan insan yang dimaksudkan sedang berbual bersama
tetamu-tetamu di luar sana. “Nampak apa enggak?”
“Ya! Mak
nampak ni. Ha, kenapa pula dengan anak Tengku tu?” tanya Mak Ros. Dia tahu
semenjak Dewi bekerja sebagai pembantu di vila ini, ini pertama kali gadis itu
berjumpa dengan anak lelaki bongsu majikannya lantaran belum sampai setahun
Dewi bekerja di sini. Sedangkan lelaki itu sudah lebih setahun tidak pulang ke
Malaysia.
“Anak Ibu Tengku itu
ganteng banget ya, mak! Handsome! Grand! Man...”
“Oi! Tak
habis-habis lagi? Dah, kau pergi buat kerja sekarang! Pergi buat. Sebelum mak report
kat Tengku, baik kau pergi buat kerja sekarang!”
“Ya,
iya! Dewi pergi sekarang. Baru ngomong dikit, udah mau marah!”
Dengan
wajah sedikit mendung, gadis seberang itu kembali ke dapur. Merajuk!
Tapi rajuknya taklah
teruk mana. Sekejap lagi baiklah dia. Masakan tidak... sepanjang bekerja di
sini Mak Roslah tempat dia bermanja dan menumpang kasih sebagai ganti tempat
ibunya yang berada jauh nun di seberang laut sana.
“Dah,
siapkan kerja cepat. Lepas tu, kita boleh makan. Dah lapar, kan?”
“Iya, mak. Dewi
siapin sekarang!”
“MANA adik kau, Fiy? Aku tak sempat jumpa dia lagi.”
Sudah lama berada di
sini, bayang insan yang diraikan masih tak kelihatan. Tengku Hafiy menoleh ke
meja utama, selang satu meja dari tempat mereka.
“Tadi ada dia duduk
kat situ dengan family aku. Hilang dah!”
“Jumpa
orang kut. Tak apalah. Biar dulu.”
“Acik
Irish... jom kita pergi tengok ikan kat kolam!” Qusyairi menunding ke arah
kolam ikan di taman mini. ‘Destinasi’ wajib setiap kali bertandang ke vila ini.
“Boleh. Tapi kena
tanya papa dulu.”
“Boleh
tak papa?”
“Hmm...
hati-hati. Jangan terjun dalam kolam tu pula, ya!”
“Tak.
Airi tengok aje!’ jawab Qusyairi patuh. Sepantas kilat dia turun dari kerusi
lalu menarik tangan Irish untuk turut bangun.
“Acik
Iyish... Qis nak ikut juga!”
Qisrina sudah mendepa
tangan minta dibawa bersama. Dalam tersenyum, Irish turuti saja. Didukung si
cilik itu sambil tangan kanan memimpin Qusyairi.
“Hermm...
nasib baik yang sorang ni kecik lagi. Kalau tak... dengan dia-dia sekali Irish
kena angkut!” ngomel Izzul. Kepala anak bongsunya, Alief Qhuarizmie berusia
sepuluh bulan dipangkuan Safiya diusapnya lembut.
“Itu
baru kau, Zul. Esok-esok aku dah ada anak, tak tahulah macam mana gayanya!”
“Ikut
perangai kaulah! Nak ikut siapa lagi?”
Perbualan
mereka semakin rancak. Apa yang berlaku di sekeliling tidak diambil pusing.
Dalam asyik berborak, muncul Tengku Dafina bersama anak-anaknya yang lain memeriahkan
kelompok tersebut.
“Mama.”
Perbualan
Tengku Dafina bersama yang lain terhenti. Serentak semuanya menoleh.
“Mama
panggil Harrys?”
“Ha,
Harrys. Mari! Jumpa dengan anak angkat mama, Izzul. Ingat lagi tak kawan abang
kamu yang selalu
datang ke sini dulu?”
“Of
course. The only one his bestfriend.” Tengku Harrys mengatur langkah
menghampiri Izzul. Dijabat tangan rakan abangnya lalu berpelukan.
“Ingat
lagi kau ya, Rys?”
Lelaki itu memotret
senyum. Waktu abangnya menuntut di UPM, Izzullah yang selalu dibawa pulang ke
vila. Sering bermalam di sini. Hinggalah Tengku Hafiy melanjutkan pelajaran ke
luar negara dan dia turut sama menyertai jejak abangnya. Sejak itu, mereka tak
pernah bertemu lagi.
“Sihat, bro?”
Tengku Harrys bertanya khabar Izzul.
“Sihat,
alhamdulillah. How about you?”
“Macam inilah.
Sama macam dulu.”
Sedikit janggal Izzul
untuk berbual dengan Tengku Harrys. Ironinya, lelaki itu masih seperti dahulu.
Cuma penampilannya agak berbeza. Lebih kacak dan segak walaupun hanya berseluar
slack serta kemeja hitam yang dilipat hingga ke paras siku lengannya.
“Eh...
mana anak kamu Izzul? Tak nampak dari tadi. Irish pun Mak Engku tak nampak.
Mana dia? Tak datang ke?” tertinjau-tinjau mata Tengku Dafina ke sekeliling.
“Err...,”
“Nek
Engkuuu!”
Teriakkan Qusyairi bersenandung
dari jauh. Berlari-lari dia dari arah kolam meluru mendapatkan Tengku Dafina.
Kelakuan yang sama turut diulang Qisrina, buatkan kedua kanak-kanak itu berada
dalam pelukan serentak.
“Cucu-cucu
Nek Engku ni pergi mana aje? Hmm?”
“Tengok
ikan kat kolamlah, Nek Engku. Dengan Acik Irish.” Qusyairi petah menjawab. Muncungnya
disuakan ke arah susuk lampai di belakang.
Irish kaku tak
terkata. Seluruh mata kini tertumpu tepat padanya. Dalam palpitasi yang dah tak
menentu, kakinya diatur mendekati Tengku Dafina.
“Mak
Engku.”
Tangan wanita itu disalam
dan dikucup. Bagai dijangka, tubuhnya diraih dan dipeluk. Dahinya juga dikucup.
Persis pertemuan pertama yang terjadi dahulu.
“Mak Engku ingat
Irish tak datang tadi.”
“Hermm...
mama ni risau betul Kak Irish tak datang, kan!” Tengku Hazreen bangun menyalami
Irish bersama kakaknya, Tengku Hazleen.
“Ha!
Irish belum pernah jumpa dengan Harrys lagi, kan? Tu... kenalkan adik akak yang
baru balik dari London. Tengku Harrys.”
Irish berkalih
pandang pada gerangan yang dimaksudkan. Dua pasang mata itu bertentang.
Berderau lagi darah Irish kala bening itu terpasung tepat ke rautnya.
‘Dia kan yang tenung
aku tadi?’
Dan, sekarang pun...
lelaki itu masih merenungnya. Tajam, dalam, menikam.
Tidak selesa dengan
panahan mata itu, Irish menghadiahkan senyuman sekilas. Wajah cepat-cepat
dilarikan kemudian.
“Eh, jomlah duduk
sambung bersembang! Lama dah tak berkumpul ramai-ramai macam ni!” Tengku Dafina
kembali ambil tempat.
Meja itu kembali riuh.
Bermacam cerita yang mereka borakkan. Gelak tawa tk lekang memecah suasana
malam.
Hanya Tengku Harrys
yang langsung tak terusik dengan apa yang dibualkan. Bening redupnya asyik
memerhati seraut wajah sedang memangku anak perempuan kecil lingkungan empat
tahun yang sudah terlena dalam pangkuan.
Menurut mamanya tadi,
itu anak Izzul. Dan Izzul adalah abang kepada gadis itu.
What a small world...
“Hoi! Kau okey tak,
Rys?” Tengku Hafiy menyiku tubuh adiknya di sebelah.
Bukan dia tidak
perasan. Sejak tadi sepasang mata milik lelaki itu ke arah mana tak lepas-lepas
dari memandang.
Tersentak dengan sergahan itu, cepat-cepat Tengku Harrys anjakkan pandangan.
“Okey.”
Selamba dia menjawab.
Meninggalkan satu rasa yang lama terbuku di sukma.

No comments:
Post a Comment