Wednesday, August 19, 2020

CHAPTER 29 : RELAKU PUJUK







KUMPULAN ikan berenang dalam kolam dipandang tenang. Nyaman. Bebas. Riang. Alangkah bagus kalau dirinya dapat terjun sama. Tak perlu hadap rencah duniawi yang penuh pancaroba.   

“Dia calon istriku.”

Ayat itu kembali terngiang. Hati yang sedikit lapang kini kembali berkocakkan.    

Apa yang cuba dilakukan Aryan? Masih waras atau dah hilang akal? Ambil orang yang telah menculiknya sebagai isteri?

Bibir Sefhia senyum sinis.

Umpama letak pisau di leher sendiri. Dia tak rasa Aryan sanggup tanggung risiko yang memakan diri.

Mungkin lelaki itu sekadar reka cerita. Untuk tutup segala rahsia dari orang tuanya. Lebih tepat, lindungi identiti diri dia.          

“Sesegera mungkin.”

Ayat lain kini menjelma. Seolah-olah nafikan teori yang sedang bermain di kepala.

Perlahan-lahan, Sefhia pejam mata. 

Bagaimana jika kata-kata Aryan benar? Macam mana kalau lelaki itu betul-betul serius?

‘Bermakna kau akan kahwin dengan dia, Sefhia. Kau akan jadi isterinya.’

Satu suara tiba-tiba mencelah. Suara halus yang entah datang dari mana. 

No. Aku tak akan kahwin dengan dia.”

‘Tapi itu saja pilihan yang kau ada.’ Suara itu terus bergema.

I won’t let it happen.”

‘Macam mana? Lari dari rumah ni? Kau dah pernah buat, Sefhia. And the fact was… you lost to him!’

Sefhia ketap gigi. Nafasnya dah tak selari. Buku limanya erat digenggami.

‘Terima kenyataan, Sefhia. Kau dah kalah. Dan kau takkan dapat lari dari dia. Sebab kau akan terikat dengan dia untuk selama-lamanya!’

No!”

Serentak, mata gadis itu terbuka. Cuba cari suara yang seolah-olah sedang mencabarnya. Namun ruang taman mini itu tak ada sesiapa. Cuma dia. 

“Sefhia.”

Pantas Sefhia palingkan tubuh.

“Kamu di sini rupanya.”

Dalam sebal yang masih ada, Sefhia perhati langkah Ibu Dian menuju ke arahnya.

“Kamu baik-baik aja?”

Sefhia angguk.

“Tante nyariin di dalam tadi. Tapi nggak temukan kamu. Terus Mak Minah bilang kamu mungkin lagi di sini. Makanya tante ke mari,” bicara wanita itu penuh mesra. Duduk dilabuh di sampig Sefhia. “Lagi nyari ilham, ya?”

Bibir Sefhia senyum nipis. Segala yang berlaku sebentar tadi segera ditepis.

“Sefhia gimana tinggalnya di sini? Apa selesa?”

 Sefhia angguk sekali lagi.

“Punya masalah? Atau ada yang kurang?”

Kali ini Sefhia geleng.

“Alhamdulillah. Kalau kamu nggak selesa atau apa, bilang terus ke tante ya. Ini… kamarnya gimana? Apa bagus? Kalau nggak bagus, atau terlalu kecil barangkali, sekarang juga kita pindah ke kamar tetamu di tingkat dua. Di situ pastinya lebih nyaman buat kamu. Kamarnya juga lagi besar.”

“Tak apa. Bilik sekarang dah okey,” balas Sefhia.

Masuk ini, dah kali ke berapa Ibu Dian minta dia tukar bilik. Alasanya, bilik di bawah itu untuk pembantu. Jadi tak sesuai untuk dirinya tinggal di situ.

Teruk juga Aryan kena bebel. Gara-gara tak pandai layan tetamu. Bakal isteri sendiri pula tu.

“Kamu pasti?”

“Ya. Tante jangan risau.”

“Gimana nggak risau, dong. Kamu itu bakal istrinya Aryan. Bakal menantu tante juga. Justeru, tante sama semua orang di dalam rumah ini harus melayan kamu sebaiknya.”

Bakal isteri? Bakal menantu?

Nafas Sefhia kembali tak menentu. Kata-kata suara yang cabarnya tadi menerjah  semula satu-persatu.

‘Terima kenyataan, Sefhia. Kalau dah kalah. Dan kau takkan dapat lari dari dia. Sebab kau akan terikat dengan dia untuk selama-lamanya!’

Apa betul dia dah kalah?

Dalam gadis itu berperang dengan perasaan, terasa jemari kirinya disentuh lembut wanita di sebelah.

“Sefhia… tante mau ucapin terima kasih sama kamu.”

Sefhia angkat muka. Wajah Ibu Dian dipandang dengan tanda tanya.

“Terima kasih atas apa yang udah kamu lakuin untuk Aryan. Ternyata kamu satu-satunya gadis yang udah berhasil membuka kembali pintu hatinya yang selama ini tertutup rapat.”

Tangan Ibu Dian kian erat gengam jemari Sefhia.

“Kamu tau, tiap saat tante itu nggak pernah putus berdoa. Supaya ALLAH bisa menghadirkan sesorang untuk mengubah kedegilan Aryan. Kedegilan hatinya untuk terima kembali cinta dalam hidup dia. Udah puas tante bujukin. Udah penat tante menasihat. Tetap, dia kunci terus hatinya buat semua gadis. Sampei tante pikir hati dia itu udah mati. 

Tapi ternyata, anggapan tante itu silap sama sekali. Sekarang doa tante udah dikabulkan sama ALLAH.  Dia udah hantarin orang itu. Dan orang itu adalah kamu. Kamu, Sefhia. Kamu! Syukur alhamdulillah! Makasih, sayang. Tante sama om benar-benar terhutang budi sama kamu!”

Sefhia terus renung Ibu Dian. Tak tahu reaksi macam mana nak ditujukkan. Sedangkan dia sendiri tengah bercelaru dengan keadaan sekarang.

Untuk seketika, taman mini bertukar senyap. Hanya bunyi kocakan air kolam ikan terus kedengaran.

“Tentang kamu…” Ibu Dian kembali bersuara. “Aryan udah ceritain segalanya ke tante.”

Darah Sefhia dan-dan itu berderau.

“Tentang diri kamu. Latar belakang kamu. Keluarga kamu. Semuanya.”

Kali ini dada Sefhia pula rasa nak pecah.

Cerita? Apa yang Aryan dah cerita? Sedangkan dia tak pernah buka mulut tentang kisah hidupnya pada sesiapa.

“Walau siapapun diri kamu, dan apapun latar belakang kamu, tante nggak kisah sama sekali. Malahan tante simpati sama apa yang telah menimpa keluarga kamu.”

Kening Sefhia berkerut. Cuba tangkap maksud tersebut. Baru saja dia nak buka mulut, tubuhnya ditarik Ibu Dian lalu dipeluk.

“Kuatkan semangat kamu ya, nak. Insya-ALLAH, tante sama om dan Aryan akan selalu ada di samping kamu. Malah tante janji, tante sekeluarga akan jagain kamu seperti darah daging kami sendiri!” ucap Ibu Dian disertai esak tangis.

Sefhia tergamam. Dan dia benar-benar tak faham.

Cerita apa sebenarnya yang telah direka oleh Aryan? Hinggakan wanita di depan berkata dan menangis sedemikian?


**********


JAM menunjuk ke angka 12.30 tengah malam kala AUDI RS5 Coupe Aryan masuk ke perkarangan banglo. Malam itu dia pulang agak lewat. Penuhi undangan makan malam dari pelanggan syarikat.

Usai parkir kereta, lelaki itu menapak ke pintu utama. Sambil berjalan, tangan menyeluk saku blazer. Cari kunci pendua.  

“Ah! Mana dia sembunyi.”

Saku di blazer tak ada, tangan mencari dalam saku seluar pula. Nasib jumpa. Kalau tak, terpaksalah dia kejutkan sesiapa. Jalan terkahir, tidur dalam kereta.

Kunci dimasuk dalam kelonsong. Baru tangan ingin memutar, mulutnya tiba-tiba ditekup. 

‘Astagha. Apaan ini!’

Aryan cuba melawan. Namun lengannya lebih dulu dimatikan ke belakang.

‘Ya ALLAH. Apa aku diculik lagi?!’

Belum sempat otak mahu tafsir, tubuh Aryan ditarik. Lelaki itu terus ditarik dan diheret dengan mulut tertutup. Hingga ke tepi kolam renang, baru tekupan dilepas. Tubuhnya ditolak kasar.

Aryan pantas berpaling. Bergegar tembok amarahnya sebaik lihat sosok di depan saat ini.

“Kamu ngapain?? Mau culik aku lagi?!”

Sefhia tak jawab. Hanya renungan tajamnya membalas.

“Apa? Kamu pikir aku takut sama renungan tajam itu? Hmm?”

“Kenapa bagitahu keluarga kau, aku calon isteri kau?”

“Kenapa? Salah?”

“Kau tahu jawapannya.”

“Terus, kamu mau aku bilang apa sama mereka? Bilang yang kamu itu preman yang telah menculik aku. Begitu?”

Go ahead. Tell them.”

“Dan setelah itu, kamu bisa keluar dari sini. Itu sebenarnya yang kamu mau, kan?”

“Jadi kau lebih suka terus tipu mereka?”

“Nggak. Tapi aku terpaksa.”

“Termasuk cerita yang kau reka tentang aku? Tentang keluarga aku?”

“Jika itu jalan yang terbaik, aku rela melakuin apa aja. Demi untuk tidak menghampakan harapan mereka.”

Sefhia mendengus geram. Sedar walau apapun yang dia katakan, kuasa lelaki di depan akan melebihi apa yang mampu dia lakukan.

“Aku nak keluar dari sini.”

Serentak, gadis itu buka langkah. Dirinya dah tak betah untuk terus dengan lakonan. Lebih-lebih lagi sebagai isteri Aryan.

Zap!

Lengan Sefhia disambar kasar. Berpusing 180 darjah tubuh gadis itu betul-betul depan Aryan.

“Percuma! Asal kamu tau apa yang kamu minta itu, percuma! Jangan mikir kamu bisa keluar dari rumah ini tanpa izin aku! ”

Kornea biru Sefhia makin cerun tembusi mata Aryan. Genggaman yang makin kejap tambahkan lagi gelodak marah yang kian menjulang.

“Kamu dengarin sini, Sefhia. Asal kamu tau, kamu itu udah berhutang sama aku. Sejak hari pertama kamu menculik aku dulu. Jadi sekarang, kamu harus bayarin semua hutang-hutang itu dengan menikahi aku. Selagi aku masih hidup, jangan pernah mimpi kamu bisa pergi jauh dari aku. Ngerti?!”

Genggaman pada lengan Sefhia dilepas Aryan semula. 

“Sebelum kamu terlupa, mendingan aku ingatin. Kamu itu bukan lagi ahli Crazier kayak dulu. Yang menculik, merompak, membunuh. Dan kamu harus sadar sekarang, kain apa yang sedang menutupi kepalamu itu. Makanya... jagain tingkah lakumu. Dan satu hal yang kamu harus ingat...”

Aryan rapatkan jaraknya. Hingga sejengkal tersisa.

“...kamu itu bakal istriku. Jadi kamu udah nggak pantas untuk berlawan lagi sama aku. Yang aku butuhin cuman diri kamu. Bukan aksi lawanmu.”

Aryan terus berlalu. Puas melempiaskan apa yang terbuku.

Tinggal Sefhia terkaku di situ. Menghantar langkah Aryan dengan pandangan tajam bak sembilu.




No comments: