Friday, January 27, 2017

BAYANGAN GURAUAN ~ SPECIAL TEASER 10 (FINALE)





Watch in Youtube  :  https://youtu.be/CpW2qekKhhI




“BOLEH saya tanya sesuatu?” pinta Tengku Harrys seraya memalingkan tubuhnya membelakangi Irish. Perlahan dia menghampiri jendela bilik tersebut sebelum pandangannya dilemparkan ke arah luar.
            “Apa dia?”
            “Pertemuan awak dengan Reza tempoh hari.”
“Kenapa?”
Did you tell your family about that?”
“Kenapa tiba-tiba tanya?”
I just want to know.”
“Tak. Saya tak bagitahu. Dan saya rasa tak perlu untuk sesiapa tahu.”
Tengku Harrys terdiam. Jawapan itu sedikit melegakannya. Kalau boleh dia tidak mahu ada timbul masalah lain sekiranya berita tentang pertemuan itu tersebar. Baik keluarganya mahupun keluarga Irish.
“Awak masih teringatkan dia?”
“Siapa?
“Reza.”
“Kenapa mesti saya nak teringatkan dia?”
Only you have the answer.”
Irish menghela nafas. “Reza dah lama mati dari hidup saya. Sejak hari dia ambil keputusan untuk tinggalkan saya. Jadi tak ada sebab untuk saya ingatkan dia lagi.”
“Perasaan awak pada dia?”
Zero. Or negative. Itu lebih baik saya rasa.”
Have someone replaced him?”
Lambat-lambat Irish menjawab. “Mungkin.”
Tengku Harrys tersenyum nipis. ‘Nampaknya kau masih tak nak berterus-terang, Irish. Tepat seperti jangkaan aku!’ detiknya. Tengku Harrys berpusing semula menghadap Irish. Gadis itu dilihat sedang merenung jambangan mawar pemberiannya.
“Suka bunga tu?”
Irish mendongak. “Tiba-tiba bagi bunga. Kenapa?”
Cause I only have you.”
Seketika mata kedua-duanya berlaga, menghadirkan satu perasaan halus dalam jiwa. Dan Irish tertunduk semula bila wajahnya terasa mula membahang.
“Terima kasih,” ucap gadis itu tersenyum. Tanpa sedar senyumannya itu telah membuatkan sekeping hati berdebar tidak menentu. Tengku Harrys kembali menghampiri Irish. Kali ini lebih dekat.
“Saya rasa nak tengok muka awak puas-puas sebelum pergi.”
Irish mengangkat wajahnya kembali. “Kenapa cakap macam tu?”
“Entah. Rasa macam saya takkan dapat tengok senyuman manis tu lagi bila balik ke sini nanti.”
“Harrys!” tingkah Irish. Entah kenapa kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu semakin lama semakin membuatkan dia berasa tidak sedap hati. 
“Rantai yang saya bagi dulu, you still wear it?”
“Saya tak pernah tanggalkan. Walaupun masa saya tak ada kat sini.”
Thanks. Keep wearing it. Wherever you are, and no matter what will happen to me.”
“Harrys. Kenapa cakap macam ni? Jangan buat saya takut!”
Tengku Harrys tegar mendiamkan diri. Kata-kata Irish dibiarkan berlalu sahaja bersama angin. Hanya wajah gadis itu yang terus-terusan direnung selagi kesempatan tersebut masih ada. Sekurang-kurangnya ia mampu menjadi peneman sepanjang dia berada di Brunei nanti.
“Boleh jaga diri awak untuk saya?”
Irish mengangguk perlahan.
“Tunggu saya dengan senyuman tu?”
Sekali lagi Irish membalasnya dengan sebuah anggukkan.
“Janji dengan saya, Irish.”
“Janji apa?
“Janji awak takkan pernah tinggalkan saya lagi lepas ni.”
“Kalau saya mungkiri?” soal Irish, sengaja ingin menduga lelaki di hadapannya.
“Biarlah ajal yang menjadi penyebab. Bukan yang lain.”
“Apa maksud awak?”
Nothing. Seems like I have to go now.”
Tengku Harrys menghela nafasnya sekali lagi. Wajah Irish terus direnung untuk kesekian kali. Agak lama kali ini.
I’m going to miss you.”
Irish hanya mendengar ucapan itu bersama mata yang kembali berkaca. 
“Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Serentak itu Tengku Harrys menghayun kakinya meninggalkan bilik tersebut.
“Harrys...,” panggil Irish sewaktu lelaki itu sudah menghampiri pintu. Tengku Harrys memusingkan semula tubuhnya.
“Saya pegang janji tu. Saya tunggu awak balik.”
Lelaki itu mengukir senyum. Kemudian dia mengorak semula langkahnya. Sebelum keluar sempat lagi dia menghadiahkan sebuah renungan terakhir kali buat Irish.

Irish hanya mampu berdiri kaku di tempatnya sambil menghantar kepergian Tengku Harrys dengan satu pandangan. Dia tidak tahu mengapa hatinya terasa berat untuk melepaskan lelaki itu pergi. Yang pasti tingkah laku Tengku Harrys sebentar tadi benar-benar buatkannya tidak tenang saat ini.



Wednesday, January 25, 2017

BAYANGAN GURAUAN IS READY TO MEET YOU...







ALHAMDULILLAH... BG sudah siap dicetak hari ini.. Yang dah buat pre-order, mungkin sampai ke pangkuan anda tak lama lagi.. Yang nak cari kat bookstores, mungkin akan available di kedai-kedai juga tak lama lagi.. Insya-ALLAH.. Pray for the best, guys...


#HarrysIrish menanti ke dalam pelukan anda.....  


Yang masih menanti BG, let's grab it at Karangkraf Mall sempena Boganza Week bermula 25-27 Januari 2017 ini.. Anda boleh ke website serta official facebook Karangkraf & Alaf 21 untuk info selanjutnya...


Layari http://mall.karangkraf.com/ untuk pembelian secara online / Whatsapp ke 019-229 7227...


#BayanganGurauan
#PrintingDone
#NovelJanuari2017
#Alaf21
#GrupBukuKarangkraf
#Sayasayangpembacasemua



Monday, January 23, 2017

PRE - ORDER NOVEL BAYANGAN GURAUAN








THERE'S only 4 left for pre-order BG in Karangkraf Mall, I guess.. Have you already grab it one for you? Let's catch it with 30% off discount when you make pre-order now.. The price will return to normal after this.....


PRE - OERDER :     http://mall.karangkraf.com  /  Whatsapp ke 019-229 7227...





#BayanganGurauan
#Preorder
#KarangkrafMall
#NovelJanuari2017



Friday, January 20, 2017

BAYANGAN GURAUAN ~ SPECIAL TEASER 9



“Masih ternanti-nanti bayangan dia... Bilalah agaknya dapat peluk naskhahnya.....” ~ 







“SAYA tak tahu pulak ada lelaki luar yang lebih rapat dengan awak selain saya. Juga keluarga lain yang mengambil berat pasal awak selain keluarga saya. Sampai terindu-rindu, kan? Baru empat bulan tak jumpa dah rindu? Jadi dengan orang yang awak tinggalkan ni, tak rindu?”
Serta-merta pandangan Irish dihala tepat ke arah Tengku Harrys. Sedikit kaget dengan apa yang diucapkan lelaki itu. “Siapa cakap?”
“Saya yang cakap. Kenapa? Salah?”
“Kalau betul pun saya rindu, perlu ke saya cakap?”
“Kalau dengan orang lain awak boleh cakap, why not me?”
Kata-kata itu sekaligus mematikan bibir Irish dari terus berbicara. Nampaknya dia sudah terjerat dengan perbualan yang dia mulakan sendiri tadi.
“Kenapa diam? Hmm, Irish? Atau awak malu nak luahkan pada saya? Macam tu?”
Irish tidak menjawab. Sebaliknya cuba memandang mata lelaki di sebelah yang terlindung di balik kacamata ‘Rayban’nya. “Cemburu ke?”
“Cemburu? Cemburu dengan siapa?”
“Nazmi.”
“Kenapa saya perlu cemburu dengan dia?”
“Sebab saya lebih rapat dengan dia. Macam yang awak cakap tadi.”
Tengku Harrys bungkam. Tipulah kalau dia tidak punya rasa cemburu terhadap Nazmi. Nama saja bergelar tunang dan bakal suami kepada Irish. Tetapi sampai sekarang dia masih tidak dapat menembusi hati gadis di sebelahnya ini. Jika nak dibandingkan dengan Nazmi, dia sudah jauh ketinggalan sebenarnya.
Melihatkan wajah Tengku Harrys sudah berubah merah, pantas Irish mengunci mulutnya dari terus bersuara. Rahang lelaki itu juga sudah bergerak-gerak, menandakan marahnya sudah datang menjengah. Sebelum terjadi apa-apa, lebih baik dia membisukan diri. Hampir satu jam berada di atas jalanraya, akhirnya kereta Tengku Harrys membelok ke kawasan letak kereta Haiyan Holdings. Setelah lelaki itu memarkir keretanya, Irish segera keluar dan mula mengatur langkahnya untuk beredar.
“Kalau awak bukan dengan saya, you probably with him now.”
Langkah Irish terhenti serta-merta. Perlahan dia berpusing ke belakang. Dilihat Tengku Harrys sudah melabuhkan duduk di hadapan keretanya. Walaupun terlindung di balik kacamata hitam yang masih dipakai, namun dia tahu pandangan lelaki itu sedang terarah padanya saat ini.
“Kenapa cakap macam tu?”
Cause he know you better than me.”
Irish tergelak kecil. “Tak semestinya dia lebih kenal saya, saya kena bercinta dengan dia. It’s impossible.”
Why?”
“Sebab bukan itu yang tertulis dalam takdir hidup saya.”
Jawapan Irish membuatkan Tengku Harrys tertunduk memandang bawah. Kacamatanya juga turut ditanggalkan.
“Dulu mungkin saya selalu cuba bermain dengan takdir-Nya. Tapi sekarang tak lagi. Sebab saya yakin apa yang sedang berlaku dalam hidup saya sekarang ni memang takdir yang telah ditentukan oleh-Nya untuk perjalanan hidup saya yang seterusnya.”
Ucapan Irish membuatkan Tengku Harrys semakin hilang kata-kata.
“Harrys…,” Irish memanggil lelaki itu. Perlahan Tengku Harrys mengangkat wajahnya. “I catch you.
What?”
“Awak cemburu.”
“Hmm? Saya cemburu?”
Yes.”
Giliran Tengku Harrys pula tergelak. “I don’t have the time to be jealous with you.”
“Mungkin. Tapi muka awak tak pandai menipu,” balas Irish tenang. Dan Tengku Harrys hanya mampu memandang terus wajah mulus itu
But I’m glad you if you feel it so. Thank you.”
Serentak itu Irish berpaling dan terus melangkah pergi dengan senyuman yang terpamer di wajah. Tengku Harrys pula sekadar menghantar setiap langkah gadis itu bersama sebuah renungan sehingga kelibatnya menghilang ke dalam bangunan. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghuraikan perasaannya ketika ini. Yang pasti setiap butir bicara yang diucapkan Irish sebentar tadi terasa begitu melekat di jiwanya.



#HarrysIrish
#BayanganGurauan
#NovelJanuari2017
#Alaf21
#GrupBukuKarangkraf
#Sayasayangpembacasemua



Monday, January 16, 2017

NOVEL BAYANGAN GURAUAN IN NEWSPAPER TODAY





BAYANGAN GURAUAN in newspaper today.. Along with several others publication.. Thank you to one of my reader who tagging me for this article.....

#BayanganGurauan
#Alaf21
#KeluaranterbaruJan2017
#Alhamdulillah
#Sayasayangpembacasemua


Thursday, January 12, 2017

NOVEL BAYANGAN GURAUAN KINI DI PASARAN





ASSALAMUALAIKUM...
Salam awal pagi...
Saya kira ini good news for you all guys...
Alhamdulillah...
Yang dah tunggu BG 3-4 tahun, bayangannya hampir menjadi realiti...
Terima kasih atas kesabaran anda menanti...
Tuhan saja dapat membalasi...
I love you all, sepenuh hati.....



Bakal terbit Januari 2017

Jangan lupa dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau pesanan online di mall.karangkraf.com

TAJUK :   BAYANGAN GURAUAN
PENULIS :   SAYHAZS ZAILIE
MUKA SURAT :   864
ISBN :   978-967-86-0767-4
HARGA :   RM37
GENRE :   CINTA ROMANTIK
TERBITAN :   JANUARI 2017


SINOPSIS :

IRISH QIARA, zaman remajanya tercalar dek kepedihan masa silam. Reza, lelaki yang diharap akan menjaga seumur hidup, pergi meninggalkannya untuk menikahi perempuan lain. Pergi bersama janji-janji serta beban yang tersisa buat dirinya. Hinggakan Irish tawar hati untuk menerima insan bernama lelaki, apatah lagi untuk jatuh cinta semula.

TENGKU HARRYS DAMIEN, hidupnya hanya tertumpu pada kerjaya. Setelah memiliki Ijazah dari sebuah universiti di United Kingdom, dia memilih untuk menetap dan bekerja di sana sambil meneruskan pengajian di peringkat Sarjana. Bagi Tengku Harrys, cinta bukanlah sesuatu yang penting untuk difikirkan biarpun ramai gadis datang padanya menagih perhatian.

Pertemuan antara mereka terjadi di syarikat milik keluarga Tengku Harrys. Setahun selepas Irish berkhidmat di sana, Tengku Harrys pulang ke Malaysia untuk membantu menguruskan syarikat tersebut. Yang seorang tidak banyak bercakap, yang seorang hanya memerhati dari jauh. Namun disebabkan beberapa insiden yang berlaku suatu ketika dulu membuatkan wajah Irish terpahat kemas dalam ingatan Tengku Harrys. Malah bayangan gadis itu juga yang selalu datang bergurau di dalam lena mahupun hari-harinya semenjak kejadian itu.

Keadaan berubah apabila Tengku Dafina menyuarakan hajat memetrai ikatan antara Tengku Harrys dan Irish. Di saat itu, Reza muncul semula bersama agenda tersembunyi. Tengku Melissa pula tidak henti mencuri perhatian Tengku Harrys demi meraih cinta yang terpendam rapi. Dan kehadiran Tengku Zafran untuk memiliki Irish bagai ingin memparahkan lagi.

Masih tegarkah dua hati menyulam kasih pabila rahsia yang sekian lama terlempar jauh disingkap kembali? Masih utuhkah dua jiwa menganyam cinta kala badai yang hadir menyapa seakan tidak mahu beransur pergi? 

 
“Saya rasa perasaan Tengku belum pergi lebih jauh. Atau mungkin belum ada sekelumit pun perasaan dalam hati Tengku. Jadi masih belum terlambat untuk undur diri...” – IRISH

“Seumur hidup saya mungkin belum pernah bercinta. Tapi sekali saya dah jatuh cinta, jangan harap saya akan berpatah balik!” – TENGKU HARRYS      





#noveljanuari2017
#Alaf21
#CintaRomantika
#gerentibest



Wednesday, January 11, 2017

BAYANGAN GURAUAN ~ SPECIAL TEASER 8






Watch in Youtube  :  https://youtu.be/YyYj9V-EfYU




             LELAKI itu melangkah kemas menyusuri pantai yang beralun lembut dipukul ombak. Damai terasa hatinya menikmati keindahan milik Yang Maha Esa ini. Biar selama mana pun, takkan pernah dia jemu mencari ketenangan hakiki yang abadi sebegini. 
            Bersama sebuah gitar di tangan, dia terus mengayun langkahnya menuju ke suatu tempat yang agak terlindung dari orang ramai. Sememangnya dia memerlukan suasana begini untuk menenangkan diri dari segala yang bersarang di fikiran.
            Lelaki itu kemudian menaiki sebuah batu besar dan mendaratkan duduknya di situ. Menikmati angin pantai petang begini sungguh menyenangkan. Diselang-seli kicauan burung, ternyata ia memberi lebih ketenangan. Seketika pandangannya dilontarkan jauh ke dasar laut yang terbentang luas di hadapan. Sejauh ingatannya terhadap seseorang di kala ini.
            Sebuah keluhan dilepaskan. Keluhan yang terasa sungguh menyesakkan. Kalaulah dia tahu cinta akan rasa sakit begini, dia lebih rela untuk hidup menyendiri hingga hayatnya mati. Seperti prinsip hidupnya yang dulu. Mungkin jika dia masih tegar dengan prinsip itu, dirinya tidak akan menjadi seperti sekarang ini. Menjadi Tengku Harrys yang beku hatinya terhadap perempuan itu dirasakan lebih mudah dari menjadi Tengku Harrys yang inginkan kehidupan normal seperti kaum adam yang lain. Mendambakan seorang hawa di sisi. Mencintai dan dicintai, tetapi akhirnya cinta itu memakan dirinya sendiri. 
            “Perasaan cinta yang kau rasakan tu tak bersalah, Harrys. Ia datang tanpa kau minta. Ia adalah sebuah perasaan suci kurniaan yang Maha Esa. Sepatutnya kau rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk merasakan semua tu.”
            Tengku Harrys tersentak mendengarkan suara itu. Suara halus yang terbit dari dalam hatinya sendiri.
            “Jangan salahkan diri kau sekiranya perjalanan cinta itu tidak seperti yang diharapkan. ALLAH menghadirkan hidup kau dengan seseorang mungkin kerana dua sebab. Sama ada dia ujian untuk kau atau dia adalah jodoh kau. Anggaplah ini satu ujian. ALLAH usik hati kau dengan ujian sebab DIA rindukan kau. Dia rindu dengan suara kau menyebut nama-NYA.”
            Sekali lagi suara halus itu berbicara, membuatkan Tengku Harrys meraup wajahnya.
            “Ya ALLAH...” Spontan nama itu meniti di bibir Tengku Harrys. Saat itu terasa separuh daripada beban yang ditanggung ditarik keluar perlahan-lahan dari jasadnya.
           “Hati kita milik ALLAH, Harrys. Walau sekuat manapun sayang kau pada seseorang, simpanlah sedikit ia di dalam hati. Supaya bila suatu ketika nanti kau diuji, kau tidak akan terus rebah, sebaliknya masih ada kekuatan untuk kau bangun semula. Ingat! Walau digenggam sekuat manapun, andai ia bukan milik kau, ia akan terlepas jua.”
            Suara itu terus membisikkan kata-katanya pada Tengku Harrys. Entah mengapa, saat ini jiwa lelaki itu terasa sebak. Adakah sudah tiba masa untuk dia melepaskan Irish pergi dari hatinya? Mampukan dia?
            “Tapi jika sejauh manapun ia terlepas dari genggaman kau, andai ia memang sudah tertulis untuk menjadi milik kau, ia pasti akan kembali semula ke pangkuan kau suatu masa nanti. Jangan berhenti berdoa. Setiap yang berlaku ada alasannya. Dan kau takkan pernah tahu apa yang telah tersurat di sebalik rencana-NYA.”
            Seulas senyuman kembali menghiasi bibir. Kata-kata akhir suara halus itu seakan memberinya nafas baru. Dan selepas itu suara halus tersebut terus menghilang bersama bayu yang berpuput lembut membelah langit petang.
            Tengku Harrys melirik gitar di sisi. Gitar kesayangan itu dicapai lalu dibawa ke ribaan. Sesaat, petikan tali gitar mula kedengaran bersama suara nyanyian kecil mengiringi desir pantai.


Selalu ku mengharapkan
kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu 
menghapuskan rindu 
yang sering menghantuiku

Semenjak kau datang di hatiku sayang
semua resahku hilang
Diriku bukanlah seorang yang mudah 
menyerahkan cinta semudah kata

Ku mendambakan cinta indah seperti dulu
Kerna cintaku tak pernah rasa jemu
Biar hati bimbang aku terus menunggu
Benar kutahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku....


          Petikan gitar terhenti. Saat itu juga Tengku Harrys tersedar sang mentari sudah bersedia menarik selimut malam membaluti tubuh.