MATANYA leka menikmati keindahan bumi London. Begitu
mempesonakan. Meskipun cuaca dingin membalut tubuh, hingga darah seakan beku
tak berjalan, namun dirinya masih tak nak berganjak dari bangku yang diduduki
sejak tadi. Hati ingin terus diulit panorama mengasyikkan. Biarpun hanya dari
atas cruise ini.
Big Ben, London Eye, House of Parliament, Tower Bridge,
Tower of London. Serta banyak lagi ikon-ikon megah di sini. Tak ada satu pun
yang terlepas dari perhatian sepanjang menyusuri Sungai Thames, sungai
terpanjang di England dan kedua terpanjang di United Kingdom ini. Sebolehnya
dia mahu mengabdikan momen-momen termanis begini sepuas mungkin. Entah bila
dapat merasa lagi.
“Mengelamun apa?”
Begitu dekat
bisikan itu di telinga. Lamunannya terhenti serta-merta. Perlahan dia toleh ke
sisi.
“Hmm?”
“Mengelamun apa?”
“Mana ada
mengelamun.”
“Ya ke?”
“Iya.”
“Then, senyap aje dari tadi.”
“Senyap sebab menghayati pemandangan kat sini. Cantik.”
“Do you enjoy it?”
“Hmm.”
Tengku Harrys tersenyum nipis. Snow cap yang dah beranjak, ditarik semula menutupi kedua
telinganya dari cuaca yang semakin dingin.
“Awak mesti dah biasa tengok semua ni,” ucap Irish
perlahan.
“Kalau ada waktu terluang dulu, this is my activity. Ambil angin.
Tengok pemandangan. Release stress.”
“Sendiri?”
Tengku Harrys cerunkan matanya pandang Irish. “Awak
rasa?”
“Mesti ada teman.”
“Ada ke orang nak teman?”
“Mungkin.”
“Siapa?”
“Siapa-siapa. Ramai aje minah salleh yang boleh temankan
kat sini.”
Spontan Tengku Harrys ketawa.
“Kenapa ketawa. Salah ke?”
“Tak berminat.”
“Jual mahal kut.”
Tengku Harrys angkat kening. “Maybe. But... kalau tak
jual mahal, tak adalah saya jumpa awak. Dan kita pun takkan ada kat sini sekarang
ni. Am I right, dear?”
Seraya wajah Tengku Harrys berkalih ke sisi. Merenung
tepat anak mata Irish di balik kacamata hitamnya.
“Setiap perancangan ALLAH, punya alasan tersendiri. Ada
sebab kenapa saya tak pilih minah-minah salleh tu temankan saya kat sini. Sebab
Dia dah aturkan secantiknya siapa peneman saya sejak azali. Jadi, buat apa saya
nak mencari?”
Irish terkedu. Pipinya mula membahang. Bukan setakat
renungan, malah bicara Tengku Harrys buat tembok hatinya terasa bergegar.
Pantas dia larikan wajah. View di kiri kanan sungai yang mengalir
sepanjang selatan Inggeris dan membelah kota London menuju ke laut itu kembali
dijamah.
Suhu semakin rendah. Kabus juga kian tebal. Hingga
menutup sebahagian pemandangan Sungai Thames.
Irish turut kaku. Winter
coat tersarung di badan dikatup serapatnya. Melawan dingin yang mencengkam
sampai ke tulang.
“Sejuk?” Tengku Harrys kembali bersuara.
“Sikit.”
“Kalau sejuk, kita turun tingkat bawah.”
“Tak apa. Boleh tahan lagi.”
“Muka awak dah pucat, Irish. Takut demam nanti.”
“Belum snowy. So,
no worries.”
“Habis nak tunggu snowy
baru turun?”
“Harap-harap tak adalah.”
Kali ini Tengku Harrys tergelak. “Kat Jeju hari tu
bolehlah elak. Kat sini, belum tentu lagi. London memang jarang turun salji.
Tapi kalau sekali dah turun…,”
“Janganlah cakap. Jadi betul nanti.”
“Kalau dah jadi, saya terus peluk aje nanti. Let me warm you in my arms.”
Kali ini tembok jantung Irish rasa nak runtuh. Makin hari
Tengku Harrys makin berani menyakatnya. Itu belum terkeluar sikap romantik dia.
Lagi parah!
“Lama lagi nak sampai Greenwhich?” Irish cuba menukar
topik. Lebih tepat, ingin sembunyi getar dada yang sudah hilang arah.
“About half an hour.
Why?”
“Tak ada apa.”
“Kalau ngantuk, tidurlah dulu.”
“Tak adalah.”
“Mulut kata macam tu. Tapi muka awak tak pandai menipu.”
Giliran Irish tergelak. Kata-kata ‘keramat’ itu macam dah
sebati dengan bibir lelaki di sebelah nampaknya.
“Come. Sleep here.
Saya tahu awak penat.”
Tengku Harrys menepuk-nepuk lembut bahu kirinya. Gelak
Irish mati serta-merta.
‘Takkan kat sini? Depan pengunjung-pengunjung lain?
Jangan nak buat hal, Harrys.’
“Irish.”
“Tak apa. Saya tak ngantuk.”
“Kalau tak nak tidur, just
lay down your head on my shoulder. Lama-lama nanti tidurlah.”
“Err, tak...,”
“Come.” Tengku
Harrys terus paut bahu Irish. Kepala wanita itu dilandai ke bahunya. “Just close your eyes. Dah sampai nanti
saya kejutkan.”