BEGITU
leka wanita itu sediakan sarapan di dapur. Sambil buat kerja sambil bernyanyi
kecil. Habit yang dah sebati dengan diri. Sejak dulu.
Sambal nasi
lemak dalam kuali terus dikacau. Sesekali dia merasa. Mana yang kurang,
ditambah.
“Rasanya dah okey ni.”
Sambal kerang kembali dikacau. Sampai sebati.
Dalam tangan ralit bergerak, entah kenapa Mak Minah
rasa lain. Bagai ada sesuatu tak kena. Macam diperhati. Tapi tak tahu arah
mana.
Terdetik hati untuk berpaling. Kut-kut ada pencuri.
Namun dia rasa kecut. Buatnya dipukul sebaik berpusing, macam mana? Tapi kalau
tak tengok, lagi niaya.
Mak Minah cuba pujuk diri. Anggap semua itu hanya
ilusi.
Dengan rasa berbelah bahagi, dia berpaling. Sikit demi
sikit. Sebaik saja berpusing……
“Astaghfirullahalazim!”
Mak Minah
menggeletar. Dada yang berombak laju disentuh menahan debar.
“Kamu ni, Sefhia!
Terkejut Mak Minah, tau!” tingkah wanita tua itu saat lihat Sefhia terjengul
tiba-tiba di balik dinding dapur. “Kenapa dok tercegat kat situ macam hantu?
Nasib baik tak pengsan Mak Minah dibuatnya!”
Kali ini Mak
Minah urut dada. Hilangkan saki-baki gemuruh yang masih ada.
“Buat apa berdiri aje kat situ? Sinilah!”
Sefhia serba-salah. Nak patuh, atau beredar.
“Sinilah masuk. Mak minah tak makan kamu punya!”
Mendengar nada yang dah menurun, gadis itu beranikan
diri. Setapak demi setapak, dia berjalan mendekati.
“Lain kali
jangan sorok-sorok macam tu lagi, tau! Nak masuk, masuk aje. Mak Minah takkan
marah.”
“Maaf.”
Dan-dan itu mata Mak Minah terbeliak. Wajah
Sefhia tepat dilihat.
“Lahaulawalakuataillabillah…
boleh bercakap kamu rupanya! Mati-mati Mak Minah ingatkan bisu!” ujar pembantu
itu terkedu. “Sejak kamu datang ke sini, baru ni Mak Minah dengan suara kamu.
Tahu!”
Sefhia sekadar
balas redup pandangan Mak Minah.
“Maafkan Mak
Minah ya, Sefhia. Mak Minah dah bersangka tak baik dengan kamu.”
“Tak apa.”
Mak Minah terus
leka pandang Sefhia. Entah kenapa perasaan pada gadis di depan tiba-tiba
berubah. Selalu dia tak berapa kisah. Tapi hari ini, rasa lain dah bercambah.
Seketika
terkaku, Mak Minah baru sedar sesuatu. “Ya Rabbi!”
Segera suis dapur elektrik ditutup. Sambal yang
mendidih cepat-cepat dikacau.
“Aduh! Nasib baik tak hangit! Kalau tak, tak bersambal
makan nasi lemak pagi ni!” sambil bebel, tangan wanita itu terus kacau kuali.
“Err… Sefhia ke dapur nak sarapan, ya? Dah lapar? Mak Minah baru siap masak ni
hah. Tunggu, ya. Sekejap lagi Mak Minah hidang, kita panggil Aryan sarapan
sama.”
“Nggak perlu
manggil. Udah ada di sini.”
Satu suara
seraya berbunyi.
Mak Minah toleh. Sefhia turut paling.
Dum!
Nasib Sefhia tak berapa baik. Tubuhnya berlanggar
dengan Aryan yang betul-betul di belakang berdiri. Tongkatnya jatuh. Badannya
terhoyong-hayang. Kakinya tak stabil. Confirm-confirm dia akan jatuh
tersembam kejap lagi.
Tepat sangkaan. Gadis itu betul jatuh. Tapi bukan ke
lantai. Atas tangan Aryan. Lelaki itu lebih dulu bertindak. Lengan Sefhia
cepat-cepat dipaut sebelum terlajak.
“Kamu nggak apa-apa?”
Sefhia geleng. Lengannya dan-dan itu ditarik. Malu.
Segan. Panik. Segera kedua-dua tongkatnya dikutip. Ruang dapur terus ditinggal
tanpa sepatah bicara di bibir.
“Eh, Sefhia! Nak ke mana tu? Belum sarapan lagi ni!”
jerit Mak Minah. Namun orang yang dipanggil terus saja beredar.
“Biarin aja, Mak Minah. Udah lapar nanti, dia pasti ke
mari lagi.” Aryan duga sendiri.
Dia sendiri tak sangka akan bertembung Sefhia di sini.
Terkejut. Tapi dalam masa yang sama, dia senang. Gadis itu dah mahu keluar
bilik. Satu petanda positif.
“Hmm, yelah. Ni… awal Aryan turun hari ni? Mak Minah
belum siap hidangkan sarapan lagi.”
“Oh, ya. Pagi ini Aryan harus ke kantornya awal, Mak
Minah. Lagi ada meeting jam
8.30.”
“Laa… kenapa tak cakap malam tadi? Boleh Mak Minah
siapkan awal.”
“Nggak apa-apa, kok. Aryan sarapan di kafe nanti aja.”
“Habis, tak nak makanlah ni? Penat Mak Minah nasi
lemak pagi ni!”
Aryan tunjuk jam di tangan. “Udah telat, deh. Mak
Minah makan aja dengan Sefhia sama Pak Majid nanti, ya. Aryan harus pamit
duluan.”
Habis ayatnya, Aryan segera atur langkah.
“Oh ya, Mak Minah! Hampir terlupa!”
“Ha! Apa pulak yang dilupa ni?”
“Sore nanti Aryan akan berangkat ke Abu Dhabi. Lagi
punya urusan kerja untuk beberapa hari.”
“Hah??! Petang ni nak pergi baru bagitahu? Selalunya
dua tiga hari nak pergi Aryan dah cakap dengan Mak Minah dah!”
“Aryan lupa, dong. Lagi sibuk di kantor.”
“Habis, tak baliklah petang ni?”
“Nggak. Lansung nyusul ke airport habis jam kerja. Mak Minah jagain rumah baik-baik, ya.
Kunci semua tingkap sama pintunya. Kayak selalu. Paling penting, jagain
Sefhia.”
Aryan bergegas keluar dari dapur. Tinggal Mak Minah
seorang terkebil-kebil dengan pesanan last
minute dari anak majikannya itu.
**********
PANDANGAN
terhala ke luar jendela. Taman mini di laman jadi tumpuan mata. Dah lama dia
berdiri di sini. Sejak masuk ke bilik tadi.
Tapi bukan taman
di depan sebenar-benar tarik perhatiannya. Ada sesuatu yang sedang bermain di
kepala. Dan sampai sekarang ia terus berlegar-legar.
“Sore nanti Aryan akan berangkat ke Abu Dhabi. Lagi
punya urusan kerja untuk beberapa hari.”
Ayat itu
tergiang-ngiang lagi.
Keluar dari
dapur tadi, dia tak terus ke bilik. Sebaliknya menyorok balik dinding. Niat
cuma nak lari dari Aryan sekejap. Bila lelaki itu beredar, bolehlah dia masuk
semula.
Dari ingin
menyorok, telinga tanpa sedar terdengar perbualan Aryan dengan Mak Minah. Dan
saat lelaki itu kata ada tugasan luar, serasa dia ingin jerit satu rumah.
Peluangnya untuk
lari! Keluar dari rumah besar bak penjara ini! Kalau tak sekarang, bila lagi?
Tambah-tambah kakinya dah beransur pulih.
Hmmhh.
Bukan dia tak kenang budi. Tapi dirinya tak layak nak
terima layanan begini.
Mak Minah. Pak Majid. Kedua-dua pembantu itu terlalu
baik. Tapi baik mereka, dia balas dengan satu penipuan. Kalaulah mereka tahu
dirinya siapa, pasti sekelip mata akan berubah keadaan.
Itu belum Aryan. Apa yang dia terima dari lelaki itu
lansung tak masuk akal. Tak setimpal dengan apa yang telah dia lakukan. Sampai
dia naik malu, hina, segan.
‘Kau dah culik dia. Tapi sekarang dia yang tolong kau.
Rasakan!’
Satu lagi yang
tak dapat dibaca sampai sekarang. Niat Aryan. Benar-benar ikhlas? Atau cuma nak
balas dendam? Sekejap lembut. Sekejap-sekejap dingin. Ada ketika, terlebih
menyebalkan.
‘Apa kau nak
dari aku sebenarnya?’
Sefhia ketap
rahang. Buku limanya erat digenggam.
Seminit dua
layan marah dalam hati, gadis itu beralih duduk ke katil. Wajahnya diraup.
Kemudian sambung fikir.
Kalau betul
Aryan nak balas dendam, serah dia ke polis adalah senarai paling akhir. Sebelum
diserah, barangkali lelaki itu mahu ‘kerjakan’nya sehabis mungkin. Jadi untuk
apa dia terus di sini? Alang-alang lelaki itu tak ada, lebih baik dia angkat
kaki.
Ya! Dia harus pergi. Tapi sebelum itu, sesuatu
miliknya harus dicari.
**********
PENUH
hati-hati dia tutup pintu. Tak nak penghuni lain terganggu. Dan penghuni itu
adalah Mak Minah. Bilik Pak Majid jauh diluar.
Sefhia bergerak
beberapa tapak. Bilik Mak Minah yang berhadapan biliknya, dijengah. Dah
tidurkah?
Telinga dilekap
ke daun pintu. Senyap. Lampu juga dah gelap. Bermakna wanita itu sudah lelap.
Sefhia tarik
nafas. Moga-moga misi malam ini akan terlunas.
Tanpa berlengah,
gadis itu mula melangkah. Tak ada lagi tongkat memapah. Hanya kaki kanan jadi
sandaran untuk tampung kaki kiri yang patah. Sesakit mana, dia hanya redah.
Lebih teruk dari ini pun dia dah pernah.
Sefhia terus
bergerak. Dari ruang tengah ke ruang istirehat. Mujur ada lif. Kurang sikit
sengsara untuk ke tingkat atas. Nak-nak bilik Aryan di paras tiga. Dia tahu pun
sebab terdengar Pak Majid dan Mak Minah bercerita.
Tiba di tingkat
tiga, Sefhia lansung menapak ke bilik Aryan. Hanya bilik lelaki itu di level ini. Jadi tak susah untuk dia
cari.
Masuk saja ke
bilik, mata gadis itu terus meliar. Setiap sudut, setiap bahagian diselongkar.
Janganlah lelaki itu bawa. Kalau tak, memang punahlah harapan dia.
Limat belas
minit mencari, akhirnya Sefhia tarik nafa lega. Sling bag hitam miliknya dapat juga jumpa. Dalam almari, laci
kedua.
Beg pantas
diambil. Isinya dituang. Dompet warna merah gelap jadi sasaran.
Cepat-cepat dompet itu dibuka. Sekali lagi, Sefhia
tarik nafas lega. Kad biru muda itu masih terletak elok ditempatnya.
“Here you are.”
Beg dikemas semula. Dia tak mahu buang masa. Peluang
terbentang depan mata, jangan sesekali dipersia.
Gadis itu bingkas bangun. Beg disilang ke badan. Mata
kerling ke arah jam. Tepat 2.00 pagi. Seperti yang disasari.
Hood
jaket lantas ditarik menutup kepala. Serentak, dia atur langkah dengan nekad
yang membara. Pagi ini dia ingin bebas. Feel
free like a bird!
Melalui pintu
belakang, Sefhia menyelusup keluar. Perlahan-lahan dia berjalan menelusuri
rumah. Tiba 50-meter ke pagar depan, dia percepat langkah.
Zap!
Lengan Sefhia
tiba-tiba direntap kuat. Berpusing badannya ke belakang. Hingga berlanggar
dengan tubuh seseorang.
Gadis itu
tergamam. Wajah empunya badan dipandang dengan penuh debaran. Dan serentak itu,
hood jaketnya ditarik ke belakang.
“Mau ke mana?”
Suara garau itu menyoal dalam hening malam.
“Mau kabur?
Hmm?”
Sefhia ketap
rahang. Geram! Terasa misinya ranap berkecai. Baru berangan-angan nak bebas.
Tapi sekarang, kemunculan tiba-tiba Aryan yang tak tahu dari mana bagai
merampas apa yang diimpikan.
Benarkah? Atau
masih berkesempatan?
Entah.
Alang-alang dah buat, baik habiskan terus apa yang dah diniat.
Dengan sekuat
hati, tubuh lelaki di depan ditolak. Seraya itu Sefhia meluru ke pagar bersama
kudrat yang terlarat.
“Sefhia! Jangan
lari!”
Suara Aryan
melaung kuat. Namun sikit pun Sefhia tak lihat. Langkah terus diatur dengan
cepat.
Sampai pintu pagar, langkah gadis itu mati. Macam mana
nak buka? Pagar automatik.
Ah! Dia tak peduli.
Pagar terus dipanjat. Persetankan kaki yang patah.
Asalkan dirinya dapat keluar.
Namun belum pun sempat sampai puncak, jaket Sefhia
direntap serta-merta. Serentak, tubuhnya jatuh terlempar ke bawah.
Gadis itu pejam mata. Sakit segala urat-urat sendi
yang ada.
“Kamu mau kabur ke mana?! Bangun!” arah Aryan.
Sefhia buat tak endah. Dirinya masih menahan rasa
sakit yang berbisa.
“Ayuh! Bangunnn!!!”
Aryan mengarah lagi. Kali ini lengan gadis itu
ditarik. Dipaksa untuk bangkit.
Dalam rasa
sakit, Sefhia menurut. Digagahkan diri untuk bangun. Sikit demi sedikit. Saat
tubuhnya sudah tegak berdiri, sepantas kilat lutut kanannya ditujah ke dada
Aryan. Buku lima turut dilayang ke muka lelaki berkenaan.
Aryan jatuh
tersembam. Hidungnya perit. Bibirnya macam disiat-siat. Dalam berpinar, matanya
nampak Sefhia siap sedia pasang langkah.
“Oh! Kamu mau
berlawan? Again?” Aryan tertawa kecil.
Seraya dia berdiri. Menghadap Sefhia yang tunggu serang balas darinya. “Apa
kamu lupa sama kaki kamu yang patah itu? Hmm?”
Sefhia tak
hairan. Provokasi dari Aryan lansung tak bawa kesan.
Biarlah kakinya sakit, dia masih boleh bertahan. Biar
ia patah semula sekalipun, lawan tetap lawan. Dirinya nekad untuk keluar dari
banglo mewah milik Aryan.
Lihat Sefhia tetap
berdegil, Aryan mula menyerang balas. Kali ini dia akan pastikan gadis di depan
tewas. Cukuplah sekali dulu dia dikalahkan. Malam ini dia takkan bagi chance.
Dalam gelap
malam, kedua manusia itu terus beradu kekuatan. Saling berbalas tumbukan.
Saling berganti tendangan. Saling patahkan serangan lawan.
Hingga ke suku perkelahian, Sefhia tampak sedikit
pincang. Kaki kirinya dah tak dapat bertahan. Sakit, perit, bisa makin
menekan-nekan.
Hal itu beri
Aryan kelebihan. Dibentes kaki kanan Sefhia hingga gadis itu jatuh terlentang.
Dengan pantas tubuhnya diterbalikkan. Kedua-dua tangan terus ditarik ke
belakang.
“Arrgghhh!!!”
Sefhia menjerit kesakitan.
“Rasain kamu!
Mau kabur, kan?”
Gadis itu sembam
wajah ke rumput. Nampaknya misi malam ini terlebur. Impian untuk bebas juga
habis hancur berkubur.
“Aku udah
bilang, bukan. Jangan pernah mikir kamu bisa kabur dari rumah ini. Nggak akan,
Sefhia. Nggak mungkin!!!” ucap Aryan, betul-betul di cuping telinga si gadis.
No comments:
Post a Comment