Friday, July 30, 2021

CHAPTER 17 : SEJIWA (Sekuel Bayangan Gurauan)

 



NATASYA berjalan masuk ke pejabat ketuanya. Tangan kiri dan kanan turut memegang ipad dan sebiji mug. Sejak lelaki itu kembali bertugas, sediakan minuman sudah tersenarai dalam diskripsi tugasnya sekarang. Dan dia dengan rela hati melakukan apa yang telah diamanahkan.

“Tengku.”

Yes.”

As usual. Your hot milo.

Thanks, Tasya.”

Mug bewarna hitam tersebut Tengku Harrys capai. Diteguk dan dihirup isinya perlahan-lahan. Tapi macam biasa. Hanya sedikit diminum sebelum ia kembali diletakkan.

“Kenapa, Tengku? Tak sedap ke air milo yang saya buat tu?” soal Natasya. Sudah beberapa minggu dia buatkan air yang sama. Selama itu jugalah tak luak pun isi di dalamnya.

“Bukan tak sedap. Cuma...,”

“Cuma apa?”

“Cuma...,”

Natasya berkerut dahi. Tertunggu-tunggu jawapan ingin diberi. Namun seketika kemudian, gadis itu petik jari.

“Oh, okey. Faham! Saya tahu kenapa.”

Tengku Harrys pandang wajah setiausahanya.

“Tak sama dengan yang Cik Irish buat, kan?”

Lambat-lambat bibir Tengku Harrys menguntum senyuman. Serba-salah. Dia tak nak gadis di depan terluka perasaan.

“Kenapa Tengku tak cakap awal-awal? Kalau tak, tak adalah berapa minggu ni saya dera Tengku telan air buatan saya ni, tau!” 

It’s okay. Dah ada orang buat pun, untung dah.”

“Tapi tetap tak sama dengan Cik Irish punya, kan? Tak apa. Sekarang jugak saya suruh Cik Irish buatkan.”

No need, Tasya.”

“Tak apa, Tengku. Tak payah risau. Saya jamin Cik Irish takkan bantah. Lagipun dulu memang Cik Irish yang kena buat air untuk Tengku tiap-tiap hari, kan!” usik gadis tersebut tersenyum-senyum penuh makna. “Nampak gayanya saya kena past baliklah tugas buat air ni kat Cik Irish. Nak pastikan hari-hari bos saya yang seorang ni penuh semangat dan ceria!” 

Segera Natasya mengambil mug atas meja sebelum mengorak langkahnya.

“Saya keluar dulu, Tengku. Sekejap lagi saya bawakan ‘semangat’ Tengku, ya!”

Tengku Harrys menghantar  kepergian setiausahanya dengan sebuah pandangan. Nak saja mulutnya melarang. Tapi hati bagai ternanti-nanti semangat yang gadis itu war-warkan.

 

**********

“CIK IRISHHH!”

Bergema suara Natasya satu pantri. Tangan Irish yang tengah menadah air dari water dispenser, terus terhenti. 

“Kat sini Cik Irish rupanya! Patut cari kat bilik tak ada!” Natasya menapak masuk ke dalam pantri. Sosok Irish langsung didekati. “Aduhhh... nasib baik jumpa Cik Irish!”

“Kenapa ni, Tasya? Hmm? Dengan termengah-mengah macam ni.”

“Tengkuuu...”

“Tengku? Kenapa dengan Tengku?”

“Tengku dia...”

“Kenapa? Tengku sakit ke?”

“Ha’ah! Sakit.”

“Sakit apa? Tadi elok aje.”

“Bukan sakit badan. Tapi sakit rindu. Sakit cinta, sakit angau, sakit... isk, semualah!”

Dahi Irish berkerut seribu. “Awak cakap apa ni, Tasya? Saya tak fahamlah.”

“Tengku tulah, Cik Irish. Saya rasa dia dah gila bayang dengan Cik Irish agaknyalah!”

“Huh?”

“Dia tak boleh nak telan air milo yang saya buat. Sebab tak sama dengan Cik Irish punya katanya.”

“Macam tu pulak?”

“Betul! Patutlah selama masuk ofis balik ni saya bancuh air untuk dia, tak luak pun!”

Irish merenung hairan gadis di sebelahnya. “Awak buat air milo pakai susu ke gula?”

“Mestilah gula. Kan Cik Irish kata Tengku suka milo ‘O’. Saya dah ikut dah bulat-bulat sukatan macam yang Cik Irish ajar. Letak milo, air, gula. Sebijik! Sama! Tapi tak jalan juga!”

Wajah Irish mencorak senyum. Tercuit dengan cerita Natasya sampaikan. Seraya minda menerawang pada gerangan yang tengah disebut-sebutkan.

‘Adalah tu yang tak kena.’ Bisik hati Irish.

“Tak apalah, Tasya. Nanti saya buatkan.”

Yes! Memang Cik Irish kena buat pun! Sebab Cik Irish sorang aje yang boleh buat. Tak boleh orang lain! Tolong ya, Cik Irish. Please!”

“Ya, ya. Saya buat sekarang. Siap nanti saya hantar terus kat Tengku.”

“Ya ALLAH! Terima kasih, Cik Irish! Terima kasih sangat-sangat! You are my saviour!” Natasya peluk Irish erat-erat. Lima saat, pelukan kembali dileraikan. “Kalau macam ni gayanya, terpaksalah Cik Irish ambil balik job bancuh air untuk Tengku tu. Saya tak rasa Tengku nak minum air yang orang lain buat selain air tangan Cik Irish.”

“Kalau macam tu, elaun awak buat air untuk Tengku pun kena bagi kat sayalah nampaknya, kan.”

“Tak kisahlah, Cik Irish. Janji Tengku bersemangat dan happy masuk ofis setiap pagi.”

“Saya gurau jelah, Tasya.”

“Eh, tak, betul! Sumpah saya tak kisah pun. Demi Tengku dengan Cik Irish!”

Irish geleng kepala. Niat nak bersenda, tapi gadis di sebelah ambil serius pula. Setakat buat air apalah sangat. Lagipun bukan untuk siapa-siapa. Suami sendiri juga.

“Okey, siap.” Sejurus itu Irish mengemas semula pantri seperti keadaan asal. “Nak saya hantar ke awak nak bagi sendiri?”

“Eh, Cik Irishlah hantar. Tadi kan Cik Irish kata nak hantar terus kat Tengku.”

“Manalah tahu awak nak pujuk bos awak tu.”

“Hermm... lupakan ajelah! Daripada saya yang pujuk, lebih baik serah kat Cik Irish. Dah sah-sah Cik Irish yang lagi terror handle Tengku tu. Kalau tak, takkan bos saya yang hati beku tu boleh tangkap cintan dengan Cik Irish. Dengan perempuan lain, payah bukan main!”

“Tukar topik pulak?”

“Betullah! Semua orang pun tahulah, Cik Irish. Lagipun saya dah cakap kat Tengku saya akan bawa ‘semangat’ dia kejap lagi.”

“Semangat?”

“Yelah!”

“Semangat apa?”

“Cik Irishlah! Siapa lagi? Lagi-lagi nampak Cik Irish datang dengan air milo ni, haa... mencanak-canak naiklah semangat dia lepas ni! Saya pergi dulu ya, Cik Irish. Nak kena hantar fail kat HR department. Good luck!”

Serentak Natasya angkat kaki, meninggalkan Irish terkebil-kebil tak bereaksi.

 

**********

TOMBOL dipulas penuh berhati. Tak mahu mengganggu tuan empunya bilik di dalam yang sedang sibuk barangkali. Sibuklah agaknya. Sampai berkali ketuk dan bagi salam, senyap sunyi

 tak bersahut apa-apa.

Namun tekaan meleset sama sekali. Sebaik masuk saja, kelibat Tengku Harrys tiada di kerusi. Patutlah tak bersahut. Memang tak ada orang pun.

“Hmm... letak ajelah.”

Hayunan langkah menghala terus ke meja. Mug di tangan diletak di sisi komputer. Moga-moga bila lelaki itu masuk nanti, nampak air ini, rasa... dia tahu siapa yang membuatnya. Sekaligus dapatlah ‘semangat' macam yang Natasya kata.

“Dapat apa yang dicari?”

Berpusing 180 darjah Irish ke belakang. Pucat lesi habis mukanya terkejut dek sergahan suara berkenaan.

“Ha... Harrys!”

Yes, my dear.”

“Da... dari ma... mana?”

“Dari hati Irish.”

Irish mencerun bening. Ditambah riak kalut dengan kejutan sebentar tadi.

“Jangan buat muka macam tu, boleh?”

“Ke... kenapa?”

“Sebab Harrys tak mampu nak tengok.”

Kali ini Irish terkedu. Cuak rautnya bila pandangan Tengku Harrys pula yang mencerun.

“Tapi kalau nak keep showing it, silakan. Cuma...,” Tengku Harrys maju selangkah ke depan. Memaksa Irish undur tapak ke belakang. “... Harrys tak jamin something’s not gonna happen later on. So... can you please stop seducing me?”

“Si... siapa yang go... goda?”

You.”

“Ma... ma... mana ada.”

Then, what are you doing in my office right now? At this hour? Hmm?”

“Err... I... Irish...,”

“Rindu?”

No.”

Then what?"

“Err...,”

Tell me the answer.

“Ermm... err...,”

10 second.”

Irish tak tentu arah.

5 second.”

Wanita itu makin gelabah.

Time’s up!”

Dan-dan itu tangan Tengku Harrys menongkat ke birai meja.

Pergerakan Irish terpasung. Susuknya sudah tersekat antara meja dan Tengku Harrys. Cepat-cepat tangannya menahan dada lelaki itu.

“I... Irish cuma nak hantar air tu. Ta.. tasya yang minta buatkan.”

Tengku Harrys melirik mug atas meja. Kemudian kembali ke wajah depan matanya. “Betul ke nak bagi air?”

“Betullah.”

“Tak ada niat tersembunyi?”

“Tak.”

Tengku Harrys merenung anak mata di depan dalam-dalam. Nak saja bibirnya tergelak. Tapi ditahan semahunya agar tak dikesan.

“Okey.”

Tubuh Tengku Harrys tegak semula. Duduk langsung berlabuh di birai meja. Mug berisi minuman kegemarannya dihirup perlahan.

“Irish buat?”

“Ya.”

For me?”

“Hmm.”

Sekali lagi air milo itu diminum. Dan kali ini diteguk sampai habis. Hingga terkelu Irish melihat tingkah lelaki tersebut.

“Boleh habis pun minum.”

Why shouldn't I?”

“Kenapa Tasya buat tak nak habiskan?”

“Tak sama.” Selamba lelaki itu menjawab. Mug yang sudah kosong diletak atas meja semula dengan penuh kelegaan. Terasa cravingnya seolah-olah dah berbalas dendam.

“Tak sama? Ke saja? Dulu first time Irish buat, boleh aje Harrys telan.”

Because it was made by you. Even first time, rasa dia terus melekat ke kalbu.”

Tawa halus Irish spontan terurai. Hajat hati nak marah. Tapi jawapan Tengku Harrys malapkan terus apa yang diniatkan.

“Tak baik dera Tasya macam tu. Penat dia buatkan.”

“Tapi Harrys minum jugak.”

“Tak luak, kan?”

“Bukan salah Harrys. Dah tekak tak boleh telan. Dia nak jugak yang orang tu buatkan.”

Sekali lagi ketawa Irish berderai. Kali ini lebih panjang. Hingga buat yang memandang tak keruan.

Stop laughing, Irish.”

“Kenapa?”

Just stop.”

“Salah ke?”

“Tak. Tapi ketawa tu dah buat jantung Harrys di paras yang tak normal sekarang. So, better you stop. Sebelum Harrys pulak yang jadi tak normal.”

Tepat Irish memanah wajah lelaki tersebut. Tawanya perlahan-lahan surut.

I’m serious.”

Impuls jantung Irish pula kini yang terasa tak betul. Tarik nafas, tersekat. Hembus nafas, tersangkut-sangkut.

I... I... better... go out.”

Serentak wanita itu berpaling. Langkah terus diayun laju keluar dari bilik.

Tengku Harrys kalau dah bagi pandangan begitu, beredar adalah jalan terbaik. Sebab dia tahu lelaki itu tak main-main. Apa yang dah diucap, takkan sekali-kali ditarik balik!

 

**********

“KOPI, bang.” Cawan seramik disuakan usai air dituang. Duduknya kemudian mendarat di sebelah suami yang sedang khusyuk menonton drama di televisyen.

“Ha...” Seraya cawan atas meja digapai Encik Izzuddin. Dihirup hangat-hangat air tersebut tanpa hirau asap yang berwap-wap. “Arghhh... nikmatnyaaa!”

“Amboi. Sampai macam tu sekali gayanya? Kopi aje pun.”

“Sebab kopilah jadi macam gitu. Hai... abang kalau sehari tak pekena kopi Ina ni, boleh pengsan tahu!”

“Hmm... yelah tu. Tapi kalau minum kat luar pun kopi jugak yang abang pesan.”

“Eh! Tak sama! Kopi kat luar tu takat boleh hilangkan dahaga. Tapi kopi Ina ni buat hari-hari abang jadi sempurna. Selagi tak hadap, tak boleh tidur lena. Silap-silap mengigau abang dibuatnya!”

“Isk, abang ni kan...,” laju saja tangan Puan Qarina hinggap ke peha lelaki di sebelahnya. “Dah buang tebiat agaknya!”

“Eeh! Marah pulak? Kita dok puji-puji dia. Tak suka ke kena puji dengan abang?”

“Bukan tak suka. Malu, tahu? Malu! Umur dah senja-senja macam ni. Dengar dek anak-anak, mana nak letak muka?”

“Alah. Budak-budak tu sporting. Lagi dia orang suka dengar kita bergurau senda macam ni, adalah!”

“Amboiii... pandai aje cakap abang tu, kan.”

“Betullah. Patut Ina bangga tau kena puji dengan abang. Tambah pulak dapat pahala sebab menyenangkan hati suami!” Encik Izzuddin masih tak nak kalah.

“Yelah, abang sayang. Terima kasihlah puji Ina. Terima kasih jugak sebab hargai apa yang Ina buat untuk abang.”

“Ha... macam tulah! Abang puji, Ina hargai. Benda-benda nilah yang orang kata apa... mengeratkan lagi hubungan suami isteri!” ujar Encik Izzuddin bersama tawanya.

Puan Qarina mati kata. Raut gembira lelaki di sisi ditatap untuk seketika.

Tak dinafikan suaminya memang ringan mulut. Suka puji. Pandai ambil hati. Walau perkara yang dia buat tak sehebat mana, pasti ada saja kata-kata manis akan mengiringi. Zahir saja lelaki itu nampak garang. Tapi dalam jiwanya, penuh dengan kasih sayang.

“Ni... senyap aje rumah. Irhan dengan Irfan mana?”

“Budak berdua tu keluar dah, bang.”

“Bila?”

“Lepas isyak tadi.”

“Keluar ke mana?”

“Tak tahulah saya. Si Irfan tu ha... sibuk mengajak abangnya keluar. Yelah, dia pun baru balik cuti semester semalam, kan. Nak pulak esok Sabtu. Irhan cuti. Hmm apalagi... panjang langkahlah!”

Hujung bibir Encik Izzuddin tersungging. “Biasalah, Ina. Orang muda. Waktu-waktu macam nilah dia orang nak berhibur. Esok-esok dah tua, duduk rumah macam kita ni ajelah.”

“Masa kita dah berlalu dah, bang. Sekarang masa untuk anak-anak.”

“Yelah. Biarlah dia orang belajar kenal dunia luar tu. Abang takkan halang. Asalkan dia orang tahu jaga diri, jaga nama keluarga, cukup.”

Puan Qarina hela nafas. “Sunyi pulak rasa anak-anak tak ada ni, bang.”

“Hai... ingat abang seorang aje rasa. Ina pun sama juga? Macam berjanji pulak, ya!”

“Mestilah, bang. Nak pulak Ina yang mengandungkan dia orang sembilan bulan. Bila berjauh macam ni, terasa sangat-sangat.”

Kali ini keluhan Encik Izzuddin pula kedengaran. Hati bagai meronta-ronta ingin luahkan apa yang berkelana dalam perasaan.

“Apa yang Ina rasa, macam tu jugak abang, Na. Kadang-kadang rasa macam cepat sangat masa tu berlalu. Rasa macam baru semalam abang hantar budak-budak tu pergi sekolah,

 mengaji. Tapi hari ni, masing-masing dah besar panjang dah. Dah ada kehidupan sendiri.”

“Tulah. Sorang-sorang dah pergi tinggalkan kita. Mula-mula along. Lepas tu angah. Kemudian alang. Sekarang Irish. Tak lama lagi budak berdua tu pulak, bang.”

“Lumrah hidup, Ina. Tak selamanya kita boleh pegang anak-anak. Masa kecik kita ikat mereka. Sampai masa, tali tu satu-satu kita kena lepaskan. Cuma abang harap tali tu tak terlepas teruslah. Masih kekal berpaut agar silaturahim keluarga ni tetap tersimpul.

Kita sebagai ibu bapa hanya boleh menasihat. Selebihnya, terpulang pada anak-anak. Masing-masing kena main peranan. Baik anak mahupun menantu. Walaupun dah kahwin, jangan pernah lupa tangungjawab pada orang tua dan keluarga. Kena adil dan sama rata antara kedua belah pihak.”

Penuh tekun Puan Qarina mendengar bicara lelaki di sebelah. Segala pesan sedaya dihadam dan disemat dalam kepala.

“Irish ada telefon Ina?” soal itu meluncur keluar dari bibir Encik Izzuddin tiba-tiba.

“Ada, bang. Siang tadi baru dia telefon. Dapatlah borak sekejap.”

“Sihat dia?”

“Sihat, alhamdulillah.”

“Tengku sekeluarga?”

“Semuanya sihat, bang.”

“Irish macam mana tinggal kat sana? Selesa?”

“Dia kata semuanya okey. Keluarga Tengku jaga dan layan dia dengan baik. Alhamdulillah... lega saya dengar, bang. Risau juga kalau-kalau Irish tak dapat biasakan diri.”

“Insya-ALLAH... Irish baik-baik aje kat sana, Ina. Abang percaya Tengku sekeluarga jaga anak kita tu macam anak sendiri. Walaupun kita kenal mereka tu tak lama mana, tapi hati

 budi mereka suci dan murni. Tak perlu dipertikaikan lagi.

Tengok saja apa yang jadi selama ni. Itu dah cukup untuk buktikan betapa mulia tahap keperibadian mereka. Langsung tak pandang status kita dengan mereka yang macam langit dengan bumi. Sampai sekarang pun abang masih segan lagi dengan keluarga Tengku. Rasa macam tak layak kita nak berbesan dengan mereka.”

“Iyalah, bang. Ina pun rasa yang sama juga. Tengok ajelah macam mana dia orang layan tiap kali kita ke vila. Macam layan tetamu dari bangsawan pulak. Naik segan jadinya!”

“Dah macam kerabat raja juga kita, ya? Dapat layanan first class. Macam kat dalam istana gayanya!” seloroh Encik Izzuddin tertawa.

“Betul, bang! Ya ALLAH... kadang-kadang bila Ina fikir balik, macam tak percaya rasa. Macam mimpi pun ada. Keciknya diri kita ni nak dibanding mereka!”

“Semua tu rezeki, Ina. Rezeki kita dapat jumpa insan sebaik, semulia dan setulus Tengku sekeluarga. Rezeki kita dan mereka dapat jadi satu keluarga. Rezeki Irish juga dipertemukan jodoh dengan Harrys.”

“Abang rasa Irish bahagia dengan Harrys?”

“Setakat yang abang tengok, alhamdulillah. Irish nampak gembira dengan Harrys. Dari riak mukanya, senyum dia, Ina pun boleh tengok sendiri kan. Cuma yang akan datang tak tahulah macam mana. Panjang lagi ranjau perjalanan rumahtangga mereka, Ina. Kita doakanlah yang terbaik buat mereka.

Tapi... jauh dalam sudut hati abang... abang percaya abang tak salah pilih orang untuk serahkan Irish. Harrys kurniaan terbaik yang ALLAH hantar untuk anak kita. Macam mana hati budi orang tuanya yang kita kenal, macam tu jugalah yang abang nampak dalam diri dia. Jujur, ikhlas, hormat keluarga kita.”

“Ya, bang. Harrys memang budak yang baik. Walaupun darjat dia tinggi, tapi dia selalu letakkan kedudukan kita lebih tinggi dari dia. Moga-moga dia akan jadi penjaga dan pelindung Irish sampai akhir hayat mereka.”

“Insya-ALLAH, Ina. Perancangan ALLAH adalah yangt terbaik.”

“Rindu pulak saya pada Irish, bang. Tak ada teman berbual, teman memasak, teman buat kerja macam dulu.”

Encik Izzuddin melirik isterinya sekilas. Senyum di bibir seraya melewati wajah.

“Ada masa nanti baliklah dia, Ina. Bukan takat dia aje. Anak, menantu, cucu semua pun akan balik juga kumpul sama-sama.  Ha... masa tu, lepaskanlah rindu tu puas-puas!”

 


Friday, July 23, 2021

CHAPTER 16 : SEJIWA (Sekuel Bayangan Gurauan)

 



DAUN pintu dibuka. Kaki langsung diatur menghala ke biliknya. Tiga jam berkurung dalam bilik Encik Naufal. Tapi macam tak terasa.

Mana taknya. Masing-masing sibuk berbincang. Laporan kewangan tahunan perlu disiapkan untuk mesyuarat board of directors yang akan datang. Itupun baru 70 peratus selesai. Berbaki lagi 30 peratus untuk disempurnakan.

“Kalau tak sempat siap ni Encik Naufal, mahu bercamping kita bertiga kat sini ni!” seloroh Kak Faridah berjenaka.

“Ha... bagus jugak. Saya pun dah lama tak bercamping. Nanti boleh bawak set BBQ. Kita buat bakar-bakar kat sini. Sambil buat kerja, sambil makan. Cantik sangat tu!”

“Amboi, Encik Naufal. Tak berkepuk ke asap kat bilik ni nanti?”

“Apa susah, Faridah. Tingkap ada. Bukalah. Lajulah asap tu keluar!”

“Ha’ah. Nanti ada orang nampak, lepas tu claimed ada kebakaran, terus telefon bomba. Esoknya masuk paper jadi headline ‘Haiyan Holding diselubungi asap dari api BBQ pekerja-pekerja.’ Confirm dapat sumpah-seranah dari netizen!”

Gelak Irish spontan terurai. Perbualan sekejap tadi kembali tergiang.

Dua seniornya itu kalau dah duduk berkumpul, berborak, bersembang, memang tak sah kalau tak bergelak sakan. Ada saja cerita kelakar yang dikeluarkan.

“Hai, Cik Irish. Gelak sorang-sorang nampak! Gelakkan apa tu? Tak nak ajak saya gelak sekali?”

Gelakan Irish spontan mati. “Eh, Insyirah.”

“Apa yang kelakar sangat tu, Cik Irish? Dari jauh saya dah nampak Cik Irish tergelak.”

“Tak ada apalah, In. Teringat Encik Naufal borak dengan Kak Faridah tadi. Tu yang tiba-tiba tergelak.”

“Oh... faham! Insan berdua tu kalau dah bertembung, memang ketawa sakanlah 24 jam! Selagi mata tak berair, tak sah!”

“Kan? Tapi sekurang-kurangnya taklah stress buat kerja.”

“Betul! Saya kalau duduk buat kerja sehari-suntuk dengan dia orang pun tak mengapa, Cik Irish. Have fun sangat!”

Sekali lagi tawa Irish berderai.

“Suka tengok Cik Irish ketawa macam ni. Bukan senang nak dengar tau!”

“Ya ke?”

“Iya. Cik Irish bila dah ketawa rasa macam alam ni pun ikut ketawa sama! Seronok, happening, ceria!”

“Ada-ada ajelah awak ni, In.”

“Ya ALLAH. Betul! Saya tak tipu! Bukan saya sorang aje cakap macam tu. Yang lain-lain pun. Sebab tu bila Cik Irish tak ada kat sini, malap aje rasa ofis ni. Mula-mula dulu dua tahun. Lepas tu Cik Irish masuk hospital sebab insiden tembak tu.”

“Tapi sekarang saya dah ada, kan.”

“Ha’ah! Syukur alhamdulillah! Harap-harap lepas ni Ck Irish tak hilang dari radar lagilah. Tak bestlah kalau Cik Irish tak ada. Tak dapat tengok senyuman cantik tu!”

Serentak wajah Irish bertukar merah. “In...”

“Opss! Muka Cik Irish dah blushing tu! Okey, okey, okey! Saya tak sakat lagi dah! Tapi tak tahulah Cik Irish masuk bilik nanti blushing tu akan hilang atau makin bertambah-tambah.”

“Kenapa cakap macam tu?”

“Sebab... ada surprise sedang menanti Cik Irish kat dalam sana tu.”

Surprise?”

“Yup. ”

Surprise apa? Atau siapa?”

Something ada, someone pun ada. Dua-dua!”

Kening Irish kian berkerut tak mengerti.

“Alah! Cik Irish pergi masuk aje dulu. Nanti Cik Irish akan tahu!” bibir Insyirah sudah tersenyum-senyum menggunung.

Dalam termangu, wanita itu atur juga langkah ke biliknya. Minda masih terfikir-fikir apa maksud yang Insyirah kata. Dada pula makin dihimpit debaran tak senada.

Nah!

Masuk saja, mata dihadapkan sejambak bunga atas meja. Dan bila kakinya dekat lagi, berkotak-kotak coklat terletak di sebelahnya.

Kebingungan Irish makin berleluasa. Pantas jambangan mawar dicapai. Kad terselit dicelahan diambil, diselak lalu dibaca.

 

        For you, and the only...

 

Nafas yang terasa berat ditarik sedalam-dalamnya. Jantung yang macam nak meletup, cuba direda setenangnya.

Kali kedua dia terima kad bertulis begini. Kata-kata yang sama. Tak satu ayat pun yang lari. Dan yang melakukan, hanya ada seorang yang dia kenali.

“Harrys...”

Nama itu seraya meniti di bibir.

I’m here.”

Sepantas kilat Irish palingkan badan. Sesusuk kelibat terlihat bersandar elok berpeluk tubuh di dinding belakang.

“Harrys.”

“Ya.”

“Bi... bila masuk?”

Since few minutes ago.”

“Buat apa kat sini?”

“Tunggu Irish.”

“Kenapa?”

To see you. Before I go.”

Raut Irish berubah serta-merta. Darah berderau naik ke kepala. “Ke mana?”

Tengku Harrys tak jawab. Perlahan kaki dihala ke arah wanita di depan.

This flower... and those chocolates... do you like it?”

“Kenapa bagi?”

“Saja.”

“Untuk apa?”

“Sebagai pengganti.”

“Harrys... please. Jangan ulang lagi.”

Why?”

Giliran Irish terdiam. Hanya mata merenung Tengku Harrys dalam-dalam. Rasanya tak perlu dia ucapkan. Sebab dua-dua dah tahu apa sebab dan alasan.

“Harrys tak dapat lunch dengan Irish hari ini. Need to go to Bursa Malaysia. Have a meeting with them. Regarding Haiyan’s shares and investment.”

Akhirnya, Tengku Harrys berterus-terang. Lagi-lagi melihat bening Irish dah mula bergenang.

That’s why I gave you all this. Sebagai ganti.”

Irish tertunduk. Sehela nafas dihembus. Redakan dentak jantung yang dah tak terurus.

Sorry. I made you cried.”

“Harrys memang suka macam ni, kan.”

Gelak halus Tengku Harrys seraya kedengaran. “Kadang kena buat. Sebab nak tahu apa ada dalam hati yang tersirat.”

Serentak itu Irish mengangkat wajah.

Thank you. Harrys anggap airmata tu as a sign that you won’t to lose me,” ucap Tengku Harrys dalam renungan penuh erti. “Jangan lupa makan lunch nanti. Dan semua coklat tu.”

“Banyak sangat.”

“Boleh simpan. Or sharing with your friends. Harrys pergi dulu. Selesai dengan Bursa, Harrys terus ke Cyberjaya. Have a site visit. Then terus balik rumah. Irish balik dengan Reen nanti. Harrys dah bagitahu dia.”

Serentak bibir lelaki itu singgah di dahi isterinya.

Take care. See you at home tonight.”

Baru berkira-kira nak melangkah, tangan Tengku Harrys ditarik Irish semula.

“Terima kasih. Untuk semua ni.”

Anything for you.

Sekilas, pipi Irish disentuh Tengku Harrys sebelum sosok tersebut berlalu keluar.

Irish melepas keluhan. Jambangan mawar dibawa ke dakapan. Bak kata tuan yang berikan, sebagai pengganti dirinya.

Benar. Dan dia perlukan vibe lelaki itu untuk meneruskan separuh hari yang masih berbaki sehingga malam menjelang.

 

**********

MENU masakan Perancis dinikmati sepenuh hati. Sesekali mata melihat pengunjung lain yang ada dalam Cafe De Paris, Pavilion ini. Boleh tahan ramai. Tapi tak sampai menganggu tahap privasi.

Ikutkan tadi dia nak terus ke Cyberjaya. Tiba-tiba pula dapat panggilan dari Fezrul masa baru keluar dari Bursa. Nak ajak lunch katanya. Nasib baik masih dalam KL. Kalau tak, minta maaflah saja.

“Kau kenapa, Rul? Tak habis-habis pandang aku.” Suara Tengku Harrys memecah suasana.

“Tak ada apa. Saja menikmati seri wajah pengantin baru yang baru balik honeymoon.”

“Patut makanan kat depan tu yang kau nikmati. Bukan muka aku.”

Fezrul tergelak. “Asal? Tak boleh dah nak pandang muka kau sekarang?”

“Tengok muka aku, laparlah yang dapat jawabnya.”

“Eh, aku makan jugak apa!”

Really? Tapi sikit pun tak luak. Tadi kau yang beria-ia mengajak.”

“Yelah, yelah! Aku makan! Aduh... kau ni, Rys. Tak bagi chance lansung. Aku baru nak feeling-feeling lepas rindu kat kau.”

“Kau? Rindu aku?”

“Kenapa? Tak percaya?”

Serentak Tengku Harrys meletak sudu dan garfu atas pinggan. Tangan kirinya dielus ke hidung. Sembunyi gelak di balik tangan.

“Macam tulah kau. Mentang-mentanglah dah kahwin, dah ada teman. Aku kau lupa terus. Kalau tak dulu... muka nilah yang kau cari kalau tengah jiwa kacau! Lepas tu datang ketuk pintu kondo dengan muka serabut tu!”

Kali ini Tengku Harrys surrender. Terhambur juga tawanya tanpa dapat ditahan.

“Gelak sakan kau, kan! But that’s the fact you couldn’t deny!”

So... kau nak cakap kau menyesallah layan kerenah aku dulu?”

“Tak! Sebaliknya aku rasa bertuah. Sebab dapat saksikan lelaki yang allergic sangat dengan perempuan, allergic sangat dengan cinta, jatuh tersungkur akhirnya! Hanya dengan bayangan seorang gadis misteri! What a beautiful, horror, and tragic story!” kali ini tawa Fezrul pula berledakan. Puas dapat menyakat kawan baiknya.

Because of that couple genres of storylah, hidup aku tercorak macam sekarang.”

“Tahu. Dari air muka kau aje aku boleh baca kau tengah dilanda bahagia. Do you?”

Hujung bibir Tengku Harrys tersungging.

“Kau gembira dengan Irish?” Fezrul cuba menyelam isi hati rakannya.

She’s the best gift from Him.”

“Jadi jangan pernah sia-siakan. Kau orang berdua dah lalui macam-macam. That’s why both of you deserved what you guys have right now.”

Pandangan Tengku Harrys melekat tepat ke wajah Fezrul.

“Peluang takkan datang banyak kali, Rys. Kau diciptakan untuk jaga Irish. Dan Irish tercipta sebagai pelengkap tulang rusuk kiri kau. Manfaatkan apa yang ALLAH dah kurniakan sebaik-baiknya. Kau bertuah tau, hidup kau dah lengkap. Aku ni... masih lagi ternanti-nanti semua tu!”

“Insya-ALLAH... soon, bro.”

I hope so,” doa Fezrul buat dirinya. Jus tembikai yang mula cair dihirup menghilang dahaga. “Kau masuk ofis pukul berapa ni?”

“Aku tak masuk. Terus ke Cyberjaya lepas ni. Kena turun site. Then, terus balik.”

“Habis Irish?”

“Balik dengan Reen.”

Riak Fezrul sedikit terkejut. “Adik kau dah joined the company?”

“Hmm.”

“Sejak bila?”

“Seminggu lepas aku fly hari tu.”

“Wow! Makin gempaklah Haiyan!”

“Itupun tak tahu berapa lama.”

“Kenapa pulak?”

“Dia cakap nak sambung belajar.”

“Tak apalah. Kalau dah rezeki dia.”

Yeah, I know. Cuma aku risau sebab dia nak sambung kat oversea.”

“Apa masalahnya? Kau pun bertapa kat UK tu bertahun lama. Dah tentu-tentu dia nak ikut jejak kau.”

“Aku lelaki. Dia perempuan. Lain. Kalau kat London adalah jugak maklong aku tengok-tengokkan. Tapi dia pilih yang lagi jauh.”

“Mana?”

“US.”

Fezrul tersedak. Tak dan nasinya nak sampai ke tekak. “Asal jauh sangat?”

Tengku Harrys jungkit bahu. “Nak berdikari katanya.”

“Isk! Aku yang bukan abang dia pun dah risau mendengar. Apalagi kau!”

I told you, right.

“Kalau macam tu... kahwinkan ajelah adik kau tu. Biar dia pergi dengan husband dia. Settled! Kau dengan family tak risau, dia pun terjaga kat sana.”

“Kahwin? Dengan siapa?”

“Siapa-siapalah. Takkan Reen tak ada boyfriend kut. Mustahil! Cantik-cantik macam tu!”

“Setahu aku, tak ada.”

Then... kau carikanlah seorang.”

“Mana nak cari?”

“Cari ajelah. Cari someone yang boleh dipercayai. Yang boleh jaga Reen dengan baik.”

“Kalau kau tanya aku, aku rasa dah jumpa orangnya.”

“Siapa?”

“Kau.”

Kali ini suapan nasi Fezrul jatuh dari sudu. Mata tepat terhala ke wajah rakannya. “Asal aku pulak?”

“Sebab someone yang aku percaya, cuma kau.”

“Uish! Kau jangan merepeklah, Rys! Reen tu dah macam adik aku sendirilah!"

“Cinta tu buta, Fezrul Azfar bin Datuk Farhan.”

“Aduh...,” tangan kiri Fezrul menekap ke mata. Susah nak hadam apa yang sedang dibualkan oleh mereka. “Selama ni aku jumpa Reen, tak pernah terdetik sejentik pun perasaan aku, Rys. Takkanlah!”

“Sebelum ni, mungkin. Lepas ni, mana tahu. Kadang kita beria cari yang jauh. Tapi yang dekat tulah yang jodoh. Macam kau.”

“Aku lagi?”

“Kau sibuk sangat dari dulu mencari, kan. Tak juga jumpa-jumpa. Sekarang aku dah bagi hint, tunggu apa lagi?”

Makin tercengang riak Fezrul dengan usul Tengku Harrys yang tak terduga.