BMW Coupe Tanzanite Blue itu masuk ke tempat parkir
miliknya. Dua sosok tubuh kemudian keluar dari perut kereta. Melangkah ke dalam
bangunan Haiyan Holdings yang masih gah berdiri di tengah kota Petaling Jaya.
“Kenapa gelap?” soalan pertama Irish sebaik kaki memijak
lobi entrance.
“Tak pasti.”
“Mana semua orang?”
“I don’t even know.”
Meliar mata Tengku Harrys dan Irish pandang sekeliling.
Hairan. Pelik. Sudahlah gelap, senyap. Satu bayang orang pun tak nampak. Nak
kata cuti, rasanya tak. Tambah-tambah hari ini hari pertama mereka berdua masuk
kerja.
“Hari ni cuti ke?” tanya Irish lagi.
“It’s Monday. Tak mungkin.”
“Papa dengan Abang Fiy tak caķap apa-apa?”
Tengku Harrys geleng kepala. Dirinya juga tertanya-tanya
apa sedang terjadi sebenarnya. Nak call Tengku Hafiy, abangnya berada di
Singapura dengan papa mereka. Sejak kelmarin. Dah sah-sah tak tahu. Jadi
sekarang, dia harus tanya siapa?
“Tak apa. Kita naik atas dulu.”
Tengku Harrys bergerak ke lif. Baru jari ingin menyentuh button
up, serta-merta terang ruangan lobi.
“Surprise!!!”
Sepantas kilat kedua-duanya berpaling.
“Welcome back, Tengku, Cik Irish!!!” laungan suara
bergema serentak.
Tengku Harrys terkedu. Muka Irish pucat. Terkejut dek apa
yang sedang dilihat. Lobi yang tadinya gelap kini penuh dengan penghuni satu
syarikat. Lagi terkejut dengan makanan atas meja di sudut hujung bangunan.
“What a surprise?”
“Sorry, Tengku. Kami buat Tengku terkejut. Excited
tunggu big boss balik!” Encik Saiful, ketua jurutera Haiyan Holdings
bersuara mewakili yang lain.
“Ya. Betul!!!”
Bibir Tengku Harrys spontan tersenyum.
“Everyone here can’t wait for today, Tengku. Nak
sambut ‘The New Hottest Couple of The Company’ maa balik dari honeymoon!”
laung Henry pula. Diiring ketawa semua yang ada.
Senyum Tengku Harrys kian lebar. Senyuman yang macam
bulan jatuh ke riba nak nampak. Tapi hari ini, staf Haiyan Holdings bertuah. Free-free
dapat tengok senyum mahal majikan mereka itu tanpa diminta.
Irish? Wanita itu sudah tersipu-sipu segan. Merah mukanya
diusik rakan-rakan pejabat.
“Maaf Tengku kalau Tengku tak suka kita orang buat
kejutan macam ni,” ucap Natasya.
“No, it’s okay. So... awak yang arranged
semua ni, Tasya?”
“Saya dengan yang lain-lain.”
“Kita orang ikut arahan dari boss aje, Tengku!”
Zaryn menambah dari jauh.
“Siapa?”
“Tengku Hazreen!”
Serentak mata Tengku Harrys mencari wajah tersebut. Dalam
kelompok ramai-ramai, pandangan terhenti pada raut yang dah tersenyum-senyum.
Gadis itu melambai-lambai halus.
“Welcoming surprise. Hope you both like it!”
Gelak Tengku Harrys kali ini terurai.
Tengku Hazreen. Kalau tak menyakat orang satu hari
hidupnya tak sah. Lagi-lagi dah masuk Haiyan Holdings. Mesti ada saja benda
‘luar biasa’ yang berlaku dalam syarikat. Such a creative brain this girl!
“Well... I don’t have any words to say. But... thank
you for today. Saya dan Irish hargai sangat-sangat. Terima kasih semua.”
Tengku Harrys pandang Irish di sisi. Muka yang pucat tadi
kini mula berganti senyuman manis.
“Okey, semua. Our mission done. Thank you,
everyone! Let’s have some meals before we start to work, okay!” arah
Tengku Hazreen.
Serentak, semuanya berlalu ke meja makan. Menikmati
juadah yang terhidang. Kecuali tujuh sosok yang masih tak berganjak.
“Cik Irishhhhh!”
Serentak itu semuanya meluru ke arah wanita tersebut.
Berkerumun dan berpelukan melepas rindu yang sarat berkecamuk.
“Ya ALLAH! Rindunya kita orang kat Cik Irish!”
Zaryn, Insyirah, Natasya, Farisha, Elaine, Kak Maisarah.
Masing-masing meluah kerinduan pada Irish.
“Saya pun rindu kat semua jugak!”
Untuk seketika, kelapan-lapan mereka saling berdakapan.
Sambil diperhati dua pasang mata dari kejauhan.
“Rapat betul dia orang dengan Kak Irish, kan?” ujar
Tengku Hazreen.
“Dia orang yang mula-mula kenal dengan Kak Irish kat
sini.”
“Hmm... tak
hairanlah kalau dia orang rapat dengan Kak Irish dari kita.”
“But I’m the first who met her before.”
“Hmm? Abang cakap apa?”
“No. Nothing.”
“No. I heard you said something just...,”
“Tak ada apa-apa.” Cepat-cepat Tengku Harrys memintas.
Badannya disandar ke dinding sambil berpeluk tubuh. “So... Reenlah yang plan
semua ni?”
“Yup. Saja komplot dengan dia orang surprisekan
abang.”
“Sejak bila?”
“Adalah.”
“Ada aje idea dalam kepala tu, kan?”
“Eh, biasa! Macam abang tak kenal adik abang ni, kan!”
“Patutlah pagi-pagi dah lesap keluar rumah.”
Gadis itu mengjungkit bahu. Dengan mimik muka selambanya.
“Well....”
“Apa lagi plan lepas ni?”
“Mana boleh bagi tahu!”
“Up to you. Harap-harap bergunalah untuk
syarikat.”
“Itu sudah tentu!”
Hujung bibir Tengku Harrys tersungging, bersama gelengan
kecil. Spontan disentuh kepala adiknya yang berlitup kain selendang.
Cakap dengan Tengku Hazreen, memang takkan menang!
Pandangan kemudian terlontar kembali pada raut si isteri.
Baru berapa minit menjauh, tapi hati dah rasa something.
Tengku Harrys tarik nafas dalam-dalam. Sedar di sini
Irish bukan miliknya seorang.
Tak apalah. Asal mata dapat melihat senyum di wajah itu
selalu mekar, dia merelakan.
**********
“ASSALAMUALAIKUM.
Hello, my brother! Welcome back to Haiyan Holdings!”
Tangan yang ralit
menulis, serta-merta terhenti. Lelaki itu mendongak muka. Wajah yang
tersenyum-senyum melangkah masuk, terus menyapa bening.
“Waalaikumussalam.”
“Harap abang tak terlambatlah nak greet kau.
Walaupun kau masuk dah tiga hari.”
“It’s okay. No big deal,” ucap Tengku Harrys.
Sedia maklum abangnya ada tugas lebih penting. Oustation ke Singapura.
Hadiri persidangan penting selama lima hari.
“So...,” Tengku Hafiy ambil tempat depan adiknya.
“... macam mana?”
“Macam mana apa?”
“Kerja.”
“Okey.”
“Sure?”
“Yaa. Why?”
“Tak ada apa. Saja tanya. Ambil berat kat adik abang.
Yelah... orang dah lama tak masuk ofis, kan. Sibuk honeymoon. Manalah
tahu janggal ke, kekok ke, dah tak biasa ke nak buat kerja semua. Nak guna
komputer, nak guna interkom.”
“Harrys pergi sebulan lebih aje. Bukan bertahun.”
“Memanglah. Tapi pergi bulan madu, kan? Mana tahu,
balik-balik ni terlebih madu. Semua benda pun lupa!”
Tengku Harrys tersenyum. “You know me, right.”
“Yeah. Very well! Sebab tulah
bertahun-tahun kau kerja kat UK dulu. Sampai orang putih kat sana tu pun tak
nak bagi kau lepas!”
Tengku Harrys tersenyum lagi. Kalau diingat balik, memang
ketawa sendiri.
Susah. Memang susah dia nak lepaskan diri dari tempat
kerja masa di London dulu. Tiga kali bagi surat. Tiga-tiga kena tolak.
Tapi selepas itu dia nekad. Sebab hatinya dah dijerat.
Dijerat dengan bayangan gadis misteri yang tak habis-habis bergurau. Pancing
dirinya agar pulang ke Malaysia dengan cepat.
“Kata balik malam tadi.” Tengku Harrys kembali berbicara.
“Sepatutnya. Tapi papa nak singgah JB. Nak tengok-tengok
Haiyan Corporation.”
“Is it okay?”
“Okay. Good.
It ran smoothly.”
“Projek baru kat sana?”
“Was perfect. By next week it will start.”
“Projek kat Brunei... how’s the progress?”
“Everything was fine, alhamdulillah. Seperti yang dijadualkan.”
“Report yang Harrys email masa kat London, dah submit?
“Dah. Semua dah, Rys. Abang dah settledkan dah.
Kau tak payah risaulah!”
“Dah tentu. Harapan papa.”
“Hey, ni abanglah! Kau tahu abang kalau buat kerja macam
mana, kan? Cekap, pantas, tangkas! Dua kali lima macam kau. Cumanya... abang
tak seserius kaulah. Buat kerja masih boleh gelak-gelak lagi.”
Tengku Harrys hela nafas perlahan. Lega dengan penjelasan
lelaki di depan. “The conference?”
“Oh... that thing. Not badlah. Best.
Dapat ilmu, dapat kawan-kawan korporat baru. Seronoklah. Tapi seronok abang,
seronok lagi papa. Dapat jumpa geng-geng dia!”
“Abang pun mesti ada jumpa sesiapa.”
“Ada. Ada!”
“Siapa?”
Kekasih lama.”
“What?”
“Kekasih lama. Cinta hati pertama.”
“Seriously?”
“Eh, seriuslah! Serius kena campak dari bangunan Haiyan
ni! Gila kau! Kalau betul abang jumpa kekasih lama, tahu dek Kak El kau, confirm-confirm
dia campak abang dari rooftop atas tu ke parking lot bawah!
Heyyy... selisih!”
Gelak Tengku Harrys berderai kali ini.
“Kau jangan gelak, Rys. Kak El kau tu nampak aje lembut.
Tapi sekali dah marah... boleh terbalik dunia ni dengan marah dia!”
“Semua perempuan macam tu.”
“Kan? Diam-diam, makan dalam! So, kena jagalah
hati dia orang ni baik-baik, bro. Perempuan bila dah sayang kita...
betul-betul dia setia, betul-betul dia jaga. Jadi jangan sekali-kali persiakan loyalty
dia orang tu.”
Pandangan Tengku Harrys tepat ke wajah abangnya.
“Jangan sakiti, jangan khianati, jangan aniaya makhluk
istimewa ciptaan Tuhan ni. Never once in our life. Kalau tak... tak aman
hidup kita nanti. Kat dunia diburu rasa bersalah... kat akhirat apalagi. Kalau
rasa ada buat salah dengan kaum hawa, baik cepat-cepat minta maaf.
Sebelum nyawa ni
ditarik pergi.”
Tengku Harrys kelu lidah. Rahangnya diketap kuat.
Kata-kata Tengku Hafiy ditelan lumat-lumat dalam amarah yang tiba-tiba
bersemarak.
No comments:
Post a Comment