Saturday, December 9, 2017

CHAPTER 2 : SEJIWA (Bayangan Gurauan Sequel)


Previously, Teaser 1 + Teaser 2 = Chapter 1...
Today, #HarrysIrish coming back for full Chapter 2...
Moga terubat rindu.... ^_^







LINCAH tangannya menyiapkan sarapan di dapur. Sekadar juadah ringkas yang disediakan. Sosej bakar, kacang panggang serta scrambled egg yang akan dijamah bersama roti nanti. Itu saja yang sempat dibeli sewaktu keluar makan malam tadi.

            Usai memasak, Irish membancuh minuman hangat pula. Milo dan gula. Entah kenapa minuman itu sekarang yang Tengku Harrys suka. Bila dibuat minuman lain, lelaki itu akan menolak. Semuanya gara-gara peristiwa dulu. Ketika pertama kali dia membuatkan air tersebut untuk lelaki itu. Sebagai denda katanya. Tapi dari denda, terus jadi suka.

Spontan bibir Irish menguntum senyum.  

            “Nak buat air ke nak senyum?”

Irish tersentak. Air panas dari heater untuk dituang ke dalam mug habis tersasar ke atas meja bar dapur. Ditoleh empunya suara yang tiba-tiba muncul betul-betul di belakangnya.

“Harrys!”

“Ya.”

“Suka terkejutkan orang, kan.”

Tengku Harrys ketawa kecil. Duduknya kemudian dilabuhkan pada kerusi di meja bar yang sama, berhadapan Irish. “Siapa suruh senyum sorang-sorang.”

            “Ma… mana ada.”

            “Kalau tak betul, tak adalah merah pipi tu.”

            Irish memandang Tengku Harrys sekilas. Lelaki ini tahu sahaja kelemahannya. Kalau dia membalas, sudah tentu takkan menang. Kerja yang tergendala sebentar tadi disambung semula. Tengku Harrys yang masih merenungnya hanya dibiarkan saja.

            “Senyumkan apa tadi?”

            “Tak ada apa-apa.”

            “Teringat kisah lama?”

            “Tak.”

            “Ke teringatkan saya?”

“Tak.”

            “Atau... teringatkan malam tadi?”

Spontan Irish mendongak. “Kenapa dengan malam tadi?”

“Ada orang tu tidur peluk saya macam tak nak lepas.”

Jantung Irish terasa bagai hendak gugur. Fikirnya Tengku Harrys sudah lupa. Tapi pagi ini ia kembali disebut. Dapat dirasakan wajahnya semakin berubah warna. Memori malam tadi kembali berlegar di mindanya.

Selesai solat isyak, dia merebahkan diri di atas katil. Niatnya ingin melepaskan lelah seketika dek kepenatan seharian berjalan di Kota London. Tengku Harrys pula seingatnya berlalu ke ruang tamu menonton televisyen.

Daripada ingin berehat sekejap, rupanya dia terus tertidur hingga ke subuh. Sedar-sedar sahaja, Tengku Harrys sudah berada di sisinya. Memang agak terkejut bila dirinya berada erat dalam dakapan Tengku Harrys. Dan yang lebih terkejut, tangannya lebih erat memeluk tubuh lelaki itu.

            “Dah ingat sekarang?”

            Pandangan Irish kembali ke wajah Tengku Harrys.

            “Nampaknya kenalah saya charge berapa lama awak peluk saya malam tadi.”

            “Hmm?”

            “Plus, saya tak dapat tidur lena sepanjang dipeluk. And...,”

            “Dan apa?”

            “You have to be responsible for that,” tutur Tengku Harrys selamba sambil berpeluk tubuh. Matanya mencerun merenung Irish. Hingga wanita itu tertunduk kaku.

            ‘Ya ALLAH. Apa kau dah buat ni, Irish?’

Irish semakin kalut tak menentu. Air dalam mug yang kian dingin terus dipandang bersama kepala yang tak henti memikir sesuatu.

            “Irish...,”

            “Saya minta maaf.”

            “I don’t need that.”

            “Saya tak sengaja.”

            “Still not enough.”

            “Saya penat sangat. Sampai tak sedar lansung. Cuaca pulak sejuk. Mungkin terpeluk.”

            “Terpeluk? Atau sengaja peluk?” bidas Tengku Harrys lagi.

            Irish menarik nafas. Berkira-kira jawapan apa yang patut diberikan. Salah jawab, habis. Kalau tak jawab, lagi parah. Entah kenapa dia merasakan Tengku Harrys sedikit dingin hari ini. Semalam bukan main caring. Ada masalahkah?

            “I’m still waiting, Irish.”

            Irish mengetap bibir. Seluruh tubuhnya turut menggigil.

            “Ke nak saya datang dekat dengan awak...,”

            “Terpeluk atau sengaja peluk, saya tak pasti. Tapi saya rasa selesa dan selamat berada dekat dengan awak.”   

            Laju ayat itu meluncur keluar dari mulut Irish. Sekaligus membuat Tengku Harrys terus terdiam. Lama wajah Irish dipandang.

            “Alright. Kali ni saya maafkan. Tapi kalau berlaku lagi, saya tak jamin saya akan lepaskan,” ujar lelaki itu bak memberi amaran. “Boleh kita breakfast kat luar? Saya tunggu kat sana.”

            Tengku Harrys bingkas bangun dan berlalu ke ruang balkoni. Irish pula sekadar mampu memerhati lelaki itu melangkah pergi. Nampaknya masih banyak harus dia selami untuk mengenali unpredictable person itu dengan lebih mendalam lagi.


**********

WANITA itu berjalan keluar dari bilik. Sejak tadi dia tak nampak bayang Tengku Harrys. Selepas mereka malam bersama. Ke mana lelaki itu pergi? Keluarkah dia?

            Mata terus melirik ke tempat gantungan kunci di dinding. Kunci kereta masih terletak elok di tempatnya. Ruang tamu gelap. TV juga tertutup. Cuma pintu ke ruang balkoni sahaja kelihatan terbuka, bersama cahaya dari unggun api yang menyala. Di situkah dia?

            Perlahan Irish menapak ke balkoni di luar. Dan telahannya benar bila melihat Tengku Harrys berada di situ. Melandaikan tubuhnya di kerusi rehat sambil menghadap komputer riba. Penuh khusyuk. Mungkin sedang menyiapkan sesuatu.

            Melihatkan itu, Irish tak sampai hati untuk mengganggu. Lebih-lebih lagi bila mengingatkan Tengku Harrys banyak berdiam sepanjang hari ini. Ada baiknya dia memberi lelaki itu ruang menyendiri. Kaki mula berundur setapak untuk masuk ke dalam kembali.

            “Nak berdiri aje kat situ?”

            Pergerakan Irish terhenti serta-merta. Dia yakin soalan itu ditujukan untuknya, walaupun mata Tengku Harrys masih tidak berganjak dari komputer riba.

            “Err...,”

            “Come. Seat here.”

            Irish serba-salah. Sebelah hatinya mahu masuk ke dalam saja. Namun sebelah lagi tidak sampi hati ingin menolak.

Dengan rasa berbelah-bahagi, wanita itu melangkah juga mendekati Tengku Harrys.

            “Awak nak air panas?”

            “Tak apa. Kenyang lagi.”

            “Sibuk ke?”

            “Not really. Just checking some documents dari Abang Hafiy.”

            “Dokumen apa?”

“Projek kat Brunei tu,” balas lelaki itu tanpa berkalih mata. “Ubat dah makan?”

“Sudah.”

“Jangan tertinggal. Walau sekali.”

Irish sekadar mendengar. Pesanan yang acapkali keluar dari mulut lelaki di sebelah. Hampir setiap malam sebelum tidur. Sejak insiden tembakan itu.

“Banyak lagi nak siapkan?” soal Irish.

Not bad. Kenapa tak tidur lagi?”

            “Belum mengantuk.”

            “Atau tunggu saya?” Seraya Tengku Harrys memandang Irish di sisi. “Tak boleh tidur tak ada saya? Hmm?”

            “Ma... mana ada.”

            “Mulut jawab macam tu. Tapi dalam hati awak saya tak tahu,” selamba Tengku Harrys membalas. Mata Irish direnung untuk mencari jawapan. Namun cepat-cepat wanita itu melarikan wajahnya.

            Tengku Harrys tersenyum. Komputer riba di hadapan ditatap semula. Menyambung kerja yang tergendala.

‘Semakin kau cuba lari, semakin jelas isi hati kau dapat aku jejaki, Irish!’ bisik hati lelaki itu.

Suasana bertukar hening. Hanya bunyi unggun api di sudut balkoni kedengaran memecah sepi. Tengku Harrys terus melakukan kerjanya, membiarkan Irish mencari kata-kata untuk kembali berbicara.    

            “Awak dah telefon mak long?”

            “Dah. Saya bagitahu mungkin kita ke rumah dia lewat sikit.”

            “Mak long cakap apa?”

            “Dia tak kisah. As long as kita datang rumah dia sebelum balik.”

            Irish mengangguk faham. Sudah hampir tiga minggu mereka berada di bumi UK. Habis mengelilingi Pulau Jeju tempoh hari, Tengku Harrys terus membawanya ke sini. Glasgow, Edinburgh, Newcastle upon Tyne, Leeds, Machester, Liverpool, Birmingham, Cambridge. Tempat-tempat ini antara yang telah selamat mereka lawati sebelum tiba di London semalam.

Dan sepatutnya sekarang mereka berada di rumah Tengku Yasmin. Namun gara-gara cuaca yang tak mengizinkan, dia dan Tengku Harrys terpaksa berteduh di sini terlebih dulu.

Seketika, mata Irish meliar memerhati sekeliling.

            “Lama awak pernah tinggal sini?”

            Tangan Tengku Harrys yang sedang asyik menaip, terhenti. Matanya turut sama memandang sekeliling apartmen. “Setahun lepas kerja. Mula-mula dapat offer kerja kat sini lepas habis degree, saya tinggal kat apartmen yang company sediakan. Then ada rezeki lebih, saya beli apartmen ni.”

            “Selama awak tak ada, siapa yang tinggal kat sini?”

            “No one. Tapi sekali-sekala mak long atau anak-anak dia akan datang untuk tengok-tengokkan. Tolong kemas. And sometimes they will stay kalau ada apa-apa urusan kat sini.”

            “So, apartmen kat Cambridge tu?”

            “Itu papa yang belikan. Waktu saya study kat sana dulu.”

            “Lepas pindah sini, awak biarkan aje apartmen tu?”

No. Bila ada masa free saya balik jenguk. Lagipun Zamir tinggal kat sana, kan. As he told you. Lepas dia habis belajar dan balik Malaysia, baru saya hire orang untuk jagakan.”

“Kenapa tak jual?”

“Sayang. Banyak kenangan. Waktu buat online course for my master pun saya kerap turun sana. So, adalah jugak gunanya. Sampailah saya decided untuk balik Malaysia lepas tamat master, then apartmen tu saya sewakan.”

            Penuh khusyuk Irish mendengar penjelasan Tengku Harrys. Waktu ke Cambridge tempoh hari memang lelaki itu ada membawanya melihat apartmen tersebut. Malah segala tempat yang pernah menjadi memori lelaki itu selama di Cambridge juga turut dikongsikan bersamanya.

            Cambridge. Entah kenapa nama itu semakin melekat di hati. Mungkin kerana keindahan tempatnya. Juga kehebatan sejarahnya.

Dan momen yang masih tak dapat dia lupa hingga ke saat ini bila berpeluang melihat depan mata kemegahan universiti-universiti negara itu. Salah satu impiannya sejak kecil. Tak dapat jejak kaki sebagai pelajar, sebagai pelawat pun sudah menjadi kepuasan buatnya.

Bukan senang nak masuk universiti antara terbaik di dunia itu. Hanya orang terhebat dan terpilih saja dapat merasanya. Seperti Tengku Harrys.

Spontan Irish menoleh ke sisi. Tengku Harrys yang sudah kembali menyambung kerja ditenung dalam diam. Sejujurnya, dia amat mengagumi lelaki itu.

            “Kenapa tenung saya macam tu?”   
   
            
            “Hmm?”


Anything you want to say?”

No.

Then, why are you staring at me like that?”

“Salah ke?”

“Tak salah. Cuma tak boleh.”

“Kenapa?”

“Sebab saya tak boleh buat kerja.”

“Saya tak kacau awak.”

Yes. Tapi...,” sekali lagi Tengku Harrys berkalih memandang Irish. Kali ini dia berpeluk tubuh. Anak mata Irish direnung sedalam-dalamnya. “...awak dah buat jantung saya berdebar tak menentu sama sekarang ni. So better you stop now.

Irish telan air liur. Baru dia ingin mengusik Tengku Harrys. Tapi sekarang dia yang terjerat dengan usikannya.

“Err... sa… saya masuk dulu.”

Kalut wanita itu bangun dari kerusi. Namun pantas Tengku Harrys menarik lengannya kembali. Irish terduduk sekali lagi.

“Nak ke mana?” soal lelaki itu.

“Tidur.”

“Ke nak lari?”

Tiada balasan. Hanya pandangan yang bertaut menggantikan jawapan. Lama kedua-duanya terdiam.

Good nightSleep tight,” ucap Tengku Harrys akhirnya. Kepala Irish dikucup lembut. Setelah itu dia kembali pada tugasnya.

“Awak belum nak tidur?”

“Saya nak habiskan ni dulu. Dah siap nanti saya masuk.”

Irish tidak bertanya lanjut. Langkahnya terus dibuka meninggalkan ruang balkoni tersebut. Tengku Harrys sekadar mengekor melalui hujung matanya.

Pasti kelibat Irish sudah menghilang, baru lelaki itu mengangkat wajah. Sebuah keluhan dilepaskan. Tubuhnya disandar ke belakang sebelum mendongak ke langit malam.

            Dia juga ingin ikut masuk. Melenakan diri yang sememangnya sudah sedikit mengantuk. Tetapi dia takut. Takut hatinya tak kuat untuk terus berada dekat dengan wanita itu.

            ‘Ya ALLAH....’

            Perlahan matanya dipejamkan. Menahan gelora jiwa yang kian mencengkam.





No comments: