Chapter
30 & 31 for today.....
JARINYA ligat menggelecek bola ke lantai gelanggang. Crossover, behind the back, between the
legs, reverse. Sebahagian teknik dribble
atau kelecek berselang-seli dipamerkan.
Puas menggelecek, tumpuan kini berpindah pada aksi
jaringan. Bola terus dibawa ke luar kawasan lengkungan. Sesaat dua membuat control dribble, dengan tangkas lelaki
itu bergerak melakukan lay-up ke arah
keranjang.
Gol terhasil!
Bola digelecek ke dalam gelanggang semula. Kali ini dia
nak cuba teknik jaringan berbeza.
Dari tengah gelanggang, lelaki itu berlari sambil lakukan
speed dribble ke dalam kawasan
lengkungan. Tubuhnya melompat. Bola dilontar kuat ke dalam keranjang sebelum
kedua tangan bergayut pada besi jaring.
Dan akhirnya… dia berjaya melakukan slam dunk!
Seraya, bergema
satu tepukan.
“Whooaaa! Amazing,
amazing! Kau tetap hebat macam dulu,
bro. Fantastic!”
Aryan kerling Wafri. Senyuman kecil lantas diberi.
“Nggaklah.”
“I meant it.
Gaya slam dunk kau masih berbisa!”
Aryan tersenyum lagi dengan pujian Wafri. Bola yang
bergolek keluar gelanggang diambil lalu digelecek kembali.
“Jam berapa mula latihannya?”
“Half and hour
maybe. Ada yang belum sampai lagi.”
Aryan sambung beraksi. Sebagai warm up sebelum bermain bersama team Wafri.
Dah lama juga dia tak turun padang. Sibuk memanjang.
Kebetulan petang Sabtu itu ada masa terluang, jadi dia datang.
“How’s everything
so far?”
“Maksud lo?”
“Keadaan rumah kau.”
“Good.”
“Hubungan Sefhia dengan orang tua kau?”
“Orang tuaku lagi happy.
Cuman Sefhia… lo ngerti sendiri.”
Wafri angguk perlahan. Faham dengan kata-kata Aryan.
Malah segala yang berlaku sejak orang tua Aryan pulang rakannya itu dah
ceritakan.
“Kau dengan Sefhia pulak, macam mana?”
“Okey.”
“Okey aje?”
Pergerakan Aryan serta-merta terhenti. Sejenak, lelaki
itu berdiam diri.
“Kau gaduh lagi dengan dia?”
“Dia nggak setuju sama rencana pernikahan itu.”
“Dah agak dah! So,
macam mana sekarang? Kau tetap nak teruskan?”
Sebuah keluhan berat dari Aryan kedengaran.
“Aku nggak sanggup kecewakan harapan orang tuaku, Ri.
Lebih-lebih lagi mamaku.”
“Aku tahu. Tapi macam mana dengan kau? Sefhia? Aku dapat
rasa perkahwinan kau orang nanti takkan sama macam orang lain, Ryan. Dengan
sikap Sefhia yang dingin macam tu. Silap-silap nanti, seorang ke utara seorang
ke selatan jadinya. Kau nak macam tu?”
“Mau bikin gimana lagi, sih. Aku nggak punya pilihan.”
“Ada. Tapi kau yang cari nahas! Hisy… menyesal pulak aku
pergi sebut pasal plan kahwin tu kat
kaulah! Kalau aku tahu nak jadi macam ni, sumpah aku tak cakap!”
Tawa Aryan spontan terburai. Geli hati dengan Wafri yang
gelabah tak tentu pasal.
“Ya udahlah, Ri. Aku yang mau menikah, kok lo yang lagi
panas. Ngapain?” tingkah Aryan dengan tawa masih tersisa.
“Amboi senang hatinya kau ketawa. Aku ni punyalah susah
hati risaukan kau.”
“Easy, Ri.
Bukan salah lo. Atau salah sesiapa. Semuanya udah ditentukan sama Dia, deh. Mau
marah kek, mau nyesal kek, mau apa kek, tetap aku nggak bisa berpatah semula.”
“Jadi kau betul-betul nekad?”
“Iya.”
“Walaupun kau tahu kesan dan akibat yang akan kau
terima?”
“Aku yakin ALLAH sering ada bersama hamba-hamba-Nya.”
Giliran Wafri lepas keluhan.
“Kalau kau dah cakap macam tu, aku boleh buat apa lagi. As I said before, you always have my support.
Cuma satu aku nak pesan. Siap-siaplah dengan sebarang kemungkinan yang
mendatang. Sebab perempuan yang kau nak kahwin tu bukan sembarangan orang,
Ryan.”
Aryan toleh ke Wafri. Dari jauh dia balas pandangan
rakannya itu bersama amaran yang diberi.
**********
ANGIN petang sepoi-sepoi bahasa melagukan rentaknya.
Mengiring dedaunan pohon menari riang ikut irama di udara. Langit nan biru pun nampaknya
tak mahu tertinggal sama. Cuaca cerah yang dipamer bak melengkapi panorama
indah alam semesta. Cukup sempurna.
Dari jauh, sosok
Ibu Dian dilihat berlabuh duduk tepi kolam. Tak berganjak sejak tadi temani
sang suami berenang. Aktiviti riadah kegemaran lelaki itu waktu terluang.
Nama saja teman. Tapi hakikat sebenar, mindanya dah jauh
terawang-awangan.
Lewat setengah jam berendam, Pak Aryawan naik ke atas. Bathsuit disarung ke badan. Halang tubuh
dari kesejukan.
“Mama menung apaan?”
Ibu Dian kaget. “Hmm?”
“Lagi menung apa?”
“Err… nggak apa-apa.”
“Yang benar. Mas manggilin dari tadi juga enggak
didengar.”
“Hmm? Mas manggilin mama? Serius?”
“Ya nggaklah. Lagi bercanda doang. Nggak lihat tadi mas
ketawanya sampei berguling-guling. Terus itu jatuh ke kolam.”
“Mas perli mama?”
Pak Aryawan terdiam. Dari riak isterinya, dia yakin ada
sesuatu yang dipendam.
“Mama ini ngapain, sih? Kok menung terus. Lagi punya
masalah?”
Ibu Dian gelisah. Serba salah dirinya untuk meluah.
“Ayuh, dong. Diceritain! Ada apa sih sama mama
sebenarnya?”
“Mama lagi mikirin, mas.”
“Mikiran apa?”
“Sefhia.”
“Loh! Kenapa sih sama Sefhia? Apa gadis itu ada bikin
salah?”
“Nggak, ah. Bukan begitu.”
“Terus, apa?”
“Mama nggak tau, mas. Tiap kali mama lihatin dia,
wajahnya mengingatkan mama sama sesorang.”
“Siapa?”
Ibu Dian tak jawab. Terasa berat bibirnya nak ungkap.
Kalau cakap, takut suaminya tersinggung. Tak cakap, sampai bila-bilalah dia
akan termenung.
“Mas.”
“Iya.”
“Kira-kira Ed sama Safira lagi di mana saat ini, ya?”
Akhirnya, Ibu Dian sebut juga. Setelah berpuluh-puluh
tahun ia lenyap dari hidup mereka.
“Mama ngapain dong tiba-tiba nyebutin nama mereka?”
“Mama kangen sama mereka, mas. Malah mama sering bermimpi
tentang mereka. Lagi-lagi anak kecilnya.”
Pak Aryawan mengeluh. Elok-elok tadi sejuk, badanya kini
sudah berpeluh.
“Jadi mama kira mas ini udah lupa sama mereka? Sama Ed,
sahabat baik mas sendiri?”
“Maksud mama bukan begitu, mas. Mama ini lagi penasaran,
apa sih sebenarnya yang terjadi sama mereka? Tiba-tiba menghilang dari kita.”
“Mas juga begitu, ma. Tapi kayaknya mas harus berbuat apa
lagi? Udah merata-rata kita cari. Udah berapa ramai PI yang kita upahin. Tapi
satu patah berita apapun lansung kita nggak dapatin. Gimana lagi caranya harus
mas usahakan?”
Ibu Dian bungkam. Dia tahu. Malah mata dia yang saksikan
suaminya berusaha sehabis baik cari pasangan suami isteri itu serta anak lelaki
mereka. Hilangnya secara tiba-tiba. Tanpa dapat dikesan.
‘Ed. Safira. Di
mana kalian? Ke mana kalian sama Edwine sebenarnya?’
Menyebut nama anak itu, serta-merta Ibu Dian dihambat
pilu.
Mesti Edwine dah besar sekarang. Lebih kurang Della.
Makin kacak macam papanya. Makin soleh seperti uminya.
‘Ya ALLAH... rindunya aku sama mereka!’ Tubir Ibu Dian
bergenang serta-merta.
“Usah menangis dong, ma.”
“Gimana kiranya sesuatu yang buruk terjadi sama mereka,
mas? Apa mereka masih hidup? Atau udah nggak ada?”
“Mas juga nggak tau. Buntu deh mikirin hal itu!”
“Mas...” Ibu Dian betulkan posisi duduknya. “Kita nyariin
mereka, yuk.”
Seraya mata Pak Aryawan tentang pandangan Ibu Dian. “Mama
usah bercanda, ah.”
“Nggak. Mama serius.”
Pak Aryawan terus-terusan renung isterinya. Masih tak
percaya.
“Please, mas.
Kita nyariin mereka!”
No comments:
Post a Comment