Sunday, January 31, 2021

RELAKU PUJUK : SPECIAL TEASER 05

  



SELAK kunci ditolak ke atas. Sebaik terbuka, tangan lantas genggam pemegang. Dengan volum paling minima, daun pintu bilik air ditarik perlahan-lahan.

Sefhia intai ke luar. Kut-kut bayang seseorang melintas di depan. Tapi macam tak ada. Tanda lelaki itu belum jag lelaki a dari tidurnya.

Huh!

Sefhia tarik nafas lega.

Pagi ini sengaja dia bangun awal. Nak elak bertembung dengan Aryan. Semua gara-gara insiden tadi malam. Malu, segan, menyesal. Sampai lenanya lansung tak tenteram. Dan nampaknya apa yang diharapkan pagi ini dimakbulkan.

Mandi dah selesai. Lepas ini solat, kemudian siap-siap, habis itu boleh keluar. Tak kisahlah dengan siapa nanti dia akan lepak. Yang penting, bukan di sini bersama Aryan.

Tanpa lengah, gadis itu mula menapak. Sebaik kaki kiri jejak ke lantai, tekanan darahnya serentak naik memuncak. Sosok seseorang bersandar di sisi pintu bilik air betul-betul buat dia terperanjat.

“Kamu kenapa? Barusan lihat hantu?”

Sefhia terkaku. 

“Atau kaget lihat pria tampan lagi nungguin kamu depan pintu?”

Serentak Aryan pandang Sefhia. Satu renungan dihantar penuh makna. Renungan yang sama macam tadi malam. Cepat-cepat Sefhia alih pandangan.

Dari bersandar, kini Aryan sudah berdiri tegak. Setentang Sefhia di depan. Kakinya turut melangkah. Perlahan-lahan dekati Sefhia yang kaku tercegat. Selangkah demi selangkah, makin dekat. Hingga paksa si gadis berundur tapak. Dalam tak sedar, sosok Sefhia masuk ke dalam bilik air semula.

What are you trying to do?”

Aryan senyap. Namun kaki kekal bergerak.

Stop.”

Aryan masih tak endah. Cuma berjalan dan terus melangkah. 

Sefhia panik. Otak dah start fikir apa Aryan cuba nak buat.

Kalau musuh, dari tadi langkah seninya dah dia buka. Masalahnya sekarang, suami sendiri. Silap perang, mahu kecoh satu St. Regis Langkawi ini.   

Bap!

Bunyi sesuatu jatuh ke lantai. Petanda ruang di belakang dah mencapai tahap maksimal.

Akal Sefhia mati. Langkahnya terkunci. Tubuhnya dah melekat ke dinding. Tapi Aryan... sosoknya makin lama makin hampir.

Stop.”

Nowhere to run, Sefhia.”

You better stop.”

If I could.”

I said stop, Aryan.”

“Kalau nggak, kamu mau apaan? Teriak? Atau tumbukan? Go! Silakan.”

Aryan terus rapati Sefhia. Hingga betul-betul hanya satu dua inci jarak mereka terjeda. Dan serentak, kedua tangan lelaki itu ditekap ke dinding.

I got u!”

Sefhia tentang mata di depan. Tepat. Tajam. Menikam.

Apa Aryan cuba nak buat sebenarnya? Balas dendam? Atau sekadar satu usikan? Atau mungkin nak buat sesuatu yang menyebalkan?

Buatlah!

Sebelum sempat tangan lelaki di depan cecah badannya, kepala lutut ini yang akan singgah dulu ke abdomen dia. Dan seterusnya… perang bermula.

Sefhia dah tak kira. Apa nak jadi-jadilah. Kecoh satu hotel ini pun dia tak kisah. Kalau masuk paper sekalipun, lantaklah!


Sunday, January 17, 2021

RELAKU PUJUK : SPECIAL TEASER 04

 


🍂 "He...... Son of Crazier. He looks cool. But once you messed him up, you'll know his true color......" 🍂



YOU’RE not supposed to do that.” Luah Reyes.

           Do what?”

           You know what I meant.”

           She deserved it.”

           Reyes pandang Zen. Berselera saja daddynya itu makan. Seolah-olah apa yang jadi siang tadi lansung tak tinggalkan kesan.

        She need a time. After what she had gone through without us. Hidup dia terumbang-ambing sorang-sorang kat luar.”

But she’s too much!”

“Oh, ya? Atau daddy sebenarnya yang dah melampau. Pukul anak macam binatang.”

 Pap!

Hentakan tangan Zen menggegar semua barang-barang atas meja.

So, you pun nak salahkan daddy? Jadi macam adik you, lebihkan lelaki tu sampai sanggup ingkar arahan daddy? Hmm?!”

“Sefhia dah besar. Dia ada hak untuk tentukan jalan hidup dia.”

Really? Jadi sekarang you nak daddy buat apa? Lepaskan dia? Biar dia balik semula pada lelaki tu? Ikut macam you? Lari ke luar negara, tinggalkan daddy kat sini, after what all I have done, I have sacrificed for both of you. Is it?! You nak macam tu??!”

Anak mata Reyes cerun tenung wajah di depan. Dalam. Tajam. Menikam.

Tak ada gunanya dia cakap. Selagi kata-kata yang keluar itu dari mulut manusia bernama Zen. Betul macam mana sekalipun, tetap akan salah.

Seraya dia bangkit. Makanan yang belum dijamah lansung ditinggal pergi.

Where are you going, son? I’m not finish with you!”

Reyes terus berjalan.

Reyes! Come back here!”

 Langkah Reyes makin panjang.

Reyes! I said come back here!!!” jerit Zen sekuatnya.

Terasa bergegar seisi alam. Namun panggilan itu hanya dibiarkan. Kaki Reyes terus menapak ke atas. Sejak tadi hatinya meronta-ronta untuk lihat keadaan gadis berkenaan.

Macam mana agaknya Sefhia?

Kali terakhir dia jumpa, siang tadi. Lepas dipukul teruk Zen, gadis itu terus tak sedarkan diri atas pangkuannnya. Lantas tubuh itu dibawa naik ke bilik. Beri ruang untuk rehat. Dan sekarang baru dia nak jenguk semula.

Pintu bilik Sefhia dibuka. Sebaik jengah, sekujur tubuh kaku menjamah mata. Macam mana dia letakkan gadis itu atas tilam tadi, macam itu juga keadaan posisinya. Sama.

‘Dia belum sedar,” desisnya.

Reyes melangkah ke dalam. Hingga di tepi katil, lelaki itu berhenti. Merenung Sefhia dalam tegak berdiri.

           Entah kenapa, hatinya sakit. Sakit lihat gadis di depan dibelasah begini. Bukan dia tak biasa. Malah lebih teruk dari ini pun Sefhia pernah kena.

           Tapi itu sebab bertumbuk dengan lawan. Luka sekarang? Sebab dibelasah oleh orang yang mereka sayang. Macam mana perit sakitnya Sefhia tanggung, seolah-olah tubuhnya juga ikut sama diterajang.

        I’m sorry…” ucap Reyes. Terasa dia gagal lindungi Sefhia kali ini.

           Kalau dulu, nak bagi orang jentik Sefhia pun dia takkan izin. Beranilah kacau. Memang habis-habisan orang itu akan kena balik.

Tapi sejak dia pergi, Sefhia lansung dia tak peduli. Sihatkah? Gembirakah? Bahagiakah? Semua itu memang dirinya dah tak ambil pusing.

“Bila mummy dah tak ada nanti, Reyes jaga Sefhia baik-baik ya. Walau apapun yang jadi, jangan tinggalkan dia. Janji sama mummy.”

Pesanan keramat itu ambil alih pula. Menambah-nambah rasa bersalah dalam dirinya. 

I’m sorry, Sefhia…” lafaz Reyes sekali lagi.

Matanya dipejam. Sejenak, kenangan bersama waktu kecil terimbau. Berlegar-legar menari di tabir ingatan. Tak ada yang pahit. Semuanya hanya indah dan menggembirakan.

Alangkah seronok andai masa itu dapat diputar…

“Arghhh.”

Reyes tersentak. Segala imbauan serta-merta lenyap.

“Sefhia.”

“Arghhh…” 

Cepat-cepat Reyes tahan Sefhia dari bangun. “Easy, Sefhia. Easy!”

Sefhia buka mata. Samar-samar, wajah Reyes menyapa bening birunya.

“Reyes.”

Yeah… I’m here. Don’t move too much. You still hurt.”

Sefhia pandang lelaki di sisi. Kepala cuba mengingat apa yang telah jadi.

Dah berapa lama dia tak sedarkan diri? Selama itu jugakah Reyes di sini?  

Dan kala itu dia teringat sesuatu. Spontan, kepalanya disentuh.

No worries. It’s still being covered,” ujar Reyes.

Memang dia yang tutup kepala Sefhia. Tak tahu nak cover dengan apa, tuala sajalah penyelamatnya.

Entah. Dia sendiri tak tahu kenapa dia buat. Lihat Sefhia bermati-matian pertahankan, secara tak lansung dia rasa bertanggungjawab untuk turut lindungi ‘makhota’ gadis berkenaan.

“Reyes…”

Reyes terasa lengannya digenggam. Wajah di sisi dipandang. Renungan gadis itu dibalas.

Dia tak pasti Sefhia nak apa. Tapi dari mata yang berkaca itu, seolah-olah Sefhia meminta semangat darinya. Mohon kekuatan untuknya. Merayu perlindungan buatnya. Sepertimana dia pernah berikan pada gadis itu suatu ketika.

Perlahan, jemari Reyes sentuh kepala Sefhia. Wajah yang dah separuh membengkak dibelasah tanpa belas, dipandang penuh kasihan.

Dan tanpa sedar setitis air hangat jatuh dari hujung matanya.

I’m here. Always here. For you.”

                                   


Saturday, January 9, 2021

RELAKU PUJUK : SPECIAL TEASER 03

 



“DEL… kamu udah kasitahu sama Indra kita udah selesai?”

“Oh! Belum, ma.”

“Kok belum?”

“Del udah nelefon tadi waktu di dalem. Tapi handphonenya mas Indra lagi enganged!”

“Ayuh, dicoba lagi dong. Kalau masih nggak dapat, telefon sama Aryan atau baba.”

“Iya, iya. Del nyobain lagi, ya.”

            Della capai telefon dalam beg. Nombor suaminya didail. Tetap sama. Engaged.

Memang suaminya tak ikut sama masuk tadi. Termasuk kakek, baba serta Aryan. Malas katanya. Tahu sajalah lelaki. Bab-bab shopping bukan hal kegemaran. Jadi mereka bawa haluan ke kafe berdekatan.

Masalahnya sekarang, tak tahu kafe mana jadi singgahan. Kalau tahu, bolehlah dia terus redah.          

Berapa kali cuba tak dapat, talian dimatikan. Nombor Aryan kini jadi sasaran.

“Helo.”

“Helo, Aryan! Aduh… kalian lagi di mana, sih? Ini Kak Del sama yang lain udah sele…,”

Zap!

Bicara Della tersekat. Mulutnya ternganga. Telefon terlepas jatuh. Kepalanya blank sekejap. Terpempan saat beg tangan disambar sepantas kilat.

“Hei! Pencopet! Balikin tas tanganku!”

Bergema suara Della di perkarangan pusat beli-belah Jetty Point itu.

“Heh! Lo jangan kabur! Balikin tas tangan itu!!”

Della terus berteriak. Dicapai high heelnya belah kanan lalu dibaling ke depan. Harap-harap melantun kena kepala peragut lelaki berkenaan. Nak lari, memang dia tak larat. Jadi itu saja pilihan yang tepat.

Tapi… balingannya tak kena.

“Heh! Awas lo, ya! Kalau aku dapat, siap lo aku kerjain!”

Della makin geram. Dicapai pula high heel belah kiri. Moga-moga tepat kali ini. Dihayun balingan sekuat hati. Namun mulutnya ternganga sekali lagi kala sosok Sefhia deras berlari melewati dan terus meluru ke arah peragut tadi.     

“Arghhh!!!”

Sekelip mata lelaki itu tersungkur. Rebah mencium bumi saat tendangan Sefhia melekat ke belakang tubuh.

“Hei! Apa masalah kau, hah?!” jerkah peragut itu. Geram plannya diganggu.

Sefhia tak endah. Ditarik baju peragut tersebut agar bangkit. Tapi tangannya laju ditepis. Lelaki di depan cuba bangun untuk lawan balik.

“Kau nak cari pasal dengan aku ya, perempuan! Tak apa. Kau tunggu. Siap kau aku kerjakan!”

Depan khalayak ramai, lelaki peragut itu serang balas Sefhia. Tumbuk, tendang, terajang, semuanya keluar. Namun tak satu pun yang tepat. Balik-balik dia yang terkena.

“Arghhh!!” dengusnya geram. “Kau nak main-mainkan aku, ya!”

Keduanya kembali berlawan. Bertubi-tubi Sefhia diserang. Arah kiri, kanan, dari depan, belakang. Tiap sudut peragut itu kaw-kaw bagi penangan. Namun satu-satu dapat Sefhia patahkan.

Dah serupa tengok pertarungan dalam gelanggang, orang ramai makin berkerumun menyaksi pertelingkahan di tengah-tengah jalan. Kagum dengan kelincahan Sefhia yang bertudung. Atau sakit hati dengan lagak peragut yang menjengkelkan. Yang pasti, masing-masing nak tunggu macam mana ia berkesudahan.

Dalam keadaan agak cemas, di celah-celah orang ramai kerumunan, Aryan berlari menuju ke arah keluarganya. Pak Aryawan, Pak Aditya dan Indra turut kelihatan sama.

“Kak Del! Ngapain? Apa yang terjadi?!” tanya Aryan dalam mengah.

Punyalah kelam kabut dia bila dengar Della terjerit-jerit dalam talian. Dan-dan itu dia berlari keluar tinggalkan kafe tak fikir panjang. Sampai lupa baba, kakek, abang iparnya ada kat belakang. Mahu putus nafas mereka kejar dek langkah derasnya di depan.

“Kak! Aryan nanya ini? Kalian nggak apa-apa, sih? Hah, ma, nenek?”

Aryan menyoal lagi. Sambil periksa keadaan kakak, mama, nenek serta anak-anak

 buahnya yang tegar diam tak berkutik.

“Aduhhh… kalian ngapain, sih?! Ditanya kok lagi diam!”

Della telan liur. Bibir rasa kebas nak balas soalan Aryan yang bertalu-talu. Kata-katanya dah hilang dek terperanjat dengan apa yang sedang berlaku. Sudahnya, tangan yang masih pegang high heel diangkat. Menunjuk ke arah ‘drama’ yang tengah berlansung hangat.

Aryan toleh. Ikut arah telunjuk Della. Pucat terus wajahnya sebaik lihat sosok Sefhia sedang bergelut separuh nyawa.

“Sefhia...,”

Sefhia terus balas tiap pukulan di depan. Sesekali rautnya berkerut bila buku lima peragut itu mengena wajah dan badan. ‘Pertempuran’ yang disangka sekejap nampaknya dah didrag jadi panjang.

Liat betul nak menyerah!

Sefhia jadi geram. Dah tak ada pilihan. Harap ‘senjata’nya akan bagi kesan.

Dengan pantas tubuhnya diputar. Kaki kanan sekaligus diangkat, dilayang, lalu ditendang deras. Tepat ke ulu hati dan rusuk peragut di depan.

Serentak, lelaki itu terbatuk-batuk. Dadanya disentuh. Sakit, perit, bisa. Terasa segala organ dalamannya macam meletup-letup dek tendangan ‘maut’ tersebut.

Lihat keadaan itu, Sefhia dah tak lengah. Leher peragut cepat-cepat dilocked dengan tangan. Lengan kiri dipulas terus ke belakang. Dan serta-merta peragut itu mati pergerakan.

“Lepaslah!”

“Bagi beg.”

“Aku tak cari pasal dengan kau punlah!”

“Bagi balik beg tu.”

“Jangan harap!”

Sefhia naik berang. Cengkaman pada leher makin dikejapkan.

“Argghhh!!!”

“Bagi balik. Atau leher kau patah.”

Tangan kanan Sefhia dan-dan beralih ke rahang. Tunggu masa saja tulang leher itu bakal dipusingkan.

“Okey, okey! Aku bagi. Aku bagi!” jerit peragut itu menyerah.

Kali ini dia benar-benar kalah. Kalau perempuan di belakang tak acah-acah, sekali rentap saja dia pasti akan rebah. Terkulai nyawa melayang dengan mudah.

Beg tangan di lengan lansung diserah. Sebaik Sefhia lepas pautan, peragut itu terus pasang langkah seribu tak tentu arah.

Sefhia lepas nafas. Habis itu tubuhnya dipalingkan. Dari jauh dia nampak keluarga Aryan. Dah baru kini juga dia sedar kawasan tersebut dah dikerumun ramai orang.

Endah tak endah, gadis itu atur langkah. Berpatah kembali pada Aryan sekeluarga yang menanti resah. Walau sedar tiap manusia di situ tak henti pandang dan berbisik tentangnya, namun dia hanya berjalan tenang sambil kesat peluh di dahi yang kian membasah.

Tuesday, January 5, 2021

RELAKU PUJUK : SPECIAL TEASER 02

 


TOMBOL ditarik perlahan. Serentak, daun pintu ditolak ke dalam. Pancaran lampu tidur yang samar-samar sekaligus menyapa pandangan.

 Aryan menapak masuk. Lagguage di belakang turut disorong. Tanpa sebarang bunyi. Tak nak ganggu penghuni bilik ini.

Nama pun pukul 2.45 pagi. Dah tentu-tentu empunya badan tengah lena diulit mimpi. Sementelah, tak ada yang tahu pun dia akan pulang dari Abu Dhabi.

Sengaja dia tak bagitahu. Konon nak bagi kejutan. Tapi alih-alih rancangannya tersasar. Gara-gara flight kelewatan.

Tak apalah. Janji dia dah selamat sampai!

Aryan terus berjalan hampiri katil. Matanya nak lihat seraut wajah yang sejak tadi memanggil-manggil. Namun dia sedikit kaget. Tilam bersaiz king itu cuma kosong tanpa sosok yang dicari.

‘Ke mana dia?’ bisik hatinya.

Tak mungkin lari. Dia yakin Sefhia takkan buat perkara ‘gila’ itu lagi. Sefhia dah janji. Tapi kalau betul? No!

“Sefhia.” Panggil Aryan perlahan. Namun tak ada sahutan.

Aryan lepas bagasinya. Mata mula liar cari kelibat Sefhia. Bilik air. Bilik woredobe. Balkoni luar. Semua tak ada.

Lelaki itu berpatah semula. Mungkin kat dapur. Minum. Walaupun dia tak nampak kelibat sesiapa sebelum naik tadi. Atau dia terlepas pandang barangkali.

Dalam rasa kalut, tiba-tiba langkah Aryan mati. Sepasang matanya seakan terlihat sekujur tubuh atas sofa. Sofa yang selalu ditiduri.

Dan-dan itu kaki dihala ke sana. Setapak demi setapak. Saat tinggal sedepa jarak, lelaki itu hela nafas panjang.

“Patut nggak ketemu. Di sini kamu.”

Walhal berapa kali tadi dia lalu. Boleh tak perasan. Sebab tak terfikir pun Sefhia akan tidur di ‘katil’nya.

Aryan daratkan duduk di sisi Sefhia. Nak kejut. Tapi bila lihat gadis itu tampak lena, niatnya terbantut serta-merta.

“Mau kejut apa nggak? Nggak mungkin aku mau biarin dia ketiduran di sini.”

Sudahnya, Aryan renung wajah di depan. Wajah yang jarang dapat ditatap dalam keadaan demikian. 

Selama hari dia cuma nampak Sefhia yang kasar, yang keras, yang serius perwatakan. Tapi saat ini seraut wajah tersebut terlihat manja, lembut dan tenang. Setenang matanya memandang.

Jujur dirinya terpesona. Terpesona dengan ciptaan indah Yang Esa.

Perlahan-lahan tangan Aryan dibawa ke wajah Sefhia. Juntaian rambut yang menutup sebahagian muka, diselak. Pipi gadis itu dielus lembut. Dan mata terus amati setiap inci raut tersebut.

“Jangan salahin aku, Sefhia. Terus memburu dan menawan cintamu. Kerna aku percaya sedikit saat nanti, kamu bakal kecundang di tanganku.”

Aryan melafaz kata-kata itu. Kata-kata seakan janji yang dipadu.

Untuk seketika, beningnya terus curi peluang tatap wajah Sefhia puas-puas. Sebab dia tahu kalau gadis itu dah terjaga, mustahil momen-momen begini dapat dirasa.

Dari wajah, mata Aryan kini jatuh pada sesuatu dalam pegangan Sefhia. Sesuatu yang seringkali jadi tatapan gadis berkenaan.

Apa bendanya? Penting sangatkah? Sampai tiap kali dia datang, cepat-cepat gadis itu sorokkan.

Aryan jadi penasaran. Hatinya meronta-ronta ingin penjelasan. Dengan gerakan paling perlahan, tangannya tarik kepingan itu dari pegangan gadis di depan. Sebaik diterbalikkan, sekeping foto lama agak lusuh menerpa pandangan.

Ada seorang lelaki dewasa. Duduk disisinya seorang wanita pula. Seorang kanak-kanak lelaki atas ribaan si suami. Seorang lagi bayi dalam dukungan sang isteri.    

Aryan tenung gambar itu. Meneka-neka siapa keempat-empat mereka. Mungkinkah keluarga Sefhia?

Minda Aryan cuba dikerah. Cukup beberapa minit masih tak dapat petanda, foto tersebut dikembalikan semula ke tangan tuannya.

“Mau dikejut apa nggak ini? Kesian pula udah lena. Tapi kalau nggak dikejut, dia terus-terusan di sini, aku lagi mau tidur di mana?”

Aryan buntu. Serba salah dengan keadaaan itu. Lama dia termenung. Cari akal untuk solve the issue.

“Hmmh. Nggak punya pilihan.”

Akhirnya dia bangun. Penuh hati-hati tubuh Sefhia didukung. Harap-harap gadis itu tak sedar dari tidur.

Dengan segera Aryan bawa Sefhia ke katil. Bimbang nanti gadis itu terjaga, habis meletus perang dingin. Tapi belum sempat langkahnya sampai, mata Sefhia perlahan-lahan terbuka. Langkah Aryan terus terhenti serta-merta.

What are you doing?”

“Kamu ketiduran di sofa. Jadi aku mau bawa kamu ke katil sana.”

“Turunkan aku.”

What?”

“Aku nak turun.”

 Sefhia cuba lepas tubuh dari dukungan Aryan. Namun tangan lelaki itu lebih pantas eratkan pegangan.

No. Aku udah angkatin kamu tadi. Jadi biar aku yang letak kamu kembali.”

No.”

Yes!”