Sunday, June 21, 2020

CHAPTER 18 : RELAKU PUJUK






LUGGAGE ditarik masuk. Seiring langkahnya ke dalam. Waktu saat ini sudah menginjak ke angka 10.00.

            Huh!

Aryan mendampar tubuh ke sofa. Melepas lelah sejenak.

Penat betul dia seharian ini. Dahlah mesyuarat habis lambat. Penerbangan ke Kuala Lumpur pula delay. Patut petang dah sampai. Gara-gara satu sebab, semua perancangan habis tergelincir.

Seminit dua melepas penat, Aryan bangkit semula. Kaki lansung dihayun ke dapur. Ingin basahkan tekak yang terasa dahaga. Memang langkah kanan betul. Sosok Mak Minah terlihat baru selesai mengelap mini bar.

“Mak Minah.”

“Eh! Aryan! Bila sampai?”

“Baruan sebentar.”

“Mak Minah tak dengar apa-papun?”

“Itu tandanya kuping Mak Minah punya masalah itu!” seloroh Aryan. Gelaknya turut berderai.

“Eh, mana ada! Telinga Mak Minah masih sihat walafiat, tau! Selalu Doktor Hisyam buat chekup.”

Mak Minah tak mahu kalah. Memang dah rutin. Setiap orang dalam rumah harus jalani pemeriksaan dengan Doktor Hisyam, doktor peribadi keluarga Pak Aryawan. Tiga bulan sekali, seperti yang ditetapkan.

“Aduh, Mak Minah. Aryan cuma bercanda doang, ah.”

“Oh! Pandai kenakan Mak Minah, kan!”

“Mak Minah lagi marah?”

“Isk! Tak adanyalah. Nak marah buat apa. Ni… kamu masuk dapur ni, ada apa? Kenapa tak naik terus aje berehat sana? Penat kan baru balik.”

“Tekaknya lagi haus, Mak Minah. Mau minum.”

“Laa… ya ke. Kenapa tak cakap. Aryan nak minum apa? Mak Minah buatkan.”

“Seperti biasa, favouriteku. Yang sejuk. Bisa?”

“Boleh. Sekejap Mak Minah buat.”

Aryan topang dagu ke meja mini bar. Mata turut leka lihat Mak Minah bancuh jus lemon madu kegemarannya.

“Ni Aryan dah makan ke belum? Kalau belum, Mak Minah siapkan.”

“Udah, deh. Waktu dalam flight ke mari,” balas lelaki itu bersahaja. “Err… Sefhia gimana, Mak Minah? Dia baik-baik aja? Makan malemnya apa udah?”

Spontan, keluhan berat Mak Minah terdengar.

“Mak Minah ngapain keluhnya kok gitu sekali?”

“Entahlah, Ryan. Satu hari ni Sefhia lansung tak nak makan. Macam mana penuh pinggan masa Mak Minah hantar, macam tu jugak penuhnya masa Mak Minah ambil balik.”

Kepala Aryan tegak serta-merta. “Loh! Kenapa?”

“Itu yang Mak Minah tak tahu tu. Aryan pun tahu kan Sefhia tu macam mana kalau ditanya. Payah betul mulut nak buka. Yang dia tahu, angguk geleng, anguk geleng. Tu aje!”

Aryan bungkam. Berita yang diterima sedikit mengejutkan. Biasa Sefhia dengar kata. Walau dipaksa, dia ikutkan saja. Tapi hari ini, kenapa?

“Hari-hari kemarin, gimana?”

“Eh. Okey! Selalunya dia okey. Cuma hari ni tak tahu kena angin apa. Mak Minah tengok dia pun lain macam aje.”

Aryan diam lagi. Otak ligat berfikir apa yang sedang terjadi.

“Err… Mak Minah tanya sikit, Aryan jangan marah ya?” pinta wanita itu. Minuman yang selesai dibancuh, dihulur pada empunya yang minta.

“Nanya apa, Mak Minah?”

“Sefhia ada masalah ke? Mak Minah tengok dia nampak muram aje. Selalu termenung. Kadang Mak Minah sedih jugak tengok keadaan dia.”

“Aryan juga nggak tau, deh. Soalnya, lagi baru kenalin dia. Gara-gara kemalangan tempoh hari. Tapi… ya namanya juga manusia, kan. Setiap dari kita pasti lagi punya masalah. Cuman besar atau kecil yang berbeda.”

“Hmm… yelah. Betul jugak. Tapi Aryan tak cuba cari keluarga dia ke? Bagitahu keadaan dia macam mana. Mak Minah bukan apa. Kesian kat dia. Macam sebatang kara pulak tak ada yang ambil tahu lansung.”

‘Aryan juga ingin berbuat yang sama, Mak Minah. Mau balikkan dia ke keluarganya. Untung-untung dia bisa berubah jadi orang berguna.’

Namun ayat itu hanya terlahir dalam hati. Bimbang rahsia terbongkar nanti.

“Insya-ALLAH nanti Aryan coba usahakan. Err… Mak Minah bisa siapin makan malemnya nggak?”

“Kenapa? Aryan dah lapar balik ke?”

“Bukan untuk Aryan.”

“Habis untuk siapa?”

“Sefhia.”

“Sefhia? Nak ke dia makan? Dah malam-malam macam ni.”

“Ya kalau dia nggak mau, Aryan suapin.”

Seraya jus lemon dalam gelas diteguk. Pandangan kaget dari Mak Minah lansung dia tak tengok. 


**********

DULANG makanan ditatang ke bilik. Ada nasi, lauk, sayur. Semuanya sudah hangat dipanaskan. Nasib baik ada Mak Minah. Kalau tak, tak tahu apa nak buat. Hal ini pun takkan sampai padanya.

“Sefhia.”

Panggil Aryan bersama ketukan. Namun tak ada sahutan. Lelaki itu ketuk lagi. Beberapa kali. Tetap, tak ada jawapan dari dalam.

“Gimana, ya?” bisiknya.

Nak masuk, dia bimbang. Dah lewat malam. Kalau tak masuk, lagilah risau. Dengan Sefhia tak makan.

Aryan jenguk ke dapur. Lampu masih menyala. Bermakna Mak Minah masih berjaga. Pada wanita itu dah dipesan agar tunggu hingga selesai semua.

  Dalam berkira-kira, akhirnya pintu dibuka juga. Aryan berjalan masuk. Mata terus tertancap pada sosok berbaring atas katil. Wajahnya nampak pucat.

Aryan letak dulang di meja sisi. Perlahan-lahan Sefhia didekati. Dalam separa terang, dia tenung wajah itu.

‘Nggak sihatkah?’ detiknya.

Ingin tangannya sentuh dahi Sefhia. Merasa suhu badan. Tapi akal warasnya menahan. Nampaknya terpaksalah kejutkan.

“Sefhia.”

Tangan Aryan goncang bahu gadis itu. Seketika, anak mata biru itu kelihatan. Perlahan tubuhnya dibangkitkan.

“Mak Minah bilang kamu nggak makan satu hari ini. Kenapa?”

Sefhia diam.

“Kamu lagi sakit?”

Gadis itu geleng perlahan.

“Terus, kenapa?”

Sefhia kembali diam.

Aryan hela nafas.

Dia tahu Sefhia berbohong. Lihat raut yang pucat, dengan sweater tebal tersarung kat badan, dah cukup tunjukkan keadaan. Mungkin itu penyebab tak ada selera.

“Obat-obat kamu udah dimakan?”

Sefhia terus berdiam. Kali ini Aryan ketap rahang. Namun dipujuk diri untuk terus bersabar.

“Sekarang aku mau kamu makan. Habisin semuanya. Udah itu kamu telan semua obat-obat kamu. No excuse.”

Gadis itu masih tak bereaksi. Hanya tegar renung jari-jemari yang dilagakan antara satu sama lain.

“Emerline Sefhia. Mendingan kamu makan sekarang. Sebelum aku yang nyuapin kamu.”

Seminit berlalu. Sefhia masih tak berganjak dari posisinya.

Okay! Time’s up! Aku suapin.”

Seraya itu Aryan duduk depan Sefhia. Pinggan diambil. Nasi disenduk sesudu lalu disua ke mulut gadis tersebut.

“Tak lapar.”

“Apa aku kira kamu lapar atau nggak. Makan tetap makan.”

Sefhia tenung Aryan. Sebagai isyarat tak mahu. Tekaknya benar-benar tak mampu telan apa-apa sekarang.

“Ayuh. Makan.”

Mendengar nada yang dah ditekan, gadis itu akhirnya akur. Dijamah suapan nasi Aryan dengan rasa berbaur. Sakit. Perit. Payau. Semuanya bercampu-campur.

Hingga makannya habis selesai, Aryan suruh telan ubat pula sebelum dia dibenar baring semula.

“Nah… nggak susah kan disuruh makan?” ujar Aryan seakan perli. Pinggan cawan diletak balik ke dulang lalu dia bangkit.

“Aku tahu kamu lagi nggak sihat. Esok aku bawakan dokter kemari, untuk periksa kamu. Jadi sekarang kamu istirahat dulu. Selamat malem.”

Aryan menapak keluar. Tanpa sedar langkahnya diperhati Sefhia bersama rasa tercabar.




No comments: