SATU-PERSATU
anak tangga dituruni. Jejak saja tangga terakhir, kaki terus bergerak ke bilik
belakang. Ada sesuatu yang nak disampaikan.
Tiba depan bilik, daun pintu dilihat separuh terbuka.
Kening Aryan berkerut. Tak pernah-pernah begini. Selalu bukan main susah. Ketuk
berapa kali pun belum tentu didengar.
Aryan menjengah. Cari kelibat Sefhia di dalam. Tak
ada.
“Ke mana dia?”
Otak ligat
berfikir. Waktu-waktu petang begini ke mana gadis tersebut pergi?
“Dapur
barangkali.”
Langkah lantas
dibawa ke ruangan itu. Masuk saja, sosok Mak Minah menyapa lebih dulu.
“Mak Minah.
“Ya, Aryan.”
“Sefhianya lagi
di sini?”
“Sefhia? Ha! Tadi ada. Tapi Mak Minah dah suruh dia masuk bilik
berehat.”
“Di kamar juga nggak ada, sih.”
“Tak ada? Eh, pelik!”
Mak Minah garu kepala. Memang tadi Sefhia ada bersamanya. Waktu nak
siap-siapkan juadah minum petang. Tapi bila gadis itu dah mula nak tolong,
terus disuruhnya beredar. Nampak dek Aryan nanti, niaya.
“Err… cuba Aryan tengok kat
taman. Biasa waktu petang macam ni dia teman Mak Minah siram pokok bunga.
Mungkin dia dah tunggu Mak Minah kat sana agaknya.”
Aryan kembali atur langkah. Minta-minta betul apa yang dicakap Mak
Minah. Hatinya dah mula resah. Bimbang insiden tempoh hari berulang kisah.
Jangan gadis itu lari lagi,
sudah!
Debaran Aryan makin kencang. Sampai-sampai di
taman, kelibat Sefhia tak kelihatan. Tak keruan lelaki itu berlari keliling
laman.
“Di mana kamu,
Sefhia? Apa udah kabur?” bisiknya perlahan. Mata terus melilau cari sosok gadis
berkenaan.
Puas cari di
laman, Aryan bergerak ke belakang. Kut-kut tersesat ke sana. Namun hampa.
Bayang-bayangnya pun dia tak jumpa.
Aryan terkaku.
Berkira-kira mana lagi tempat dia nak tuju?
Kolam renang!
Itu saja harapannya sekarang. Kalau tak ada juga,
memang betullah gadis itu dah hilang.
Pantas langkah
menghala ke arah itu. Saat kaki cecah kawasan kolam, jantung Aryan terasa
seakan berhenti berdegup.
“Sefhia….” Bibir
Aryan mengungkap perlahan.
Gadis itu nyata
tenang menongkat dagu merenung sesuatu di tangan. Dia saja yang separuh nyawa
tercari-cari seluruh kawasan.
Aryan helas
nafas. Separuh lega, separuh keletihan. Hilang penat, baru dia berjalan dekati
Sefhia.
“Kamu di sini rupanya.”
Lamunan Sefhia serta-merta mati. Kaget dengan sapaan
yang tak dinanti. Kehadiran Aryan disambut sepintas lalu sebelum muka dipaling
ke tempat lain. Kepingan di tangan cepat-cepat disimpan kembali.
Aryan senyum nipis. Sedar hadirnya dah ganggu ketenangan si gadis.
Dan dia tahu, marah Sefhia padanya masih belum habis. Pasal insiden malam
pergaduhan itu.
Tolak tepi soal marah, lelaki itu lantas daratkan duduk di kerusi
rehat sebelah. Sejak dia balik Abu Dhabi kelmarin, baru hari ini mereka berdua
bertemu mata.
“Gimana keadaan kamu sekarang? Udah pulih?” tanya Aryan mula bicara.
Seperti jangkaan, tak ada jawapan yang diterima.
Aryan pandang gadis di sebelah.
Sepanjang dua minggu
ditinggalkan, ternyata keadaan Sefhia makin baik. Luka dan lebam dah tak
nampak. Kaki kirinya juga kian pulih. Cuma hencut sikit. Jalannya juga dah tak
guna tongkat. Waktu pulang ke sini dia dah perasan.
“Kamu apa udah selesa tinggal di sini?” sekali lagi Aryan menyoal.
Cuba pancing perbualan.
Kata Mak Minah, Sefhia dah
banyak berubah. Dah mula keluar bilik. Dah mula nak
bercakap. Dah mula nak bergaul. Selalu rajin tolong buat kerja rumah dan kerja
dapur.
Dah mula keluar bilik,
betul. Buktinya sekarang, Sefhia ada tepi kolam dengannya. Tak macam dulu.
Terperuk dalam bilik saja.
Rajin tolong buat kerja
rumah dan dapur, dia tak pasti. Sebab belum nampak depan-depan lagi. Mungkin
lain hari.
Tapi hal Sefhia dah mula nak
bercakap dan bergaul, dia kurang setuju. Dengan Mak Minah dan Pak Majid,
mungkin ya. Dengan dia? Sama saja macam dulu. Dingin, kaku, beku. Malah
soalan-soalan yang diajukan tadi pun, hanya ditiup bersama angin lalu.
“Kamu masih marah sama aku?”
Sefhia tetap membisu. Pandang Aryan pun sebolehnya dia tak mahu.
“Okey. Maafin aku. Tentang kejadian malam itu. Aku nggak berniat
sama sekali mau berlawan sama kamu. Apalagi menyakitimu.”
Sefhia ketap gigi. Baginya ayat yang keluar dari
mulut Aryan sekarang lebih sakit dari tumbukan dan tendangan yang dia dapat
malam tempoh hari.
“Aku tau marah kamu sama aku masih ada. Ya nggak
kenapa-napa. Terserah kamu mau marahin aku sampei kapan pun. Tapi untuk lepasin
kamu dari rumah ini, hal itu nggak akan sekali-kali berlaku.”
Sefhia pejam mata. Serasa sabarnya mula terbakar. Kata-kata Aryan
pula seolah-olah sengaja ingin mencabar. Serentak dia bangkit untuk beredar.
“Sefhia, tunggu.”
Gadis itu hanya tak endah. Cepat-cepat kaki diatur mula langkah.
Namun tak sempat. Lengan kirinya lebih dulu disambar.
Zap!
Dan-dan itu tangan Aryan
ditepis. Dan sepantas kilat juga lengan kanannya Aryan tangkap dan genggam
erat. Hingga pergerakannya terkunci habis.
“Dengar! Aku bukan mau kenapa-kenapakan kamu!”
Aryan cuba mereda keadaan. Namun mata biru Sefhia makin mencerun
tajam.
“Aku cuman mau serahin ini.”
Satu bungkusan atas kerusi rehat diambil lalu disua depan Sefhia.
“Aku beliin di Abu Dhabi. Buat kamu.”
Kotak diletak semula. Lengan Sefhia turut dilepas sama.
“Enough,
Sefhia. Jangan maksain aku terus-terusan nyakitin kamu. I don’t want it.”
Lelaki itu pantas berlalu. Sefhia ditinggal dalam
rasa termangu dan terkedu.
**********
“AMACAM,
game malam ni?”
Aryan toleh ke
sisi. Wajah Wafri dipandang bersama senyum di bibir. “Not bad.”
“Mengah?”
“Dikit.”
Tawa Wafri
berderai. Pandangan kembali terhala ke depan.
Sengaja malam ini dia ajak Aryan main bola keranjang.
Bersama team yang dia tubuhkan. Habis
satu set perlawanan, mereka rehat sebentar. Duduk santai beralaskan lantai
gelanggang.
“Udah lama lo
tubuh team ini?”
“Adalah dalam
lima tahun. Mulanya tubuh suka-suka. Lama-lama jadi serius. Join competition itu, competition ini. Sampailah ke tahap
sekarang ni.”
“Lo kangen ya
jaman kita di universitas dulu?”
Sekali lagi tawa
Wafri melantun di bibir. Dulu waktu di universiti, memang sukan ini yang dia
dan Aryan bergiat aktif. Jadi wakil sampai peringkat tertinggi. Habis belajar,
masing-masing bawa haluan. Then, tamat.
“Tu salah satu sebab jugak aku tubuh
kumpulan ni, Ryan. Bila tengok piala-piala kita dulu, selalu tengok game dalam
tv, rasa rindu nak main balik tu membuak-buak. Tu yang aku nekad kumpul dia
orang ni semua.
Adalah member-member kat hospital tu yang pandai main.
Kebanyakan budak-budak junior. Bila
dia orang pun excited sama bawa masuk
geng-geng, aku apalagi. Macam orang mengatuk disorongkan bantallah jawabnya!”
cerita Wafri teruja.
“Kira-kira ada borang kosongnya lagi nggak buat aku?”
Wafri toleh. “Kau biar betul?”
“Ya siapa tau bisa balikin jaman kegemilangan kita
dulu.”
“Kau betul ni serius nak join?”
“Lo nggak percaya?”
“Of courselah tak.
Busyman macam kau ni ada pulak masa nak datang training apa
benda semua. Tu belum bab bertanding lagi. Nak tunggu kau free, alamat umur 60 tahunlah agaknya borang tu baru diisi. Tu pun
tak tahu larat lagi ke tak main!”
Kali ini Aryan yang tergelak. “Aku cuman bercanda doang, ah.”
“Tahu! Lagi-lagi
kau dah ada Sefhia nak dijaga sekarang.”
Mendengar nama
Sefhia, riak Aryan sedikit berubah. Botol air di sisi dicapai. Diteguk minuman
itu hilangkan penat yang berbaki di badan.
“How is she?”
“Alhamdulillah. Dua minggu aku nggak ada, kayaknya dia
makin selesa di rumah.”
“Kesihatan dia?”
“Semakin membaik. Berantem sama aku juga udah bisa.”
“Hah?” riak Wafri nyata terkejut. “Kau bertumbuk
dengan dia ke?”
“Hampir-hampir juga tadi.”
“Biar betul? Sefhia tu baru nak sihat, kau tahu tak?”
“Nggak butuh nungguin sampei dia sihat, kok. Masih
sakit juga udah bisa.”
“Maknanya, masa kau mintak aku datang rumah tengokkan
dia hari tu, kau baru lepas bergaduh dengan dialah? Luka, lebam, kaki dia tu, kau
yang buat?”
Lambat-lambat Aryan angguk.
“Astaghfirullahalazim!” Wafri tepuk kepala. Terkesima
dek pengakuan rakannya. “Kau biar betul, Ryan? Sampai teruk macam tu kau
belasah dia? Perempuan tu kut!”
“Apa yang aku lakuin itu masih nggak setimpal sama apa
yang telah dia lakuin ke aku dulu, Ri. Lebih teruk! Lo masih ingat sama lebam
di rusuk kiri itu?”
“Hah! Kenapa dengan lebam tu? Jangan cakap kat aku
Sefhia yang buat.”
“Emang dia yang lakuin.”
Wafri telan air liur. Posisinya yang tadi santai juga
dah tegak duduk.
“Bukan calang-calang orang boleh tendang sampai lebam
macam tu, Ryan. Perempuan pulak tu. Patutlah aku tengok dia steady aje masa aku datang rumah. Isk!
Seram pulak aku nak rawat dia lepas ni. Buat silap kang, tak pasal-pasal
mendapat aku dia punya flying kick!”
“Kalau lo nggak cari pasal, nggak mungkin dia akan
kenapa-kenapakan lo.”
Suasana jadi senyap. Hanya suara-suara orang bermain
di gelanggang yang kedengaran. Hingga
beberapa detik kemudian, tawa Wafri tiba-tiba berderai.
“Lo ngapain, sih? Ketawa tiba-tiba kayak gini?”
“Entah. Tiba-tiba aku rasa kelakar pun ada tengok kau
orang berdua.”
“Apaan sih yang kelakar?”
“Yelah. Selalu orang risaukan perempuan tak pandai
lawan. Tapi Sefhia, dah terlebih handal aku tengok. Dengan engkau-engkau pun
dia boleh kerjakan. Adui!” ujar Wafri masih dengan tawanya. “But... it was good actually. Atleast, kau tak payah nak risau pasal keselamatan dia. She could manage herself in case something bad
happen.
Well... ex-Crazierlah katakan! Siapa tak kenal. Gangster paling otai. Semua gangster-gangster kat Malaysia ni dia orang bantai! Bab-bab gaduh ni dah jadi darah daging all of them!”
Well... ex-Crazierlah katakan! Siapa tak kenal. Gangster paling otai. Semua gangster-gangster kat Malaysia ni dia orang bantai! Bab-bab gaduh ni dah jadi darah daging all of them!”
“Maybe.”
“Tapi kan... terror
sangat ke Sefhia tu lawan? Sampai kau pun boleh kalah!”
“Cobain lo yang rasa. Lo juga tadi yang bilang dia itu
bukan sembarangan orang. Kalau aku yang berantem sama dia pasti lagi kalah, apa
lagi lo.”
Serentak Wafri angkat kedua tangan. “Wooo! Dah
tentu-tentu aku surrender awal-awal, bro!”
“Bagus kalau lo tau.”
“Tapi kira okeylah tu. Bolehlah kau hire dia
jadi bodyguard lepas ni.”
“Lo ngomongnya usah yang macem-macem, ah.”
“Betul apa? Mana tahu kalau kau kena culik lagi ke
lepas ni, dia boleh protect kau!”
Kali ini Aryan tak balas. Kata-kata Wafri buat otaknya
bekerja keras. Fikir sesuatu.
“Dah... kenapa pulak kau diam ni? Terasa ke dengan apa
aku cakap?”
“Nggak.”
“Habis tu? Apa yang serius sangat?”
“Aku lagi mikirin gimana nanti Sefhia sekembalinya
orang tua aku dari Jakarta.”
“Bila parent
kau balik?”
“Aku juga nggak tau.”
“Apa susah? Kau lepaskan ajelah dia. Dari hari tu lagi
aku dengan Leeya dah suruh kau serah dia kat polis. Tapi kau tak nak.”
“Udahku bilang. Belum waktunya lagi.”
“Kalau macam tu, carikanlah rumah untuk dia tinggal
sendiri.”
“Gimana kalau Crazier bisa menemukannya?”
“Kan dia orang semua dah kena tangkap. Apa lagi kau
nak risaukan?”
“Untuk saat ini, ya. Tapi waktu-waktu ke depannya
nanti? Kita nggak tau yang bakalan terjadi, Ri. Siapa tau mereka bisa terlolos
dari hukuman. Atau kabur dari penjara.”
Wafri diam. Dalam hati turut mengiakan. Siapa tak
kenal geng Crazier. Bijak. Tangkas. Licik. Benda mustahil pun boleh jadi tak
mustahil.
Keadaan sepi sekali lagi. Aryan fikir masalahnya.
Wafri terus mencari akal.
“Susah-susah sangat, kau kahwin ajelah dengan dia!”
Serentak Aryan dongak. “What?”
“Kalau kau orang kahwin, tak ada sebab Sefhia tak
boleh tinggal terus kat rumah tu dengan kau dan family kau. Kau jugak
cakap tadi, belum waktunya lagi kau nak serah dia kat polis. Nak suruh dia
tinggal sendiri, takut nanti geng-geng lama dia jumpa. So... that’s only the way you have.”
“Ah! Kerja gila itu.”
“Gila tak gila. Sejak kau bawa balik Sefhia ke rumah
tu pun, memang kau dah buat kerja gila. Apa bezanya?”
“Kalau nanti identiti Sefhia itu ketahuan sama
keluarga aku, gimana?”
“Kalau macam tu, kau lepaskanlah dia. Habis cerita!
Tak payah nak pening-pening dah fikir semua. Kalau terus fikir, dengan aku-aku
sekali ikut jadi gila!”
“Wafri! Aryan! Second
set dah nak start. Get in!”
Suara itu serta-merta matikan perbualan Aryan dan
Wafri.
“Dah, jom. Dia orang dah panggil.”
**********
SILING
nun di atas direnung. Berharap dapat hilangkan rasa bosan yang menggunung. Lama
dia termenung. Tapi tak ada apa-apapun. Sudahlah putih. Kosong.
Sefhia hela
nafas. Tak tahu apa lagi perlu dibuat. Untuk singkir rasa bosan yang dah sarat.
Sejak Aryan
pulang, dirinya dah tak bebas. Keluar masuk bilik terbatas. Nak buat apapun,
semua terkandas.
Baru dia nak
rasa seronok. Tolong Mak Minah masak kat dapur. Bantu Mak Minah kemas satu
rumah. Teman Mak Minah siram bunga di laman. Makan sama-sama Pak Majid.
Tapi sekarang… semuanya dah tak dapat lagi. Sebab
Aryan dah kembali.
Aryan.
Spontan Sefhia toleh ke kanan. Bungkusan pemberian
lelaki itu diperhatikan.
‘Apa yang dia beli? Mimpi apa tiba-tiba bagi?’
Mata berkalih ke siling semula. Ikut hati, dia nak
biarkan saja. Rasa marah pada si pemberi masih menggila. Tapi nalurinya
meronta-ronta kuat suruh buka.
Lima minit berkira-kira, akhirnya Sefhia turun dari
katil. Bungkusan atas meja solek diambil. Sambil tangan mengoyak pembalut,
sambil itu dia bergerak balik ke katil.
Dengan tangan separuh menggeletar, kotak itu dibuka.
Dan tak semena-mena, kaki Sefhia kaku serta-merta. Isi dalam kotak bagai
mencarik-carik koyak seluruh daging dalam tubuhnya. Sesak. Panas. Berbisa.
Hinggakan dia jatuh terduduk ke lantai dek serangan perasaan yang luar biasa.
Gadis itu terkedu. Otaknya bercelaru. Nafasnya beralun
laju. Kejutan apakah ini yang sedang berlaku?
Dalam termangu, kotak di pegangan dipandang satu demi
satu.
Sepasang telekung. Selembar sejadah. Senaskah
Al-Quran.
Kepala Sefhia
tersandar lemah di birai katil dalam ketakutan yang menderu.
No comments:
Post a Comment