Monday, March 23, 2020

CHAPTER 10 : RELAKU PUJUK







HARI pertama melangkah ke Armaya International, perasaan sukar digambarkan. Gembira, teruja, takut, gementar. Segalanya bercampur-baur. Meskipun dah biasa di tempat orang, dah biasa dengan suasana asing, tapi kali ini berbeza keadaan.

          Kaki terus menurut langkah sosok di depan. Dari pintu masuk utama hingga naik lif ke tingkat sepuluh, semua orang tunduk hormat pada babanya. Tapi dengan dia, pandangan hairan saja diterima.

           “Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Bisa mohon perhatiannya sebentar.”

     Suara Pak Aryawan berkumandang di ruang tengah pejabat. Kurang dari seminit, ia sudah dipenuhi para pekerja tingkat tersebut.

           “Saya kira ini hari, hari bertuah buat kita. Kerna Armaya International Malaysia menerima kedatangan CEO barunya. Perkenalkan semuanya... Aryan Alfiansyah Wong.”

           Serentak itu tepukan bergema.

 “Saya kira kalian pasti udah kenal sama anak lelaki saya ini.

        “Apa tak kenal, Pak Aryawan. Dah viral kut anak Pak Aryawan ni. Sana sini keluar berita tentang Tuan Aryan pasal kes culik tu!” ujar salah seorang pekerja.

         “Betul! Memang famous dah Tuan Aryan ni, Pak Aryawan. Satu dunia kenal. Lagi-lagi yang perempuan!” sampuk seorang yang lain.

 “Alamatnya lepas ni ramailah anak dara yang beratur nak isi borang jadi menantu Pak Aryawan. Termasuk kat Armaya ni!” tambah yang seorang lagi.

         Spontan ruang tersebut jadi hingar. Seisi pejabat bergelak sakan. Termasuk Pak Aryawan. Aryan sekadar tertunduk dengan senyuman.

            “Kalian nggak habis bercanda, ya. Apa sekalipun saya bersyukur banget kerna anak saya udah selamat dari kejadian tempoh hari. Makanya, dia ada di sini dengan kita ini hari untuk sama-sama mengusahakan Armaya Group ini.”

            So, maknanya lepas ni Pak Aryawan dah tak ada kat sinilah?”

            “Nggak juga. Saya masih tetap di sini. Cumanya, ya sebagai penasihat doang. Setelah ini saya akan sering ke luar negara untuk melihat cabang-cabang Armaya lain di sana. Justeru itu, saya melantik Aryan mengambil posisi saya di sini untuk urusin Armaya Malaysia.”

            Semuanya terangguk-angguk dengar penjelasan majikan mereka.

            “Gimana? Kalian punya masalah sama hal ini?”

            “Tak, Pak Aryawan!” sahut semuanya serentak.

“Terus punya soalan yang lain?”

            “Tak ada, pak!”

           “Bagus. Jadi saya kira kalian udah ngerti dengan jelas kedudukan halnya saat ini. Kalau nggak punya soalan lagi, kita bisa stop di sini. Saya mohon juga semuanya bisa kasi kerjasama yang baik sekali buat Aryan, ya. Kalian harus saling kompak, agar Armaya akan lebih maju terus ke depan. Insya-ALLAH.”

            “Baik, Pak Aryawan!”

            “Terima kasih. Bisa nyambung kembali kerjanya semua, ya. Enjoy your work!”

            Semua yang ada kembali bersurai. Ruang pejabat jadi lengang semula.

            “Mari Aryan. Baba tunjukin kamar pejabatnya.”


**********   

BACAAN pada fail di meja terhenti. Kepalanya disandar ke belakang. Rehatkan otak sekejap dari dokumen-dokumen di depan.

            Sejak pagi tadi, hanya itu yang ditelaahnya. Study segala maklumat berkenaan syarikat. Isi pengetahuan lebih dulu sebelum memula tugas.

            Armaya International. Anak syarikat di bawah Armaya Group. Legasi turun-temurun dari datuk moyang sebelah babanya.

Berpangkalan di Jakarta, Indonesia, syarikat ini bergiat aktif dalam berbagai-bagai aktiviti perniagaan. Hartanah, perbankan, pendidikan, perubatan, perhotelan, pelancongan, pelaburan global. 

      Hampir 50 tahun Armaya Group beroperasi. Bermula dari perniagaan kecil-kecilan, kini empayarnya bertebaran luas serata dunia. Mencapai kejayaan berlipat kali ganda. Meraih anugerah dalam dan luar negara. Seiring dengan kecemerlangan yang dipamerkan.

            Asalnya, corak pengurusan Armaya lebih ke arah konvensional. Memandangkan keturunan asal keluarga mereka adalah Cina-Belanda. Namun setelah datuknya memeluk Islam, ia perlahan-lahan diubah berlandaskan syariah. 
            
            Aryan lepas keluhan. Rasa takut mengusai dirinya sekarang. Semakin banyak dia tahu tentang syarikat, semakin gerun dan gementar perasaan itu dirasakan.

‘Bisakah aku menyambung legasi ini? Terus bikinnya lebih baik?’

“Ya ALLAH…”

            Lelaki itu raup wajah. Lansung itu dia tekup muka ke meja.

Bagaimana hari-hari yang mendatang seterusnya? Bergelumang dengan kerja-kerja. Perah otak cari idea. Baru sehari ada di pejabat, rasa macam dah setahun dia duduk di kerusi CEO ini lagaknya.

            “Tuan Aryan.”

            Aryan tersentak. Cepat-cepat dia mendongak.

            Are you okay?

Wajah Intan, setiausahanya terpancul tiba-tiba di muka pintu. Cepat-cepat dia
 tegakkan badan. “Iya.”

            “Tapi muka tuan nampak pucat. Tuan tak sihat?”

        “Nggak, kok. Saya baik-baik aja. Cuma capek dikit. Lagi membaca dari pagi,” ujar Aryan memuncung ke arah  fail-fail yang bertimbun atas meja.

           Intan tersenyum. Langkah diatur ke meja majikannya. “Sebab tulah saya buatkan kopi ni untuk tuan. Bagi segar sikit badan. Biar fresh balik otak tu.”

            Secawan kopi panas lantas disuakan depan Aryan.  

            “Oh! Makasih, Intan. Repotin kamu aja.”

          “Eh, tak adalah. Ini memang dah termasuk dalam skop kerja saya, Tuan Aryan. Sebelum ni pun hari-hari saya buatkan kopi untuk Pak Aryawan. Pak Aryawan memang suka minum kopi yang saya buat ni!”

            “Oh, ya?”       
                                       
         “Ya! Memandangkan jawatan CEO dah turun pada Tuan Aryan sekarang, jadi tuanlah yang akan telan kopi saya tu hari-hari. Tuan cubalah. Harap-harap tuan pun akan suka.”  
   
Giliran Aryan tersenyum. Kopi dari air tangan Intan dihirup perlahan-lahan.

            “Amacam, tuan? Sedap tak?”

            Aryan angkat kening. “Not bad! Enak banget!”

            “Serius, tuan?”

“Muka saya nggak kelihatan bercanda, kan?”

“Alhamdulillah. Syukur! Lega saya!” Intan tadah tangan sebelum diaminkan. “Tuan jangan risau. Macam mana saya bagi khidmat yang terbaik untuk Pak Aryawan, macam tu juga saya akan berkhidmat yang terbaik untuk tuan. Trust me!”

        “Makasih, Intan. Saya ini masih baruan di sini. Justeru itu saya mengharapkan kamu nggak akan pernah bosan untuk mengajar dan melayani kerenah saya.”

         “Eh, taklah. Nak bosan kenapa pulak? Adatlah tu orang baru. Banyak benda kena belajar. Insya-ALLAH saya tak akan pernah bosan dan sedia membantu tuan sedaya yang saya mampu. Saya swear!” ujar Intan lagi dengan senyum kian lebar. Tangan kanannya turut diangkat sebagai tanda berikrar.

             Kali ini Aryan tergelak. Tercuit dengan gelagat setiausahanya yang ceria dan ramah.

            “Ha! Kan handsome tuan ketawa macam tu. Padanlah tuan viral satu dunia sekarang!”

“Ah. Nggaklah.”

“Betullah. Satu dunia sekarang kenal tuan. Satu bangunan syarikat ni pun tak henti-henti cerita pasal tuan masa kes culik tuan tengah panas hari tu.”

“Benaran?”

“Ya benarlah! Masing-masing teruja tau bila bercakap pasal tuan. Siap ada berhajat nak jumpa tuan depan-depan. Sebab dia orang tak sangka selama ni rupa-rupanya Pak Aryawan ada seorang anak teruna yang kacak. Pandai Pak Aryawan sorokkan tuan, kan!”

“Saya ini biasa-biasa aja, Intan.”

“Ya ke biasa-biasa? Tengok tadi semua staf perempuan pandang tuan tak kelip mata.”

“Termasuk kamu?”

Intan tersengih. “Ada sikitlah. First time jumpa bos handsome dan famous macam ni, kan. Siapa tak excited? Hari ni aje satu Armaya ni sibuk bercakap pasal tuan. Kalah selebriti!”

Aryan geleng kepala. Dahinya turut digosok-gosok menahan malu.

“Alah! Tuan Aryan tak payah risaulah! Lama-lama nanti senyaplah dia orang tu.”

“Ya… harapnya begitulah.”

“Erm… tuan ada nak apa-apa lagi ke? Sebelum saya keluar.”

            No. Rasanya nggak setakat ini.”

            “Kalau macam tu saya minta diri dulu, ya. Kalau tuan perlukan apa-apa, panggil aje saya guna interkom tu.”

            “Iya. Makasih sekali lagi, Intan.”

          “Sama-sama. Saya keluar dulu,” pamit gadis itu berjalan ke pintu. “Enjoy your coffee. Agak-agak kepala tuan dah serabut hadap fail-fail tu, telan aje kopi saya tu. Gerenti kepala tuan okey balik!”

            Tawa Aryan spontan berderai. Hilang sikit rasa gemuruh dek telatah lucu Intan.

         Benarlah kata baba. Intan antara setiausaha terbaik yang syarikat miliki. Kehadirannya akan bawa satu aura positif pada sesiapa saja yang didekati.

Dan kini dia dapat rasa semacam satu semangat menjalar dalam diri. Semangat untuk lalui hari-hari di sini. Memang tak sia-sialah pengorbanan baba berikan setiausaha kesayangannya itu padanya.

Namun bila ingat hal dirinya tengah jadi bualan hangat syarikat ketika ini, lelaki itu mengeluh sendiri. Satu perkara yang tak begitu digemari. Jadi perhatian. Raih publisiti. Sampai bila hal itu akan berlarutan, dia sendiri tak pasti.

            Gggrrr.

Lamunan Aryan terhenti. Getaran bersulam deringan atas meja gamit perhatian. Pantas telefonnya dicapai. Nama pemanggil yang terpapar di skrin menggerakkan jarinya terus menyentuh punat hijau.

“Assalamualaikum, mama.”


**********

KAKI dihayun kemas masuk ke pintu utama pasaraya. Pulang dari pejabat tadi, dia minta Pak Majid hantarnya singgah ke sini. Untuk penuhi pesanan mamanya beli sedikit keperluan dapur yang dah habis di rumah.

            “Mama, mama. Untung aja aku udah biasa shopping di supermarket begini. Kalau nggak, bisa pingsan aku di sini!” gumam Aryan sendiri.

         Lelaki itu mula berlegar-legar tolak troli. Dapatkan barang yang disenarai Ibu Dian melalui telefon tadi. Sekejap trolinya dihurung ke sana. Sekejap kemudian ditarik ke mari. Mati kutu juga dia mencari dalam pasaraya yang baru kali pertama dijejaki.

         Dalam sibuk mata melilau pada deretan barang atas rak, pandangan Aryan terpaku sejenak pada satu sosok sedang membelek sesuatu di sudut paling hujung. Seakan-akan dia biasa lihat jaket kulit hitam yang tersarung pada empunya tubuh.

      Aryan perhati figura berkenaan. Namun wajahnya yang terlindung di balik hood jaket menghalang sedikit pandangan.

Lelaki itu tak puas hati. Perlahan-lahan sosok tersebut mula dirapati. Setapak demi setapak wajahnya terus diamati.

Tinggal beberapa meter jarak antara mereka, kelibat itu dilihat beredar dari tempatnya. Macam tahu-tahu diri sedang diperhati oleh dia.

            Aryan cuba ekori. Entah kenapa hatinya berkobar-kobar nak lihat wajah itu. Namun makin dia cuba kejar, makin deras langkah sosok tersebut tinggalkannya. Dan saat itu, satu pasaraya bergema dengan bunyi alarm dari alat penggera.

            “Eh! Encik, encik. Encik nak ke mana?”

            Suara seorang pengawal tahan langkah Aryan serta-merta.

            “Saya mau keluar, pak.”

           “Nak keluar? Eh, boleh. Tapi sebelum keluar, kenalah bayar dulu barang-barang dalam troli ni. Takkan nak keluar terus aje.”

            Serentak, Aryan pejam mata. Baru perasan dia dah melepasi pintu keluar pasaraya.

Gara-gara nak kejar kelibat tadi, lansung tak sedar tangan dok usung troli dalam berlari sampai terkeluar ke sini.

            “Aduh! Maaf! Saya benar-benar nggak perasan. Gara-gara mau lari ngejarin teman lama tadi.”

            “Eh, tak apa. Dah biasa dah kes berlari-lari dalam pasaraya ni.”   

            “Saya pergi bayarin dulu barang-barangnya, ya.”

        “Ya, ya. Silakan bayar ya, encik. Jangan sambung lari pulak, sudahlah ya!” balas pengawal muda berbadan gempal itu dalam senyum penuh makna.



** Continuing after I've been recovered... Not fully recovered but, alhamdulillah... Miss you all, guys... Happy reading... ^^




Thursday, March 12, 2020

CHAPTER 9 : RELAKU PUJUK






ALBUM gambar atas ribaan diselak. Sehelai demi sehelai. Sesekali senyuman terpamer di wajah. Tercuit lihat aksinya bersama Wafri kala bergambar. Ada saja gaya pelik terhasil dari rakannya itu

Sedekad lebih dah berlalu. Tapi segala kenangan tak pernah luput ditelan waktu. Tersimpan utuh dalam memori bersama segunung rindu. Kalau boleh diputar kembali, ingin saja dia terbang ke masa lalu.

“Wafri, wafri. Lo masih nggak berubah. Tetap sama kayak dulu.”

Helaian album diselak lagi. Kali ini matanya terhenti pada sekeping gambar. Gambar dia bersama Wafri dan Aleeya ketika bermain ski di Saint Moritz, Switzerland.

Melihat dua wajah itu, bibir Aryan sekali lagi tersenyum.

Tak sangka. Dulu bukan main bergaduh. Pantang jumpa mesti perang mulut. Ada saja benda dibalahkan. Tapi sekarang, masing-masing dah tangkap cintan.

 “Rasain kalian. Udahku bilang jangan terus berantem. Nanti pasti lagi pacaran. Nah sekarang… masin mulut aku, bukan?”

“Aku pun tak sangka sebenarnya, Ryan. Macam mana entah aku boleh tersangkut dengan si Leeya ni.”

“Itu namanya berjodoh. Lo juga yang bilang tadi!”

“Tulah. Mungkin sebab kita orang dah selalu jumpa kut. Sejak zaman universiti dulu tak pernah berpisah. Buat praktikal sama-sama. Dapat kerja pun tempat yang sama. Hari-hari aku tengok dia, dia tengok aku.”

“Amboi! Bunyi macam bosan aje tu!” Aleeya mencelah.

“Kalau bosan dah lama saya cari orang lain, Cik Aleeya.”

“Hmm. Yelah tu. Ke memang dah pasang niat?”

            “Nak ke?”

            “Kalau orang dah tak sudi, nak buat macam mana lagi. Kan, Ryan?”

            “Kalian berdua ni emang nggak pernah berubah, ya. Asik berantem kayak dulu.”

“Yang suka cari gaduh tu dia, Ryan. Not me. Sejak dulu pun!” tingkah Aleeya.

“Eh! Saya pulak yang kena.”

“Udahlah. Nggak usah berantem mulu. Terus-terang, aku suka kok lihat kalian lagi pacaran. Nanti lansung nikahan. Terus punya anak. Cumanya ya aku hairan, sih. Ngapain lo nggak pernah cerita ke aku selama kita berhubung, Ri? Atau emang lo nggak mau aku tau?”

“Eh! Bukan macam tu. Cuma aku segan. Sah-sah nanti kau ketawakan kita orang.”

“Kok gitu? Kalian kan sahabat aku. Kenapa sih aku harus berbuat begitu?”

“Yelah. Kita orang kan dari dulu suka gaduh. Pantang jumpa, mesti nak bertekak. Tiba-tiba sekarang bercinta pulak. Tak ke pelik? Rasanya kalau aku bagitahu, sah-sah ketawa kau yang aku dengar dulu!”

“Ya, nggaklah. Masakan aku ingin ketawa. Asal kalian tau… aku lagi bahagia melihat kalian berdua turut bahagia,” ujar Aryan. Minumannya disedut. Basahkan tekak yang kering. “Udah berapa lama kalian pacaran?”

“Nak masuk dua tahun,” jawab Wafri.

“Kapan mau lansung?”

“Apa yang lansung?”

“Nikahnya.”

“Dalam perancangan, insya-ALLAH. Sampai masa nanti kita orang akan bagitahu.”

“Jangan tunggu lama-lama, Ri. Nanti Leeya dikebas sama cowok lain.”

“Dengar tu, Doktor Wafri.”

“Eleh. Saya tahu awak pun takkan cari orang lain, Doktor Leeya.”

“Kenapa pulak?”

“Sebab tak ada orang yang tahan dengan bebelan awak macam saya.”

“Isk! Awak ni, kan!” Dan-dan itu Aleeya capai beg tangan. Lengan Wafri jadi sasaran dia melepas geram. “Haa… kan dah kena. Cakap macam tu lagi!”

“Uish! Garang jugak si Leeya ni, Ryan. First time ni dia macam ni!”

“Makanya, lo harus jagain dia betul-betul.”

“Kau pun, Aryan!” sambung Aleeya lagi

“Loh! Ngapain sama aku?”

“Yelah. Kau tu pun, bila lagi? Sampai bila nak perap hati kau tu? Ingat… kita ni makin tua. Bukan terus muda. Yang dah berlalu tu, biarkan jelah. Masa depan kau sekarang yang kau kena pandang!”

Aryan tersentak. Entah dah berapa lama dia mengelamun di bangku taman mini rumah. Imbas perbualan bersama Wafri dan Aleeya di kafe beberapa hari sudah.

Album gambar di ribaan ditutup semula.

Dia sendiri tak tahu sampai bila hatinya akan terbuka. Mungkin sampai dia jumpa seseorang yang mampu isi kekosongan itu semula.


**********

“ARYAN. Kamu dari mana?” sapa Ibu Dian saat melihat anak bujangnya menapak masuk ke dalam banglo.

            “Lagi dari taman. Ambil angin malem bentar.”

“Loh! Mama pikir kamu udah tidur.”

“Belum, dong. Waktunya juga masih awal.” Aryan ambil tempat di sofa. Bertentangan  orang tuanya. Niat untuk naik ke atas lansung terbatal. “Mama sama baba kok belum tidur?”

            “Lagi nonton TV. Dramanya bagus sekali,” jawab Ibu Dian. Mata tetap setia ke depan.

“Mama kamu ini emang kayak gini, Aryan. Tiap malem pasti disuruhin baba temenin dia nonton sampai habis ceritanya.”

“Nggak apa-apa kan, mas. Lagi pula, ini aja waktu yang mas punya buat mama. Siang mas lagi sibuk di kantor. Iya, kan?”

Pak Aryawan sekadar lempar senyum buat isterinya.

“Nggak apa-apa, kok. Setelah ini baba bakal punya waktu yang lebih buat mama.”

Serentak suami isteri itu pandang Aryan.

“Maksud kamu apa?” tanya Ibu Dian.

“Iya. Apa maksud kamu, Aryan?” Pak Aryawan turut penasaran.

“Maksud Aryan sih… setelah ini baba bakal habisin banyak waktunya buat mama. Kerna akan ada orang yang bantuin kerja-kerjanya baba di kantor.”

“Siapa? Siapa yang akan bantuin baba di kantor?”

“Ya Aryanlah, ma. Siapa lagi.”

“Kamu serius, Aryan?”

“Kenapa? Baba pikir Aryan lagi bercanda?”

“Kok tiba-tiba?”

“Ya, mungkin kerna waktunya udah sampei.”

Pak Aryawan tergamam. Wajah isteri di sebelah dipandang. Begitu juga Ibu Dian. Beberapa ketika, lelaki itu kalih semula pada Aryan.

“Jadi benar apa yang mama bilang, kamu mau pulang terus?”

“Benar.”

“Kamu nggak mau mengembara lagi?”

           Bibir Aryan tersungging. “Nggak buat waktu ini. Aryan udah puas keliling dunia. Udak capek. Jadi sekarang lagi mau istirehat. Terus bantuin baba urusin perusahaan kita. Mungkin 10 tahun ke depan baru nyambung kembali.”

            Serentak itu tawa Ibu Dian pecah.

            “Loh! Mama kok ketawa?”

         “10 tahun ke depan? Mau nyambung kembali? Waktu itu kamu udah punya anak barangkali. Gimana mau nyambung, sih?”

            “Ya, itu juga cuma rencana Aryan doang. Selebihnya, ALLAH yang udah tetapkan. Apapun yang bakalin terjadi, Aryan terima apa adanya.”   

“Kamu lagi sedih?”

            “Nggaklah, ma. Aryan baik-baik aja.”

            Ibu Dian pandang wajah anaknya. Walau mulut kata begitu tapi raut mukanya nyata berbeza. Lantas wanita itu bangun. Ruang kosong di sisi Aryan diambilnya.

         “Udahlah, sayang. Usah diingatin terus hal yang telah terjadi. Yang udah tu, ya udah. Semuanya udah suratan. Yang bakalin datang itu yang kamu harus mikirkan.

Insya-ALLAH, mama yakin ALLAH udah aturin yang selayaknya buat kamu di depan sana. Tetap semangat, ya. Baba sama mama akan doain yang terbaik buat kamu senantiasa,” tutur Ibu Dian lembut. Tangan anaknya turut digenggam erat. Beri secebis semangat.

            “Makasih, ma.”

         “Udah, dong. Nggak usah sedih-sedih terus!” Pak Aryawan cuba reda suasana. “Kira-kira kapan kamu mau masuk ke kantornya?”

            “Dalam seminggu dua. Setelah Aryan benar-benar pulih.”

            “Keadaan kamu gimana sekarang?”

            “Alhamdulillah, ba. Semakin sembuh.”

           “Ya udah. Kalau kamu udah betul-betul bersedia nanti, bilang aja sama baba. Nanti baba siapin kamar pejabatnya.”

       Aryan mengangguk faham. “Baba, mama. Aryan mau naik ke kamar dulu. Matanya udah ngantuk. Mama sama baba belum mau tidur?”

            “Bentar lagi kami nyusul. Mahu habisin nonton ceritanya,” balas Ibu Dian.

            “Ya kalau gitu Aryan naik duluan, ya. Selamat malem.”

“Selamat malem. Jangan lupa dimakan obatnya, Ryan!”

Sempat lagi wanita itu berpesan sebelum kelibat anaknya menghilang.





** Continuing after I've been recovered... Not fully recovered but, alhamdulillah... Miss you all, guys... Happy reading... ^^