KELAM-kabut lelaki itu turun dari biliknya. Dalam hati
berdoa agar Sefhia dah bangun dari lena. Ada tugas penting hari ini perlu
dilaksana.
Sampai di bawah,
Aryan tarik nafas lega. Suara Mak Minah bercakap di dapur bagai menjawab
soalannya. Dah tentu tengah berbual dengan seseorang. Mustahil wanita itu cakap
sorang-sorang.
Tekaan Aryan tepat.
Sampai ruang dapur, matanya nampak dua kelibat. Seorang sibuk memasak. Seorang
lagi duduk melihat.
“Eh, Aryan!”
Mak Minah kaget sebaik
berpaling. Tiba-tiba Aryan tercegat di pintu dapur. Sefhia yang duduk
membelakangkan, turut berpusing.
“Kamu tak kerja ke hari ni?” soal Mak Minah.
Seingatnya hari ini hari Isnin. Tapi kenapa lelaki di depan hanya
pakai t-shirt lengan panjang dan seluar jeans?
“Nggak.”
“Kenapa? Aryan tak sihat ke?”
“Nggak juga.”
“Habis tu, kenapa?”
Aryan tak jawab. Hanya mata beralih pada gadis yang sejak tadi senyap.
Lama wajah itu ditatap.
“Aryan. Kenapa ni?” tanya Mak Minah risau.
Tanpa peduli pertanyaan tersebut, Aryan hampiri Sefhia. Lengan gadis
itu lansung dicapai ikutinya.
“Eh, eh. Sekejap!” Mak Minah menahan. “Aryan nak bawa Sefhia ke mana
ni?”
“Keluar, Mak Minah. Lagi punya urusan.”
“Tapi belum sarapan lagi, kan? Tunggulah kejap Mak Minah
siapkan.”
“Nggak apa-apa, Mak
Minah. Nanti kami sarapannya di luar aja.”
Serentak itu, Aryan
sambung langkah. Sefhia yang tak mengerti apa-apa hanya turut tarikan lelaki di
depannya. Tinggal Mak Minah seorang di dapur terpinga-pinga.
“Apa ajelah dengan
budak seorang ni? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba bawa Sefhia lari.
Sampai tak menyempat nak sarapan. Hadui, budak-budak sekarang! Tak faham
betullah!”
Mak Minah tepuk
dahi berkali-kali. Cuba faham apa yang sedang terjadi.
“Stop.”
Sefhia bersuara.
Genggaman di lengan cuba dilepaskan. Tapi Aryan lansung tak hirau.
“I said, stop!”
Kali ini Sefhia
rentap tangannya kuat. Serta-merta pengangan Aryan terlepas. Langkah keduanya
turut terkandas.
Aryan tenung
Sefhia. Sedikit geram. Namun kornea biru itu lebih dulu mencerun tajam.
“Bisa nggak ini
kali kamu usah lawan sama aku?”
Aryan cuba berbicara. Berharap Sefhia
boleh toleransi dengannya.
Seminit dua lewati
masa, hanya renungan yang berlaga. Baik Aryan, apalagi Sefhia. Masing-masing
tak nak mengalah sesama mereka.
Aryan ketap gigi.
Rahangnya bergerak-gerak menampar pipi. Nampaknya gadis di depan tak mahu
berlembut hati. Saat Sefhia dah berpusing untuk angkat kaki, lengan gadis
itu pantas disambar kembali.
“Lepaskan!”
Namun Aryan tak
peduli. Empunya tubuh terus ditarik pergi. Biarlah Sefhia nak marah, nak
sembur, nak maki. Tapi misi hari ini harus dimeterai seperti yang dijanji.
**********
“HEI! Kau kenapa?” Wafri tegur Aryan. Lelaki itu terlihat
santai di sofa dalam sebuah butik. Sebaliknya Aryan yang tampak gelisah sejak
kaki menjejak tempat ini.
“Nggak apa-apa.”
“Jangan tipu. Kau fikir pasal Sefhia, kan?”
Aryan tak jawab.
“Apa lagi yang tak kena?”
“Aku nggak tau. Hati aku kayaknya lagi berbagi saat ini.”
“Kau nak tarik balik keputusan kau?”
“Aku nggak tau sih, Ri. Kepalaku lagi bingung.”
“Tarik balik keputusan kau bermakna kau kena keluarkan
Sefhia dari rumah tu sebelum orang tua kau sampai esok.”
Aryan mengeluh. Itu yang telinganya tak mahu dengar.
Seketika, Wajah Wafri ditenung.
“Lo kira, aku butuh berbuat apa sekarang?”
“Kalau kau tanya aku, dah terlambat untuk kau tarik balik
sebenarnya, bro. It’s too late. Jadi... tetaplah dengan keputusan kau, Ryan. Walau
kesannya nanti tak macam yang kita bayangkan. Aku sama macam Leeya. Apapun
keputusan kau buat, we will always behind
you. Mungkin... dah tertulis takdir jodoh kau dengan Sefhia. Dari saat dia
culik kau.”
“Apa maksud lo?”
Wafri hela nafas. Kaki kanan lansung diangkat ke peha
kiri. Selesakan kedudukan diri.
“Jarang aku dengar perempuan culik lelaki. Dalam drama
atau filem tu adalah. Tapi kau, mendapat dengan dia.”
“Tapi dia cuma orang suruhan doang.”
“Tetap... dia yang culik kau, kan? Fakta yang kau tak
boleh nafikan.”
Aryan bungkam. Keyataan Wafri seakan beri peringatan apa
yang dia tak pernah terfikirkan.
“Elok-elok kau dah selamat dari dia, bebas dari dia, jauh
dari dia, tiba-tiba ALLAH temukan balik kau orang berdua dalam keadaaan tak
diduga. Pernah kau terfikir sebab apa?”
Aryan geleng kepala.
“Sebab kau berjodoh dengan dialah, Ryan! Takkan kau tak
nampak lagi??”
“Mungkin itu cuma satu kebetulan.”
“Kebetulan? Kalau sampai kau dah ambil keputusan nak
kahwin dengan dia, satu kebetulan lagi ke? Atau memang dah ditakdirkan?
Sedangkan kau dah tahu diri dia tu siapa.”
Aryan telan air liur. Kata-kata Wafri bak pisau belati
menghunus tepat ke jantung.
“Kau boleh nampak, kan? Perancangan ALLAH tu sangat hebat
dari apa yang tersurat dalam kita punya pandangan. Pertemuan kau orang bermula
dengan satu penculikan. Tak lama lagi akan berlanjutan dengan pernikahan. Lepas
tu apa? Kes culik kau tu pun sebenarnya sebagai asbab untuk jumpakan kau dua
orang.”
Dada Aryan kian sesak. Jantungnya kini umpama ada sebiji
bom diletak. Tunggu masa untuk meletup.
Suasana bertukar hening. Baik Wafri mahupun Aryan,
dua-dua kunci bicara dalam keadaan pusat beli-belah yang separa bising.
“Hai... tak sia-sialah Sefhia tinggalkan cop mohor kat
kau.” Wafri kembali bersuara. Buat kening Aryan berlaga.
“Cop mohor?”
“Lebam kat rusuk kiri kau tu. Penangan dari Sefhia, kan?
Awal-awal lagi dia dah booking kau
sebenarnya, kau tahu. Siap bercop lagi. Like...
he’s mine. Reserved. Don’t bother him. Maknanya apa? Kau milik dia. Kau dia
punya. Jangan ada yang berani-berani kacau!”
“Ah! Lo usah ngaco, Ri. Itu semua cuma kebetulan aja.”
“See? Kebetulan
lagi. Aduhhh... come on, Ri. Wake up!
Semua tu ALLAH dah susunkan cantik-cantik
untuk kau, tahu! Takkan tak perasan lagi?!”
Mata Aryan terus melekat ke Wafri. Apa yang disampaikan
cuba untuk dimengerti.
“Culik, tendang,
gaduh, excident. Ya Rabbi! Buka mata
kau, Aryan Alfiansyah! Semua hint
ALLAH dah bagi!”
Renungan Aryan
makin tajam pandang Wafri. Cari jawapan yang selama ini tak dia sedari. Baru bibir berkira-kira untuk balas kata,
langsir fitting room dan-dan itu diselak bersama satu
suara.
“Guys! We’re done!”
Serentak, Aryan dan Wafri toleh. Sosok Aleeya terlihat
dengan senyum melebar di bibir.
“With my pleasure,
I introduce to you the new look of Sefhia.”
Dari balik tubuh Aleeya, satu kelibat lain muncul
perlahan-lahan. Berbaju kurung moden merah, sosok itu sekaligus buat mata yang
pandang terkesima.
Anggun. Sopan. Menawan. Penampilan Sefhia nyata
berlainan. Keayuan yang tersorok di balik imej ‘gangster’nya selama ini terserlah kelihatan.
“Guys.”
Aleeya memanggil.
Namun dua jejaka di depan masih diam tak berkutik.
“Hello! You both are still here?”
Gadis itu
melambai-lambai sambil petik jari. Tetap, tak ada reaksi. Dua pasang mata masih
kekal terarah pada empunya badan di sisi.
Pap!
Tepukan kuat
serentak bergema. Menyentak Aryan dan Wafri dari lamunan mereka. Menggelabah
masing-masing dek sergahan Aleeya.
“Kau orang berdua
ni dah kenapa? Pandang Sefhia macam nampak hantu!”
“Ha’ah. Hantu yang lawa!” seloroh Wafri bersama tawa.
“Apa awak cakap?”
“Betullah. Sefhia nampak cantik dengan kurung moden merah
tu. Pandai awak pilih. Orangnya memang dah cantik. Pakai macam tu lagilah
bertambah cantik. Tu yang tak berkelip mata pandang.”
“Asal? Dah jatuh hati?”
“Hati saya dah lama dah jatuh ke tangan awak, Cik
Aleeya.”
Gelak Wafri sekali lagi kedengaran. Membahang merah pipi
Aleeya menahan usikan.
Dia yang nak
membahan, alih-alih dia jugak yang diketawakan.
“Dahlah. Melayan awak, sampai ke esok pun takkan habis!”
tingkah gadis itu geram. “Macam mana, Ryan?
Okey tak penampilan baru Sefhia yang aku ubah ni?”
Sekali lagi, tiada reaksi. Hanya riak serius Aryan yang
terpamer sejak tadi. Bayang senyum apatah lagi.
Seraya lelaki itu bangkit dari kerusi. Aleeya dan Sefhia
terus dihampiri.
“Kenapa, Ryan? Tak okey ke?” Leeya menyoal lagi.
Masih senyap. Mata Aryan terus perhati Sefhia. Dari
hujung kaki sampai hujung kepala.
“Kalau kau tak puas hati, aku pergi tukar yang
lain…”
“No. You did a great job. Cuman…,”
“Cuma apa? Ada yang
kurang lagi ke? Apa dia? Baju? Kasut?”
“Bukan itu.”
“Dah tu, apa? Make-up?
Kau nak aku make-upkan Sefhia ke? No hal! Sekarang jugak aku buat.”
“It’s not about
make-up, Leeya.”
“Habis kalau baju bukan, kasut bukan, make-up pun bukan, apa? Kau ni cakap
biarlah terang, Ryan. Bagi aku faham.”
“Ha’ah kau ni, Ryan. Apa lagi yang tak kena? Aku tengok
dah elok apa penampilan Sefhia ni Leeya ubah. Tip-top!” sampuk Wafri turut
bangun.
Aryan tarik nafas. Terasa berat dadanya tiba-tiba. Nak
cakap serba-salah. Tak cakap dia juga nanti yang tak tidur lena.
“Dah... dia diam pulak! Kang aku tinggalkan kat sini
kang, ha! Cakaplah, Ryan! Apa yang kurang?” Aleeya sedikit hilang sabar.
Kali ini Aryan lepas nafas panjang. Lambat-lambat suaranya
dilontarkan.
“Kalian lupa? Mamaku itu lagi suka gadis yang berhijab.”
Dan-dan itu Wafri dan Leeya pandang Aryan. Tak ada kata
terucap. Hanya renungan menzahir apa yang otak tengah tangkap.
Tiga
pasang mata serta-merta beralih pada Sefhia. Jelas gadis itu turut terpana
dengan permintaan yang sama sekali tak dijangka.
No comments:
Post a Comment