LANGKAH diatur menuruti gadis di depan. Menyusuri pantai
Brighton di waktu petang. Sejak tadi tangannya digamit Tengku Safra. Sejak
sampai ke sini. Mulut gadis itu juga tak henti-henti bercerita sepanjang
berjalan. Macam pemandu pelancong sudah gayanya.
Tengku Harrys awal-awal dah ke hotel penginapan.
Selesaikan urusan check in dengan
Tengku Syaffi dan suami Tengku Saffa, John Mikhail. Tengku Yasmin pula hilang
entah ke mana. Bersama Tengku Saffa dan anak-anaknya.
Cuaca hari ini nampak semakin baik. Salji dah berhenti.
Mentari juga sudah menampakkan seri. Walaupun cuaca sejuk masih menyelubungi.
Sebab itu Tengku Yasmin sekeluarga membawa dia dan Tengku
Harrys habiskan ‘tour’ di London.
Bermula pagi tadi. Hingga mereka tiba di Brighton petang ini.
Brighton. Bandar resort tepi pantai di pantai selatan
England. Salah satu destinasi pelancongan popular kerana lokasinya berdekatan
London.
Orang cakap tempat ini sesuai datang musim panas. Nak menikmati
suasana pantai. Tapi alang-alang dah ada kat sini, mereka singgah sajalah. Nak
tunggu lain hari, entah bila akan sampai.
“Hmm.”
“Itu Brighton Palace Pier. Kalau datang sini, tak sah kalau tak pergi situ.
Macam-macam ada sepanjang atas jeti. Food
courts, games, theme park, everything. Sambil jalan sambil cuci mata.”
“Mesti seronok.”
“Of course! Esok kita pergi, ya.
Nak pergi hari ni macam tak sempat. Dah petang.”
“Selalu Safra dan keluarga ke sini?”
“Sometimes. Tapi biasanya kalau
datang dengan Abang Harrys.”
“Abang Harrys?”
“Hmm. Biasanya Abang Harryslah yang ajak kita orang datang sini.
Jalan-jalan. Makan angin. Kalau kita orang sibuk, dia akan pergi sendiri. Dalam
sebulan tu atleast sekali mesti Abang
Harrys akan ke sini.”
“Sampai macam tu?”
“Yup.”
“Kenapa?”
“Kak Irish jangan tanya Safra kenapa. Safra pun tak tahu jawapannya. Bila
Safra tanya Abang Harrys, dia mesti mengelak. Macam ada sesuatu yang dia
sembunyikan. Tapi Safra dapat rasa memang ada sesuatu pun yang membawa dia
datang ke sini selalu.”
Irish terdiam. Perkataan ‘sesuatu’ yang disebut Tengku Safra seakan menarik
perhatian.
“Kak Irish bertuah dapat miliki Abang Harrys.”
Bicara itu terkeluar tiba-tiba dari mulut Tengku Safra. Buat Irish berkalih
pantas memandangnya.
“Sampai sekarang Safra macam tak percaya yang Abang Harrys dah kahwin.
Sebab Safra kenal sangat dengan dia. Tahu sangat hati dia tu sekebal dan
sekeras Tembok China. Sukar nak ditawan. Apalagi nak dilembutkan. Datanglah
ramai mana sekalipun perempuan. Yang hot
and sexy, rambut hitam or blondy,
baik tua atau yang freshie, semuanya
tak jalan!
Sampaikan anak kawan-kawan mama, kawan-kawan Kak Saffa, kawan-kawan Abang
Syaffi, termasuk kawan-kawan Safra sendiri pun kecundang nak dapatkan dia. Hai!
Tak tahulah simen konkrit brand apa
yang Abang Harrys tu guna buat simen pintu hati dia!”
Serentak tawa Irish berderai.
“Eh, Kak Irish jangan gelak tau! Safra cakap betul ni. Sampai satu tahap,
kita orang pernah terfikir yang Abang Harrys tu bukan lelaki normal!”
“Isk, Safra!” tingkah Irish. Bahu gadis itu ditepuk. Tawanya masih tak
lekang di bibir.
“Dah tu... susah sangat nak buka hati dia tu kat perempuan!”
“Mesti ada sebab.”
“Sebab tulah! Sebab dia dah bagi simen habis hati dia! Tertutup rapat,
ketat, melekat! Tak bagi chances lansung
perempuan nak tackle dia!”
“Tapi sekarang dah berubah, kan.”
“Yes! After he met you!”
“Mungkin sebelum akak, dia dah buka dulu hati dia untuk perempuan lain.”
“No! Tak mungkin! Abang Harrys tu
jenis yang memang susah nak jatuh cinta. Kalau dia jatuh cinta pun, cuma sekali
dalam seumur hidup dia. Dan Safra percaya, Kak Irish cinta pertama dan
terakhirnya. Jangan harap lagilah lepas ni dia akan jatuh cinta. Takkan ada!
Safra berani kerat jarilah!”
‘Sekali Harrys dah jatuh cinta,
jangan harap Harrys akan berpatah balik. Dan jangan harap Harrys akan jatuh
cinta untuk kali yang kedua.’
Kata-kata keramat itu kembali menari-nari di benak Irish. Kata-kata yang
hampir sama diucapkan Tengku Safra. Terasa aliran darah dalam tubuhnya kini
berderau tak tentu arah.
“Abang Harrys is
such a gentle guy, Kak Irish. Dia baik, penyayang, suka tolong orang.
Sampai kadang dia ketepikan kepentingan diri dia asalkan orang lain gembira.
Tapi dia tak suka tunjuk semua tu. Jadi orang tak tahu.
Banyak. Banyak lagi sebenarnya keistimewaan dia. Tak
dapat Safra nak cerita semua. Safra yakin Kak Irish akan tahu sendiri nanti
bila dah betul-betul kenal dia. So, Kak Irish... make sure akak jaga Abang Harrys tu baik-baik, okey. Sebab susah
nak cari lelaki macam tu zaman sekarang ni. Hati dia tu. Tak semua orang punya
hati yang ‘cantik’ macam dia.
Kalau boleh Safra nak tengok Abang Harrys dapat bahagia
setimpal dengan apa yang dia dah buat untuk orang lain selama ni. And I believe... you’re the right one to
make it happen.”
Irish ketap rahang. Kali ini terasa bahunya diletak
seketul batu yang amat besar.
“Kak Irish?”
“Hmm?”
“Are you okay?”
“Ya. Okey.”
“Kak Irish dah penat ke? Kalau penat kita duduk rehat
dulu.”
“Eh, taklah. Akak okey, Safra.”
“Tak apa. Kita rehat dulu. Safra pun nak pergi cari hot drink. Bolehlah panaskan sikit badan
ni. Kak Irish tunggu sini sekejap, ya. Safra pergi beli.”
Irish menghantar langkah Tengku Safra berlalu. Lenyap
kelibat gadis itu, pandangan kembali dihala ke pantai. Cuba buang rasa gementar
yang menyinggah. Mujur Tengku Safra tak perasan.
Mata Irish terus
leka melihat Pantai Brigton. Menghayati pemandangan indah ciptaan Tuhan.
Menghirup bayu laut yang terasa nyaman. Mendakap sinar mentari yang kian
tenggelam.
Dan semua itu benar-benar menggamit hatinya untuk mengabdikan
segala keindahan yang terbentang. Lebih-lebih lagi ini pertama kali dia datang.
Rugi kalau dilepaskan.
Tangan Irish segera keluarkan telefon bimbit. Lockscreen dinyahaktifkan mencari ikon ‘camera’. Namun pergerakannya tiba-tiba
mati. Satu notifikasi dari akaun instagram terpapar di kaca skrin.
“Qu Harrys?”
Irish kerut dahi. Tertanya-tanya siapa gerangan pemilik
akaun bernama ‘Qu Harrys’ ini.
Mungkinkah Tengku Harrys?
Kalau ya, macam mana lelaki itu boleh jumpa akaunnya? Dan
sejak bila pula lelaki itu jadi followernya?
Atau dia yang tak peka?
Klik.
Jari cepat-cepat menekan
notifikasi tersebut. Sebaik terbuka, mata Irish membuntang. Gambar dirinya
sedang lena di dada Tengku Harrys sewaktu atas cruise tempoh hari jelas terpampang.
“Ya Rabbi! Bila
masa dia ambil gambar ni?”
Irish melirik waktu
pada status gambar. Pukul 10.20 pagi. Bermakna ia baru dimuat naik hari ini. Memang
dia lansung tak tengok telefonnya sejak malam tadi.
Mata Irish beranjak
pula pada kapsyen gambar tersebut.
qu_harrys At
first, dia jual mahal…
Once dah letak, lena terus…
How long you gonna sleep on my chest,
I don’t mind…
Cause it belongs to you…
And forever will be yours @irish_izz…
Astaghfirullahalazim!
Irish raup wajah. Mukannya membahang merah. Tengok pada likers yang dah beribu-ribu, dadanya
pula macam nak pecah. Itu belum lagi komen-komen yang ditinggal di bawah.
“Harrys...”
Wanita itu menggosok-gosok dahi. Redakan jiwa yang menggila
kacau. Tapi akhirnya, bibir kecil itu tersenyum sendiri.
‘Hmmh… nasiblah dapat suami unpredictable macam tu. Tengoklah lepas ni kejutan apa pula yang
dah menunggu!’
Irish berpaling. Mencari-cari wajah lelaki itu. Baru
beberapa minit mereka terasing, namun hatinya dah mula rasa rindu.
No comments:
Post a Comment