Monday, August 25, 2014

BAB 18 : BAYANGAN GURAUAN





I
RISH melangkah masuk ke pejabatnya sedikit awal hari ini berbanding biasa. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Pukul 10.00 nanti akan diadakan mesyuarat oleh Tengku Haiyan bersama semua jabatan syarikat. Jadi dia harus menyediakan laporan-laporan yang akan dibentangkan oleh Pengarah Kewangan, Encik Naufal di dalam mesyuarat nanti. Jam di dinding menunjukkan waktu sekarang pukul 8.00 pagi.

“Awal lagi. Hmm, lapar pulak!” Irish berbicara sendiri. Pagi tadi dia tidak sempat menjamah sarapan kerana ingin bertolak awal ke tempat kerja kononnya. Membebel jugalah Puan Qarina padanya. “Pergi buat air sekejaplah.”

Gadis itu bangun semula dan melangkah keluar dari bilik. Suasana di ruangan pejabat masih lengang kerana semua staff masih belum sampai. Kakinya dihayun menuju ke ruangan pantry yang dikhaskan untuk pekerja-pekerja di tingkat dua belas itu. Masuk sahaja ke dalam pantry, Irish terus mencapai mug beserta sudu. Diambilnya satu uncang teh lalu dimasukkan ke dalam mug bersama beberapa sudu gula. Kemudian dia mengambil air panas yang sememangnya tersedia di dalam thermo pot di situ. Sedang Irish leka mengacau airnya, kelibat seseorang masuk ke pantry. Agak lama dirinya diperhatikan namun sedikit pun tidak dia sedari. 

“Boleh buatkan air untuk saya?”

Sepantas kilat Irish berpaling ke belakang. Mahu gugur jantungnya dikejutkan sebegitu rupa. Mujur tidak jatuh gelas yang dipegang. Kalut sebentar dia melihatkan tuan punya suara yang sedang elok bersandar di dinding sambil berpeluk tubuh merenung ke arahnya.

“Te... teng... tengku!”

Sorry. Saya dah terkejutkan awak,” bersahaja Tengku Harrys menjawab. Matanya masih tidak lepas dari memandang Irish.

“Tengku nak air?”

“Hmm. Boleh buatkan untuk saya?”

Irish sekadar mengangguk, lalu dipusingkan kembali badannya. Dicapai sebiji lagi mug yang lain untuk Tengku Harrys.

“Nak saya buatkan air apa?” Irish menyoal.

“Milo panas.”

“Nak letak susu atau gula?”

“Kenapa? Biasa awak buat air milo letak apa?” Tengku Harrys menyoal hairan.

“Gula. Saya tak minum susu.”

“Hmm... buatlah macam yang selalu awak buat.”

Senyap. Tiada soalan lagi dari Irish. Diperhatikan sahaja tangan gadis itu yang laju membuat kerjanya tanpa menghiraukan dia di belakang. Dengan perlahan Tengku Harrys menghampiri Irish dan kemudian berdiri betul-betul di belakang gadis itu.

“Dah siap?”

“Hmm?” Irish tersentak. Terasa begitu hampir suara itu dengannya. Dari ekor mata, dia dapat melihat tubuh Tengku Harrys sudah berdiri hampir di belakangnya ketika ini. Kalau dia berpusing memang pasti mereka akan berlanggar. Terus dijarakkan dirinya agar menjauh sedikit dari lelaki itu.

“Dah.”

Mug yang berisi milo panas itu segera dihulurkan pada Tengku Harrys sebelum Irish memalingkan semula tubuhnya. Tidak mahu lelaki itu perasan rasa gementar yang cuba disembunyikan, dia cuba menyibukkan diri mengemas barang-barang yang telah digunakannya sebentar tadi. 

Thanks,” ucap Tengku Harrys. Dia menghirup sedikit minuman tersebut. Sesaat, didekatkan semula dirinya pada Irish lantas membisikkan sesuatu ke telinga gadis itu. “Saya anggap ini sebagai denda disebabkan tiga kali awak langgar saya, tiga kali tu jugak awak minta maaf tanpa pandang muka saya.”

Sebaik menghabiskan kata-katanya, lelaki itu terus beredar meninggalkan pantry bersama satu senyuman nakal di wajah.

Membulat mata Irish. Sekali lagi jantungnya hampir gugur. Dan kali ini memang benar-benar pasti akan terkeluar. Pantas dia menoleh ke arah Tengku Harrys, namun kelibat lelaki itu sudah pun menghilang di sebalik dinding. 



TUMPUAN Irish sedikit terganggu dek pengakuan yang dibuat oleh Tengku Harrys tadi. Tidak senang duduk dia jadinya di dalam bilik itu. Tugas yang ingin disiapkan juga sudah tersasar entah ke mana.

“Ya Allah Ya Tuhanku, habislah aku macam ni. Astaghfirullahalzim!” Irish meraup wajahnya yang sudah ke berapa kali pagi itu. Hatinya benar-benar dilanda risau. “Keciknyalah duniamu ini, Ya Allah. Dalam banyak-banyak manusia, kenapa mesti dia yang aku langgar? Tiga-tiga kali pulak tu! Allahuakhbar!”

Irish seakan tidak percaya dengan apa yang terjadi. Kalaulah boleh diputarkan semula
 waktu, mahu sahaja dia berbuat begitu agar dia boleh kembali pada insiden perlanggaran dulu. Sudah tentu dia akan meminta maaf dan melihat muka lelaki tersebut.

“Tapi semua tu berlaku mesti time aku nak cepat. Terkejar-kejar masa. Hishh! Irish, Irish. Apa yang kau nak buat sekarang ni?!” mulut kecil itu mengomel lagi.

Kepalanya yang mula terasa berdenyut dipicit perlahan agar terus berfikir. Namun apa yang difikirkan dalam kepalanya pun dia sendiri tidak tahu. Sudahnya, dia mengambil keputusan untuk membiarkan dan berdiam diri sahaja.

 “Nak buat macam mana. Benda dah jadi. Kasi redah jelah!” getusnya sendiri.

“Apa yang kasi redah je, Cik Irish?”

“Hmm?” segera kepala Irish didongakkan. Dilihatnya Insyirah sudah tercegat di muka pintu. “Err.... tak ada apa-apa.”

Are you sure?”

Yes!” jawab Irish dengan yakin. “Ada apa, Insyirah?”

“Lagi lima belas minit pukul 10.00. It’s time for meeting, Cik Irish.” Insyirah mengingatkan Irish tentang mesyuarat yang akan bermula sebentar lagi.

“Oh! Ya, ya. Saya terlupa. Terima kasih ingatkan saya, In.”

No problem! Saya pergi dulu, Cik Irish.” Pamit gadis itu seraya menutup kembali pintu.

Dengan pantas Irish mengemaskan fail-fail di atas mejanya. Disusun dengan teliti laporan-laporan yang akan diserahkan pada pengarah kewangan untuk dibentangkan dalam mesyuarat sebentar nanti. Nasib baiklah semalam dia sudah berkerah tenaga menyiapkanya bersama-sama Encik Naufal dan Puan Faridah. Jadi tidak banyaklah yang perlu diperbetulkan pagi ini.

Selesai semuanya, Irish melangkah menuju ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat tiga belas. Tidak lupa dibawa bersamanya fail-fail berisi laporan kewangan yang sudah lengkap beserta diari catitan di tangan. Setibanya di hadapan pintu bilik, dia berhenti seketika. Ditarik nafas semahunya bagi meredakan jiwa yang gundah. Fikirannya juga dikosongkan dari segala gangguan yang bertamu di kotak minda. Dengan kalimah Bismillah, Irish melangkah masuk ke dalam dengan tenang.

Kelihatan bilik mesyuarat sudah dipenuhi oleh pegawai-pegawai dari semua jabatan di Haiyan Holdings. Masing-masing berbual antara satu sama lain sementara menantikan kedatangan Chairman syarikat, Tengku Haiyan. Irish menghalakan kakinya ke arah Encik Naufal lalu diserahkan fail-fail yang berada di tangan kepada lelaki itu sebelum mengambil tempat di sebelah Puan Faridah, tanpa sedar setiap tingkah-lakunya diperhatikan oleh sepasang mata yang duduk di bahagian hadapan bersebelahan Tengku Hafiy.

Tengku Harrys hanya memandang Irish dengan senyuman sebaik gadis itu memasuki bilik ini tadi. Tidak dapat digambarkan bagaimana rupa gadis itu apabila mengetahui tentang ‘rahsia’ yang disimpannya selama ini. Ketawa yang cuba ditahan sejak di pantry pagi tadi terhambur jua sebaik dia melangkah ke dalam biliknya.

“Irish, Irish! Tak sangka kita akan bertemu di sini. What a small world!” bicara Tengku Harrys sendirian dengan ketawa yang masih bersisa.

Insiden perlanggaran itu memang betul-betul meninggalkan kesan pada diri, jiwa serta fikirannya. Insiden yang membuatkan wajah gadis itu sentiasa melekat di kepalanya. Tiga kali! Pertama kali setahun yang lalu di SACC Mall ketika dia pulang ke Malaysia bercuti. Kali kedua adalah beberapa minggu selepas itu semasa dia datang ke syarikat ini untuk berjumpa dengan abang dan papanya sebelum berangkat pulang ke UK. Dan kali ketiga di sini jugalah sewaktu dia baru pulang ke Malaysia. Ketika itu dia datang ke syarikat untuk mengambil beberapa fail dan dokumen dari Tengku Hafiy.

Tiga kali Irish telah melanggarnya. Dan sebanyak tiga kali itu jugalah gadis tersebut meminta maaf tanpa memandang lansung wajahnya. Hanya berlalu pergi meninggalkannya tanpa sempat dia berkata apa-apa. Masih terbayang di mindanya betapa kalut gadis itu sewaktu mereka berlanggar. Tapi disebabkan tingkah gadis itulah hatinya yang selama ini beku terhadap perempuan, sedikit tercuit. Dan semenjak itu jugalah wajah Irish tersimpan rapi di dalam kotak ingatannya dengan harapan akan dipertemukan suatu hari nanti.

“Allah mendengar doa aku, Irish. Suara hati aku.” Luahnya sambil merenung ke arah bangunan-bangunan yang megah berdiri di bandaraya itu menerusi jendela biliknya.

“Assalamualaikum. Selamat pagi, semua.”

Suara Tengku Haiyan yang hadir ke bilik mesyuarat itu menghentikan lamunan Tengku Harrys serta-merta. Tidak sedar entah berapa lama dia sudah mengelamun di situ.

“Maaf, saya lewat sikit. Ada urusan tadi. Shall we start now?” Semua yang ada di situ menganggukkan kepala tanda bersetuju. “Alright! Hafiy, silakan.” Tengku Haiyan mempersilakan anak sulung lelakinya untuk mempengerusikan mesyuarat pada pagi itu.

Tanpa berlengah lagi, Tengku Hafiy memulakan mesyuarat pada pagi itu. Memang kebiasaannya mesyuarat besar seperti itu akan dikendalikan olehnya selaku CEO syarikat. Mesyuarat yang berlangsung selama lebih kurang dua jam itu berjalan dengan lancar dan diberi sepenuh perhatian oleh setiap ahlinya. Namun tidak bagi Tengku Harrys. Tumpuannya sedikit terganggu dek kerana Irish yang turut berada di situ. Ingatannya melayang jauh mengingati setiap detik pertemuannya dengan gadis tersebut.

 Inilah kali pertama Tengku Harrys tidak memberikan sepenuh komitmen terhadap kerja. Biasanya dia dikenali sebagai seorang yang begitu komited terhadap tugasnya, sama ada di universiti mahupun di tempat kerja sewaktu di UK dahulu. Tapi kali ini berbeza sekali. Dia sendiri tidak faham apa yang sedang berlaku pada dirinya.

‘Apa kena dengan kau ni, Harrys? Tak pernah-pernah kau buat perangai macam ni. Hmmh, parah!’ terdengar suara-suara kecil berbisik di dalam hati lelaki itu.


Saturday, August 16, 2014

BAB 17 : BAYANGAN GURAUAN





T
ENGKU Harrys keluar dari bilik pejabatnya. Dia memerlukankan beberapa fail dan laporan syarikat untuk diteliti. Sudah beberapa hari dia bekerja. Dan beberapa hari itu jugalah dia perlu meneliti dan memahami semua yang berkaitan dengan syarikat untuk memudahkan tugasnya membantu mengendalikan Haiyan Holdings.

“Tasya, dengan siapa saya boleh dapatkan laporan-laporan kewangan syarikat yang terkini dan sebelum-sebelum ni?” Tengku Harrys bertanyakan pada setiausahanya itu.

“Oh, biasanya ada pada Finance Officers. Tapi sekarang ni Encik Naufal dan Puan Faridah ada meeting di luar. Saya rasa Tengku boleh dapatkannya dari Cik Irish. Kalau Tengku perlukan sekarang, saya boleh minta dari dia,” beritahu Natasya yang sudah pun bangun dari tempat duduknya.
“Tak apa. Saya pergi minta sendiri. Thanks.”

Tengku Harrys lansung menuju ke bilik Irish yang agak berdekatan dengan biliknya. Sampai di hadapan bilik gadis itu, dia mengetuk daun pintu terlebih dahulu.

“Masuk.”

Kedengaran satu suara halus dari dalam membenarkannya untuk masuk. Segera tombol pintu dipulas. Dilihatnya gadis itu sedang tertunduk sambil menulis sesuatu pada kertas di atas meja.

“Ya Insyirah, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Irish terus sahaja bertanya tanpa melihat siapa gerangan yang masuk ke biliknya ketika ini.

Senyap. Tiada jawapan. Melihatkan tiada response yang diberikan, Irish pantas mendongakkan kepala. Berderau darahnya tatkala melihat Tengku Harrys yang sedang berdiri di hadapan memerhatikannya sambil kedua tangan bersahaja menyeluk saku seluar.

“Teng... Tengku!” spontan gadis itu bangkit dari kerusinya. “Maaf. Saya tak perasan Tengku yang masuk.”

Melihatkan keadaan Irish yang sedikit kalut, Tengku Harrys terasa ingin tergelak. Namun sedaya upaya ditahannya agar tidak terhambur di situ.

“Tak apa. Sibuk ke?” soal Tengku Harrys.

“Tak.”

“Saya menganggu?” soal lelaki itu lagi.

“Tak.

“Ada yang boleh saya tolong?”

“Tak.

‘Hmm.... Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab.’ bicara Tengku Harrys dalam hati.

“Tak apalah. Saya cuma nak tanya tentang laporan-laporan kewangan syarikat yang terkini dan sebelum-sebelum ni. Ada awak simpan?”

“Ada. Sebentar.”

Irish pantas melangkah ke rak di sudut kiri biliknya untuk mendapatkan fail-fail yang diminta. Setelah itu dia menghampiri Tengku Harrys lalu diberikan fail laporan-laporan tersebut tanpa memandang lelaki itu. Tengku Harrys menyambut sambil matanya sempat menatap wajah gadis yang kini berada hampir dengannya.

“Awak memang tak suka pandang orang, ya?” tanya Tengku Harrys tiba-tiba, menbuatkan Irish tersentak.

“Hmm?”

“Tak ada apa-apa. Thanks!” ucap lelaki itu dan terus berlalu keluar dari bilik, meninggalkan Irish yang masih dalam terpinga-pinga.



DILANDAIKAN tubuhnya di atas kerusi rehat di tepi kolam renang villa sambil merenung bintang di langit. Selepas makan malam bersama keluarganya tadi, dia terus berlalu ke sini untuk bersantai sambil menikmati angin malam. Gitar di tangan dimainkan dengan alunan lagu-lagu kegemarannya. Inilah peneman setia yang sering menghiburkannya sepanjang menetap di tempat orang. Bukan seperti sesetengah anak muda yang lebih gemar mencari hiburan di luar atau di kelab-kelab malam. Itu bukan jiwanya.

‘Cantik bintang di langit tu. Tak terjangkau dek tangan untuk dicapai. Sama macam apa yang aku rasakan saat ini.’ Tengku Harrys berbicara dalam hati. Melayani perasannya sendirian.

“Hoi! Termenung apa?”

Tiba-tiba satu suara menyergahnya dari belakang.

“Abang ni bagilah salam ke apa.”

Tengku Hafiy hanya tergelak mendengarkan kata-kata adiknya itu.

“Alaa... kalau abang bagi salam pun belum tentu kau dengar! Kalau dah dok termenung macam ni. Kau okay ke?” Tengku Hafiy memulakan perbualan malam itu sebaik duduk di kerusi rehat bersebelahan adiknya.

Okay.

Sure? Macam tak je!”

“Betullah. I’m okay.”

So far kerja kat ofis macam mana? Ada apa-apa masalah?” Tengku Hafiy menukar topik perbualan mereka.

So far okay, Alhamdulillah. Abang jangan risaulah. Kalau ada apa-apa masalah, abang orang pertama Harrys cari.”

Tengku Hafiy tergangguk-angguk mendengarkan jawapan tersebut. Kemudian dia turut berbaring di atas kerusi rehat di situ merenung ke langit malam sambil halwanya dihiburkan dengan petikan gitar dari Tengku Harrys. Masih tidak berenggang lelaki itu dengan gitarnya sejak dari bangku sekolah lagi. Tidak seperti kebanyakan anak-anak muda di kalangan kerabat dan juga golongan atasan yang gemarkan aktiviti-aktiviti yang lebih formal. Tengku Harrys dilihat lebih selesa dengan hobinya bermain alat muzik, lebih-lebih lagi gitar kesayangannya itu. Itupun banyak dipengaruhi oleh Fezrul, satu-satunya rakan baik lelaki itu di sini.

“Abang bila nak kahwin?”

Tengku Hafiy menoleh adiknya di sebelah. “Asal tiba-tiba tanya?”

“Saja. Abang cakap nak tunggu sampai Harrys balik. Ni Harrys dah ada kat sini. Lagipun dah lama abang bertunang dengan Helena tu, kan. Kesian dia dah tunggu lama.”

“Dalam perancanganlah ni. Insyaallah, dalam tahun ni. Kau bila lagi?” soalnya kembali.

Seperti selalu, soalan itu hanya dibiarkan sepi tanpa jawapan. Memang sejak dulu apabila soalan sebegitu diajukan padanya, dia tiada hati untuk menjawab.

Tengku Hafiy mengeluh dengan perlahan. ‘Hai! Sampai bilalah agaknya hati kau tu nak terbuka untuk perempuan, Harrys?’ Namun soalan itu hanya terlahir di dalam hati. Pandangannya dihalakan semula ke arah langit malam. Untuk seketika, dua beradik itu menyepikan diri. Masing-masing melayani perasaan sendiri.

“Irish memang macam tu ke, bang?” tiba-tiba sahaja soalan itu terpancul dari bibir Tengku Harrys. Namun tangannya masih tetap memetik gitar sambil merenung ke arah langit.

“Macam mana apa?”

“Pendiam. Tak banyak cakap.”

“Hmm. That’s her. Susah sikit nak bercakap atau berbual dengan orang yang dia tak biasa. Lagi-lagi yang baru kenal.”

‘Patutlah sepatah aku tanya, sepatah dia jawab.’ Desis hati kecil Tengku Harrys. “So, dengan abang dia dah biasalah?”

“Bolehlah. Sekarang ni dah okay sikit. Kalau dulu, nak tengok dia buka mulut pun susah.
 Kena pandai tacklelah. Rajin ajak berbual. Tapi tengok orang jugak. Dengan abang pun mungkin sebab abang ni best friend Izzul kut. And, selalu Izzul bawa dia datang ke sini. Kira bernasib baiklah. Kalau tak, tak adalah.”

“Selalu datang sini?” Tengku Harrys seakan tidak percaya. Kali ini baru matanya dialihkan ke arah Tengku Hafiy. Jarinya yang sedari tadi memetik gitar juga turut terhenti.

“Ha, yelah. Kan memang dulu pun Izzul kerap datang sini, kan. Mama tulah yang selalu suruh Izzul datang bawa family dengan adik dia. Yelah, mama kan rapat dengan anak-anak Izzul. Dah macam cucu dia sendiri. Dengan Izzul memang dari dululah. Tapi dengan si Irish ni lain macam je berkenannya abang tengok mama tu. Sejak first time Irish datang sini lagi,” beritahu Tengku Hafiy lagi.

“Berkenan?”

“Yup!”

“Berkenan kenapa?”

“Berkenan untuk dibuat menantu. Eh, abang nak masuk dululah. Dah malam ni. Kau tu jangan tidur lewat sangat. Sini Malaysia, bukan UK!” Tengku Hafiy sempat menepuk bahu adiknya sebelum berlalu masuk ke dalam villa.

“Menantu?” bicara Tengku Harrys sendirian. “Untuk siapa?”

Dan persoalan itu hanya berlalu bersama kepekatan malam.


Friday, August 15, 2014

BAB 16 : BAYANGAN GURAUAN




“ C

IK Irish, boss panggil semua staf berkumpul.” Insyirah muncul di bilik Irish awal pagi Isnin itu. Irish yang sedang mengemas mejanya ketika itu, terhenti seketika mendengarkan arahan tersebut.

“Ada apa ya, Insyirah?”

Spontan Insyirah menjungkitkan bahunya. “Tak tahulah. Mungkin ada hal penting nak diumumkan. Tak pun, gossip panas!” sempat Insyirah bergurau. Mulutnya ditekup, cuba menahan tawanya daripada terburai. Irish turut sama tergelak. Pagi-pagi begini ada sahaja perkara mencuit hati yang dilakukan oleh gadis itu.

Okay. Sekejap lagi saya keluar.”

Okay!” sahut Insyirah sambil menunjukkan isyarat okay dengan tangan kanannya sebelum berlalu pergi dari bilik tersebut.

Sebaik Insyirah menghilang, Irish bangun meninggalkan kerjanya terlebih dahulu. Dia kemudian berjalan keluar dari bilik dan berlalu ke ruangan tengah pejabat. Sesampainya dia di situ, semua pekerja di tingkat itu sudah berkumpul. Tidak tahu ingin menuju ke mana, akhirnya Irish menyertai Insyirah, Kak Maisarah, Farisya, Elaine dan beberapa staff lain yang berdiri di suatu sudut.

Selang beberapa minit menunggu, pintu bilik Tengku Hafiy terkuak. Sejurus itu kelibat Tengku Haiyan dilihat berjalan keluar dari bilik tersebut diikuti Tengku Hafiy. Dan di belakang Tengku Hafiy pula kelihatan seorang lelaki yang segak berpakaian sut pejabat serba hitam. Semua yang berada di situ berbisik antara satu sama lain, bagaikan tertanya-tanya siapakah lelaki yang kini berdiri di sebelah Tengku Hafiy.

“Assalamualaikum dan selamat pagi semua,” Tengku Haiyan memberi salam dan ucapan selamat pagi kepada pekerja-pekerjanya. Salamnya disambut oleh semua yang berada di situ. “Tentu anda semua tertanya-tanya kenapa saya memanggil anda berkumpul pagi ini. Baiklah, tujuan saya memanggil anda semua ke sini adalah untuk memperkenalkan anak lelaki saya, iaitu adik kepada Tengku Hafiy yang baru sahaja pulang dari luar negara baru-baru ini. Sebelum ni beliau berada di UK, belajar dan bekerja di sana selama beberapa tahun. Dan hari ini, beliau pulang ke sini untuk memberikan khidmatnya dan sekaligus membantu kita untuk membangunkan lagi syarikat ini,” jelas Tengku Haiyan. Barulah semuanya terangguk-angguk faham selepas diberi penjelasan. “So ladies and gentlemans, this is our Chief Financial Officer, Tengku Harrys Damien. Saya harap anda semua akan berikan kerjasama pada beliau sebagai orang baru di sini sebaik mungkin. Insyaallah.”

Selesai sahaja Tengku Haiyan memberikan pengumumannya, kedengaran tepukan bergema di ruangan tersebut.

“Harrys.”

Tengku Haiyan memanggil anaknya itu untuk memberikan sepatah dua kata di hadapan yang lain. Tengku Harrys mengangguk lalu melangkah setapak ke hadapan.

“Assalamualaikum. Selamat pagi. As what Tengku Haiyan said just now. Walaupun dah bertahun saya bekerja dan tinggal di tempat orang, tapi di sini saya masih tetap orang baru. Banyak benda yang saya perlu belajar tentang syarikat ini. Jadi saya harap anda semua akan memberikan kerjasama yang baik untuk membantu saya. Terima kasih.” Tengku Harrys mengakhiri kata-katanya dengan sebuah senyuman. Sekali lagi tepukan bergema.
“Baiklah, anda semua boleh bersurai dan sambung semula kerja. Sebentar lagi Tengku Hafiy akan bawa Tengku Harrys untuk pusing satu syarikat dan berkenalan dengan anda,” ucap Tengku Haiyan mengakhiri perjumpaan pada pagi itu.

Semua staff mula beredar balik ke tempat masing-masing. Begitu juga dengan Irish. Langkah dihayun ke biliknya untuk menyambung semula kerja yang separuh tergendala tadi. Sesudah mengemas mejanya, dia bergerak ke bahagian rak fail yang terdapat di sudut kiri bilik. Niat di hati ingin mengemas sedikit rak itu yang agak tidak teratur kedudukan barang-barangnya. Sedang dia asyik mengemas, pintu biliknya diketuk dari luar sebelum terdengar kuakan pintu dibuka. Irish memalingkan tubuhnya menghadap pintu.

“Assalamualaikum, Irish.”

“Walaikumussalam.”   

Sorry, ganggu sekejap. Ni... abang nak perkenalkan Harrys,” ujar Tengku Hafiy sambil menepuk-nepuk bahu adiknya di sebelah. Adakalanya dia tersasul juga membahasakan dirinya sebagai ‘abang’ di pejabat. “Dah jumpa kat rumah hari tu, kan?”

Irish menganggukkan kepalanya. “Ya.”

“Ha, Rys! Ini abang kenalkan, Irish Qiara Izzuddin. Irish ni adik Izzul.”

Irish menghadiahkan senyuman pada Tengku Harrys sebagai salam perkenalan. Namun lelaki itu hanya memandang wajahnya tanpa sebarang reaksi.

“Irish is our Financial Executive. So after this, korang berdua akan banyak bekerjasama untuk uruskan hal kewangan syarikat ni,” jelas Tengku Hafiy. Masih tiada reaksi dari Tengku Harrys, menyebabkan Tengku Hafiy mengalihkan perhatian pada adiknya di sebelah.

“Rys! Kau dengar tak?” Tengku Hafiy menepuk bahu adiknya agak kuat. Dan sergahannya itu menyentakkan Tengku Harrys serta merta.

“Hmm? Ha... dengar, dengar.”

“Kau kenapa?”

No. Nothing.” 

“Dah. Jom abang kenalkan kau dengan staff yang lain. Okay Irish, abang Fiy keluar dulu. Continue your work!” ujar Tengku Hafiy dan terus menarik bahu adiknya untuk keluar dari bilik tersebut.



DIBAWANYA Tengku Harrys mengelilingi satu bangunan Haiyan Holdings pagi ini. Hampir setengah hari jugalah Tengku Hafiy mengambil masa untuk melawat semua jabatan yang ada bagi memperkenalkan adiknya pada semua pekerja syarikat. Sambil itu dia turut menunjukkan sekitar bangunan kepada adiknya agar lelaki itu dapat membiasakan diri dengan suasana di sini. Akhir sekali, Tengku Harrys dibawa masuk ke dalam sebuah bilik pejabat yang dikhaskan untuknya sebagai CFO Haiyan Holdings.

           DIBAWANYA Tengku Harrys mengelilingi satu bangunan Haiyan Holdings pagi ini. Hampir setengah hari jugalah dia mengambil masa untuk melawat semua jabatan yang ada bagi memperkenalkan adiknya pada semua pekerja syarikat. Sambil itu dia turut menunjukkan sekitar bangunan kepada lelaki itu agar dapat membiasakan diri dengan suasana di sini. Akhir sekali, Tengku Harrys dibawa masuk ke dalam sebuah bilik pejabat yang dikhaskan untuknya sebagai CFO Haiyan Holdings.
            “Okay, Harrys. This is your room.“ Tengku Hafiy bersuara sebaik mereka berada di dalam bilik itu.
            Tengku Harrys memandang sekeliling bilik tersebut. Setiap sudut diperhatikannya. Agak luas. Lebih luas daripada bilik yang pernah dihuninya sewaktu bekerja dengan warga ‘orang putih’ di UK sebelum ini. Hiasan dalaman serta susun atur barang-barang juga agak menepati citarasanya.
            “How is it? Kalau tak suka dengan idea abang ni, boleh request kat papa untuk tukar designnya.”
            “No, no, no! Everything’s fine to me. Pandai jugak abang pilih ikut citarasa Harrys.”
            “Abang kenal kau dari kecik. Mestilah abang tahu!” Tengku Hafiy menumbuk lembut dada adiknya. “Cuma satu benda je yang abang tak tahu pasal kau dari dulu.”
            Spontan Tengku Harrys memandang wajah abangnya. “What?”
            “Pasal perempuan.” Pendek sahaja jawapan lelaki itu. “Okaylah! Abang keluar dulu. Kalau ada apa-apa, your secretary ada kat luar. Have a nice first day!”
            Tengku Hafiy lansung beredar meninggalkan adiknya yang masih terpinga-pinga dengan apa yang diucapkan sebentar tadi. Sebaik pintu ditutup, Tengku Harrys melangkah menuju ke
 mejanya dan melabuhkan duduk di kerusi. Kepalanya disandarkan ke belakang.
            ‘Irish’.
Nama itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Sejak mendengarnya pertama kali di majlis malam Sabtu lalu, dan kali kedua adalah pagi tadi sewaktu diperkenalkan oleh Tengku Hafiy. Serasa nama itu semakin melekat di mindanya.
“Irish Qiara.”
Akhirnya nama itu meniti di bibirnya buat kesekian kali.



“HARI ni aku dapat rasakan jantung aku berdegup tak henti-henti!” suara Zaryn yang bernada lemah gemalai itu memecah kesunyian mereka yang sedang asyik menikmati ayam goreng di depan mata. Tengahari ini mereka mengubah selera. Tekak terasa ingin menjamah makanan segera tersebut, lantaran sebuah restoran KFC menjadi destinasi pilihan.

            “Asal pulak kau ni? Dah kena sampuk ke apa?” Insyirah yang berada di tengah-tengah antara Zaryn dan Irish sedikit hairan melihat gelagat rakannya itu.

            “Yelah, mana taknya. Prince Charming dah ada depan mata. Hmm... bersemangat pulak rasanya nak pergi kerja hari-hari macam ni. Kau tahu, pagi tadi masa Tengku Hafiy perkenalkan adik dia kat aku, rasa macam nak pengsan je time tu. Kacaknya dia!” Zaryn menjawab dengan sepenuh hati tanpa menghiraukan lima pasang mata yang sedang memandang ke arahnya.

            “Yalah, Zaryn! I pun rasa macam tu masa salam dengan that guy tadi. Oh! He’s so awesome!

           “Hey, amoi! Kau pun sama jugak? Tak padan dengan pelat dia. Ada hati!” serentak itu Farisya memukul lembut lengan gadis Cina di sebelahnya.

            “Korang berdua ni tak habis-habis dengan berangannya, kan? Entah-entah Tengku Harrys tu dah ada pilihan hati. Manalah tahu!” ngomel Insyirah lagi.

            “Eh! Bukan hari tu Kak Mai cakap Tengku Harrys tu susah nak dekat dengan perempuan ke? Kan, Kak Mai?”

            “Akak cuma cakap apa yang akak tahu je, Ryn. Tu pun dari Tengku Hafiy. Tak tahulah kalau sekarang ni dia dah berubah hati ke. Ataupun, dah terpaut dengan salah seorang staff perempuan masa sesi perkenalan pagi tadi ke.”

“Oh! Tak apa, tak apa! Kita tunggu dan lihat je nanti. Yang penting Tengku Harrys telah berjaya mencuri hatiku!” seloroh Zaryn agak kuat tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

       “Ha, yelah! We’ll wait and see. Siapa yang Tengku Harrys dah terpikat, siapa yang dok melopong nanti! Betul tak, Cik Irish?” tutur Insyirah sambil menujukan kata-kata itu pada Zaryn, dan kemudian menoleh pada Irish di sisinya.

            “Ya.” Irish membalas ringkas, lalu mengukir senyum.

         “Tengok! Kalau aku jadi Tengku Harrys, dah sah-sah aku pilih perempuan macam Cik Irish yang tak banyak cakap ni. Daripada kau yang bercakap tak tahu nak berhenti, boleh pecah gegendang telinga lama-lama!” tingkah Insyirah sengaja mengenakan Zaryn. Serentak itu tawa mereka berderaian di dalam restoran tersebut.

            “Aku setuju, In!” sokong Farisya, membuatkan Zaryn bertambah geram.

            “Amboi! Sedapnya korang kutuk aku. Tahulah aku tak cantik macam Cik Irish!”

          “Eh, tak adalah. Diorang bergurau jelah, Zaryn. Awak cantik. Siapa cakap tak cantik? Kalau tak, takkan awak duduk bahagian paling hadapan kat syarikat tu. Sebab orang suka tengok awak. Cantik.”    

“Tengok! Cik Irish jugak yang baik pujuk aku. Korang tak baik tau!” Zaryn mengomel sendiri melihatkan yang lain masih mentertawakannya. 

         Sepanjang mereka menghabiskan waktu rehat di situ, hanya topik berkenaan Tengku Harrys sahaja yang menjadi perbualan. Bukan hanya mereka, bahkan satu bangunan Haiyan Holdings sibuk memperkatakan tentang kehadiran lelaki itu. Terutama di kalangan pekerja-pekerja wanita. Dan dalam sekelip mata sahaja nama Tengku Harrys menjadi sebutan di syarikat pada hari itu.