S
|
Gadis itu bangun dan menyidai kembali telekung serta
sejadah ke tempat asal. Kemudian dia beralih ke katil dan melabuhkan duduk di
situ. Luggage sederhana besar di atas katilnya direnung sepi. Esok dia
sudah mahu berangkat ke Johor Bahru. Namun satu apapun dia belum berkemas lagi.
Entah mengapa kali ini dia terasa berat untuk pergi sedangkan bukan dia tidak
biasa dengan kerja luar seperti itu. Cuma kali ini perasaannya sedikit resah
bila memikirkan Tengku Harrys akan turut serta.
Tengku Harrys. Menyebut nama lelaki itu sahaja bagai mahu
terkeluar rasa jantungnya. Belum lagi dengan renungan tajam lelaki itu setiap
kali mereka bertemu. Dapat dirasakan bara marah lelaki itu dari setiap
pandangan matanya.
“Kenapalah mesti
dia yang aku langgar? Dalam ramai-ramai lelaki kat Malaysia ni, kenapa mesti
dia? Tengoklah sekarang. Daripada tak ada musuh, tiba-tiba ada orang yang tak
senang dengan kau kat syarikat tu. Padan dengan muka kau, Irish. Padan muka!
Padan! Padan!” Irish berbicara sendiri sambil menampar-nampar kedua pipinya
melepaskan geram. Luggage di hadapan dipandang kembali. Nak tak nak
terpaksa juga dia pergi. Satu arahan yang tidak mungkin dapat dia bantah.
Dengan lemah, Irish melangkah menuju ke almari pakaian dan mula mengemas barang-barang
yang perlu dibawa untuk beberapa hari yang dia sendiri tidak pasti.
“Harap-harap tak adalah lama. Kalau tak, boleh menangis
aku macam ni. Aduh, kenapa susah hati betul rasanya ni!” Irish mengomel lagi.
Tangannya yang sedang melipat baju juga terhenti. Dadanya disentuh. Dapat
dirasakan degup jantungnya bergerak laju.
“Ishh! Tak ada apa-apa kut. Kau ni Irish, suka sangat
fikir yang bukan-bukanlah!” kali ini Irish menepu-nepuk dahinya pula. Setelah
memastikan semua barang-barang keperluannya telah dibawa bersama, dia menutup
zip luggage tersebut.
“Ya Allah, minta-mintalah Tengku Harrys baik hati kali
ni. Tak ada nak buli-buli aku ke kat sana nanti. Amin!”
Irish mengaminkan doanya sendiri. Sesudah itu, luggagenya
disandarkan di dinding bersebelahan almari. Jarum jam ketika ini menunjuk ke
angka 10.00 malam.
‘Masih awal lagi.’
Lantas gadis itu membuka komputer ribanya, ingin
menyiapkan sedikit tugasan memandangkan dia tidak akan masuk ke pejabat untuk
beberapa hari. Sekurang-kurangnya bila pulang nanti tidaklah banyak kerja yang
tertangguh.
Ting! Irish sedikit kaget bila tetingkap yahoo massengernya berbunyi saat tumpuan
diberikan sepenuhnya pada fail-fail laporan di atas meja.
Nazmi
Jauhari : Assalamualaikum.. Hai cute!
Sihat?
Irish
Izz : Waalaikumussalam.. Hai Nazmi!
Saya sihat je.. Awak?
Nazmi
Jauhari : Saya pun okay.. Apa news
sekarang?
Irish
Izz : Macam biasa je.. Sibuk sikit
dengan kerja.. How about you?
Nazmi
Jauhari : Saya final exam sekarang.. So
tengah study..
Irish
Izz : Tengah study? Tapi sempat hadap
komputer lagi? Hmm, pandai!
Nazmi
Jauhari : Sambil-sambil.. Bosan la asyik
hadap buku 24 jam.. Kalau macam ni, dapat
relaks
sikit.. Lagi-lagi dapat chatting dengan awak..
Irish
Izz : Kan? Yelah awak tu.. So, bila
habis exam? Dan bila balik Brunei?
Nazmi
Jauhari : Insyaallah akhir bulan ni habis..
But next two weeks after that baru balik Brunei sebab nak round-round dulu
dengan kawan-kawan kat sini..
Irish
Izz : Ai! Inda rindu sama buah hati ke
balik lambat ni?
Nazmi
Jauhari : Inda la.. Rindu jua.. Tapi
lepas ni boleh jumpa terus.. Inda payah risau! You know what? Satu hari nanti
saya mahu kenalkan awak pada dia.. Dia juga teringin jumpa awak..
Irish
Izz : Hmm? Dia kenal saya?
Nazmi
Jauhari : Yup! Saya ada cerita tentang
awak pada dia..
Irish
Izz : Awak tak takut ke dia marah?
Nazmi
Jauhari : Inda payah risau la! Dia
sangat-sangat sporting..
Irish
Izz : Insyaallah.. Panjang umur nanti
kita akan jumpa..
Nazmi
Jauhari : Irish?
Irish
Izz : Ya..
Nazmi
Jauhari : Saya harap masa tu awak juga
sudah jumpa pengganti..
Irish terdiam. Tidak tahu apa yang harus dikatakan. Rasa
sebak mula bertandang.
Irish
Izz : Insyaallah.. Doakan saya..
Nazmi
Jauhari : Saya selalu doakan yang
terbaik untuk awak.. Harap awak bertemu jodoh yang lebih baik suatu hari
nanti.. Kuatkan semangat..
Irish
Izz : Ya.. Thanks, Nazmi..
Nazmi
Jauhari : Most welcome! Okaylah.. Saya
tak nak kacau awak lama.. Next time kita borak lagi.. Or maybe time tu kita
borak face to face..
Irish
Izz : Ya.. Siapa tahu, kan? Okay.. You
take care there.. Study elok-elok!
Nazmi
Jauhari : Yes, maam! You too, take
care.. Smile always.. Kalau ada apa-apa problem, terus cari saya.. Bye sweet
girl!
Irish tertawa sendirian dengan kata-kata akhir lelaki
itu. Walau belum pernah bertemu, tetapi boleh dikatakan Nazmilah satu-satunya
sahabat lelaki yang dia ada setakat ini. Sahabat yang begitu memahami dan setia
mendengar segala luahan hatinya. Meskipun hanya internet menjadi peghubung
antara mereka. Irish hanya mengemas meja setelah kerja-kerjanya selesai.
Kemudian dia berlalu ke katil untuk tidur. Baru sahaja duduknya dilabuhkan,
pintu biliknya tiba-tiba diketuk dari luar.
“Umi.”
Ucapnya sebaik kelibat Puan Qarina muncul di balik pintu.
“Irish
dah tidur ke?”
“Belum
lagi. Umi pun belum tidur?”
“Kejap
lagilah. Saja nak tengok Irish dah siap berkemas belum. Dah siap dah?”
“Dah
sudah,” ujar Irish sambil menunjuk ke arah sisi almari.
“Cukup ke tu? Berapa hari pergi kali
ni?”
“Tak
tahu lagi, umi. Kalau cepat siap, cepatlah balik. Tapi cukup kut rasanya. Irish
ada bawa baju lebih.”
“Jadi
along hantarkan esok pagi?” tanya Puan Qarina lagi. Sudah menjadi kelaziman anak
sulungnya itu akan menghantar Irish jika mempunyai tugasan luar. Kalau Izzul
ada hal lain, dia akan meminta suaminya ataupun Irhan untuk menghantar anak
perempuannya itu.
“Jadi.
Along cakap esok dia masuk office
lambat sikit.”
“Ha, kat
tempat orang tu nanti jaga diri baik-baik. Solat jangan tinggal. Kalau ada
apa-apa terus telefon bagitahu kami kat sini, ya?”
“Insyaallah,
umi.” Irish tersenyum. Masuk ini entah yang ke berapa kali uminya berpesan
sebegitu. Pesanan yang sama seperti sebelum-sebelum ini jika dia ingin pergi
bertugas di luar kawasan. Hinggakan dia sudah boleh hafal setiap bait-bait
perkataan yang dipesan oleh wanita itu. Dia tahu, uminya hanya bimbangkan
keadaan dirinya jika berada di tempat orang.
“Hmm,
dahlah tu. Pergi tidur. Dah lewat. Esok nak jalan jauh dah,” arah Puan Qarina
apabila terpandangkan jam di dinding sudah menginjak ke pukul 11.30 malam.
Wanita itu bingkas bangun untuk keluar.
“Selamat
malam, umi.”
“Selamat
malam. Dah, tidur.”
Sebaik
sahaja Puan Qarina keluar, Irish mematikan suis lampu bilik sebelum merebahkan
badannya ke atas tilam. Sejenak otaknya berfikir bagaimana dia harus menempuh
hari yang bakal menjelang esok mengenangkan Tengku Harrys sentiasa ada bersama
untuk melakukan tugas. Bagai terbayang-bayang renungan tajam lelaki itu di
matanya. Mujurlah Kak Faridah turut serta. Kalau tidak, nahas juga dia.
“Isshh!” Irish meraup wajahnya beberapa kali. Bagai ingin
membuang segala resah dan gelisah yang bertandang. Malas mahu melayan terus
emosinya, dia cuba memejamkan mata. Dan entah bila dia sudah terlena di kala
malam sudah merangkak ke pagi.