Google+ Followers

Wednesday, January 24, 2018

CHAPTER 3 : SEJIWA (Bayangan Gurauan Sequel)








DOA dipanjatkan seikhlas hati. Mengakhiri solat sunat yang selamat disempurnakan sebentar tadi. Usai itu dia berteleku di tikar sejadah. Berzikir, berselawat, bertahmid. Mengabdikan diri terus pada yang Maha Esa.

Hatinya damai. Jiwanya tenang. Perasaannya syahdu. Segalanya dapat dirasakan. Mana mungkin dia dapat miliki momen-momen sebegini. Kecuali bersama Pencipta yang hakiki.   

            ‘Terima kasih, Ya ALLAH. Atas segala kurniaan-MU ini. Jua segala yang kumiliki. Tiada apa lagi yang ku pinta selain dari rahmat dan perlindungan-MU. Moga ia terus kekal menjadi milikku hingga ke akhir nafas nanti.’

            Seraya itu tubir matanya terasa hangat. Pantas Tengku Harrys menyeka dengan hujung jari. Buat kesekian kali, air matanya mengalir di atas hamparan suci. Di bumi UK ini.

            Masih segar di ingatan. Hari terakhir dia di sini sebelum pulang ke Malaysia. Di atas hamparan ini juga dia menitiskan air mata. Memohon doa pada-NYA agar dipertemukan dengan gadis itu. Gadis misteri yang sering dijelmakan dalam jaga dan mimpi-mimpinya semenjak insiden pelanggaran dulu. Hatinya sudah tidak kuat untuk terus bergurau dengan bayangan itu.

            ‘Atas izin-MU aku bertemunya semula. Dan hari ini aku kembali membawanya ke sini. Sebagai bukti kebesaran-MU.’

Tengku Harrys menghela nafas. Air hangat yang bersisa diseka lagi.

Sememangnya segala yang berlaku adalah bukti kebesaran yang Maha Esa. Kalau dulu di sini dia bersendirian. Tapi kini, dia berteman.

Mengingatkan itu, bibir Tengku Harrys mengukir seulas senyum. Perlahan dia berpaling, mencari sekujur tubuh yang masih lena diulit mimpi. Namun katil di belakang ternyata sudah kosong.                  
                                                                                                      
            “Irish?”

            Tiada sahutan. Pandangan terus berkalih ke bilik air. Pintu itu masih terbuka.

            ‘Ke mana dia?’

            Tengku Harrys bingkas bangun. Songkok dan sejadah disimpan kembali. Mata terus mencari kelibat Irish. Bila melihat langsir balkoni berterbangan ditiup angin, kakinya pantas dihala ke situ. Sweater tebal di hujung katil sempat dicapai lalu dikenakan.

            “Irish?”

            Sesusuk tubuh itu berpusing ke arahnya. “Ya.”

            “Buat apa kat luar ni?”

            “Saja. Ambil angin.”

“Sejuk, kan?”

            Irish sekadar tersenyum. “Sekejap aje. Boleh, kan?”

                        Tengku Harrys tidak membalas. Sebaliknya dia berjalan keluar mendekati wanita itu.

                        “Bila masa keluar ni?”

                        “Masa awak sembahyang tadi.”

                        “Tak dengar pun?”

                        “Maknanya solat awak khusyuklah tu. Sebab tu tak dengar.”

Jawapan bersahaja itu membuatkan hujung bibir Tengku Harrys tersenyum kecil. Memang dia lansung tidak mendengar apa-apa tadi. Tumpuan diberikan sepenuhnya pada solat yang dilaksanakan. Sampaikan Irish keluar bila pun dia tak perasan.  

                        “Kenapa tak kejutkan tadi? Boleh ikut sembahyang.” Irish menyambung bicara.

                        “Tengok awak lena tidur. Tak sampai hati nak kejutkan.”

                        “Sekarang, saya yang rugi tak dapat berjemaah sekali.”

Kali ini Tengku Harrys tertawa halus. Tercuit dengan kata-kata itu. Perlahan dia mendekatkam bibir di telinga Irish. “No worries. Cause you own me for the rest of your life to be your Imam after this,” bisiknya sebelum kembali memandang depan.

Irish terkedu. Dia tahu sekarang memang gelap. Tapi gelap manapun, takkan dapat menutup mukanya yang sudah berubah merah. Tengku Harrys dikerling sekilas. Masih tidak lekang garis senyum di wajah lelaki itu. Puas menyakat agaknya.

Lantas wanita itu mengunci suara. Kalau terus bercakap, silap-silap mukanya bertukar warna lain pula. Butiran halus putih yang masih turun dari langit kembali dipandang penuh minat. Sudah tiga hari mereka terkandas di sini kerananya. Niat ke rumah Tengku Yasmin juga lansung tergendala.

   “Tengok apa?” tegur Tengku Harrys.

            “Salji.”

            “Khusyuk betul. Sampai tak toleh orang kat sebelah ni.”

            Irish tergelak. “Yelah. Saya first time. Awak dah biasa dengan semua ni.”

            “Nak try pegang?

“Pegang apa?”

“Salji tu.”

            Spontan Irish menoleh. “Hmm?”

            “Jom keluar.”

            “Biar betul?”

            “Betullah.”

“Boleh ke?”

            “Kenapa pulak tak boleh?”

“Dalam salji macam ni?”

Anything for you,” balas Tengku Harrys yang sudah berkira-kira untuk masuk. “Lepas solat subuh ni kita keluar. Sarung baju tebal-tebal sikit. Takut awak jadi air batu nanti.”

            Membulat mata Irish menyoroti langkah suaminya yang tampak begitu selamba.

            ‘Betul-betul ke ni?’


 **********

DIPANDANG satu-persatu langkahnya yang terbenam dalam salji. Boleh tahan tebal. Separas buku lali. Selama ini dia hanya dapat tengok di kaca TV. Tapi hari ini, dia dapat alami sendiri. Rezekinya walaupun pertama kali datang ke sini.

            Dalam guguran salji yang masih turun dari langit, Irish melihat bumi London yang sudah dilitupi warna putih sebahagian besarnya. Bangunan, pokok, jalan, kenderaan. Semuanya sudah diselubungi salji. Agaknya kalau dia berdiri seharian di luar ini pun dah tentu-tentu dirinya tersembunyi. Jadi snow girl barangkali. Spontan Irish tergelak sendiri.

            “Gelakkan apa?”

            “Hmm? Gelak? Tak adalah.”

            “Saya bukannya jauh sangat pun.”    

            Irish menoleh sekilas ke sisi. Kemudian dia tergelak lagi.

            “Apa yang kelakar sangat?” Tengku Harrys masih tidak berpuas hati.

           “Tak ada apa. Just wondering macam mana awak boleh tahan duduk kat sini dulu dalam sejuk-sejuk macam ni.”  

            “Nak hairan apa. Orang putih ni semua lagi lama duduk sini.”

            “Dia orang lain. Memang dah sejak azali.”

            Kali ini Tengku Harrys pula tergelak. Kedua-dua tangan lantas diseluk ke dalam saku winter coatnya. “Mula-mula dulu memang susah. Dari iklim khatulistiwa then ke iklim empat musim ni. Lagi-lagi musim sejuk macam ni. Tapi lama-lama jadi biasa. Sampai kadang saya keluar rumah boleh pakai sehelai sweater aje dalam salji macam ni.”

            “Sehelai sweater? Dalam salji macam ni?”

            “Kenapa? Tak percaya?”

            “Tak sejuk ke?”

            “Dah lali.”

            “So sekarang dah tak lalilah?”

            “Kenapa cakap macam tu?”

            “Sebelum keluar tadi tengok awak pakai baju berlapis-lapis. Sejuk ke?”

“Tak adalah. Biasa aje.”

“Mulut cakap macam tu. Tapi yang saya nampak tak serupa tu. Sekarang pun tangan dah masuk dalam winter coat. Maksudnya?”

Tengku Harrys terkedu. Baru tersedar akan perlakuannya. Irish di sebelah sudah tersenyum-senyum.

“Perli saya ke?”

“Tak adalah. Saya cakap aje,” balas Irish lagi dengan senyum kian meleret.
Tengku Harrys lansung mengetap gigi. Sudah agak lama bumi UK ditinggal pergi. Jadi tubuhnya mungkin sudah hilang serasi. Kalau dulu suhu mencecah ke paras negatif pun dia mampu bertahan tanpa kot tebal ini. Tapi sekarang nampaknya tak lagi.

“Senyumlah. Senyum. Sekejap lagi ada yang beku dalam salji ni.”

            “Siapa?”

            “Adalah.”

            “Perli saya, ya?”

            “Eh, tak adalah. Saya pun cakap aje.”

            Sepantas kilat Irish memandang lelaki di sebelah.

            “... but mark my word.”

            Tengku Harrys terus berjalan meninggalkan Irish yang terkaku di balik langkah yang sudah terhenti.


 **********

“HARRYS.”

            Jelas kedengaran suara halus itu memanggilnya di belakang. Masuk yang ini sudah entah ke berapa kali. Namun sengaja dibiarkan.

Tengku Harrys terus melangkah. Sampai di satu tempat yang agak lapang, dia berhenti sebelum melutut di depan sebuah timbunan salji di kawasan itu.

            “Harrys.”

            Sekali lagi Irish memanggil. Masih tiada balasan. Selepas perbualan terakhir mereka tadi, lelaki itu lansung tidak menghiraukan. Panggilannya juga tidak diendahkan. Merajukkah dia?

Irish berkerut dahi. Tak pernah-pernah Tengku Harrys begini. Selalunya dia yang merajuk, lelaki itu yang pujuk. Tapi sekarang dah terbalik. Jadi, diakah yang harus memujuk?

Perlahan Irish mendekati Tengku Harrys. Duduknya didaratkan di sebelah lelaki itu.

            “Harrys.”

            “Hmm.”

            Irish menarik nafas lega. Akhirnya lelaki itu menyahut juga. Walaupun hanya sepatah dan kedengaran dingin saja.

            “Marah ke?”

            “No.”

            “Senyap aje saya panggil.”

            Tengku Harrys melirik pada Irish. Hanya seketika sebelum kembali dengan aktivitinya.

            “Maaf pasal tadi.”

            “Nothing to be forgiven.

Irish bagai hilang kata. Jawapan pendek Tengku Harrys meleyapkan terus ayat-ayat pujuknya. “Awak nak buat apa?”

            “Snow girl.”

            “Untuk siapa?”

            “Someone.”

            “Nak saya tolong?”

            “Boleh ke pegang sajli ni?”

            “Tadi awak jugak yang ajak saya keluar untuk pegang salji.”

Lelaki itu terdiam. “Okey. Tapi kalau dah sejuk, berhenti.”

            Irish mengangguk. Perlahan tangannya mula menyentuh timbunan salji di hadapan. Memang sejuk. Walaupun kedua tangannya sudah beralaskan gloves tebal, dinginnya masih dapat dirasakan.

            Wanita itu sekadar menurut kelakukan Tengku Harrys. Mana bahagian patung salji yang dirasakan kurang cantik, diperkemaskan. Daripada ingin membantu, akhirnya dia membina sendiri sebuah patung salji miliknya.

            “Kata nak tolong tadi. Lari dah?” soal Tengku Harrys bila Irish sudah beralih tempat di belakangnya.

            “Dah tolonglah tu. Dah siap pun snow girl tu.”

            “Then, awak buat apa pulak tu?”

            “Snow man.

            “Untuk siapa?”

            “Someone.”

            Kedengaran Tengku Harrys berdehem kecil. Keinginan untuk menyudahkan replika patung saljinya turut hilang. Pantas dia bangkit dari duduknya. “Tak tahu pulak saya awak dah
 ada someone sekarang.”

            “Dan saya pun baru tahu awak dah ada someone jugak.”

            “So, nak balaslah?”

            “Saya tak cakap macam tu pun.”

            Tengku Harrys terdiam lagi. Kali ini dadanya terasa sesak. Ditambah dengan cuaca dingin yang kian mencengkam sendi. Lantas nafas dihela semahunya, membiarkan diri bertenang semula sebelum dia kembali bersuara.

I only had someone in my life. And will only have her as my love one.

            Pergerakan Irish terhenti serta-merta. Lontaran ayat dari Tengku Harrys membuat jantungnya seakan berhenti berdegup tiba-tiba.

            “I hope she only had me as her someone too. Walaupun harapan tu mungkin mustahil untuk berlaku.”

Kali ini tubir Irish mulai hangat. Mujur dia sedang membelakangi Tengku Harrys. Pantas air jernih itu diseka lalu dia kembali menyambung kerjanya.

            “I used to have someone before. Tapi dia dah buang saya. Yang saya ada sekarang cuma someone yang sudi kutip saya semula menjadi teman hidupnya. Tapi tak tahulah sampai bila,” balas Irish bersama sisa getaran di hujung suara.

            “Irish...”

            “It’s for you. I built up this snow man just for you. No one else.

            “Irish Qiara...”

“Tapi kalau tak cantik, maaflah. First trial. Tangan saya pun dah sejuk.”
  
            “Stop it, Irish.”

            “Dah siap pun. My snow man. With your name.”

            Irish bingkas berdiri. Saat itu Tengku Harrys dapat melihat patung salji yang dibina wanita itu bersama ukiran namanya.

            “Boleh kita balik sekarang?” Irish bersuara lagi sambil mengibas-ngibas winter coatnya. Sedikit pun dia tidak berkalih menghadap Tengku Harrys. Tidak mahu lelaki itu perasan keadaannya.

            “Are you crying?”

            “Tak.”

            “Suara awak tak pandai menipu.”

            “Saya tak menangis. Salji ni yang masuk mata.”

Seraya Tengku Harrys tergelak halus. “Ingat saya percaya?”

You have to.”

“Tak pernah pulak dengar salji masuk mata boleh menangis. Selalunya habuk.”

Irish pejam rapat matanya. ‘Bolehlah tu, Harrys. Asalkan aku selamat!’ desisnya. Mata dicelik semula. Serentak itu dia mula mengatur langkah.

“Nak ke mana?” Tengku Harrys bertanya, sekaligus mematikan semula langkah Irish.

“Balik. Dah siap, kan.”

“Tak nak tahu saya buat snow girl ni untuk siapa?”

“Awak dah cakap tadi. For someone.”

“Siapa?”

“Saya tak tahu.”

You guess?”

‘Nak fikir siapa pun aku tak tahu, inikan pula nak teka? Mustahil aku. Atau mungkin dia memang ada someone yang lain. Tanpa pengetahuan sesiapa,’ bisik hati wanita itu.

            “Irish.”

Irish menggosok-gosok dahi. Mencari jawapan yang tepat untuk diberi. Habis itu barulah dia memusingkan tubuh menghadap Tengku Harrys. “Err, saya…,”

Bulk!

Satu gumpalan salji lebih dulu menyinggah di wajah Irish tanpa diduga. Wanita itu tergamam, sedikit terkejut dengan reaksi yang tidak disangka-sangka. Tengku Harrys di hadapan pula sudah terlihat melebar dengan senyumannya. Cepat-cepat Irish mengibas butiran putih yang melekat pada tudung dan baju sejuk yang dipakainya.

“Harrys!” 

“Mengelamun lagi. Kan dah kena.”

“Sejuk, tahu?”

“Tahu. Tapi tu sikit aje.”

Irish mengetap gigi. Terbang sudah segala rasa sedih yang bertandang. Dan sekarang rasa geram pula yang menyinggah. Bertambah geram bila melihat Tengku Harrys terus ketawa suka. ‘Astaghfirullahalazim. Irish, sabar.’

“Marah? Ke nak baling balik salji tu?”

Mata Irish terus melirik timbunan salji di bawah. Tadi dia rasa boleh bersabar. Tapi melihat saja salji itu, sabarnya tiba-tiba erbakar. Ditambah dengan tawa Tengku Harrys yang tak sudah-sudah. Terus tangannya mencapai segumpal salji lalu dibaling semula ke arah Tengku Harrys. Namun sempat dielak. Makin galak tawa lelaki itu berderaian.

“Boleh tahan jugak awak bila marah.”

“Dengan awak, ya. Suka menyakat, kan?”

“Sukalah. Lagi-lagi dapat tengok muka kalut tu.”

“Harrys!”

“Saya! Tapi kalau marah pun cantik macam ni, hari-hari marah pun tak apa. Saya sanggup.”

Sekali lagi Irish mencapai segumpal salji lalu dibaling ke arah Tengku Harrys. Masih tidak mengena. Diambil gumpalan salji yang ketiga. Kali ini Tengku Harrys melarikan diri. Irish mengejar. Biarpun dalam kepayahan langkah yang terbenam di balik salji, dirinya tekad meredah. Selagi tidak dapat, selagi itu rasa geramnya tidak terlunas.

“Harrys, jangan lari.”

“Saya tak lari pun. Awak yang tak dapat kejar.”

“Jadi, berhentilah.”

“Selagi awak tak bagitahu someone saya, I won’t stop.”

“Siapa someone awak tu?”

“Gadis misteri.”

“Hah?” Irish sedikit tercengang. Salji di genggaman berteraburan. Langkahnya turut terhenti. “Orang ke bukan?”

“Orang boleh, bukan pun boleh. Yang pasti bayangannya selalu bergurau dengan hidup saya.”

“Bukan saya, kan?”

I don’t know. Carilah kalau nak tahu.”

Sekali lagi Tengku Harrys melempar gumpalan salji, tepat mengenai wajah Irish.

“Harrys! Sejuklah!”

“Baguslah. Biar jadi air batu terus. Perli saya tadi, kan.”

Irish semakin geram. Dicapai segumpal lagi salji di tangan sebelum mengejar Tengku Harrys semula. Sedaya-upaya dia berlari mendapatkan lelaki itu. Dingin yang menyalut tubuh sudah tidak dihiraukan. Salji yang terus-terusan turun juga tidak lagi diendahkan.

Sudahnya, berkejaran mereka berdua sambil berbalas lemparan salji di tanah British itu kala penghuni lain masih diulit mimpi beradu.       



Post a Comment