“O
|
KAY, korang! Makanan dah sampai!” Zaryn berteriak kecil sambil
menatang dulang berisi makanan yang dipesan oleh mereka bertujuh. Kelihatan
Natasya serta Elaine menyusur di belakangnya, juga membawa dulang di tangan.
Sesudah itu mereka bertiga mula mengagih-agihkan set MacD tersebut mengikut
pesanan masing-masing.
“Kalau lunch makan burger okay jugak, kan?
Boleh diet sikit. Tak adalah hari-hari makan nasi,” ujar Zaryn sewaktu mereka
semua sudah mula menjamah makanan.
“Habis
tu kau ingat makan burger ni tak
gemuklah?” selar Natasya.
“Entah.
Kalau dah selalu makan macam ni, makin dipam-pamlah badan gamaknya, Zaryn!” Kak
Maisarah pula mencelah.
Zaryn
hanya menyengih. “Sesekali tak apa, kan?”
“Tak
apa! Nanti I bagi you all cuba ginseng yang I minum. Confirm tak gemuk!”
“Ishh kau ni, amoi! Tak habis-habis dengan ginseng kau,
kan!”
“Eh,
Farisya. Sharing is caring, maa!
Betul tak you all?” tanya Elaine pada
yang lain. Namun mereka sekadar ketawa dengan pertanyaan gadis tersebut.
Suasana
di dalam restoran MacD tengah hari itu agak sibuk dengan kehadiran pengunjung.
Bagi mereka yang inginkan santapan yang agak ringkas, tempat sebegini adalah
pilihan yang paling sesuai. Tampak berselera masing-masing menjamah makanan.
Cuma Irish seorang sahaja tidak sedemikian. Rakan-rakannya bersembang penuh
ceria dan bergelak sakan, namun dia hanya menyepi tanpa suara.
“Are you okay, Cik Irish?”
Irish
menoleh pada Insyirah di sebelahnya. “Okay.
Kenapa?”
“Dari
tadi saya tengok Cik Irish diam je.”
“Tak
adalah, In. Saya okay je. Jangan
risaulah.” Irish cuba berdalih, menutup rasa gusar di hati. Lantas senyuman
diberikan pada gadis itu.
“Ha’ah.
Saya pun perasan dari tadi Cik Irish senyap je. Ketawa jangan cakaplah!”
Suara
itu membuatkan Irish berkalih pada Zaryn. Bukan hanya Zaryn seorang, malah
semua mata sudah tertumpu padanya kini. ‘Hmm... parah!’
“Cik
Irish ada masalah ke? Kalau sudi ceritalah dengan kitorang. Manalah tahu
kalau-kalau kitorang boleh tolong,” giliran Natasya pula bersuara.
Irish
tidak tahu hendak lari ke mana saat ini. Ternyata semua orang sedang menunggu
jawapan darinya. Hati semakin direnggut rasa bersalah. Hal yang difikirkannya
semenjak malam tadi benar-benar
menghantui fikirannya sekarang.
“Err... macam mana saya nak cakap, ya. Sebenarnya ada
benda yang saya nak bagitahu pada awak semua.”
“Apa
dia, Cik Irish. Cakap jelah. Kitorang dengar ni,” pinta Kak Maisarah.
“Saya
rasa awak semua sedia maklum majlis pertunangan Tengku Harrys lusa, kan.”
“Oh!
Kalau pasal tu yang Cik Irish nak bagitahu, tak apalah. Kitorang memang dah
tahu awa-awal pun!” ucap Zaryn selamba.
“Ha’ah,
Cik Irish. Sebulan sebelum majlis kitorang dah tahu!” tambah Natasya. Masakan
dia tidak tahu bossnya akan melansungkan
pertunangan dengan kekasih hati.
“Tapi
bukan tu benda yang saya nak bagitahu sekarang ni.”
“Kalau
bukan pasal tu, pasal apa pulak Cik Irish? Cakaplah cepat. Cik Irish ni buat suspens kitorang jelah!” tingkah Zaryn.
Melihatkan
reaksi dari teman-temannya, Irish menjadi semakin tidak tentu arah. Dia cuba
mencari kekuatan untuk meluahkan apa yang telah menjadi rahsianya selama
ini. “Awak semua memang dah tahu bila
Tengku Harrys akan bertunang. Tapi bukan itu saya nak cakapkan. Yang saya nak
cakap, dengan siapa Tengku Harrys akan bertunang.”
“Hah,
kenapa?? Cik Irish tahu ke siapa perempuan tu?!” laju sahaja mulut Zaryn
bertanya. Seakan tidak sabar untuk mengetahui siapa gadis yang telah berjaya
menakluki hati ‘prince charming’nya
itu.
“Ya,
mey! You tahu ke siapa, Cik Irish?”
Elaine turut mencelah. Tidak ketinggalan mereka yang lain juga menuntut jawapan
yang sama dari Irish.
“Se...
sebenarnya...,” suara Irish tersekat-sekat. Terasa payah mulutnya untuk
bercakap. Dan ketika itu terasa ada tangan menyentuh bahunya. Dia tahu itu
pasti Insyirah.
“Cik
Irish?”
“Sebenarnya
perempuan tu adalah saya.”
“Apaaaaa??!”
Serentak
semuanya bersuara. Jelas mereka amat terkejut dengan berita yang baru
disampaikan oleh Irish. Ada yang terlopong, ada yang menongkat dagu, ada yang
memegang pipi. Mata masing-masing terbeliak tanpa berkedip. Pendek kata
macam-macam reaksi yang ditunjukkan oleh mereka berenam.
“Biar
betul ni, Cik Irish??” Kak Maisarah menyoal inginkan kepastian.
“Saya
minta maaf sebab rahsiakan hal ni dari awak semua. Bukan saya tak nak berterus-terang. Tapi banyak sebab yang buatkan saya terpaksa
simpan.”
Irish
tertunduk melihatkan semuanya hanya terdiam merenung ke arahnya. Sudah tentu
rakan-rakannya sedang marah. Apatah lagi selama ini mereka sering memperkatakan
tentang Tengku Harrys. Tiba-tiba Irish merasakan ada air hangat sudah bertakung
di hujung tubirnya.
“Ha!!!” Zaryn menjerit lalu menepuk meja. “Kan
betul aku dah cakap! Cik Irish dengan Tengku Harrys memang ada apa-apa punya. See!”
“Kau kalau
ya pun janganlah tepuk meja sampai macam ni sekali, Ryn. Terkejut akulah!”
bentak Natasya geram. Lebih-lebih lagi bila melihatkan makanan di meja sedikit
berteraburan.
“Sorry, sorry, sorry! Aku terexcited sekejap!” Zaryn hanya menyengih.
“Tapi betullah. Pandai Cik Irish simpan, kan. Sampai kitorang pun boleh tak
tahu!”
“Tulah.
Terkejut betul akak. Tak sangka perempuan yang kita dok sibuk-sibuk cakap
selama ni ada je depan mata. Nasib baik tak gugur jantung ni dibuatnya!”
“Ya
Allah! Malunya aku!” tiba-tiba Zaryn menekup muka. Kali ini lengannya ditepuk
Farisya yang sememangnya duduk di sebelahnya.
“Yang
kau ni kenapa pulak dah nak malu-malu?”
“Mahu
tak malu! Selama ni aku punyalah tangkap syok kat Tengku Harrys sampai
terlentok-lentok. Rupanya aku dok syok kat boyfriend
Cik Irish. Aduh! Malu, malu!”
“Samalah!
Tapi I tak kisah pun. I rela lepaskan Tengku Harrys kat you, Cik Irish!”
“Awak
semua tak marah saya ke?”
“Eh!
Kenapa pulak kitorang nak marah, Cik Irish?” Insyirah bertanya hairan.
“Yelah. Saya
dah dikira bohong dengan awak semua selama ni.”
“Ishh, apa
Cik Irish cakap ni! Mana ada Cik Irish bohong kitorang. Cik Irish buat macam tu
bersebab, kan? Kalau saya pun mesti akan buat benda yang sama. Kalau tak,
hmm... alamat histerialah satu Haiyan Holdings tu nanti!” gurauan Natasya
mengundang ketawa mereka. “Tapi saya salutelah
kat Cik Irish. Saya yang secretary Tengku
Harrys pun tak dapat bau rahsia ni!”
“Maaflah
semua. Saya betul-betul tak ada niat nak sembunyikan hal ni.”
“Eh, tak
ada hal pun Cik Irish! Kitorang okay
je. Kan, korang?” Insyirah menjawab bagi pihak yang lain.
“Betul
tu, Cik Irish. Yang pasti kitorang semua tumpang gembira dengar berita ni.
Lagipun kitorang memang suka tengok Cik Irish dengan Tengku Harrys pun selama
ni!”
Pantas Farisya menyiku lengan Zaryn bila menyedari
rakannya itu sudah terlepas cakap. “Kau ni tak boleh cover sikit ke cakap tu!” bisiknya pada gadis itu.
“Hmm?
Tengok saya dengan Tengku Harrys?”
“Eh! Tak
adalah, Cik Irish. Maksud Zaryn, kitorang memang suka tengok Cik Irish dengan
Tengku Harrys tu. Macam pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan. Err... Cik
Irish tak nak jemput kitorang ke majlis tu nanti ke?” Farisya cuba berdalih.
“Oh!
Memang saya nak jemput pun awak semua. Datanglah ya ke rumah saya Sabtu ni.
Cuma buat majlis biasa je.”
“Eh! Biasa-biasa pun mesti meletop, kan!” duga Zaryn.
“Tak kisahlah macam mana pun majlis tunang Cik Irish
dengan boss saya tu nanti. Yang
penting saya nak peluk Cik Irish sebab saya dah cakap kalau saya dapat jumpa that lucky
girl, saya nak peluk dia kuat-kuat dan cakap tahniah sebab dah kalahkan
minah salleh celup tu! And one more thing,
tahniah kerana menjadi satu-satunya perempuan yang dah berjaya cairkan hati boss saya yang beku tu!”
Natasya bangun dari kerusinya dan meluru
ke arah Irish lalu memeluk gadis itu erat dari belakang. Dan perbuatannya itu
lansung diikuti oleh rakan-rakannya yang lain tanpa mempedulikan mata-mata yang sedang menyaksikan drama ‘percuma’ mereka tengah hari
itu.
**********
TENGKU
DAFINA kelihatan begitu
khusyuk mengemaskini gubahan hantaran di ruang istirehat villa sambil dibantu
anak perempuan serta menantunya. Baru petang tadi dia mengambil hantaran-hantaran
tersebut di butik milik temannya, Sara bersama Tengku Hazreen. Bahagian Irish
pula akan dihantar sendiri oleh Sara pada hari pekerja-pekerjanya memasang
pelamin pertunangan di rumah Irish esok. Hanya sekadar menambah sedikit hiasan
agar kelihatan lebih menarik. Selebihnya dia amat berpuas hati dengan hasil
sentuhan tangan rakannya itu.
Sedang mereka
asyik melakukan kerja, pintu utama villa terkuak dari luar. Sebentar kemudian
kelibat Tengku Harrys muncul di balik daun pintu. Lelaki itu memberikan salam
sebelum bergerak menghampiri keluarganya yang sibuk melakukan kerja sambil
menonton rancangan di kaca televisyen. Cuma papa serta abangnya tidak kelihatan
kerana menghadiri satu majlis penting anjuran pelanggan Haiyan Holdings yang
berlansung malam ini.
“Baru balik, Rys?” sapa Tengku Dafina sambil mengerling
jam besar berhampiran dengannya. Waktu semakin membilang detik ke pukul 11.00
malam.
“Hmm.”
“Banyak
kerja ke?” soal wanita itu sebaik sahaja Tengku Harrys duduk di atas hamparan
permaidani baldu bersebelahannya. Riak kepenatan jelas terlihat di wajah itu.
“Harrys
baru balik dari Melaka, ma. Ni yang baru sampai.”
“Melaka?
Buat apa kamu ke sana?”
“Papa
minta Harrys jenguk site kat sana.”
Tengku Dafina mengangguk-anggukkan kepala. “Kamu pergi
sorang je ke?”
“Tak
adalah. Berdua.”
“Dengan
siapa?”
Soalan
itu membuatkan Tengku Harrys tidak terus menjawab. Tidak tahu bagaimana reaksi
mamanya bila mengetahui dengan siapa dia pergi ke Melaka hari ini. Matanya
terus leka menatap kaca TV di hadapan.
“Eh,
senyap pulak dia! Dengan siapa Harrys pergi?”
Tengku
Harrys memandang mamanya sekilas. “Irish.”
Serta-merta
tangan Tengku Dafina terhenti dari membuat kerjanya. Bukan dia sahaja, malah
Tengku Hazreen dan Helena yang berada di situ juga turut menoleh ke arah Tengku
Harrys sebaik nama Irish disebut.
“Amboi! Dating berdua nampak!” Tengku Hazreen
mula menyakat abangnya.
“Abang
pergi sana kerjalah. Bukan dating.”
“Sambil
menyelam minum airlah tu. Kan, kak?” ujar Tengku Hazreen sambil menyiku Helena
di sebelah. Namun hanya senyuman yang dibalas oleh kakak iparnya itu.
Spontan
Tengku Harrys mencapai sebiji bantal di atas sofa yang kebetulan berada di
sebelahnya lalu dibaling tanpa sempat Tengku Hazreen mengelak.
“Aduh!
Sakitlah, bang!”
Hujung
bibir Tengku Harrys tersenyum kecil. “Lain kali buat lagi.”
Tengku Hazreen
mengetap bibir. Biasa dia dapat mengelak bila Tengku Hazleen atau Tengku Hafiy
bergurau begitu. Tetapi malam ini nasibnya tidak baik dengan Tengku Harrys.
“Ishh,
sudahlah kamu berdua ni! Tak ada Abang Hafiy kamu, dengan Abang Harrys pulak
kamu menyakat kan, Reen?”
“Abang
Harrys nilah, ma. Tiba-tiba nak sentap pulak!”
“Buat
kerja tu. Lebih baik buat kerja tu sekarang,” arah Tengku Harrys separuh
bergurau. Tengku Hazreen hanya menurut
sebelum sebiji bantal lagi akan melekat di mukanya.
“Harrys
dengan Irish macam mana sekarang?” Tengku Dafina bertanya setelah keadaan
kembali tenang.
“Macam
mana apa, ma?”
“Yelah.
Hubungan Harrys dengan Irish macam mana sekarang?”
“Alhamdulillah.
Okay.”
“Betul
cakap mama dulu, kan?”
Dahi
lelaki itu berkerut. Lantas wajah mamanya ditenung. “Cakap apa?”
“Sanggup atau tidak Harrys tolak calon pilihan mama
tu.”
Tengku
Harrys hanya tersenyum. Masakan dia lupa. ‘Kalau Irish bukan calon pilihan mama
atau tak bekerja kat syarikat tu sekalipun, Harrys tetap akan cari dia, ma.
Walaupun bayang dia yang terpaksa Harrys kejar.’
“Jaga dia baik-baik, Rys. Jangan
sesekali lukakan hati dia.”
Tiba-tiba sahaja ayat itu meluncur
keluar dari mulut Tengku Dafina. Dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya terasa
ingin berpesan sebegitu pada Tengku Harrys. Seketika, tangan anak bujangnya itu
diraih dan digenggam. Dan genggamannya berbalas erat.
“Insya-ALLAH. Kalau tak ada
apa-apa, Rys naik dulu. Badan dah melekit. Nak mandi.”
Tengku
Dafina menghantar anaknya hingga ke atas dengan sebuah pandangan.
“Ha!
Mama tenung apa?” sergah Tengku Hazreen tiba-tiba.
“Ishh,
budak ni! Tak ada apa-apalah!”
“Mama
tak perasan ke yang Abang Harrys dah berubah sikit sekarang?”
“Berubah?
Apa yang berubah?”
“Dulu
nak tengok dia senyum punyalah susah. Tapi sekarang boleh je nampak senyuman
kat bibir dia tu. Tu satu. Ada lagi satu.”
“Ha,
apa yang lagi satu?”
“Sekarang
Abang Harrys dah pandai bergurau nampak!” ujar Tengku Hazreen sambil
menunjukkan sebiji bantal yang dilempar oleh Tengku Harrys padanya tadi.
Tengku Dafina mengambil bantal tersebut.
Memang ada benar apa yang dikatakan. Tengku Harrys kelihatan sedikit berubah
sejak akhir-akhir ini. Tidak tahu adakah perubahan itu disebabkan oleh Irish?
Hanya anaknya itu sahaja yang tahu akan jawapannya. Terasa perasaannya sedikit
berbunga-bunga di kala ini. Malah sejak Tengku Harrys memberitahu yang lelaki
itu pergi ke Melaka hari ini bersama Irish, dia sudah dapat rasakan perasaan
tersebut. Dan kini ia semakin mekar berkembang di sudut tangkai hatinya.
**********
USAI membersihkan diri, Tengku Harrys merebahkan badannya di atas
katil. Masuk sahaja ke biliknya tadi dia terus mandi. Mujur dalam perjalanan
pulang dari Melaka dia dan Irish sempat singgah di sebuah masjid untuk menunaikan
solat maghrib dan isyak.
Irish. Menyebut nama itu membuatkan
hatinya ditebak dengan pelbagai perasaan. Tidak tahu bagaimana lagi caranya
untuk menyelami hati gadis tersebut. Setiap kali dia ingin mendekati, bagai ada
sahaja yang menghalang. Memang gadis itu terlalu sukar untuk difahami. Perbualan bersama Irish sepanjang perjalanan pulang tadi
terimbau kembali di ingatan.
“Ada benda menarik ke kat luar sana tu?” soal Tengku
Harrys sambil menjeling sekilas ke sebelah. Dari bertolak pergi siang tadi
hinggalah ke waktu pulang sekarang ini hanya pandangan luar yang menjadi tumpuan
gadis itu.
Irish
pantas menoleh. Tengku Harrys masih tenang meneruskan pemanduannya. Seketika
kemudian dia tertunduk.
“Apa
yang ada kat luar?” sekali lagi Tengku Harrys bertanya.
“Tak ada
apa-apa.”
“Habis
dari siang tadi asyik pandang ke sana?”
Sunyi
tiada jawapan.
“Saya
tak cukup handsome lagi ke untuk awak
pandang?”
Soalan
itu membuatkan Irish sekali lagi menoleh ke arah Tengku Harrys. Sedikit kaget
dengan kata-kata lelaki itu.
“Jangan
tenung lama-lama. Nanti jatuh cinta pulak.”
Serta-merta
Irish melarikan pandangan. Kalut dia apabila ditegur sebegitu. Mujurlah sudah
waktu malam sekarang. ‘Sabarlah wahai hati. Sabar.’ Hatinya berbisik tenang.
Tengku Harrys tersenyum kecil. Dia tahu wajah gadis di
sebelahnya ini pasti sudah merona merah dengan usikannya. Volume radio yang sedang memutarkan lagu diperlahankan. Dia cuba
mencari ruang untuk berbual bersama Irish dengan harapan dapat mengenali lebih
dekat gadis yang sudah boleh digelar sebagai bakal tunangnya ini.
“Fikir
apa?” lembut sahaja suara Tengku Harrys bertanya.
“Hmm?”
“Awak
fikir apa? Dari siang tadi sejak pergi asyik termenung.”
Irish
tidak menjawab. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia fikirkan. Terlalu banyak
benda bermain di kepalanya saat ini. Lebih-lebih lagi bila mengingatkan majlis
pertunangan mereka berdua yang akan berlansung lusa. Semakin dekat hari
tersebut, semakin berdebar dirasakannya. Tidak tahu kenapa dia berasa tidak
sedap hati. Seakan ada sesuatu yang akan berlaku.
‘Hmmh!
Apa benda yang kau melalut ni, Irish. Astaghfirullahalazim!’
“Irish?”
Panggilan
itu menyentakkan Irish dari lamunan. “Ya?”
“Kenapa?”
“Tak ada apa-apa.”
Jawapan
Irish itu membuatkan Tengku Harrys sedikit mengeluh. Sejak tadi hanya itu
sahaja ayat yang keluar dari mulut kecil itu. Sepatah ditanya, sepatah sahaja
yang dibalas. Payah benar hendak mendengar suaranya.
“Fikir
pasal majlis tu?” Tengku Harrys masih tidak berputus asa untuk berbual.
“Sikit.”
“Takut?”
“Mungkin.”
“Apa
yang awak takutkan?”
‘Aku
sendiri tak tahu apa yang aku takutkan. Macam mana aku nak bagitahu orang
lain?’ bicara Irish sendiri di dalam hati.
“Susah
sangat ke awak nak buka mulut untuk saya, Irish? Ini baru nak bertunang. Masih
ada lagi excuse. Kalau kahwin nanti,
macam mana?” luah Tengku Harrys. Dari ekor matanya dia perasan gadis itu masih
lagi tertunduk membisu.
Irish
semakin dipagut resah. Perkataan yang disebut oleh Tengku Harrys sebentar tadi
terasa menyesakkan nafasnya. ‘Kahwin?’ Irish bersandar sambil memejamkan mata
sejenak. Cuba membuang jauh segala prasangka yang bermain di fikiran. Perlahan
dia membuka matanya kembali. Tengku Harrys di sebelah dipandang.
“Tengku
tak menyesal ke?”
“Menyesal?
Sebab apa?”
“Keluarga
Tengku pilih saya.”
“For what reason I
have to feel it so?”
“Banyak.”
“So... tell me now
all those reasons.”
Irish bungkam. Tidak tahu bagaimana untuk diluahkan pada
lelaki di sebelah. Walaupun berjela-jela penjelasan akan diberikan, adakah
lelaki itu akan faham? Untuk seketika, suasana kembali sepi. Kepala Irish
tertunduk semula mencari-cari ayat yang sesuai untuk diucapkan.
“Atau awak sebenarnya yang menyesal? Menyesal kena
bertunang dengan saya?”
“Tengku belum kenal saya.”
“Awak yang tak pernah bagi ruang tu.”
“Kita pun tak pernah bercinta.”
“Itu semua belum cukup untuk dijadikan alasan. Seumur
hidup, saya tak pernah bercinta. Tapi saya cuba bagi peluang pada diri untuk
semua tu.”
“Dan sampai sekarang masih belum berhasil, kan?” ujar
Irish seraya menoleh pada Tengku Harrys. Lelaki itu terdiam. Tepat seperti
jangkaannya. Kali ini bibir Irish pula menguntum senyum. Pandangan dihalakan
kembali ke luar tingkap.
Tengku Harrys mengetap gigi. Rahangnya kelihatan
bergerak-gerak menahan geram. Sedikit sebanyak dia rasa terpukul dengan
kata-kata Irish sebentar tadi.
“Yakin ke awak takkan jatuh cinta dengan saya?”
“Saya takut Tengku yang takkan boleh jatuh cinta dengan
saya.”
Tengku Harrys tergelak kecil. “Alright. We’ll see!”
Lamunan Tengku Harrys terhenti tatkala nada telefonnya
berbunyi memberitahu bahawa ada pesanan mesej masuk. Jarinya menyentuh skrin di
telefon untuk melihat.
Assalamualaikum. Saya minta maaf pasal tadi.
Melihat sahaja nama pengirimnya, Tengku Harrys terus
tersenyum. Pantas jarinya menaip di atas skrin untuk membalas mesej tersebut.
Waalaikumussalam. Nothing to be forgiven. Sleep tightly. Night.
Tengku Harrys meletakkan kembali telefon di meja sisi
katil. Dia tidak marah pada gadis itu. Cuma sikap Irish kadangkala menguji
kesabarannya. Dia yakin ada sesuatu yang menghalang gadis itu daripada
membenarkan dirinya untuk didekati.
“Aku tahu kau bukan macam tu. Tapi kau paksa diri untuk
jadi keras. Tak apa. Kita tengok sejauh mana kerasnya hati kau, Irish.”
Kala itu mata Tengku Harrys terpandangkan gitar
kesayangannya yang disandarkan pada stand
di sisi katil. Pantas tangan mencapai gitar tersebut sebelum jari mula memetik
lagu yang selama ini menjadi siulan di bibirnya.
‘Kalau kau tahu bayang siapa yang selama ini selalu
datang mengganggu hari-hari aku, kau juga pasti akan terdiam.’
No comments:
Post a Comment