Tuesday, November 29, 2016

BAYANGAN GURAUAN ~ SPECIAL TEASER 4






DETIK waktu menghampiri jam 11.00 malam sewaktu melangkah keluar dari bangunan Haiyan. Pulangnya agak lewat dari biasa. Laporan projek di Brunei perlu disiapkan.

Awalnya Irish ada membantu. Namun disuruh pulang kala petang sudah merangkak ke senja. Bimbang andai gadis itu lewat sampai ke rumah.

Ggrrr.

Baru kaki ingin melangkah ke kereta, telefon bimbitnya berdering tiba-tiba. Pintu ditutup semula. Berkerut dahi melihat nama yang tertera.

‘Dia nak apa?’

Hati berkira-kira. Nak jawab, atau biarkan saja. Nafas lega dihela bila deringan terhenti.

Ggrrr.

Tak sampai seminit, telefon berbunyi semula.  Dalam keadaan terpaksa, punat hijau pada skrin disentuh.

“Helo.”

“Helo, Harrys! Oh, thanks God! You jawab juga akhirnya!”

“You nak apa?”

“Harrys, I really need your help right now. I tak tahu nak minta tolong siapa dah!”

“Tolong apa?”

“Kereta I tak boleh start. I kat depan ofis ni. Baru nak balik.”

“Kenapa tak call keluarga you? Or your brother?”

“Dah. But, nobody is answering. Please, Harrys! I takut ni. Dah tak ada orang kat sini.”

Jeda.

Tak pasti Tengku Melissa bercakap benar atau sebaliknya. Tapi dari nada suara, cemas kedengaran. Perlukah dia tolong gadis itu? Atau terus pulang saja?

“Harrys? Are you still there?”

I am.”

So, are you coming here?”

Rasa serba salah kian menjerut diri. Andai terjadi apa-apa, dirinya akan dipersalahkan nanti. Lantaran dia orang yang terakhir gadis itu hubungi.

 

DARI kejauhan terlihat Nissan Fairlady hitam di hadapan bangunan syarikat milik Tengku Arham. Perlahan keretanya diparkir berdekatan. Sesusuk kelibat langsung melolos keluar dari tempat pemanduan.

“Harrys... thank you sebab datang!”

What’s wrong?”

“Tak tahu. Tiba-tiba aje kereta ni tak boleh start.”

Tengku Harrys meminta gadis itu membuka bonet depan. Dia taklah begitu mahir, cuma sedikit sebanyak tahulah juga kalau nak tengokkan.

“Tengok kereta you okey aje. Mana yang rosak?”

Really? Tapi kenapa I start tak hidup?”

How about fuel?”

“Pagi tadi I dah isi full tank tau!”

I think your car is just fine. Cuba start enjin.”

“Hurmm... nanti-nantilah I start.” Tengku Melissa menyentuh lembut bahu sepupunya dari belakang.

Zap!

Deras tangan gadis itu ditepis. Tubuh dijarakkan. “What are you doing, Lissa?”

Nothing. I just wanted to express my appreciation for your concern,” balas gadis itu dalam lunakan suara manja. Tengku Harrys dirapati semula. Dada lelaki itu disentuh kembali.

Sekali lagi, Tengku Harrys menepis keras.

You should just stop this! I datang sini dengan niat nak tolong you, walaupun I penat baru balik kerja. Tapi ini agenda you? Kereta rosak cuma satu alasan, is it?”

“Kalau I tak buat macam ni, you takkan datang. Kan? I have no choice, dear.”

Tengku Melissa merapati lagi. Pipi lelaki itu disentuh. Dia nekad... nekad mendapatkan lelaki pujaannya malam ini. Takkan dia lepaskan peluang depan mata kini.

Lelaki. Setinggi mana pun ego, selangit mana pun keras hatinya... bila kemanjaan seorang wanita sudah membelai diri, pasti akan tersungkur jua. Dan, malam ini dia sangat pasti Tengku Harrys akan rebah dengan pujuk rayunya.


#BayanganGurauan
#AkanDatangJanuari2017
#GrupBukuKarangkraf
#Alaf21



No comments: