Saturday, December 19, 2020

RELAKU PUJUK : SPECIAL TEASER 01

 

 

SEGALA barang-barang miliknya dimasuk ke dalam kotak. Tak banyak. Boleh dikira dengan jari jumlah untuk dibawa kelak.

     Siap urusan dengan kotak, pakaian dalam almari pula dikeluarkan. Separuh saja tinggal. Separuh lagi masih ada kat beg yang dibiarkan.

Sefhia jengah bawah katil. Nafas lega dihela. Beg yang ditolak tergesa-gesa tempoh hari masih ada. Mujur tak ada sesiapa jumpa.

Tangan pantas tarik beg tersebut. Lebihan pakaian dimasukkan. Selesai kesemuanya, beg dikendong ke badan. Kotak berisi barang-barang diangkut dengan tangan.

Ini malam terakhir dia di sini. Selepas ini dirinya tak akan tinggal di bilik ini. Sebaliknya bilik lelaki yang dah sah jadi suami bakal ambil posisi.

Hmmhh.

Mampukah dia? Sedangkan nak bertemu muka pun ingin dielaknya. Apatah lagi tinggal bersama. 

Hmmhh.

‘Terlajak perahu boleh undur. Tapi sekarang terlajak perbuatan, Sefhia. Antara kehendak, kemahuan dan keterpaksaan. Salah satu harus kau putuskan.’

Sefhia pejam mata. Kata hati itu dihadam sedalamnya. Sakit, pedih, perit. Namun untuk menyesal, apapun dah tak guna.

Serentak, kaki dihala keluar. Atur langkah ke tempat tujuan. Melewati ruang tamu, mata sempat kerling Pak Aryawan anak-beranak rancak bersembang dengan saudara-mara yang belum pulang.

Tak cukup mungkin waktu kat majlis resepsi tadi. Lagi-lagi dah lama tak kumpul dalam keluarga besar macam ini. Berbual panjanglah apalagi. Nak-nak kalau mereka menginap di sini. Entah-entah sampai esok pagi.

Ah. Pedulikan. Bukan urusannya. Urusan sekejap lagi yang lebih penting sedang menunggu dia. 

Langkah terus dihayun. Mendaki tangga ke tingkat tiga. Dah beberapa kali tempat ini dijejakinya. Jadi laluan dan selok-belok telah dihafal serba-serbi oleh dia.

Sampai depan bilik, Sefhia tolak pintu. Dan kala itu matanya terpaku. Terkejut bilik tersebut dah berubah laku.

Salah bilik ke?

Mustahil. Sebab hanya bilik Aryan ada di tingkat ini.

Gadis itu tak puas hati. Pandangan melilau ke kanan ke kiri. Kut-kut ada bilik lain lagi.

Tapi semuanya sama macam selalu. Belah kanan pintu ke bilik wardrobe. Belah kiri pintu ke bilik tamu.

Sefhia masuk semula. Yakin bilik tersebut memang milik suaminya. Cuma dah bertukar rupa. Sesuai dengan status bilik pengantin.

Suami?

Sefhia geleng kepala. Janggal rasa bibir nak ungkap.

Suami? Sampai hujung nyawa pun belum tentu hatinya akan terbuka.       

Mata biru itu terus meliar perhati bilik. Dengan hiasan bertema emas merun, ia benar-benar tersergam cantik. Patutlah berkali-kali Ibu Dian ajaknya masuk sini. Cuma dia yang sering elak diri.

      ‘Dah ready ke kau nak tempuh kehidupan baru ni, Sefhia? Lagi-lagi dengan lelaki yang pernah kau culik.’

      Dan-dan kepala terus berlegar cari jawapan. Benda yang selama ini tak pernah dia terfikirkan.

Dalam buntu otak dikerah, terasa bahu kanannya tiba-tiba disentuh dari belakang.

       Bap!

     Kotak di tangan terlepas ke lantai. Tangan dibahu pula kini berganti dalam genggaman.

Sepantas kilat Sefhia tarik tangan itu. Kolar baju dicengkam kuat. Tangan kiri genggam lengan kanan empunya badan erat-erat. Dan bersama segala kudrat, tubuh tersebut diangkat melewati bahu dan terus dilempar ke lantai depan dengan kuat.

Dum!

Bunyi jatuh sekali lagi kedengaran. Kali ini bukan kotak. Tapi sekujur badan.

“Aduhhh!!!” Aryan menyeringai kesakitan. “Apa-apaan kamu, Sefhia! Sakit, tau!”

“Kau start dulu.”

“Apa yang aku lakuin? Aku cuma pegang bahu kamu aja, sih!” 

Sefhia tak balas. Semuanya dah terlepas. Dan terjadi sangat pantas. Nak cakap apapun dah tak boleh repeat the past.

Dalam sakit yang masih berbisa, Aryan cuba bangun. Pinggang yang rasa nak patah, dipegang. Bukan sembarang perlahan dia dihempas ke lantai dengan teknik bantingan yang dilakukan.

Konon-konon nak sakat. Hah sekarang, rasakan!

Tegak saja badan, Aryan tentang sosok Sefhia. Tak tahu apa nak kata. Nak marah, kesian. Tak marah, dia yang geram.

‘Boleh tahan juga ini orang. Badan slim kayak gini bisa-bisa aja aku diterbalikkan!’ dengus lelaki berkenaan.

“Kamu mau bunuh aku?”

Nonsense.”

“Terus, apa? Kamu takut aku ngapain apa-apa sama kamu? Gitu?”

Do what?”

“Ah! Usah pura-pura tak tahu! Semalam menikah. Ini hari acara sanding. Sekarang lagi di bilik pengantin. Kamu kira, apa?”

Sefhia diam. Matanya dicerunkan. Kata-kata Aryan macam sebiji dart yang dibaling. Tepat kena sasaran!

Tengok tak ada reaksi jawapan, Aryan dekatkan jaraknya dengan Sefhia.

“Kamu takut, bukan?”

No.”

“Kamu takut, Sefhia.”

“Tak.”

“Kalau nggak, kamu nggak akan bertindak seperti tadi. Dan wajah kamu juga nggak akan berubah warna saat ini!”

Bening biru Sefhia makin tajam tembus ke anak mata Aryan. Nak saja dia nafikan. Bukan, bukan dan bukan! Tapi mukanya yang sedang merah sekarang tak mungkin dapat disembunyikan.

“Lain kali jangan masuk macam pencuri.”

Sefhia segera tunduk. Kotak atas lantai diambil. Tak tahu arah mana nak tuju, langkah sudahnya dihala ke bilik air. Dengan kotak dan beg diangkut sekali.

Biarlah! Asal dapat bawa lari malu yang dah tebal berinci-inci.

Aryan pandang saja langkah Sefhia. Hingga kelibat itu hilang, keluhan kecil terhela bersama gelengan kepala.

“Lumayan! Baru malam pertama udah dapat kayak gini. Esok lusa mau-mau dibalingnya terus aku ke dinding!”

Lelaki itu berlalu. Terhencut-hencut kaki berjalan keluar semula dari bilik itu. Tangan pula terus-terusan tekap pinggang dan tengkuk yang bagai dah patah-riuk seribu.

 


Tuesday, December 15, 2020

SINOPSIS : RELAKU PUJUK






Pembaca-pembaca yang follow dari Novel BAYANGAN GURAUAN, tahu saya suka buat video sinopsis...
Senang nak explain... 😄

Video dah buat sebelum official novel keluar...
Jadi cover lamalah saya guna...

Gambar & lagu sekadar ilusi...
So don't take seriously....... 🤗


🍁🍁🍁🍁🍁



 
      

Genre :  Romance, action, family, friendship

Main Characters : 

Aryan Wong

Sefhia  (Miss of Crazier)

Zen  (Head of Crazier)

Reyes  (Son of Crazier)

 

ARYAN ALFIANSYAH WONG. Impiannya nak jadi seperti Ibnu Batutah. Kembara keliling dunia. Cari ilmu, cari pengalaman, bantu yang memerlukan. 10 tahun kejar impian, akhirnya lelaki itu putuskan untuk pulang. Setelah puas menjelajah semesta alam.

Oh, Malaysia! Tak sabar rasa nak bersua. Dah rindu sangat pada keluarga. Tapi baru beberapa minit touched down, belum pun sempat sampai rumah, Aryan diculik geng Crazier... the most wanted criminal gang in Malaysia! Sebab? Dia anak Aryawan Wong, hartawan terkenal Indonesia. Dalam senarai orang terkaya dan berpengaruh di dunia.   

Orang kena culik jadi trauma, fobia, cepat-cepat nak bebas. Tapi Aryan? Lelaki itu sedih bila tahu dirinya akan dilepas. Gara-gara si mata biru, Miss of Crazier.

 

“Lepas ni kau akan bebas. Kau buat hal kau. Aku dengan cara aku.” -  SEFHIA

“Kalau aku nggak selamat ini hari, aku mungkin akan mati. Tapi kalau aku berhasil melangkah pergi, kita pasti bakal ketemu lagi satu saat nanti.” -  ARYAN WONG

 

Masin mulut Aryan. Atas takdir ALLAH, mereka kembali ditemukan. Dalam insiden tak disangkakan. 

 

EMERLINE SEFHIA. Jadi ini nama kamu? Namanya bagus sekali. Tapi orangnya kok jadi kayak gini?” -  ARYAN WONG.

 

Seboleh-bolehnya Sefhia nak lari jauh dari Aryan. Tapi sekuat-kuatnya Aryan mahu ikat gadis berkenaan. Atas rencana ‘gila’, gadis itu dinikahi. Nak selamatkan keadaan dan identiti diri.

 

Kau kahwin dengan aku, kau akan menyesal.” -  SEFHIA

Oh, ya? We will see. Siapa yang bakalin nyesal, siapa yang bakalin terpujuk nanti!” -  ARYAN WONG.

 

Dalam tercari-cari rentak keserasian, dua hati itu seakan bertemu corak kebahagiaan. Aryan terus memujuk. Sefhia bagaikan terbuai.

 

Aku tak layak nak bertaubat. Tak mungkin ada lagi ruang suci untuk pendosa macam aku.” -  SEFHIA

Tidak ada lafaz yang lebih agung yang aku tunggu-tunggu. Selain kalimah cintamu ‘Lailahaillallah’ terhadap-NYA.  Dan ‘Muhammadurrasulullah’ terhadap Rasul-NYA. Dan saat ungkapan ini udah terlahir di celah bibirmu, nescaya kamu akan bisa ngungkapin rasa cintamu terhadap sesama makhluk setelah itu. Termasuk diriku.” -  ARYAN WONG.

 

Baru indah mula bertebaran, namun segalanya direntap di tengah jalan. Sefhia dirampas semula. Aryan ditinggal bak patung tak benyawa.

 

“You need to get back to me. Forget about him, forget about your love. Come back to your life, and return to your old world! You are mine, Sefhia!”  -  ZEN

Dia bukan milik kau. Aku cuma bagi pinjam kejap. Dan sekarang, aku ambil dia balik!.-  REYES

 

Penemuan ‘sesuatu’ milik Sefhia buat keluarga Pak Aryawan tambah tak keruan. Gadis itu harus dicari. Bukan hanya untuk kembalikan semangat Aryan. Tapi demi menokhtah rahsia lebih 20 tahun yang sekian lama tergantung misteri. 


🍁🍁🍁🍁🍁



Monday, December 14, 2020

RELAKU PUJUK Is Officially Published!

 




RELAKU PUJUK...
Keluar dah...
Alhamdulillah......
Officially published on 12.12.2020 by KARYASENI...
🤲 🎀


#officialcover
#2ndkarya
#hadiahuntukpembaca
#after3years
#romanceactionfamilyfriendshipgenre



🍂 Available now on Shopee Karyaseni...



🦋  ORDER SECARA SINGLE :  👇👇

https://shopee.com.my/product/257079836/6371543740?smtt=0.22059866-1609060951.9



🦋  ORDER SECARA KOMBO (Kombo Meraung Disember 2020) :  👇👇


https://shopee.com.my/KOMBO-MERAUNG-NOVEL-NEGERI-CINTA-KUSUT-DI-HUJUNG-BALIK-KE-PANGKAL-RELAKU-PUJUK-KARYASENI-i.257079836.9803235641





Saturday, December 5, 2020

Status Terkini Manuskrip 'RELAKU PUJUK' (4 December 2020)



Sudah lulus sesi penilaian...
Sudah berakhir sesi Proofreading with Editor hari ini... ✔
Tunggu OFFICIAL ANNOUNCEMENT dari Penerbit... 🗣
Siapa terjumpa dulu, bagitau... 😀

.

#2ndbuahtanganuntukpembaca  📖
#hopeyouguyslikeit  🍁
#bismillah  🤲







Tuesday, November 10, 2020

CHAPTER 11 : SEJIWA (Sekuel Bayangan Gurauan)




 

GUMPALAN awan dipandang dari jendela. Putih, suci, murni. Tak ada palitan cela. Sekudus kuasa yang Maha Esa. Sang Pencipta alam semesta.

Indahnya diri kalau sejernih awan-awan itu. Bersih dari dosa. Tanpa segaris noda. Berbeza dengan dirinya.

‘Tak ada manusia yang sempurna, Irish. Tiapnya ada kisah dan cerita. Dan kau... insan yang teraniaya.’

Satu suara berbisik halus. Suara dari dalam jiwa.

Spontan jari Irish seka hujung mata. Terasa hangat tiba-tiba.

“Irish.”

Wanita itu menoleh.

“Okey?”

“Hmm.”

Tengku Harrys renung wajah berkenaan. Tak yakin dengan jawapan. “Sure?”

“Ya.”

Then, kesat airmata tu? Okey ke macam tu?”

Irish balas renungan Tengku Harrys. 15 saat, dia lawan. 30 saat, masih bertahan. 60 saat... akhirnya tewas juga dengan panahan mata berkenaan.

“Mulut cakap macam tu. Tapi mata tu tak boleh menipu.”

Cepat-cepat Irish tunduk. Wajah lansung dibenam ke dada lelaki di sebelah.

What’s wrong? Hmm?”

Nothing.”

“Mesti ada sebab.”

Wanita itu diam.

“Sedih sebab dah nak balik? Tinggalkan our honeymoon?”

Sekilas Irish mendongak. Pandangan bersulam senyum dilontar. Sesaat, dia tunduk semula.

Perlahan-lahan Tengku Harrys paut sosok itu. Erat ke dakapan. “Are you happy with it?”

“Maksud Harrys?”

Honeymoon kita.”

“Tak ada sebab Irish tak gembira.”

Sorry kalau ada yang kurang.”

“Tak ada yang kurang. Sempurna semuanya.”

“Sebab ada Harrys? Is it?”

Senyap.

Is it, dear?”

Irish terperangkap. Tak tahu apa nak cakap. Hanya bibir tersungging senyum. Wajahnya kembali dibenam sorokkan malu.

One fine day, we’ll going back there. And that time... with our junior perhaps.”

Sekali lagi Irish angkat kepala. Anak mata Tengku Harrys ditenung dalam‐dalam.

Junior?” bergetar suara halus itu tuturkan.

“Anak kita. Insya-ALLAH.”

Satu kucupan seraya hinggap di kepala Irish. Pelukan dierat. Menghantar getaran niat yang terkubur sarat.

 

**********


BALAI ketibaan antarabangsa KLIA selamat dijejaki. Setelah lebih 12 jam rentas perjalanan di langit. Satu badan lenguh, kejung, sakit-sakit. Itu belum lagi kena jet leg.

 Dua sosok itu terus atur langkah. Sorong troli penuh beg dan lagguage besar. Sebulan tak jejak bumi Malaysia. Bermula ibadah umrah di Tanah Suci Mekah, kemudian terbang ke jeju Island di Korea, sebelum buana United Kigdom dijelajah. Rasa semacam teruja dapat balik semula.

Aura baru...

Jiwa baru...

Semangat baru..

Everything is fresh and new!

“Penat?” Tengku Harrys bersuara di tengah-tengah orang ramai.

“Boleh tahan.”

“Sampai rumah nanti rest. Atau nak duduk kejap? Makan ke minum?”

“Tak apa. Kita balik terus.”

“Betul?”

“Hmm.”

“Macam dah tak sabar-sabar nak jumpa.”

Irish melirik Tengku Harrys. “Jumpa?”

“Mm-hmm.”

“Siapa?”

Someone special.”

Dahi Irish berkerut. “Siapa?”

“Adalah. And surely penat tu automatik akan terus hilang.”

Wanita itu makin tak keruan. Cuba tangkap maksud yang ingin disampaikan.

“Nak main-mainkan Irish, ya?”

No.”

Then, cakaplah.”

Hujung bibir Tengku Harrys tersenyum nipis. Wajah Irish sekilas dikerling. “In ten seconds, you gonna see him.”

“Hmm?”

He is waiting.”

“Siapa, Harrys?”

Tengku Harrys tak jawab. Kaki terus melangkah. Lepas saja ruangan arriving hall...

There... five metres in front of you.”

Serentak Irish kalih pandang pada empunya gerangan yang dikatakan. Sepasang sosok kala itu jamah pandangan. Seorang tersenyum lebar. Seorang lagi mempamer wajah tenang.

Irish tarik nafas dalam-dalam. Rasa sebak tiba-tiba bertandang.

ALLAH... rindunya dia!

“Tunggu apa lagi?”

Irish pandang Tengku Harrys semula.

Go... get him.”

Mata terus tenung lelaki di sisi. Dalam bening yang bergenang air.

“Boleh?”

Tengku Harrys angguk perlahan. “Harrys izinkan.”

Tak tunggu lagi, Irish menghayun langkah. Ikut hati nak saja dia lari. Tapi rasa segan masih tebal.

Sepuluh tapak... Lima tapak... Satu tapak...

“Along!”

Tubuh Irish selamat mendarat dalam pelukan Izzul. Erat. Macam tak nak lepas lansung.

“Irish sihat?” bisik Izzul.

“Sihat.”

Itu saja kata terucap. Selebihnya, hanya dakapan lerai kerinduan. Masing-masing kaku dalam sebak yang mencengkam. Cukup seminit, Izzul renggangkan semula pelukan.

“Dah. Terlepas dah rindu kau?”

Suara Tengku Hafiy memecah sedih dua beradik di depan. Spontan tawa mereka berderai.

Sorry, Fiy.”

“Ah. No hallah! Aku faham. Lama tak jumpa, kan?” seloroh Tengku Hafiy. “Tadi kau dah lepas rindu dengan adik kau. Sekarang... turn aku pulak.”

“Hai... nak jugak?”

“Mestilah! Ingat kau seorang aje nak manja-manja dengan adik. Aku pun nak jugak!”

“Tak nak kalah kau, kan!”

Well....”

Pantas Tengku Hafiy ke belakang Irish. Sosok Tengku Harrys yang berdiri di situ sejak tadi terus diraih.

Welcome home, my beloved bro! How’s your honeymoon?”

“Okey. Alhamdulillah.”

“Mestilah okey, kan? Tengok muka dua-dua pun happy semacam!”

“Eh kau ni, Fiy. Soalan! Balik bulan madu, what do you expect? Kau pun dulu sama dua kali lima jugak!”

Dan-dan itu tawa mereka pecah. Tapi Irish... kedua pipinya dah terasa membahang. Disakat abang ipar depan-depan.

“Ingat lagi kau kan, Zul!”

“Dah aku yang jemput kau kat airport time tu. Aku tahulah!”

Tengku Hafiy tersengih-sengih. Teringat momen Izzul jemput dia dan Helena balik bulan madu dari Jepun.“Aku lupalah! Yelah... umur dah makin tua, kan.”

“Kau memang! Apa yang kau ingat?” selar Izzul. “Dah... jom balik. Semua orang dah tunggu kat vila.”



Monday, September 21, 2020

CHAPTER 10 : SEJIWA (Sekuel Bayangan Gurauan)




SO... where we are going now?”

Suara Tengku Safra memecah sunyi antara mereka. Dalam bayu pantai Brighton, mereka berjalan pulang ke hotel usai menikmati makan malam.

“Nak ke mana? Tak ada ke mananya, Safra. Balik hotel aje terus. Mama dah letih sangat ni sehari-suntuk berjalan. Esok aje kita sambung.”

Mom’s right. Akak, Abang John dengan budak-budak pun dah penat ni. Tilam dengan bantal kat hotel tu dah memanggil-manggil dah suruh letak kepala.”

Me too. So tiredLet’s continue tomorrow. Kalau Safra nak, Safra jalan sorang-sorang.”

“Isk! Abang ni, kan!” Tengku Safra menumbuk geram lengan Tengku Syaffi.

What? Betullah abang cakap, kan? Semua orang dah mengantuk. You sorang aje yang tak reti penat!”

Okay. Fine!”

“Dah, dah. Tak payah nak bergaduh.  Listen here. Tonight all of us just get a rest, okay. Any activity will only starts tomorrow. Everyone get it?” saran Tengku Yasmin.

Yes, ma!”

Good. Harrys, Irish. Kamu berdua pun sama. Malam ni rehat aje kat bilik. Simpan tenaga untuk esok.”

It’s okay. Mak long dengan yang lain-lain masuk dulu.”

“Laa…,” langkah Tengku Yasmin mati. “... kenapa pulak?”

“Harrys nak bawa Irish ambil angin sekejap.”

“Sejuk-sejuk macam ni?”

“Alah, ma. Tak apalah. Kasi chance pengantin baru tu nak dating berdua. Honeymoon dia orang kan tak habis lagi. Tahulah si Harrys nak jaga Irish tu macam mana,” sampuk tengku Saffa, buat yang lain ketawa. 

“Hmm, yelah. Tapi jangan lama-lama, Rys. Demam si Irish tu nanti. Kita jumpa esok.”

Tengku Yasmin kembali atur langkah pulang ke hotel dengan yang lain. Tinggal Tengku Harrys berdua bersama Irish.

Come.”

“Ke mana?”

Tengku Harrys tak jawab. Kaki mula dihayun menuju persisir pantai.

Irish cuma menurut. Tak berani bertanya lanjut.  Sejak insiden beberapa malam lalu, lelaki itu banyak berdiam dan menjauh.

Sampai di tebing pantai Brington, Tengku Harrys matikan langkah. Kedua-dua tangan lansung menyeluk saku seluar. Pandangan dilayang ke dasar laut yang gelap ditelan dek pekat malam. Lima minit berlalu, lelaki itu terus leka menatap laut. Irish di belakang lansung tak dihirau.

Dan Irish... dia tak punya pilihan. Hanya tunggu, perhati, dan lihat. Tak tahu apa yang Tengku Harrys menungkan. Tapi dia perasan, lelaki itu memang suka laut. Setiap kali terjumpa atau ternampak, pasti akan disinggah. Sekejap pun jadilah.

You know what. Kita dengan pantai macam dah ditakdirkan.”

Akhirnya... suara Tengku Harrys kedengaran.

“Kita?” 

“Kali pertama kita berbual, waktu kat Danga Bay, JB. Kali kedua kita bercakap, waktu

saya cari awak kat Batu Feringghi. Kita leraikan segala rahsia di Pantai Jeju. Sepanjang tour di UK pun, pantai pasti jadi destinasi yang dituju. Even sekarang pun, kita ada depan pantai.”

“Takdir kita atau dengan awak seorang?”

Tengku Harrys tersenyum halus. “Maybe.”

“Pantai ingatkan awak pada someone?”

Always.”

“Siapa?”

You.”

Tepat mata Irish memasung wajah Tengku Harrys.

            “Tiap kali teringatkan awak dulu, tempat ini jadi destinasi saya. Kala hati rindukan bayangan awak setiap waktu, pantai ini meleraikan tiap kerinduan saya. Awak dan pantai tak ada beza. Macam mana desir ombak dan bayu laut beri ketenangan pada jiwa saya, macam tu juga kehadiran awak membawa seribu makna dalam kehidupan saya.”

“Jadi betullah... awak selalu ke sini?”

Tengku Harrys mengangguk perlahan.

“Duduk sini, petik gitar, sambil pandang laut. Seolah-olah wajah awak ada kat tengah-tengah laut tu. Bukan kat sini saja. Kat pantai mana-mana pun. Selagi ianya pantai, its remind me of you.”

Irish tertunduk. Butiran pasir hujung kaki ditenung.

Satu lagi pengakuan mengejut dia terima malam ini. Jadi tak silaplah telahan Tengku Safra. Ada ‘sesuatu’ yang membawa abang sepupunya sering datang ke sini. Dan ‘sesuatu’ itu adalah dirinya.

‘Patutlah Tengku Harrys tak betah setiap kali terpandangkan pantai...’ detik hati kecilnya.

“Irish. Do you really happy with me?”

Mata Irish terus merenung pasir.

“Awak bahagia dengan saya?”

Kepala wanita itu cuba cari jawapan untuk diberi.

“Atau awak menyesal kah...,”

“Awak pemberian sempurna yang Dia kirimkan. Nikmat mana lagi yang harus saya dustakan?”

Tengku Harrys ketap rahang. Balasan Irish buat jiwanya berantakkan. “Tapi hati awak belum dapat saya miliki.”

“Awak dah milikinya. Sejak hari pertama saya dinikahi.”

“Cinta awak belum dapat saya takluki.”

“Awak dah dengar ungkapan tu waktu di Jeju tempoh hari.”

“Sayang awak masih saya ternanti-nanti.”

“Saya tengah mencuba. Beri saya ruang dan masa lagi.”

“Sebab tu saya masih tak dapat miliki awak sepenuhnya. Sampai ke saat ini.”

Irish pandang Tengku Harrys semula. Lama. Namun tak sikit pun lelaki itu balas pandangannya.

“Saya rasa awak yang menyesal kahwin dengan saya sekarang.”

“Tak pernah terlintas.”

“Mulut mungkin jawab macam tu. Tapi dalam fikiran awak saya tak tahu,” ujar Irish seraya mengalih wajah. Suaranya bergetar. Tubirnya mula hangat. Entah kenapa hatinya terasa begitu sayat.

Dalam kepayahan melawan emosi, Irish terasa tubuhnya tiba-tiba didakap perlahan dari belakang. Terkejut dia bukan kepalang.

“Harrys!”

I’m sorry. I make you crying.”

Irish menyentuh tangan Tengku Harrys. Ingin leraikan pelukan.

Once dah dapat, jangan harap Harrys akan lepaskan...” bisik lelaki itu perlahan. Pelukan kian dieeratkan.

“Orang nampak...,”

This is UK, not Malaysia. Nobody won’t care whatever I did to you. Plus… I’m your husband.”

“Harrys…,”

That’s the fact you couldn’t change.”

 Irish ketap rahang. Hilang segala sedih yang menjengah. Sekarang lelaki ini mahu memujuk pula. Tanpa sekelumit rasa bersalah.

I’m sorry.” Sekali lagi Tengku Harrys berbisik lembut di telinga Irish.

“Irish tak layak terima kata maaf tu.”

Don’t say it. Harrys tahu, kata-kata Harrys buat Irish terluka. Dan Harrys tahu, sikap dingin Harrys buat Irish terasa.”

Irish bungkam. Dalam diam hati mengiakan. Tapi dia sedar dirinya tak pantas nak berkata demikian.

“Diam Harrys bukan bermakna Harrys tak endah. Dingin Harrys tak beerti Harrys menyesal. Cuma Harrys takut nak berada dekat. Takut hati dan diri Harrys tak kuat,” ucap lelaki itu lagi dalam getaran. Namun cukup terkesan di pendengaran.

“Setiap lelaki inginkan rumahtangga yang bahagia. Perhatian, belaian, kasih sayang, manja dari seorang isteri. Tapi Harrys tahu bahagian Harrys masih belum waktunya lagi. Sebab masih ada luka-luka semalam dalam hati Irish yang perlu Harrys ubati.”

“Harrys…,”

“Walau diberi emas dan permata sebagai ganti, senyuman Irish yang tetap Harrys ingini.”

Mata Irish kembali berkaca.

“Andai Harrys punya kudrat dirikan mahligai, akan Harrys hadiahkan buat Irish satu hari nanti.”

Dada Irish terasa sesak. 

“Dalam berjuta bintang yang berkerlipan menyinari, Irish bagaikan kejora ditengah-tengahnya pasti.”

Perlahan-lahan Irish menutup kelopak mata. Setitis air jernih jatuh mendarat di pipi.

“Takkan Harrys biarkan Irish tenggelam lagi, dalam ribuan mata yang ingin menikam selepas ini. Sebab Irish hanya milik Harrys. Sejak azali, dan sampai syurga nanti. Pegang semua kata-kata ni.”

“Sejauh mana?”

“Laut dan pantai jadi saksi.”

Tengku Harrys mengeratkan lagi pelukan.

Bersaksikan bumi Inggeris, satu demi satu isi hati terpendam dirungkai. Hatinya lega. Jiwanya tenteram. Terasa kasih pada Irish bersemi kian dalam.

“Kembalikan semula rusuk kiri Harrys yang dah hilang. Biarkan ia terpatri kembali. Meskipun beribu tahun membilang, Harrys akan setia menanti.” 

Desir suara itu berbisik lagi. Bersama harapan yang berbalam tinggi.