Bila minda berpuisi, hati mendominasi, jari menguasai, lahirlah nurkilan rasa coretan berseni.
Friday, December 29, 2017
CHAPTER 7 : RELAKU PUJUK
Saturday, December 9, 2017
CHAPTER 3 : SEJIWA (Sekuel Bayangan Gurauan)
LINCAH tangannya menyiapkan sarapan di dapur. Hanya
juadah ringkas. Sosej bakar, kacang panggang, scrambled egg.
Bolehlah dijamah dengan roti nanti. Itu saja yang sempat dibeli waktu keluar
makan malam tadi.
Usai masak, Irish membancuh
minuman panas. Milo dan gula. Entah kenapa air itu sekarang yang Tengku Harrys
minat. Bila buat air lain, lelaki itu akan menolak.
Semuanya gara-gara peristiwa dulu. Ketika pertama kali
dia buatkan air tersebut untuk lelaki itu. Sebagai denda katanya. Tapi dari
denda, terus jadi suka.
Spontan bibir Irish menguntum senyum.
“Nak buat air ke
nak senyum?”
Irish tersentak. Air panas dari heater lari tersasar dari mulut mug.
Habis tumpah atas meja mini
bar. Pantas dia menoleh. Empunya suara berdiri betul-betul di belakangnya.
“Harrys!”
“Ya.”
“Suka terkejutkan orang, kan.”
Tengku Harrys ketawa kecil. Duduknya berlabuh di kerusi
mini bar depan Irish. “Siapa suruh senyum sorang-sorang.”
“Ma… mana ada.”
“Kalau tak betul,
tak adalah merah muka tu.”
Irish pandang
Tengku Harrys sejenak. Lelaki ini tahu saja kelemahannya. Dan kalau dia balas,
dah tentu-tentu takkan menang.
Kerja yang tergendala sekejap tadi sudahnya disambung
semula. Tengku Harrys yang masih merenung, cuma dibiarkan saja.
“Senyumkan apa
tadi?”
“Tak ada apa-apa.”
“Teringat kisah
lama?”
“Tak.”
“Ke teringatkan
saya?”
“Tak.”
“Atau... teringat
kes malam tadi?”
Spontan Irish mendongak. “Kenapa dengan malam tadi?”
“Ada orang tu tidur peluk saya macam tak nak lepas.”
Dum!
Jantung Irish
terasa macam nak gugur. Fikirnya Tengku Harrys sudah lupa. Tapi pagi ini, ia
disebut semula. Dapat dia rasakan wajahnya makin berubah warna. Memori malam
tadi kembali berlegar di kepala.
Selesai solat isyak, dia terus rebahkan diri atas katil.
Niat hati nak lepas lelah seketika. Penat seharian berjalan di Kota London.
Tengku Harrys pula seingatnya berlalu ke ruang tamu menonton televisyen.
Dari nak rehat sekejap, rupanya dia tertidur lansung
sampai ke subuh. Sedar-sedar saja, Tengku Harrys dah ada kat sebelah. Terkejut kepalang
dirinya bila berada erat dalam dakapan suaminya. Namun lebih terkejut...
tangannya lebih erat memeluk tubuh lelaki itu.
“Dah ingat
sekarang?”
Pandangan Irish
kembali ke depan.
“Nampaknya kenalah
saya charges berapa lama awak peluk
saya malam tadi.”
“Huh?”
“Plus, saya tak dapat tidur lena
sepanjang dipeluk. Dan...,”
“Dan apa?”
“You have to be responsible on that,”
tutur Tengku Harrys selamba sambil berpeluk tubuh. Matanya cerun merenung
Irish. Hingga wanita itu tertunduk.
‘Ya ALLAH. Apa kau
dah buat ni, Irish?’
Dada Irish mula berdebar tak menentu. Air dalam mug yang kian dingin terus dipandang
bersama kepala non-stop fikir sesuatu.
“Irish...,”
“Saya minta maaf.”
“I don’t need that.”
“Saya tak sengaja.”
“Still not enough.”
“Saya penat sangat.
Sampai tak sedar lansung. Dengan cuaca sejuk. Mungkin terpeluk.”
“Terpeluk? Atau
sengaja peluk?” bidas Tengku Harrys lagi.
Irish tarik nafas
dalam-dalam. Berkira-kira jawapan apa patut disuakan. Salah jawab, habis. Kalau
tak jawab, niaya silap haribulan!
Dan entah kenapa dia rasakan Tengku Harrys sedikit dingin
pagi ini. Semalam bukan main caring. Ada
masalahkah?
“I’m still waiting, Irish.”
Irish ketap bibir.
Seluruh tubuhnya turut menggigil.
“Ke nak saya datang
dekat dengan awak...,”
“Terpeluk atau
sengaja peluk, saya tak pasti. Tapi saya rasa selamat dan selesa ada dekat
dengan awak.”
Laju ayat itu
meluncur keluar dari mulut Irish. Buat Tengku Harrys terus terdiam. Lama wajah
Irish dipandang.
“Alright. Kali ni saya maafkan. Tapi
kalau berlaku lagi, saya tak jamin saya akan lepaskan,” ujar lelaki itu bak
memberi amaran. “Boleh kita breakfast
kat balkoni luar? Saya tunggu kat sana.”
Tengku Harrys
bingkas bangun. Langkah terus dihayun ke ruang balkoni. Irish pula sekadar mampu
memerhati.
Hmmh...
Tuesday, December 5, 2017
CHAPTER 6 : RELAKU PUJUK
BUNGKUSAN
di depan direnung kosong. Entah kenapa seleranya tiba-tiba hilang. Mungkin
kerana hari ini hari terakhirnya.
Semalam dia terdengar perbualan.
Dari orang-orang yang mengawalnya. Malam ini wang tebusan akan dihantar sebagai
pertukaran. Pasti babanya dah berurusan dengan mereka.
Seketika,
Aryan dapat rasakan jantungnya berdegup laju. Resah memikir apa yang bakal
berlaku. Nasibnya baik, dia akan selamat. Kalau sebaliknya, ALLAH saja yang
tahu.
Satu hal yang lebih merisaukan.
Babanya. Dengan siapa orang tuanya itu akan datang? Pihak polis atau sendirian?
Aryan mengeluh berat.
Melepas resah di dada yang semakin sarat. Moga-moga segalanya akan selamat.
Dalam
melayan fikiran, pintu bilik dibuka dari luar. Aryan menjengah. Sesosok tubuh
yang makin dikenali muncul depan mata.
‘There you are. Miss of Crazier.’ Hati Aryan
berbisik.
Dia
tak tahu itu nama gadis tersebut atau bukan. Tapi nak dekat sebulan terkurung,
cuma panggilan ‘miss’ itu yang keluar dari mulut semua orang.
So,
Miss of Crazier... itu gelaran ciptaannya buat gais berkenaan.
Simple. Dan senang nak ingat!
Nak-nak dia satu-satunya
bunga dalam taman.
Masuk saja, gadis itu
melangkah mendekati. Pandangan terus terarah pada bungkusan yang masih belum
terusik.
“Aku
nggak mau makan. Seleraku hilang,” beritahu Aryan.
Gadis
itu sekadar diam. Tali yang mengikat tubuh Aryan di tiang kemudian dileraikan.
“Kenapa
dibuka ikatannya?”
“Kita
akan pergi dari sini.”
“Ke
mana?”
Gadis
itu tak jawab.
“Apa
benar ini malam aku akan dibebasin?” Aryan menyoal lagi. Namun gadis di depan
masih diamkan diri.
“Aku
tanya sama kamu. Apa benar aku akan dibebasin?”
Kali
ini gadis tersebut beri reaksi. Tapi hanya dengan renungan. Walau tanpa patah
perkataan, panahan mata birunya seakan mengiakan pertanyaan Aryan.
“Kenapa
kamu di sini?”
Tak diduga, soalan tersebut meluncur tiba-tiba dari
mulut Aryan. Soalan yang buat gadis itu larikan pandangan. Kerjanya segera
disambung semula.
“Jawab
pertanyaanku. Gimana kamu bisa berada di tempat ini? Bergaul sama orang-orang
sebegini?”
“Mind your own business.”
Aryan gelak. “Semudah itu? Setelah apa yang
kamu lakukan terhadapku?”
“Lepas
ni kau akan bebas. Kau buat hal kau. Aku dengan cara aku.”
“Kamu
yakin, kita nggak akan lagi ketemu?”
Pertanyaan itu hanya dibiar. Gadis
itu bingkas bangun. Tubuh Aryan ditarik untuk sama berdiri. Saat kakinya
setapak melangkah, lengannya keras dicapai Aryan.
“Kalau aku nggak selamat ini hari, aku mungkin akan
mati. Tapi kalau aku berhasil melangkah pergi, kita pasti bakal ketemu lagi
satu saat nanti.”
Kata-kata itu sekaligus undang renungan tajam gadis
tersebut. Dah berapa hari Aryan tak terimanya. Tapi hari ini, ia kembali
muncul.
“Pegang kata-kataku!”
Bening biru itu terus merenung Aryan dengan rasa terpukul.
**********
BENTLEY Flying Spur W12 S warna meteor itu membelok
masuk ke sebuah kawasan. Hanya gelap gelita sambut kedatangan. Satu cahaya
lansung tak kelihatan.
“Betui
ka tempatnya ni, tuan?” Pak Majid tanya majikannya.
“Kalau
menurut lokasi yang diberi, ya emang benar ini tempatnya.”
“Mak
aih! Gelap sungguih ni, tuan. Satu apapun Pak Majid tak nampak!”
Mata
Pak Aryawan turut pandang keliling. Memang. Dahlah gelap. Bayang bangunan
apatah lagi.
Ding!
Bunyi
telefon Pak Aryawan kedengaran. Satu pesanan masuk.
Turun dari kereta. Jalan terus. Belok kiri.
Ingat! Seorang diri.
“Pak
Majid nungguin di mobilnya aja, ya.”
“Eh! Takkan tuan nak pi
sendiri? Bahaya, tuan!”
“Nggak apa-apa. ALLAH ada.” Pak
Aryawan pamer senyum. Pintu dibuka. Beg di sisi turut dibawa. “Dalam satu jam
saya nggak kembali, Pak Majid tau kan apa yang harus dilakuin?”
“Iya, iya. Pak Majid tau. Hati-hati,
tuan!”
Pak Aryawan turun dari kereta. Kaki
terus melangkah ikut arahan yang diberikan. Sebaik belok ke kiri, sebuah gudang
usang terlihat di depan. Lelaki itu terus hampiri. Berapa jarak mendekat, pintu
gudang terbuka perlahan-lahan.
“Selamat
datang, Tuan Aryawan!”
Tepukan
Zen bergema dalam gudang.
Pak
Aryawan pandang lelaki itu. Kemudian orang-orang di sekeliling. Boleh tahan
ramai. Mungkin inilah geng Crazier yang Pak Din ceritakan.
Mata Pak Aryawan kemudian
berkalih. Mencari kelibat seseorang. Namun hampa. Bayang tersebut tak kelihatan.
Pandangan kembali terarah pada lelaki di depan.
“Di mana anak saya?”
Zen tersenyum. “You give the money first, then you will get him.”
“Nggak. Saya mau lihat dulu
anak saya.”
“Okey.” Zen akur. “Bawa dia masuk.”
Seraya itu satu sosok tubuh dibawa
masuk ke ruangan tersebut. Kain yang menutup kepalanya lansung dibuka.
“Aryan!”
“Baba!”
“Aryan nggak apa-apa, nak?”
“Aryan nggak apa-apa, ba. I’m okay...,” lirih suara itu. Sebak
dada sebaik terpandang wajah babanya yang dah lama tak bertemu.
“Ahh… so sweet both of you! Melepas rindu, right?” Zen ketawa sinis. “So…
you dah tengok anak you, kan? Now,
where’s my fifty million?”
Pak Aryawan melangkah ke dalam gudang.
Beg yang sejak tadi tersangkut dibahu, diletak ke lantai.
“Hunter.”
Orang kanan Zen itu turut arahan.
Beg bertukar tangan. Isinya dibuka. Kandungan di dalam, diperiksa.
“Okay,
boss!”
“Good.”
“Jadi sekarang saya bisa bawa pulang
anak saya, kan?” Pak Aryawan menyoal.
“Well…
sepatutnya macam tu. Tapi…,”
“Tapi apa?”
Tawa
Zen berderai. Dan saat itu, pintu gudang kembali tertutup.
Pak
Aryawan tergamam. “Apaan ini? Kenapa pintunya ditutup kembali?!”
“Aryawan, Aryawan, Aryawan…,” Zen
ketawa panjang. “I greatly appreciate
you sanggup bersusah payah datang ke sini. Semata-mata untuk anak you. But… I’m sorry.”
“Apa maksud kamu?”
“I
couldn’t make it.”
Serentak, beberapa pucuk pistol
dihala ke arah Pak Aryawan.
“Hei, brengsek! Lo penipu!!!” Aryan
membentak. Nak saja dia meluru ke arah Zen, lepas tumbukan ke muka, tak pun
tendang kuat-kuat lelaki itu. Namun kedua lengannya dipegang kejap. “Lo mau apa
lagi, sih?! Uang tebusan udah lo terima. Sekarang, apalagi?!”
Zen
ketawa lagi. Kali ini lebih kuat.
“Ingat semudah tu I nak lepaskan? Setelah banyak benda
yang you dah tahu?”
“Tapi perjanjian kita nggak seperti ini, bukan?” celah
Pak Aryawan.
“I know.
Tapi I tak cakap yang ia takkan berubah. Jadi bila-bila masa saja ia boleh
diubah. Ikut suka I.”
Ketawa Zen makin bergema di dalam gudang.
“Dasar bajingan! Lo itu emang dasar bajingan, tau
nggak! Orang lain lagi berusaha untuk kaya-raya. Tapi lo? Lo mau kaya atas
hasil usaha lelah orang lain. Nggak tau malu!”
Ketawa Zen mati serta-merta. Kata-kata Aryan sekali
lagi tepat kena batang hidungnya. Berubah merah padam wajah cerah dia. Pistol
milik Hunter dan-dan itu dicapai. Muncung tepat dihala ke arah Aryan.
“Kau tak pernah habis sakitkan hati aku, kan?! Tak apa! Aku bagi kau
peluang cakap puas-puas. Sebelum aku tamatkan nyawa kau hari ni. Tapi sebelum
tu, kau akan tengok nyawa baba kau melayang dulu!”
Muncung pistol seraya beralih ke Pak
Aryawan.
“Lo jangan berani mengapa-apakan
orang tuaku!!!” teriak Aryan.
“Too late! This is for what you have done!”
Perlahan-lahan
picu ditarik Zen.
Aryan meronta. Sekuat tenaga dia tolak sosok di kiri
kanannya. Kali ini pegangan terlepas.
Dengan pantas lelaki itu berlari ke arah Zen.
Harap-harap dapat halang. Tapi belum sempat dia sampai, tubuhnya diterkam jatuh
ke lantai oleh ahli Crazier yang lain.
Bergelut Aryan berhabis-habisan untuk segera loloskan
diri. Tapi sayang… beberapa das tembakan dah dilepaskan bertalu-talu dalam
gudang tanpa henti.
“Babaaaaa!!!”
**********
DAHINYA ditekap dengan kain. Halang darah dari terus mengalir. Sesekali mata perhati keadaan yang sedang berlaku di sekeliling.
“Aryan.”
Lelaki itu toleh. Senyuman kecil
terukir melihat sosok itu berjalan menghampiri. “Baba.”
“Kamu baik-baik aja?”
“Iya.”
“Parah lukanya?”
“Dikit aja. Nggak apa-apa.”
“Cuba sini dilihat.”
Pak Aryawan menjenguk. Luka di dahi
Aryan diperiksa. Taklah teruk. Tapi jelas terkoyak. Dan berdarah.
Gara-gara
ingin selamatkannya tadi, anaknya terpaksa bergelut dengan penculik-penculik
tersebut. Mungkin terhantuk.
“Parah juga.”
“Nggak apa-apa kok, ba. Anak baba
inikan lagi kuat.”
Tawa mereka berderai.
Pak
Aryawan lantas sertai anaknya. Duduk di birai pintu ambulans. Selimut yang
membalut tubuh Aryan dibetulkan.
“Makasih, ba. Udah membahayakan
nyawa demi Aryan.”
Pak Aryawan tersenyum. “Usah terima
kasih sama baba, deh. Sebaliknya berterima kasih sama ALLAH. Kerna Dia, kita
masih lagi di sini. Baba cuman lakuin apa yang termampu. Biarpun harus
berkorban nyawa, baba sanggup. Demi kamu.”
Serta-merta Aryan peluk Pak Aryawan.
Sebak hati dengar bait bicara yang dilafazkan.
“Maafin Ryan, ba!”
“Nggak ada apa yang perlu dimaafin,
dong. Pokoknya, semua udah selamat sekarang. Bapa yakin apa yang terjadi pasti
lagi punya hikmahnya. Malah ini semua berkat doa dari mama kamu juga, nak.”
“Aku kangen banget mau ketemu sama
mama.”
“Bentar lagi kita pulang, ya. Mama
juga lagi nungguin kamu di rumah,” pujuk Pak Aryawan. Tubuh Aryan yang sedang
menangis diusap dari belakang.
“Tuan Aryawan.”
Pelukan kedua beranak itu terlerai.
Seorang lelaki bertubuh tinggi dan tegap dah siap tercegat depan mereka. Pak
Aryawan bingkas berdiri.
“Tuan Razmin. Gimana semuanya? Udah
selesai?”
“Sudah. Kesemua suspek sudah berjaya
diberkas. Selepas ni mereka akan dibawa ke balai. Dan kami minta kerjasama dari
Tuan Aryawan dan Aryan agar ikut sama ke balai untuk buat laporan.”
“Iya. Udah pasti. Terima kasih atas
pertolongannya, tuan!”
“Sama-sama. Pihak polis juga ucapkan
setinggi-tinggi terima kasih pada tuan kerana bantu kami memberkas kumpulan
ini.”
“Aduh! Saya nggak melakukan apa-apapun!”
Asp Razmin tertawa halus. “Tapi tindakan Tuan Aryawan
laporkan hal ini pada pihak polis adalah satu tindakan yang bijak. Dan
hasilnya… malam ini kita berjaya tumpaskan Crazier yang telah lama diburu
polis.”
“Ya kalau udah begitu, saya bisa ngomong apa lagi.
Terima kasih juga kerna tuan udah nyelamatin nyawa saya sama anak saya.
Kedatangan tuan tepat pada saatnya.”
“Itu memang dah menjadi tugas kami. Okey, Tuan
Aryawan, Aryan. Kita jumpa di balai nanti,” ujar pegawai polis itu seraya
berpaling. “Bawa mereka semua!”
Kesemua geng Crazier yang digari
dibawa naik ke dalam ‘Black Maria’. Cuma Zen seorang dibawa masuk ke kereta
dinaiki Asp Razmin. Sempat renungan tajamnya singgah pada Pak Aryawan sebelum
berpindah ke Aryan.
Aryan balas balik renungan lelaki
itu. Renungan yang terkadung mesej buatnya. Mesej apa, dia tak dapat tangkap.
Yang dia lihat, ada dendam yang tersirat.
Pandangan Aryan segera beralih ke arah trak.
Satu-persatu penculik yang dibawa naik, diperhati. Berapa ramai bilangan
mereka, dia tak pasti. Yang pasti, matanya tak lihat seraut wajah dalam
kelompok penculik-penculik tersebut sampailah Black Maria itu beredar pergi.
dibebasin – dibebaskan
gimana – bagaimana