Saturday, June 26, 2021

CHAPTER 15 : SEJIWA (Sekuel Bayangan Gurauan)

 



BMW Coupe Tanzanite Blue itu masuk ke tempat parkir miliknya. Dua sosok tubuh kemudian keluar dari perut kereta. Melangkah ke dalam bangunan Haiyan Holdings yang masih gah berdiri di tengah kota Petaling Jaya.

“Kenapa gelap?” soalan pertama Irish sebaik kaki memijak lobi entrance.

“Tak pasti.”

“Mana semua orang?”

I don’t even know.”

Meliar mata Tengku Harrys dan Irish pandang sekeliling. Hairan. Pelik. Sudahlah gelap, senyap. Satu bayang orang pun tak nampak. Nak kata cuti, rasanya tak. Tambah-tambah hari ini hari pertama mereka berdua masuk kerja.

“Hari ni cuti ke?” tanya Irish lagi.

It’s Monday. Tak mungkin.”

“Papa dengan Abang Fiy tak caķap apa-apa?”

Tengku Harrys geleng kepala. Dirinya juga tertanya-tanya apa sedang terjadi sebenarnya. Nak call Tengku Hafiy, abangnya berada di Singapura dengan papa mereka. Sejak kelmarin. Dah sah-sah tak tahu. Jadi sekarang, dia harus tanya siapa?

“Tak apa. Kita naik atas dulu.”

Tengku Harrys bergerak ke lif. Baru jari ingin menyentuh button up, serta-merta terang ruangan lobi.

Surprise!!!”

Sepantas kilat kedua-duanya berpaling.

Welcome back, Tengku, Cik Irish!!!” laungan suara bergema serentak.

Tengku Harrys terkedu. Muka Irish pucat. Terkejut dek apa yang sedang dilihat. Lobi yang tadinya gelap kini penuh dengan penghuni satu syarikat. Lagi terkejut dengan makanan atas meja di sudut hujung bangunan.

What a surprise?”

Sorry, Tengku. Kami buat Tengku terkejut. Excited tunggu big boss balik!” Encik Saiful, ketua jurutera Haiyan Holdings bersuara mewakili yang lain.

“Ya. Betul!!!”

Bibir Tengku Harrys spontan tersenyum.

Everyone here can’t wait for today, Tengku. Nak sambut ‘The New Hottest Couple of The Company’ maa balik dari honeymoon!” laung Henry pula. Diiring ketawa semua yang ada.

Senyum Tengku Harrys kian lebar. Senyuman yang macam bulan jatuh ke riba nak nampak. Tapi hari ini, staf Haiyan Holdings bertuah. Free-free dapat tengok senyum mahal majikan mereka itu tanpa diminta.

Irish? Wanita itu sudah tersipu-sipu segan. Merah mukanya diusik rakan-rakan pejabat.

“Maaf Tengku kalau Tengku tak suka kita orang buat kejutan macam ni,” ucap Natasya.

No, it’s okay. So... awak yang arranged semua ni, Tasya?”

“Saya dengan yang lain-lain.”

“Kita orang ikut arahan dari boss aje, Tengku!” Zaryn menambah dari jauh.

“Siapa?”

“Tengku Hazreen!”

Serentak mata Tengku Harrys mencari wajah tersebut. Dalam kelompok ramai-ramai, pandangan terhenti pada raut yang dah tersenyum-senyum. Gadis itu melambai-lambai halus.

Welcoming surprise. Hope you both like it!”

Gelak Tengku Harrys kali ini terurai.

Tengku Hazreen. Kalau tak menyakat orang satu hari hidupnya tak sah. Lagi-lagi dah masuk Haiyan Holdings. Mesti ada saja benda ‘luar biasa’ yang berlaku dalam syarikat. Such a creative brain this girl!

Well... I don’t have any words to say. But... thank you for today. Saya dan Irish hargai sangat-sangat. Terima kasih semua.”

Tengku Harrys pandang Irish di sisi. Muka yang pucat tadi kini mula berganti senyuman manis.

“Okey, semua. Our mission done. Thank you, everyone! Let’s have some meals before we start to work, okay!” arah Tengku Hazreen.

Serentak, semuanya berlalu ke meja makan. Menikmati juadah yang terhidang. Kecuali tujuh sosok yang masih tak berganjak.

“Cik Irishhhhh!”

Serentak itu semuanya meluru ke arah wanita tersebut. Berkerumun dan berpelukan melepas rindu yang sarat berkecamuk.

“Ya ALLAH! Rindunya kita orang kat Cik Irish!”

Zaryn, Insyirah, Natasya, Farisha, Elaine, Kak Maisarah. Masing-masing meluah kerinduan pada Irish.

“Saya pun rindu kat semua jugak!”

Untuk seketika, kelapan-lapan mereka saling berdakapan. Sambil diperhati dua pasang mata dari kejauhan.

“Rapat betul dia orang dengan Kak Irish, kan?” ujar Tengku Hazreen.

“Dia orang yang mula-mula kenal dengan Kak Irish kat sini.”

“Hmm...  tak hairanlah kalau dia orang rapat dengan Kak Irish dari kita.”

But I’m the first who met her before.”

“Hmm? Abang cakap apa?”

No. Nothing.”

No. I heard you said something just...,”

“Tak ada apa-apa.” Cepat-cepat Tengku Harrys memintas. Badannya disandar ke dinding sambil berpeluk tubuh. “So... Reenlah yang plan semua ni?”

“Yup. Saja komplot dengan dia orang surprisekan abang.”

“Sejak bila?”

“Adalah.”

“Ada aje idea dalam kepala tu, kan?”

“Eh, biasa! Macam abang tak kenal adik abang ni, kan!”

“Patutlah pagi-pagi dah lesap keluar rumah.”

Gadis itu mengjungkit bahu. Dengan mimik muka selambanya. “Well....”

“Apa lagi plan lepas ni?”

“Mana boleh bagi tahu!”

Up to you. Harap-harap bergunalah untuk syarikat.”

“Itu sudah tentu!”

Hujung bibir Tengku Harrys tersungging, bersama gelengan kecil. Spontan disentuh kepala adiknya yang berlitup kain selendang.

Cakap dengan Tengku Hazreen, memang takkan menang!

Pandangan kemudian terlontar kembali pada raut si isteri. Baru berapa minit menjauh, tapi hati dah rasa something.

Tengku Harrys tarik nafas dalam-dalam. Sedar di sini Irish bukan miliknya seorang.

Tak apalah. Asal mata dapat melihat senyum di wajah itu selalu mekar, dia merelakan.


********** 


ASSALAMUALAIKUM. Hello, my brother! Welcome back to Haiyan Holdings!”

Tangan yang ralit menulis, serta-merta terhenti. Lelaki itu mendongak muka. Wajah yang tersenyum-senyum melangkah masuk, terus menyapa bening.

“Waalaikumussalam.”

“Harap abang tak terlambatlah nak greet kau. Walaupun kau masuk dah tiga hari.”

It’s okay. No big deal,” ucap Tengku Harrys. Sedia maklum abangnya ada tugas lebih penting. Oustation ke Singapura. Hadiri persidangan penting selama lima hari.

So...,” Tengku Hafiy ambil tempat depan adiknya. “... macam mana?”

“Macam mana apa?”

“Kerja.”

“Okey.”

Sure?”

“Yaa. Why?”                                                          

“Tak ada apa. Saja tanya. Ambil berat kat adik abang. Yelah... orang dah lama tak masuk ofis, kan. Sibuk honeymoon. Manalah tahu janggal ke, kekok ke, dah tak biasa ke nak buat kerja semua. Nak guna komputer, nak guna interkom.”

“Harrys pergi sebulan lebih aje. Bukan bertahun.”

“Memanglah. Tapi pergi bulan madu, kan? Mana tahu, balik-balik ni terlebih madu. Semua benda pun lupa!”

Tengku Harrys tersenyum. “You know me, right.

Yeah. Very well! Sebab tulah bertahun-tahun kau kerja kat UK dulu. Sampai orang putih kat sana tu pun tak nak bagi kau lepas!”

Tengku Harrys tersenyum lagi. Kalau diingat balik, memang ketawa sendiri.

Susah. Memang susah dia nak lepaskan diri dari tempat kerja masa di London dulu. Tiga kali bagi surat. Tiga-tiga kena tolak.

Tapi selepas itu dia nekad. Sebab hatinya dah dijerat. Dijerat dengan bayangan gadis misteri yang tak habis-habis bergurau. Pancing dirinya agar pulang ke Malaysia dengan cepat.

“Kata balik malam tadi.” Tengku Harrys kembali berbicara.

“Sepatutnya. Tapi papa nak singgah JB. Nak tengok-tengok Haiyan Corporation.”

Is it okay?”

“Okay. GoodIt ran smoothly.”

“Projek baru kat sana?”

Was perfect. By next week it will start.”

“Projek kat Brunei... how’s the progress?”

Everything was fine, alhamdulillah. Seperti yang dijadualkan.”

Report yang Harrys email masa kat London, dah submit?

“Dah. Semua dah, Rys. Abang dah settledkan dah. Kau tak payah risaulah!”

“Dah tentu. Harapan papa.”

“Hey, ni abanglah! Kau tahu abang kalau buat kerja macam mana, kan? Cekap, pantas, tangkas! Dua kali lima macam kau. Cumanya... abang tak seserius kaulah. Buat kerja masih boleh gelak-gelak lagi.”

Tengku Harrys hela nafas perlahan. Lega dengan penjelasan lelaki di depan. “The conference?”

“Oh... that thing. Not badlah. Best. Dapat ilmu, dapat kawan-kawan korporat baru. Seronoklah. Tapi seronok abang, seronok lagi papa. Dapat jumpa geng-geng dia!”

“Abang pun mesti ada jumpa sesiapa.”

“Ada. Ada!”

“Siapa?”

Kekasih lama.”

What?”

“Kekasih lama. Cinta hati pertama.”

Seriously?”

“Eh, seriuslah! Serius kena campak dari bangunan Haiyan ni! Gila kau! Kalau betul abang jumpa kekasih lama, tahu dek Kak El kau, confirm-confirm dia campak abang dari rooftop atas tu ke parking lot bawah! Heyyy... selisih!”

Gelak Tengku Harrys berderai kali ini.

“Kau jangan gelak, Rys. Kak El kau tu nampak aje lembut. Tapi sekali dah marah... boleh terbalik dunia ni dengan marah dia!”

“Semua perempuan macam tu.”

“Kan? Diam-diam, makan dalam! So, kena jagalah hati dia orang ni baik-baik, bro. Perempuan bila dah sayang kita... betul-betul dia setia, betul-betul dia jaga. Jadi jangan sekali-kali persiakan loyalty dia orang tu.”

Pandangan Tengku Harrys tepat ke wajah abangnya.

“Jangan sakiti, jangan khianati, jangan aniaya makhluk istimewa ciptaan Tuhan ni. Never once in our life. Kalau tak... tak aman hidup kita nanti. Kat dunia diburu rasa bersalah... kat akhirat apalagi. Kalau rasa ada buat salah dengan kaum hawa, baik cepat-cepat minta maaf.

 Sebelum nyawa ni ditarik pergi.”

Tengku Harrys kelu lidah. Rahangnya diketap kuat. Kata-kata Tengku Hafiy ditelan lumat-lumat dalam amarah yang tiba-tiba bersemarak.

 


Thursday, June 17, 2021

CHAPTER 14 : SEJIWA (Sekuel Bayangan Gurauan)




 

SELENDANG yang melitupi kepala disemat rapi. Habis itu tangan langsung mencapai alat-alat solek. Dicalit sedikit eyeshadow di mata, sedikit blusher di pipi, sedikit lipstik di bibir. Hanya sedikit. Namun sudah cukup serlahkan keayuan semula jadi.

Bayangan diri pada cermin hadapan terus dipandang. Kurung moden tersarung di badan turut dibetulkan. Semua nampak dah elok. Sempurna untuk melangkah ke pejabat selepas cuti panjang.

Jantung Irish tiba-tiba berdebar. Macam nak pergi interview pula rasa. Kecut perut. Seram sejuk. Takut nak hadap penghuni Haiyan Holdings. Lagi-lagi teman rapatnya.

‘Siap-siaplah, Irish. Dan tentu-tentu soalan yang menunggu sepanjang skrol istana.’

Senyuman kecil spontan mengulir di bibir merah wanita itu.

Barang-barang make-up dikemas semula. Sekilas mata mengerling pintu bilik air. Masih tertutup. Belum siap lagi nampaknya.

Tangan kembali melakukan tugas di depan. Sementara tunggu gerangan yang dinantikan.

“Irish.”

Panjang umur. Baru disebut-sebut, muncul terus. Segera wanita itu menoleh. Sosok Tengku Harrys sudah tercegat di belakang. Pantas langkah menghala ke bilik woredrobe. Pakaian pejabat yang telah siap bergosok diambil lalu diserahkan.

“Terima kasih.”

My duty,” balas Irish lalu bergerak ke katil. Mengemas tempat beradu, rutin setiap pagi.

Entah kenapa sejak keluar bilik air, mata Tengku Harrys tak lepas-lepas dari merenungnya. Dan sekarang pun lelaki itu masih pandang dia. Sambil kenakan pakaian, sambil mata melihat pantulan figuranya di cermin.

“Cantik hari ni.”

“Hmm?”

You look beautiful today.”

“Taklah. Memang selalu pergi kerja macam ni, kan.”

“Itu yang buat Harrys terpikat.” Antara dengar tak dengar ayat itu diucapkan.

“Harrys cakap apa?”

Nothing.” Tengku Harrys terus perkemas butang kemejanya. “Dah ready nak masuk ofis?”

“Insya-ALLAH.”

Nervous?”

“Sikit.”

I can see it. Muka tu tak pandai menipu.”

Irish melirik suaminya. Tali leher yang diletak ke kolar kini jadi tumpuan empunya badan di sana. Perlahan-lahan wanita itu dekati lelaki tersebut.

“Boleh Irish tolong?”

“Hmm?”

“Ikat tali leher tu.”

Tengku Harrys terkaku. Baik mulut, baik tingkah-laku. Wajah di depan dipandang dalam termangu.

Sedar dia takkan dapat jawapan, sudahnya Irish take the action. Dicapai tali leher Tengku Harrys. Tapi bukan terus disempurnakan. Sebaliknya simpulan kembali dileraikan.

“Kenapa?”

Irish senyap. Tali leher terus ditanggalkan. Selesai, dia letakkan semula ke tempat asal. Kaki terus berjalan ke meja rias. Laci kedua dibuka, capai sesuatu, dan kemudian kembali menghadap Tengku Harrys.

“Irish.”

“Saya.”

What are you trying to do?”

“Tak ada apa. Nak pakaikan Harrys tie.”

Seutas necktie hitam lantas disangkut ke leher lelaki berkenaan. Simpulan langsung dimulakan.

Sekali lagi Tengku Harrys tergamam. Sekejap dia pandang tali leher. Kemudian wajah wanita di depan.

“Ini...,”

“Harrys punya, kan.”

Tengku Harrys cuba mengingat.

“Irish langgar Harrys kat pantri. Air tumpah.”

Perisitiwa beberapa tahun lalu selayang menjelma di ingatan lelaki berkenaan. Insiden Irish tumpahkan air ke bajunya di pejabat. Saat dia pulang dari Brunei dalam kekecewaan. Gara-gara Irish nak putuskan pertunangan.

Tapi rasa kecewa itu akhirnya bertukar menjadi suatu memoir yang memaniskan. Dan kerana insiden air tumpah tersebut, tali leher hitam ini jadi pengikat dalam dia tak perasan.

You still keep it?”

“Itu yang Harrys pesan. Simpan necktie ni baik-baik. Dan pakaikan semula bila Irish dah jadi isteri Harrys. I just did as what you have ordered.

Tengku Harrys terus terdiam. Wajah mulus Irish direnung tajam dalam berbagai-bagai perasaan.

 


** Let's re-cap macam mana necktie hitam Tengku Harrys boleh berada dalam simpanan Irish. Yang dah baca Novel BAYANGAN GURAUAN masih ingat lagi scene ni? ^_^

 

TENGKU HARRYS melangkah masuk ke Haiyan Holdings dengan perasaan yang sukar untuk diungkapkan. Sejurus penerbangannya tiba pukul 12.00 tengah hari tadi, dia terus sahaja mengambil teksi dan bergegas ke sini. Kerana itu dia lewat masuk ke pejabat. Hari ini merupakan hari yang cukup berat baginya. Adakah dia akan dapat menatap wajah itu lagi? Atau sekadar bayangan gadis itu sahaja yang akan menemani hari-harinya selepas ini?

Semenjak pertengkaran yang berlaku antara mereka minggu lepas, itulah kali terakhir dia bertemu Irish. Selepas itu dia terus bergegas terbang ke Brunei untuk menghadiri mesyuarat bersama sebuah syarikat pembinaan terkemuka di sana bagi membincangkan projek terbaharu Haiyan Holdings. Apa yang berlaku sepanjang ketiadaannya di sini tidak diketahui. Keluarganya di rumah juga langsung tidak dihubungi. Alasannya mudah sahaja, dia tidak mahu mendengar sebarang berita yang akan membuatkan hatinya terluka.

Suasana sepi menyambut kehadiran Tengku Harrys saat dia melintasi ruangan pejabat di tingkat 12 itu. Semua pekerja tiada di meja masing-masing. Meja setiausahanya juga turut kosong. Ke mana semua orang pergi?

Tengku Harrys pantas masuk ke dalam bilik. Briefcase serta blazer miliknya diletakkan di atas meja sebelum dia melangkah keluar semula dari bilik. Hati kecilnya begitu meronta-ronta untuk segera mencari jawapan bagi teka-teki yang ditinggalkannya sejak seminggu lalu.

Kaki pantas diayun menuju ke bilik Irish. Dengan debaran di dada, Tengku Harrys membuka daun pintu. Perlahan dia menjengah ke dalam bilik itu. Namun hatinya bagai dihambat pilu bila melihatkan bilik tersebut kosong tiada penghuni.

‘Jadi benarlah dia nekad jumpa mama dan papa?’ detik hatinya bersama satu keluhan.

Tengku Harrys menutup kembali pintu bilik Irish. Dengan langkah longlai dia menapak ke pantri. Ingin membasahkan tekak dengan minuman sejuk agar dapat mendinginkan sedikit perasaannya ketika ini. Masuk sahaja ke dalam pantri, tanpa sengaja dia terlanggar seseorang, menyebabkan minuman orang itu tertumpah ke atas bajunya. 

“Oh! Maaf, maaf! Saya tak sengaja!” Penuh cemas suara itu mengucapkan maaf sambil tangannya kalut mengelap kemeja Tengku Harrys yang sudah basah.

Tengku Harrys tersentak. Jantungnya berdegup laju. Terasa kini darahnya menyerbu naik hingga ke muka. Bukan kerana dia marah kemejanya sudah basah dek air yang tertumpah, tetapi suara itu membuatkan nafasnya terasa sesak. Perlahan dia mendongak.

“Irish.”

Tangan Irish terhenti sebaik mendengarkan suara itu. Walaupun dalam nada berbisik, namun tetap jelas di pendengarannya. Sebaik dia mengangkat wajah, matanya lebih dulu menyapa renungan lelaki di hadapan. Pantas dia berpaling dan bergerak ke singki untuk membasuh gelas kotor di tangan, sekali gus cuba menutup rasa gugup dalam debaran jantungnya.

Tengku Harrys terus kaku di tempatnya berdiri. Pandangannya juga masih tidak lepas dari melihat susuk tubuh tinggi lampai di hadapan. Adakah dia bermimpi? Ataupun benar apa yang sedang dilihatnya sekarang ini? Dengan perlahan dia menghampiri Irish sebelum berhenti betul-betul di belakang gadis itu. “Awak buat apa kat sini?”

“Kerjalah. Takkan makan angin.”     

Jawapan itu membuatkan senyuman halus Tengku Harrys terbit di bibirnya. Hilang segala rasa marah yang terbuku di hati sejak kali terakhir bertemu dengan gadis ini. Lantas dia tunduk memandang lantai sambil kedua-dua tangan menyeluk saku seluar.

So... this is your decision?”

Irish tidak menjawab, hanya tangannya bergerak melakukan kerja. Gelas yang sudah dibasuh diletakkan semula ke tempat asal. Beria-ia dia membuat minuman. Belum pun sempat masuk mulut, air itu lebih dulu menjamah kemeja Tengku Harrys. Mata Irish membulat.

‘Alamak! Macam mana aku boleh terlupa?’ Mengingatkan itu, pantas dia berpaling menghadap Tengku Harrys semula.

“Baju Tengku. Saya mintak maaf,” ujarnya sambil memandang kemeja putih Tengku Harrys yang sudah bertukar warna di bahagian hadapan akibat air milo yang tertumpah tadi.

“Tak apa. Dah tumpah pun.”

“Saya tolong bersihkan.”

Kening Tengku Harrys sedikit berkerut. “How?”

‘Ya tak iya jugak. Macam mana pulak nak bersihkan? Mustahillah nak suruh dia buka baju tu. Hmm!’ gumam Irish. Matanya melilau-lilau memerhati sekeliling.

Seketika kemudian pandangannya terhenti pada salah sebuah kabinet di ruangan pantri itu. Seingatnya ada tuala bersih yang tersimpan di situ. Pantas dia membuka kabinet tersebut dan mencapai dua helai tuala. Kemudian dia berlalu ke singki untuk menadah sebekas air sebelum menghampiri Tengku Harrys semula. “Boleh ikut saya?”

“Ke mana?” tanya Tengku Harrys yang sedari tadi hanya memerhati sahaja tingkah laku Irish. Namun hanya senyuman gadis itu diterima sebagai ganti jawapan pada soalannya.

Irish mula melangkah meninggalkan pantri bersama dua helai tuala di tangan. Kaki kemudian diatur perlahan menuju ke biliknya. Berbanding di pantri, di sini rasanya lebih selesa dan selamat untuk dia membersihkan baju Tengku Harrys. Setelah masuk, pintu bilik dibiarkan separuh terbuka.

So...” Tengku Harrys melabuhkan duduk di hujung meja Irish. “...how are you going to clean up this mess?”

Irish membisu. Entah mengapa tubuhnya terasa kaku. Walhal dia sendiri yang menawarkan untuk membersihkan baju lelaki itu tadi. ‘Tulah. Siapa suruh ringan mulut tadi. Kan, sekarang? Hmm... macam mana aku nak bersihkan baju dia, ya?’ Hatinya berbicara sendiri sambil otak ligat memikirkan sesuatu.

‘Ah, belasah ajelah!’

Irish melangkah menghampiri Tengku Harrys yang masih tegar memandangnya. Tuala serta bekas berisi air di tangan sejak tadi diletakkan di atas mejanya.

“Boleh buka necktie tu sekejap?” pinta Irish. Spontan Tengku Harrys tunduk memandang tali lehernya sebelum mendongak semula.

“Awak bukalah sendiri.”

“Hmm?” Terliur Irish dengan kata-kata bersahaja lelaki itu.

Yes.”

‘Biar betul dia ni? Takkan aku yang nak kena buka kut!’

Melihatkan Tengku Harrys masih diam tidak berganjak, Irish mula kalut. ‘Betul-betul nampaknya dia ni. Aduh! Kalau tak buka necktie tu susah pulak nak bersihkan baju dia.’

“Kenapa? Ke awak nak saya buka terus kemeja ni? Lagi senang nak bersihkan.”

“Eh, tak payah!” Laju saja mulut kecil itu menjawab.

Dengan tangan separuh menggigil, Irish menyentuh kolar baju Tengku Harrys dan mula membuka ikatan tali lehernya. Setelah itu dia mengambil sehelai tuala lalu dibasahkan. “May I?”  

Hanya sebuah anggukan yang diterima. Perlahan Irish meletakkan tuala basah tadi di dada Tengku Harrys. Sejak mereka masuk ke sini tadi sehinggalah saat ini, mata lelaki itu tidak lepas dari memandangnya. Namun tidak diendahkan. Tangannya sahaja laju bergerak melakukan kerja. Lagi cepat dia buat, lagi cepatlah dia boleh melepaskan diri dari situasi ini.

“Awak tak jawab lagi soalan saya, Irish.”

Irish menjeling sekilas wajah di hadapannya. “Soalan apa?”

“Ini keputusan awak?”

Pergerakan Irish terhenti. Dia ingatkan soalan itu sudah berlalu pergi sewaktu di pantri tadi. Rupanya kini ia dibangkitkan lagi.  

“Hmm...” balas Irish ringkas lalu menyambung semula kerjanya.

“Kenapa ubah fikiran?”

“Demi semua orang.”

“Bukan sebab terpaksa?”

“Bukan.”

“Jadi, awak ikhlas terima saya?”

Irish terdiam lagi. Soalan itu bagaikan memerangkap dirinya. ‘Adakah aku ikhlas terima dia? Atau mungkin sebab terpaksa demi menjaga hati insan-insan yang aku hormati dan sayang?’

Dia tidak tahu kenapa dirinya berubah fikiran. Memikirkan kata-kata Irma malam itu, gerak hatinya juga seakan melarang untuk meneruskan niat tersebut, dia pasrah. Sepertimana dia membuat keputusan sewaktu menerima lamaran keluarga Tengku Harrys dulu.

“Irish?”

Irish memandang Tengku Harrys. Ternyata lelaki itu masih menunggu jawapannya.

“Insya-ALLAH. Kalau ini dah memang suratan takdir untuk saya, Tengku tak perlu risau apa-apa.”

Serentak itu Irish menggantikan tuala basah tadi dengan sehelai tuala yang masih kering sebelum ditekapkan semula pada baju Tengku Harrys untuk mengeringkan sedikit kemeja yang sudah agak basah.

Tengku Harrys menghela nafas. Walaupun jawapan itu bukan seperti yang diharapkan, sekurang-kurangnya dia tahu ALLAH telah mendengar doanya agar Irish menarik balik keputusan yang telah dibuat tempoh hari. Mungkin ini sebagai permulaan agar dia dapat meyakinkan kembali gadis ini untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya.

“Dah siap. Cuma taklah betul-betul bersih. Dan... basah lagi. Tapi nanti keringlah.”

            “Hmm...”

            “Boleh ke buat kerja dengan baju basah ni?”

            “Kenapa tak boleh? Buat kerja pun dengan tangan. Shouldn’t be a problem.” Tengku

 Harrys menjawab selamba sambil melipat lengan kemejanya hingga ke paras siku. Agak santai dari kebiasaan, namun masih kelihatan segak. “Kenapa saya tak nampak staf lain kat luar?”

“Sekarang waktu lunch. Jadi semua orang keluar makan.”

            “What?” Kali ini kening Tengku Harrys pula berkerut. Spontan dia melihat jam di tangan. Sudah pukul 1.45 petang. Patutlah lengang sahaja keadaan pejabat semasa dia masuk tadi. Macam mana dia boleh tidak sedar?

            ‘Macam mana kau nak sedar, Harrys? Kalau dalam kepala kau cuma ingin mencari Irish aje sejak menjejakkan kaki ke bumi Malaysia pagi tadi!’ Jerit satu suara dari dalam hatinya. Serta-merta bibirnya mengukir senyuman.  

            “Kenapa Tengku senyum?”

            “Hmm... saya senyum ke?”

            “Saya salah pandang kut,” jawab Irish pendek lantas beralih dari menghadap lelaki itu untuk mengemas tuala-tuala serta bekas berisi air yang digunakannya tadi.

            “Irish.”

Irish menoleh kembali saat namanya dipanggil. Dilihat Tengku Harrys bangun dari meja dan mula melangkah merapatinya.

Thanks, for what you have done just now. And thanks again...” ayat Tengku Harrys terhenti di situ. Dia mendekatkan dirinya lebih rapat lagi pada Irish. “...cause you won’t hurt our families’ feeling with your decision. My heart as well.”

Sebaik menghabiskan kata-katanya, Tengku Harrys mengatur langkah untuk beredar dari bilik tersebut. Irish pula hanya menghantar lelaki itu dengan renungan sehinggalah matanya terpandangkan tali leher hitam yang masih terletak elok di atas mejanya.

“Tengku...” Irish memanggil semula lelaki itu sambil tangannya mencapai tali leher milik Tengku Harrys untuk diserahkan kembali.

“Tak perlu bagi balik.”

“Hmm...”

“Awak simpan aje.”

“Tapi...”

“Pakaikan balik necktie tu bila dah jadi isteri saya nanti.”

Serentak itu Tengku Harrys berlalu keluar, meninggalkan Irish dengan mulut yang sedikit ternganga.