Bila minda berpuisi, hati mendominasi, jari menguasai, lahirlah nurkilan rasa coretan berseni.
Wednesday, December 28, 2016
OFFICIAL COVER NOVEL 'Bayangan Gurauan'
Friday, December 16, 2016
BAYANGAN GURAUAN ~ SPECIAL TEASER 7
Saturday, December 10, 2016
BAYANGAN GURAUAN ~ SPECIAL TEASER 6
Friday, December 2, 2016
BAYANGAN GURAUAN ~ SPECIAL TEASER 5
Tuesday, November 29, 2016
BAYANGAN GURAUAN ~ SPECIAL TEASER 4
Awalnya Irish ada membantu. Namun disuruh pulang kala petang sudah
merangkak ke senja. Bimbang andai gadis itu lewat sampai ke rumah.
Ggrrr.
Baru kaki ingin melangkah ke kereta, telefon bimbitnya berdering tiba-tiba.
Pintu ditutup semula. Berkerut dahi melihat nama yang tertera.
‘Dia nak apa?’
Hati berkira-kira. Nak jawab, atau biarkan saja. Nafas lega dihela bila
deringan terhenti.
Ggrrr.
Tak sampai seminit, telefon berbunyi semula. Dalam keadaan terpaksa, punat hijau pada skrin
disentuh.
“Helo.”
“Helo, Harrys! Oh, thanks God! You jawab juga akhirnya!”
“You nak apa?”
“Harrys, I really need your help right now. I tak tahu nak minta
tolong siapa dah!”
“Tolong apa?”
“Kereta I tak boleh start. I kat depan ofis ni. Baru nak balik.”
“Kenapa tak call keluarga you? Or your brother?”
“Dah. But, nobody is answering. Please, Harrys! I takut ni.
Dah tak ada orang kat sini.”
Jeda.
Tak pasti Tengku Melissa bercakap benar atau sebaliknya. Tapi dari nada
suara, cemas kedengaran. Perlukah dia tolong gadis itu? Atau terus pulang saja?
“Harrys? Are you still there?”
“I am.”
“So, are you coming here?”
Rasa serba salah kian menjerut diri. Andai terjadi apa-apa, dirinya akan
dipersalahkan nanti. Lantaran dia orang yang terakhir gadis itu hubungi.
DARI kejauhan terlihat Nissan Fairlady hitam di
hadapan bangunan syarikat milik Tengku Arham. Perlahan keretanya diparkir
berdekatan. Sesusuk kelibat langsung melolos keluar dari tempat pemanduan.
“Harrys... thank you sebab datang!”
“What’s wrong?”
“Tak tahu. Tiba-tiba aje kereta ni
tak boleh start.”
Tengku Harrys meminta gadis itu membuka bonet depan. Dia taklah begitu
mahir, cuma sedikit sebanyak tahulah juga kalau nak tengokkan.
“Tengok kereta you okey aje. Mana
yang rosak?”
“Really? Tapi kenapa I start
tak hidup?”
“How about fuel?”
“Pagi tadi I dah isi full tank
tau!”
“I think your car is just fine.
Cuba start enjin.”
“Hurmm... nanti-nantilah I start.” Tengku Melissa menyentuh lembut
bahu sepupunya dari belakang.
Zap!
Deras tangan gadis itu ditepis. Tubuh dijarakkan. “What are you doing,
Lissa?”
“Nothing. I just wanted to express my appreciation for your concern,”
balas gadis itu dalam lunakan suara manja. Tengku Harrys dirapati semula. Dada
lelaki itu disentuh kembali.
Sekali lagi, Tengku Harrys menepis keras.
“You should just stop this! I datang sini dengan niat nak tolong you,
walaupun I penat baru balik kerja. Tapi ini agenda you? Kereta rosak cuma satu
alasan, is it?”
“Kalau I tak buat macam ni, you takkan datang. Kan? I have no choice,
dear.”
Tengku Melissa merapati lagi. Pipi lelaki itu disentuh. Dia nekad... nekad
mendapatkan lelaki pujaannya malam ini. Takkan dia lepaskan peluang depan mata
kini.
Lelaki. Setinggi mana pun ego, selangit mana pun keras hatinya... bila kemanjaan
seorang wanita sudah membelai diri, pasti akan tersungkur jua. Dan, malam ini
dia sangat pasti Tengku Harrys akan rebah dengan pujuk rayunya.
Saturday, November 26, 2016
BAYANGAN GURAUAN ~ SPECIAL TEASER 3
Lengan baju disingsing. Kepala paip dipulas. Duduk di depan pun tak buat
apa, sekurang-kurangnya di sini ada juga kerja untuk dilakukan.
“Kenapa tak tinggalkan aje pinggan-pinggan tu?”
Irish tersentak. Sikit lagi nak terlepas pinggan di tangan. Perlahan dia
menoleh. Sesusuk figura sudah tercegat di belakang, memegang beberapa pinggan
dan gelas kotor.
“Tak apa. Saya boleh basuh.”
“Semua ni?”
“Hmm.”
Irish berpaling mengambil pinggan dan gelas dari pegangan lelaki itu.
Kerjanya kembali disambung. Tengku Harrys di belakang tak dihirau. Sebentar
lagi beredarlah agaknya.
Tapi, tak...
Susuk itu langsung bergerak ke sisi, bersandar pada kabinet singki, berpeluk
tubuh menghadapnya.
‘Hurmm... kenapalah duduk kat sini? Kerusi kat belakang ada banyak boleh
duduk. Tak tenang nak buat kerja macam ni.’
“Terus ajelah buat kerja. Saya takkan kacau. Cuma duduk sini.”
Sekali lagi, Irish tersentak. Wajah lelaki itu dikerling sekilas.
Tengku Harrys terus leka memerhati gerak laku Irish menyempurnakan kerja.
Lincah, penuh teliti, seakan sudah biasa.
“Pandai awak masak.”
“Hmm? Mana?”
“Ikan tu.”
“Mana tahu saya yang masak?”
“Reen.”
Irish terkelu. Lelaki ini sajakah
yang tahu? Atau sudah tersebar seisi ruang tamu?
“Bila lagi boleh masakkan untuk tunang awak ni?”
Irish melirik lagi. Perkataan ‘tunang’ tersebut terasa janggal di
pendengaran. Sejak mengikat tali pertunangan tempoh hari, memang istilah itu tak
langsung digunakan. Bahkan hingga ke saat ini, masih sukar untuk percaya lelaki
ini sudah menjadi tunangannya.
“Tengku nak ke makan masakan saya?”
“Kenapa tanya macam tu?”
“Takut nanti tak boleh nak telan pula.”
Tengku Harrys tersenyum kecil. Dia
akui masakan Irish terasa sedap ditekaknya. Berapa kali juga dia menambah lauk
ikan jenahak masak tiga rasa tadi, tanpa tahu siapa yang memasaknya.
Sehinggalah Tengku Hazreen pecah rahsia.
“Kalau tak boleh telan, tak adalah saya makan bertambah-tambah tadi. Atau...
awak yang tak sudi masakkan untuk saya?”
“Tak adalah.”
“Then, cook for me. Dah kahwin nanti masakan awak juga yang saya
akan telan, kan?”
Irish semakin resah. Kali ini
‘kahwin’ pula yang disebut lelaki itu.
“Ke awak dah plan nak cari maid
when we get married?”
“Tak.”
“So, tak salah kalau pratikkan
dari sekarang. Dan, satu lagi... panggilan Tengku tu.”
“Kenapa dengan panggilan tu?”
“Awak patut tukar dari sekarang.”
“Maksud Tengku?”
“Call me by name. Or ‘abang’, as you did with my brother.”
Ah, sudah! Dia dah sentuh fasal
panggilan pula dah.
“Kenapa tiba-tiba? Saya rasa
panggilan Tengku tu okey dah.”
“In the office, it might be okay. But
outside, I don’t think so. Like now. Kalau yang lain dengar, macam mana? Lagi-lagi lepas
kita kahwin.”
Sekali lagi perkataan ‘kahwin’ itu keluar.
Bagai hendak meletup dadanya mendengar. Palpitasinya turut berubah skala.
“Or...” Ayat Tengku Harrys terhenti di situ. Anak matanya merenung tepat
wajah gadis tersebut. “...do you want to call me ‘sayang’?”
Pap!
Pinggan benar-benar terlepas dari pegangan. Entahkan pecah, entahkan tidak.
Namun bukan itu yang ditakutkan. Tapi, ayat yang baru diucapkan.
“Apa?” mata Irish mengecil memandang lelaki itu.
“Sayang.”
Semerta darah Irish menderau. Kaki terasa tak mencecah ke lantai. Benar apa
yang didengar? Atau semata khayalan?
Renungan kedua-duanya bertemu, menghadirkan
satu perasaan halus di sudut kalbu.





