T
|
Penangan majlis teman
kuliahnya di US buat dia leka berparti sehingga lewat pagi. Menjelang subuh
baru dia angkat kaki.
“Lissa.
Kamu tak siap lagi?” sapa Tengku Kamelia yang menuruni tangga.
“Siap ke
mana, mummy?”
“Tanya
ke mana pula? Kan mummy dah beritahu malam tadi nak jemput mak long
sekeluarga dekat airport petang ni. Lupa?”
“Apa
bising-bising ni, Lia? Sampai ke atas abang dengar.”
“Tak ada
apa, bang. Ni, hah... anak dara awak tak bersiap lagi.”
“Lissa
tak nak ikut jemput mak long?
“Tak
kut, daddy. Lissa tak berapa sihat.”
“Bila
siang tak sihatlah. Kalau malam... macam burung hantu. Ligat bukan main!”
“Dahlah,
Lia. Kalau tak sihat, tak apalah. Lissa rehat kat rumah. Biar daddy
dengan mummy aje yang pergi.”
“Jap,
jap, jap!” Tengku Melissa bingkas berdiri, menahan orang tuanya di pintu utama.
“Mummy dengan daddy nak jemput mak long kat airport?
Kenapa tiba-tiba mak long balik?”
![]() |
“Saja
nak makan angin!”
“Mummy ni,
kan! Lissa tanya betul-betul ni. Kenapa tiba-tiba mak long balik sini?”
“Lissa
dah lupa ke? Esok kan Harrys bertunang. Sebab tulah mak long balik ke sini. Nak ikut hantar rombongan sekali,” jelas
Tengku Arham.
Zap!
Jantung gadis
itu bak direntap. Dada rasa nak meletup. Tubuhnya dipaling, berpatah semula dan
duduk kembali di sofa.
“E’eh! Dia yang tahan kita, lepas tu pergi macam tu aje?
Memanglah budak seorang ni! Jomlah, bang. Kita dah lambat!” Tengku Kamelia
menggamit lengan suaminya keluar dari banglo.
“Lissa,
kami pergi dulu. Ni... daddy dengan mummy balik lewat sebab terus
bawa mak long ke rumah pak lang. Ada majlis doa selamat. Jaga diri. Jangan lupa
makan ubat!”
‘Macam
mana aku boleh lupa yang Harrys bertunang esok?’
“Arghhh!”
Tengku Melissa
menumbuk geram sofa. Rasa marah datang membuak tiba-tiba. Skrin TV dimatikan sebelum
berlalu ke atas. Sejam kemudian dia turun semula.
“Nak ke mana?” Satu
suara berbaring santai di sofa menegur.
![]() |
“Keluar.”
“Ke mana?”
“Apa you
kisah? You dah berapa hari tak
nampak batang hidung kat rumah ni, I tak kisah pun?”
“Hai! Tanya macam tu
pun nak marah? Rilekslah!”
Tengku Melissa mendengus geram. Terlalu
ikutkan marah, abangnya jadi mangsa. Kaki dihala menghampiri lelaki itu. “Sorry.
I tak sengaja nak marah you.”
“You bukan marah kat I, tapi orang lain. Apa yang buat you marah sangat ni?”
“I
hope you’re still remembering your promise.”
“Promise?
What promise?”
“You lupa, atau buat-buat lupa?”
“Can
you kindly get right to the point, girl? Janji apa ni?”
“You janji apa dengan I kat kelab hari tu? Lupa? Nak tolong
I dapatkan Harrys balik, kan?
Esok Harrys dah nak bertunang. Tapi, plan you satu apa pun I
tak nampak!”
Tengku Zafran terdiam.
Dari posisi santai berbaring, kini dia sudah duduk menegak. Riaknya berubah. Rahang
kejap diketap.
Jika Tengku Harrys
bertunang esok, bermakna gadis pujaannya juga akan jadi milik orang. Bagaimana
dia boleh lupa hal penting itu?
“Baru nak bertunang,
kan? Bukan kahwin. Even dah kahwin pun boleh bercerai.”
“Habis you nak tunggu sampai dia orang
kahwinlah baru nak bertindak?”
“I tak kata macam tu. Easy, girl. Masih
ada masa lagi. I tahulah apa
nak buat nanti.”
“Apa yang you nak buat?”
Tengku Zafran
merenung adiknya dalam senyum penuh makna. “Just wait, Lissa. The
time will arrive. I jamin masa tu you akan tersenyum lebar.”
![]() |
“Okey... I percaya you. I tak kisah apa pun plan you. Janji...” tubuh langsing itu
bingkas berdiri. “… I dapat balik hak I, dan you dapat apa yang you nak. That’s our deal!”
“Got no problem!”
“I chiao
dulu!”
“Ke mana?”
“Keluarlah. Have
some fun with my friends. Duduk kat rumah pun hati sakit, buat apa!”
“May I join you?”
“Excuse me? Hello...
sejak bila pula you pandai nak join I ni? Bukan kawan-kawan you
tu lagi havoc ke dari I punya?”
“Saja. Mana tahu
dapat kenal kawan-kawan you
yang lagi cantik and hot.”
“Enough,
Zafran! Tak payah nak buat lawak. Lebih dari tu pun you boleh dapat! I
keluar dulu. Bye!”
Tawa Tengku Zafran mengiringi
langkah adiknya menapak keluar lalu menghilang bersama kereta meninggalkan
kawasan banglo.
“Irish...”
Nama itu terungkap di
bibir. Wajah menyengih sinis.
“Sorry, Harrys. That
girl is mine!”
“KAK LONG! Sihat? Masya-ALLAH... lamanya tak jumpa!” Tengku Dafina meluru
ke arah kakak iparnya yang baru tiba bersama dua anaknya.
“Alhamdulillah,
sihat. Fina sihat?”
“Sihat, kak long.
Saffa tak ikut balik sekali?”
“Tak, Fina. Saffa
tolong jagakan butik. Lagipun suaminya tengah sibuk sekarang, susah nak dapat
cuti. Itu kak long balik dengan budak berdua tu aje,” jelas Tengku Yasmin tentang
anak sulungnya, Tengku Saffa.
“Makin cantik kak
long sekarang!”
“Tak adalah. Kak long
sama aje macam dulu.”
“Sama macam dulu
maknanya awet mudalah tu. Kan?”
“Kita ni orang
perempuan kena jaga diri, Fina. Nak-nak yang masih bersuami macam kamu, kena
jaga betul-betul. Kalau tidak, hermm... mulalah lelaki pasang mata!”
“Dengar tu, bang?”
“Eh, abang pula? Kak
long tu bagi nasihat pada awak. Dengar baik-baik.”
Sebagai wanita
berkerjaya, soal penampilan memang dititikberatkan Tengku Yasmin. Sementelahan,
dia pemilik sebuah butik yang diuruskan bersama dua anak perempuannya.
Sejak arwah suaminya
meninggal, Tengku Yasmin sekeluarga terus bermastautin di bumi London mengikut
anak sulungnya yang telah berkahwin dengan jejaka warganegara itu.
“Dah masak kuah
kacang tu, Dewi?” Tak menang tangan Mak Ros menyiapkan juadah bersama Dewi.
Tidak seperti sebelum-sebelumnya, kali ini majikan mereka memilih untuk
menyediakan hidangan sendiri.
“Udah, mak. Sebentar
Dewi mau masukin ke dalam bekasnya!”
“Dah siap nanti pergi hidang makanan-makanan
ni semua kat depan, ya?”
“Hah? Apa mak
bilang?”
“Eh, budak ni... apa
tak cukup kuat ke mak cakap sampai kau tak dengar? Mak cakap dah siap masukkan
kuah kacang tu, pergi hidang semua ni kat depan. Dengar?”
Dewi hampiri wanita yang
sedang memotong puding karamel itu.
“Yang tu Dewi dengar, dong. Maksud Dewi ya masakan Dewi disuruhin ke ruang
depan dengan pakaian kotor sebegini? Ah... malu, sih!”
“Apa masalahnya kalau
keluar macam ni? Memang kau pakai baju ni kan hari-hari?”
“Ya, iyalah! Tapikan
ini malem tetamunya ramai sekali. Nanti ada cowok-cowok yang lihatin Dewi comot
begini, malu ah!”
Kerja Mak Ros terus
terhenti. “Amboi... perasannya kau,
Dewi! Siapa yang nak tengok kau ni? Cuba cakap dengan mak.”
“Ya itulah...
cowok-cowok ganteng di depan sana itu. Apa mak enggak perasan?”
“Ingat mak ni macam
kau? Dok terjenguk-jenguk kat depan dari tadi. Banyak lagi kerja lain kena
buat. Dah, tak usah tercegat lagi. Pergi hantar semua makanan ni ke depan
sana!”
“Bisa aja. Tapi, kasi
Dewi lima minit. Boleh enggak?”
“Kenapa pula?”
“Dewi mahu tukarin
baju ini dulu, ya? Udah itu nanti Dewi hantarin semua-semuanya ke depan. Kalau
mak mau Dewi duduk depan sana terus, ya... Dewi juga enggak kisah!” tersengih-sengih
gadis seberang itu sambil memintal hujung rambutnya.
“Nak juga kau Dewi,
kan?”
“Jiwa orang muda,
mak. Biasa, sih!”
“Dah pergi tukar
cepat. Lima minit!”
“Benaran, mak? Tidak
main-main ini?”
“Iya! Dah, pergi
cepat sana!”
“Ah, senang sekali!
Ini yang bikin Dewi sayang banget sama mak!” tubuh kecil Mak Ros dipeluk, pipi kedut
wanita itu dicium. “Dewi pergi nyalin bajunya dulu, ya!”
Mak Ros geleng kepala.
“Dewi, Dewi. Ikut kaulah, nak. Janji kau bahagia!”
“MACAM mana persiapan untuk majlis esok? Dah selesai
semuanya?”
“Alhamdulillah, kak
long. Semua dah siap. Tinggal nak bawa badan ke majlisnya saja,” bicara Tengku
Haiyan.
“Dapat juga kak long
tengok Harrys bertunang. Hilang kempunan. Punyalah terkejut waktu kamu telefon beritahu
hari tu, alang. Macam mimpi pun ada!”
“Betul, kak long.
Saya pun terkejut sama!” Tengku Arham mencelah.
“Mahunya tak, ngah?
Dari dulu bukan main susah nak tengok perempuan dekat dengan budak tu. Anak
kawan-kawan kak long tu, ramai aje nak kenal. Dia yang tak mahu. Tiba-tiba dapat
berita nak bertunang, alhamdulillah... terbuka juga hati dia akhirnya!”
“Itu pun payah nak
memujuk, kak long. Jenuh juga saya dibuatnya!”
“Pujuk? Maksud Fina?”
“Sebenarnya gadis tu
calon pilihan saya, adik kawan baik Hafiy. Staf Haiyan juga.”
“Oh... iya ke? Macam
mana budaknya? Elok ke?” Tengku Yasmin berminat ingin tahu.
“Alhamdulillah, kak.
Setakat yang saya tengok, baik budaknya. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi
pertama kali saya jumpa dia, hati ni dah berkenan. Bila saya suarakan hajat
untuk meminang dia untuk Harrys nampaknya semua orang pun setuju.”
“Harrys macam mana?”
“Mula-mula tu memang
dia setuju tidak, membantah pun tidak. Terpulang pada saya katanya. Tapi
sekarang, alhamdulillah... Harrys dah boleh terima. Kan, bang?”
“Bila jodoh dah
sampai, nak mengelak pun... memang tak dapatlah. Hati sekeras apa pun kalau ada
usaha, ada doa... insya-ALLAH, Dia akan beri yang sebaik-baiknya.”
“Baguslah macam tu. Kalau nak tunggu Harrys
yang cari sendiri, sampai bila baru terbuka hati budak tu agaknya!” bicara
Tengku Yasmin.
“Assalamualaikum.”
Baru disebut-sebut, figura
tinggi berbaju Melayu hitam itu muncul depan mata.
“Apa khabar, mak
long?” sapanya seiring bersalaman dengan seisi yang ada.
“Baik. Kamu sihat,
Rys?”
“Sihat,
alhamdulillah. Mak long balik seorang?”
“Eh, tak adalah. Balik
dengan Syaffi dan Safra. Ada kat sana tu. Kak Saffa kamu aje yang tak dapat
ikut. Dia sampaikan salam dan tahniah pada Harrys.”
“Waalaikumussalam.
Pak ngah dengan mak ngah berdua aje?”
“Iya, Rys. Sepupu-sepupu kamu tu, faham sendiri ajelah!”
ujar Tengku Kamelia.
“Tak apalah. Sambunglah
berborak. Harrys minta diri nak jumpa yang lain-lain.”
Lelaki itu bergerak
ke ruang istirahat. Sanak-saudara sudah ramai memenuhi vila.
“Ha, Rys! Come...
meet our cousins dari London ni!”
“Syaffi dengan Safra
sihat?” Tengku Harrys ambil tempat di
samping abangnya.
“Sihat, bang. Kalau
tak, tak adalah we all sampai sini!” Tengku Syaffi membalas.
“Amboi! Makin handsome
Abang Harrys, kan? Muka pun berseri-seri Safra tengok!”
“Mana tak
berseri-seri, Safra. Hati sedang dilamun bahagia katakan!” Tengku Hazreen yang
bersila atas lantai menghadap yang lain lebih dulu menutur jawapan.
“Ha’ah, cuba cerita
sikit... macam mana Abang Rys boleh jatuh cinta ni? Setahu Safra hati abang tu
keras macam batu. Kalau siram dengan air satu sungai pun belum tentu lembut!”
“Betul! Tiba-tiba aje
ni, Abang Rys. Ada apa-apa ke?” Tengku Syaffi bertanya sama.
“Jodoh dah sampai
kut.”
“Takkan tu aje? Mesti
ada sebab lain. Kan?” Tengku Safra tagih jawapan pasti.
“Abang Harrys kau
orang ni memang dari dulu hati beku dengan perempuan. Bukan tak ada yang nak,
dia yang jual mahal sangat. Tapi sebeku-beku hati lelaki dia, ada juga taman
dalamnya. Tak tahulah kenapa dengan seorang gadis ni boleh cair pula!”
![]() |
“Maksud Abang Fiy...
bakal tunang Abang Rys?”
“Iyalah, Safra. Siapa
lagi?”
“Wow... sound
interesting! Macam mana bakal tunang Abang Rys tu, ya? Mesti dia bukan gadis biasa-biasa, kan?”
“Of courselah,
Syaffi! Cantik, baik, sopan, lemah-lembut. She’s incredibly special!”
Zap!
“Eh, eh! Abang Rys jangan.
Baik abang letak balik bantal tu!”
“Sekali lagi... abang
tak jamin bantal ni akan duduk diam.”
“Okey, okey! Reen tutup mulut, tak
cakap apa-apa dah!”
“Tak sabar Safra nak
tunggu esok. Nak tengok gadis yang dah berjaya cairkan hati Abang Rys yang
keras dan beku macam Tembok China tu!”
“Exactly!”
Tengku Syaffi turut menyokong.
“Aku gerenti kau
orang akan suka dengan Kak Irish tu! Tengoklah bakal kakak ipar siapa, kan?” Tengku
Hazreen angkat bahu baju kurungnya. Bangga!
Zap!
Tangan Tengku Harrys
capai segera bantal. Belum sempat baling...
“Mamaaa!”
Gadis itu terus
meluru bangun. Dekahan tawa spontan memenuhi ruang berkenaan.
“Err... siapa nama
yang Reen sebut tadi?” tanya Tengku Safra.
“Irish. Irish Qiara.
Itulah nama bakal tunang Abang Harrys kau orang.” Tengku Hafiy menjawab sebelum
gerangan di sebelah buka mulut.
“Hurmm... indah nama
tu. Mesti seindah orangnya!”
Tengku Harrys melakar
senyuman. Terusik kala nama itu diperkatakan. Seperti yang lain, dirinya juga
tak sabar menunggu hari esok.
Hari yang bakal
merubah segenap perjalanan hidupnya nan mendatang...
![]() |






No comments:
Post a Comment