ASSALAMUALAIKUM...
Salam awal pagi...
Saya kira ini good news for you all guys...
Alhamdulillah...
Yang dah tunggu BG 3-4 tahun, bayangannya hampir menjadi realiti...
Terima kasih atas kesabaran anda menanti...
Tuhan saja dapat membalasi...
I love you all, sepenuh hati.....
Bakal terbit Januari
2017
Jangan lupa dapatkan
di kedai-kedai buku berhampiran atau pesanan online di mall.karangkraf.com
TAJUK : BAYANGAN GURAUAN
PENULIS : SAYHAZS ZAILIE
MUKA SURAT : 864
ISBN : 978-967-86-0767-4
HARGA : RM37
GENRE : CINTA ROMANTIK
TERBITAN : JANUARI 2017
SINOPSIS :
IRISH QIARA, zaman remajanya tercalar dek kepedihan
masa silam. Reza, lelaki yang diharap akan menjaga seumur hidup, pergi
meninggalkannya untuk menikahi perempuan lain. Pergi bersama janji-janji serta
beban yang tersisa buat dirinya. Hinggakan Irish tawar hati untuk menerima
insan bernama lelaki, apatah lagi untuk jatuh cinta semula.
TENGKU HARRYS DAMIEN, hidupnya hanya tertumpu pada kerjaya.
Setelah memiliki Ijazah dari sebuah universiti di United Kingdom, dia memilih
untuk menetap dan bekerja di sana sambil meneruskan pengajian di peringkat
Sarjana. Bagi Tengku Harrys, cinta bukanlah sesuatu yang penting untuk
difikirkan biarpun ramai gadis datang padanya menagih perhatian.
Pertemuan antara
mereka terjadi di syarikat milik keluarga Tengku Harrys. Setahun selepas Irish
berkhidmat di sana, Tengku Harrys pulang ke Malaysia untuk membantu menguruskan
syarikat tersebut. Yang seorang tidak banyak bercakap, yang seorang hanya
memerhati dari jauh. Namun disebabkan beberapa insiden yang berlaku suatu
ketika dulu membuatkan wajah Irish terpahat kemas dalam ingatan Tengku Harrys.
Malah bayangan gadis itu juga yang selalu datang bergurau di dalam lena mahupun
hari-harinya semenjak kejadian itu.
Keadaan berubah
apabila Tengku Dafina menyuarakan hajat memetrai ikatan antara Tengku Harrys
dan Irish. Di saat itu, Reza muncul semula bersama agenda tersembunyi. Tengku
Melissa pula tidak henti mencuri perhatian Tengku Harrys demi meraih cinta yang
terpendam rapi. Dan kehadiran Tengku Zafran untuk memiliki Irish bagai ingin
memparahkan lagi.
Masih tegarkah dua
hati menyulam kasih pabila rahsia yang sekian lama terlempar jauh disingkap
kembali? Masih utuhkah dua jiwa menganyam cinta kala badai yang hadir menyapa
seakan tidak mahu beransur pergi?
“Saya rasa perasaan
Tengku belum pergi lebih jauh. Atau mungkin belum ada sekelumit pun perasaan
dalam hati Tengku. Jadi masih belum terlambat untuk undur diri...” – IRISH
“Seumur hidup saya
mungkin belum pernah bercinta. Tapi sekali saya dah jatuh cinta, jangan harap
saya akan berpatah balik!” – TENGKU HARRYS
PRE ORDER : http://mall.karangkraf.com/
#noveljanuari2017
#Alaf21
#CintaRomantika
#gerentibest
No comments:
Post a Comment