“C
|
“Dari bilik Encik
Naufal. Dia suruh saya serahkan semua fail ni kat Cik Irish.”
“Serah kat saya?”
“Ha’ah. Tapi katanya
Tengku Harrys yang suruh hantar.”
“Fail apa, ya?”
“Saya pun tak pasti, Cik Irish. Encik Naufal
tak beritahu pula.”
Satu-persatu fail
atas meja diselak Irish. Tanpa sedar...
“May I come in?”
Serentak dua gadis
itu berpaling.
![]() |
“Saya mengganggu ke?”
“Eh! Tak adalah, Tengku.
Masuklah. Saya pun dah nak keluar. Cik Irish kalau ada apa-apa panggil saya, okey?”
Irish menyimpul
senyum, biarpun hati melarang gadis itu tinggalkannya bersama Tengku Harrys.
Sejak insiden di butik tempoh hari, mereka langsung tak bertembung. Mungkin
secara kebetulan, atau sengaja cuba mengelak dari bertemu.
“Dah tengok fail-fail
tu?”
“Baru
sikit, Tengku.”
“Itu
semua laporan kewangan projek kondominium di Melaka. Saya nak awak semak dan
kemaskini. Saya dengan Encik Naufal dah buat notes. Tengah hari
esok kita ke sana untuk site visit.”
“Esok?”
“Kenapa?
Ada masalah?”
“Ta...
tak ada. Pukul berapa bertolak?”
“2.00
petang.”
“Balik
hari, kan?”
“Kalau
saya cakap stay sana? So, we can
talk about the last occurrence.”
Kornea Irish mencari bening
Tengku Harrys. Renungan tajam lelaki itu dibalasnya. ‘Ya ALLAH, janganlah dia
buat hal lagi...’
“Don’t worry. It
will only take a day. Do not forget to bring all of these files.” Figura
tinggi itu menapak keluar. “See you tomorrow.”
HEMBUSAN angin menemani malamnya di beranda luar. Melayani
lamunan di kegelapan sendirian. Sekejap berpeluk tubuh... nanti menongkat dagu...
kemudian meraup wajah. Terasa berat, sarat, berselirat fikiran.
Sungguh...
Insiden pertemuan
dengan Reza buat dirinya terganggu. Ketakutan mula menghantui saat dia ingin
memula hidup baru. Perasaannya tak tenang setiap kali teringat wajah dan senyum
sinis lelaki itu.
Kenapa dia muncul semula? Selepas semuanya
sudah dilempar jauh. Setelah segalanya telah mati. Apa tujuan dia datang kembali?
Buntu kepala
memikirkan. Namun untuk beritahu sesiapa, tidak sama sekali. Lebih-lebih lagi pada
keluarga. Tak mungkin dia akan bunuh senyuman yang mula mekar di setiap wajah insan
kesayangannya.
Cukuplah kesedihan yang
telah dilalui. Tak ingin dia lihat ada air mata yang gugur lagi. Walau diri terpaksa
berkorban... biarlah. Kiranya itu mampu bahagiakan semua orang. Mungkin
kemunculan lelaki itu cuma hanya satu kebetulan.
“Menung apa tu?”
Satu suara berbisik
betul-betul di kuping kanannya.
“Astaghfirullahalazim...
along! Kenapa terkejutkan orang macam tu?!”
“Yang Irish tu,
kenapa bergelap? Bukalah lampu ke apa. Ingat along tak terkejut juga nampak kelibat
dalam gelap macam ni?” dalam tawa, Izzul ambil tempat di sebelah adiknya.
“Bila along sampai?
Tak dengar bunyi kereta masuk pun?”
“Habis kalau dah asyik
sangat mengelamun, mana nak perasan kereta along masuk.”
![]() |
Izzul menggosok
kepala gadis di sisi. Salah satu cara dia bergurau dengan adik-adiknya sejak
kecil. Terasa lebih dekat hubungan mereka.
“Kenapa along balik? Kak
long dengan budak-budak ada sama?”
“Ada kat dalam tu. Sibuk
menolong buat kerja. Kak long yang beria ajak balik. Nak menjenguk katanya,
bantu apa yang patut.”
Raut Irish melakar
senyum. Tadi dia juga di dalam bantu umi dan kak langnya buat persiapan majlis
pertunangan. Tiga hari saja lagi. Tiba-tiba Athirah telefon. Setengah jam
berbual, talian dimatikan, terus dia duduk sini. Ambil angin malam sekejap.
“Maaflah. Irish dah susahkan
along semua.”
“Susah apanya? Adik-adik
along tak pernah susahkan pun. Dah memang tanggungjawab along.”
“Terima kasih, long.”
Dalam kesamaran,
Izzul mengamati raut di sebelah. Ada getaran dalam suara itu. Satu sisi lain, matanya
perasan Irish tampak sedikit cengkung. Tekanan kerja? Atau kerana majlis yang
bakal berlangsung?
Entah. Sukar nak tebak isi hati adiknya
seorang ini.
“Apa perasaan Irish
sekarang?”
“Perasaan
apa?”
“Yalah...
macam mana rasanya nak bertunang?”
“Nak bertunang... mestilah
gembira, kan?”
“Tapi
yang along nampak, sebaliknya.”
“Mana
ada. Perasaan along aje kut.”
“Dengan
orang lain bolehlah tipu. Dengan along... takkan.”
Terdiam gadis itu serta-merta.
“Irish
tak gembira dengan semua ni, kan?”
“Irish
tak ada pilihan.”
“Ada.
Irish boleh tolak pinangan Mak Engku dulu.”
“Irish
tak sampai hati.”
“Habis
sekarang, sampai ke hati Irish teruskan semua ni?”
Jeda. Seminit
berlalu, masih sepi tanpa bicara.
“Masih
belum terlambat untuk Irish berundur...,”
“Dan,
biarkan hati semua orang terluka? Biarkan semua orang menangis? Hanya sebab
kepentingan sendiri, Irish kena gadaikan gembira orang lain? Macam tu ke,
long?”
“Bukan
tu maksud along.”
“Habis tu,
macam mana? Ke along nak tengok air mata keluarga ni tumpah lagi disebabkan
Irish? Along sanggup hampakan harapan insan-insan yang selama ni dah banyak
berjasa pada kita?” Irish tak mampu tahan lagi emosinya.
Biarlah. Biar Izzul
tahu kesakitan yang terbuku di dadanya sejak sekian lama. Kalau boleh dibelah dada
ini, mungkin terserlah jelas luka-luka yang sudah berulat dan bernanah
kesemuanya.
![]() |
“Beritahu, long... apa
lagi patut Irish buat tanpa lukakan hati sesiapa? Kalau betul along ada jalan
untuk Irish keluar dari semua ni, Irish takkan fikir banyak untuk buat. Kalau
pun mati sebagai jalan penyelesaian, Irish reda ALLAH cabut nyawa Irish
sekarang.”
“Irish! Apa Irish
cakap ni?!”
“Irish dah tak tahan,
long. Sakit. Sakit sangat!” gadis itu menumbuk-numbuk dada. Serentak, tubuhnya
ditarik Izzul. Terhambur tangisan pejat di dada abangnya. “Kenapa manusia kejam
sangat, long...”
“Mereka
yang pilih untuk jadi macam tu.”
“Sampai
bila...”
“Sampai
mereka sedar. Itu pun kalau hati mereka terbuka untuk sedar. Tapi andai hati dah
penuh dengan titik hitam, kita berserah saja pada ALLAH. Sabar, dik!”
“Irish
dah tak kuat lagi, long...”
“Siapa cakap? Kalau Irish tak kuat, Irish takkan bangkit balik macam
sekarang.”
Izzul terus memujuk adiknya. Diusap kepala gadis itu agar tenang.
“Sebab Irish kuatlah,
ALLAH bagi ujian ni untuk Irish. DIA lebih tahu sejauh mana kemampuan Irish.
Jalan hidup manusia tak sama. Ada yang mudah, ada yang penuh liku-liku. Tapi
tujuannya cuma satu... untuk cari bahagia masing-masing. Kita tak boleh cakap
jalan hidup orang tu mudah dan senang, jadi kita nak serupa itu. Mungkin
kekuatan diri dia hanya setakat itu. Itu bahagian dia.
Tapi Irish lain.
Sebab Irish kuat, ini bahagian untuk Irish. Ingat... ALLAH takkan uji hamba-NYA
lebih dari kemampuan yang dimiliki. Kalau along ada kat tempat Irish pun, along
tak rasa along mampu sekuat ini. Silap hari bulan, boleh malu sebab kalah
dengan adik along yang perempuan ni!”
Tak semena, gelak
kecil kedengaran di halwa Izzul. Pelukannya diutuhkan.
“Biarlah, Rish. Biarkan
andai ada yang mengeji, mencaci, menghina kita sekarang dan juga nanti. Tanpa
mereka tahu sebab yang sebenar. Tak sekali-kali kita akan mati dek keji. Mulut
manusia memang tak boleh ditutup. Sebab itu mereka bebas bercakap sewenang-wenang.
Hingga sanggup mengambil tugas ALLAH menghukum kesalahan orang. Meskipun diri
sendiri ada kekhilafan. Mungkin mereka lupa ALLAH lebih berkuasa.
Tapi tak semua
manusia macam tu. Masih ada lagi yang mampu berfikir dengan baik. Sama ada kita
dah jumpa, akan jumpa, atau takkan jumpa langsung. ALLAH lebih tahu
segalanya-galanya. DIA tak pernah minta kita fikirkan jalan keluar untuk segala
masalah sehingga penat. Yang DIA minta pada hamba-NYA hanyalah bersabar dan
sentiasa berdoa. Insya-ALLAH, ganjaran-NYA pasti akan datang jua nanti. Pegang
apa along cakap ni.”
Irish kejapkan
dakapan pada Izzul, meminta kekuatan untuk dirinya.
“Forget
about the past, dear sister. Continue walking to find your bliss. Insya-ALLAH,
yang lebih baik sedang menanti di depan!” bisik Izzul penuh mendalam.





No comments:
Post a Comment