Friday, May 29, 2020

CHAPTER 15 : RELAKU PUJUK






“JADI benar, dia udah boleh discharge?” Aryan soal Wafri. Ingin kepastian. Seminggu berulang-alik ke hospital, pagi ini dia datang disambut khabar gadis bernama Sefhia itu dah boleh pulang.

“Yup. Her condition was good. Result for last checkup pun okey semuanya. Cuma tinggal luka-luka dia. Sikit hari lagi keringlah.”

“Gimana sama kakinya?”

“Ha, yang tu memang makan masa nak sembuh. So, kau kena bawa dia datang sini buat checkup ikut tarikh yang aku bagi nanti,” jelas Wafri. Tangan masih terus periksa gadis di depan untuk kali yang terakhir.

“Terus, gipsnya lansung gimana? Udah bisa dibuka?”

“Kau agak-agaklah, Ryan. Baru seminggu kut. Kalau buka sekarang, tak bercantum betullah nanti tulang dia!”

“Maksud lo?”

Kerja Wafri terhenti. Perhatian beralih pada rakannya yang duduk di kerusi.

“Nak buka gips ni sekarang, boleh. Cuma takut nanti tulang kaki tu tak bercantum betul. Ya, sembuh memang boleh sembuh sendiri. Tapi pertumbuhan tulang tu mungkin tak sempurna. Silap-silap nanti makin teruk. Kau nak macam tu?”

Aryan diam. Penjelasan Wafri cuba dihadam. Dah nama pun pakar orthopedik. Sah-sahlah tahu segala hal.

“Alah. Senang cerita macam kau buat tiang. Satu guna mol, satu lagi tak. Mana lebih cantik? Of course yang guna mol, kan? Terbentuk, terletak, solid. Perfect! Do you get it?”

Tak ada reaksi dari Aryan. Kepalanya masih fikir sesuatu.

“Ada lagi ke yang kau tak faham, bro?” Wafri seakan faham bingung si rakan. Kerja yang tertangguh turut disambung semula.

“Apa nggak susah dia mau bergerak, Ri? Sama simen yang berat itu.”

“Siapa kata senang?”

“Jadi, lo nggak punya cara yang lain?”   
      
“Tu aje pilihan yang ada.”

“Lalu kalau dia terjatuh, gimana?”

“Apa susah. Kau kan ada. Dukunglah dia!”

Spontan Wafri jawab. Jawapan yang buat Aryan tersentap. Terus pandangan dihala ke Sefhia. Dan tanpa duga, gadis itu turut pandangnya. Cepat-cepat Sefhia larikan wajah.

“Lo ngomongnya usah yang macem-macem, Ri.”

“Itu kalau. Kau jugak yang tanya kalau dia terjatuh tadi. Tapi… kalau betul-betul jadi… kau kena tolong angkat jugak, kan. Kalau dah darurat.”

Aryan pandang Sefhia lagi. Gadis itu tak bereaksi. Namun jelas wajahnya merah. Malu? Atau marah? 

Okey, Sefhia. Done!” Wafri bersuara usai kerjanya selesai. “Hari ni awak dah boleh keluar. Tapi ingat. Ubat-ubat yang saya bagi nanti, makan. Luka-luka ni pun jangan lupa sapu ubat. One more, kaki tu. Tolong jaga elok-elok. Jangan banyak bergerak, jaga makan minum.

Kalau boleh banyakkan makanan yang tinggi kalsium, protein dan vitamin. Semua tu boleh bantu awak sembuh cepat. Dan yang paling penting, datang checkup ikut tarikh yang saya tetapkan. Faham?”

Sefhia angguk perlahan.

How do you feel now? Lagi-lagi nak keluar ni. Excited?”

Wafri cuba bergurau. Namun hanya senyum tipis yang terpamer dari gadis di depan. Senyuman yang selalu dia terima tiap kali lakukan rawatan.

Never mind. Lepas ni saya dah tak ada nak pantau awak. Nurse pun dah tak ada untuk jaga awak. So please, take care of yourself. Atau… mungkin saya tak perlu risau sebab lepas ni Aryan pulak yang akan jaga awak.”

“Ri!”

“Apa?” tingkah Wafri selamba. Laporan perubatan Sefhia disudahkan secepatnya. “Okey, Sefhia. Awak rehat dulu. Kejap lagi nurse datang bawa baju awak. And you Aryan… I need you. We need to talk.”

Sejurus itu Wafri menapak keluar. Dan sebaik kelibat Aryan terpancul, daun pintu terus ditutup.

“Dokter Wafri. Lo apa-apaan sih ngomong kayak tadi? Depan dia lagi!”

“Apa salah ke aku cakap? Betullah kan lepas ni kau pulak yang jaga dia. Atau kau nak hantar dia balik rumah? Kau tahu ke tempat tinggal dia kat mana? Kenal family dia? Atau kau nak letak dia kat rumah kebajikan terus!” 

“Ya nggak begitulah.”

See? Aku cakap benda yang betul, kan?”

“Okey, okey. Lo menang!”

Aryan beralah akhirnya. Sedar kata-kata Wafri ada benarnya.

Tell me, Aryan. Who is she?” Sekali lagi Wafri cuba cungkil tentang gadis yang dirawatnya.

“Udah aku bilang, bukan. Dia gadis yang aku tabrakin.”

“Itu aku tahu. Tapi aku dapat rasa kau kenal dia lebih dari tu!”

“Nggaklah. Perasaan lo doang.”

“Dengan orang lain bolehlah kau tipu. Tapi bukan aku. Cara kau pandang dia pun aku dah boleh tahu. Tu satu. Aku tengok dia tak macam orang normal lain. Bercakap payah. Senyum, lagilah!

Badan dia. Kat badan dia tu ada parut-parut luka. Parut tembakan pun ada. Means, dia bukan orang biasa-biasa. Siapa perempuan tu sebenarnya, Ryan? Kat mana kau jumpa dia? Dari mana latar belakang dia?”

“Lo apaan sih, Ri? Pakei nanya-nanya begini. Udah kayak polisi.”

“Mestilah! Dah kau tiba-tiba bawa dia ke sini. Mintak aku rawat dia pulak tu. Mestilah aku nak tahu. Buatnya orang jahat ke apa ke, tak pasal-pasal aku terlibat sama!”

Aryan lepas keluhan. Sedar rahsianya takkan bertahan. “Lo memang nggak akan pernah menyerah, kan.”

“Bagus kalau kau tahu!”

“Okey. Fine. Aku akan kasitahu. Tapi bukan sekarang.”

“Dah tu, bila?”

“Satu saat yang sesuai.”

Mata Wafri cerun tenung Aryan. Dirinya nakkan kepastian. Mana tahu helah rakannya nak lepaskan diri.

“Tenang dong, Ri. Usah dipikirin lagi. Punya waktu nanti aku akan ceritain semuanya sama lo.”

“Apa jaminannya?”

“Udah berapa lama kita kenal? Pernah aku mungkiri?”

“Selalunya tak. Tapi kali ni aku tak pasti.”

“Iya, iya. Aku janji. Kalau aku mungkir, lo tumbuk aja mukaku ini.”

“Okey! Aku pegang janji kau!”

Wafri tarik nafas. Cari ruang untuk bertenang. Tak pernah-pernah dia berkelakuan macam ini. Semua gara-gara sikap pelik Aryan yang tiba-tiba. Kerana seorang gadis pula. “Kau nak bawak dia ke mana lepas ni?”

“Nggak tau. Mungkin ke rumah aku buat sementara waktu. Lagian, Mak Minah sama Pak Majid juga ada. Bisa bantu jagain dia.”

Then bila orang tua kau balik, dia kau nak campak mana?”

“Aku belum mikiran lagi. Kayaknya aku harus cari rumah yang lain.”

“Baguslah kalau kau pikir macam tu. Jangan kau tinggalkan dia kat tepi jalan, sudah.

Dengan kaki yang patah. Tak pasal-pasal masuk paper jadi headline muka depan!”

Sindir Wafri kali ini. Pandangan tajam Aryan dah tak dihirau lagi. 

‘Ikut hati yang sakit ini, mau aja aku berbuat begitu, Ri. Biar terbalas segala yang udah dia lakuin ke aku!’ jerit suara hati Aryan pada temannya yang sudah berlalu. 


**********

PINTU utama banglo ditolak. Sebaik melangkah masuk, tangan terus sorong kerusi roda ke ruang istirehat. Sambil melilau cari kedua pembantunya yang entah di mana. Tengok kereta kat luar pun tak ada.

“Tuan Aryan!”

Langkah Aryan mati. Serentak dia berpaling.

“Pak Majid, Mak Minah. Aduh! Kaget, loh!”  
         
“Ma… maaf, tuan. Ka… kami tak sengaja.”

“Ya nggak apa-apa, kok. Pak Majid sama Mak Minah lagi dari mana?”

“Dari pasaraya, tuan. Pak Majid bawak Mak Minah ni pi beli barang dapuq sat.”

Aryan angguk faham. Patut senyap sunyi rumah.

“Err… tuan. Mak Minah nak tanya. Ini siapa?” laju saja wanita itu bertanya. Nak tahu gerangan yang dibawa balik majikannya tiba-tiba. Muka tak pernah nampak. Dalam keadaan tak ‘sempurna’ pula. Lebih menarik, perempuan.

“Oh, ya! Hampir terlupa! Ini Sefhia. Gadis yang Aryan tabrakin malam itu. Mak Minah sama Pak Majid apa masih ingat?”

Kedua-dua pembantu itu saling berpandangan. Memang Aryan ada ceritakan. Kemalangan yang sebabkan majikan mereka tak pulang semalaman.

“Sefhia lagi nggak ada tempat tinggal di sini. Mau hantarin ke rumahnya, lagi jauh. Jadi Aryan pikir mendingan dia di sini aja buat sementara waktu. Mak Minah sama Pak Majid nggak kenapa-napa, kan?”

“Eh! Nak kenapa apa pulak? Ini kan rumah Tuan Aryan. Tuan berhak buat apa aje.”

“Ha. Betui, betui. Pak Majid lagi tak kisah, tuan. Asal jangan berdua, sudah na!” seloroh Pak Majid dalam gurau. Menggamit tawa yang lain.

“Kerna itu Aryan berani bawa dia pulang ke mari. Asalkan Pak Majid sama Mak Minah bisa bantu jagain dia.”

“Eh! Boleh sungguih, tuan. Untuk tuan, apapun bisa!” Pak Majid berseloroh lagi.

“Makasih, Pak Majid. Err… Mak Minah.”

“Saya, tuan.”

“Di bawah ini masih ada kamar kosongnya?”

“Ada, ada. Bilik tetamu dekat dengan bilik Mak Minah tu.”

“Mak Minah bisa bawain Sefhia ke sana nggak? Kayaknya dia lagi butuh istirahat.”

“Boleh, tuan. Boleh! Mak Minah bawakan sekarang, ya.”

Seraya Mak Minah ambil alih kerusi roda dari tangan Aryan.

“Makasih ya, Mak Minah.”

“Tak payah nak berterima kasihlah, tuan. Ni kan dah memang kerja Mak Minah.”

“Iya. Tapi harus diucapin juga, kan. Err… Pak Majid lagi ke mana-mana?”

“Saya? Tak ada, tuan.”

“Bisa nggak hantarin Aryan ke Hotel Marriot di Putrajaya? Lagi ada event jam 8.00 malam di sana.”

“Boleh, tuan. Boleh, boleh! Pak Majid pi siapkan kereta sekarang, na.”

Kedua-dua pembatu itu seraya bergerak ikut arahan.

“Oh, ya… satu hal lagi.” Aryan kembali bersuara. Langkah Pak Majid dan Mak Minah turut terhenti semula. “Pak Majid sama Mak Minah udah lupa, ya? Berapa kali udah dipesan. Jangan manggilin tuan. Aryan nggak suka.”

“Tapi tuan…,”

“Aryan udah anggap Pak Majid sama Mak Minah kayak orang tua sendiri. Jadi sepertinya kalian berdua juga harus berbuat yang sama, sih. Cukup manggilin namanya aja. Selebihnya Aryan nggak mau dengar. Titik. Sekarang Pak Majid sama Mak Minah bisa nyambung kerjanya.”

 Aryan hempas tubuh ke sofa. Dalam masa sama, mata masih terarah ke Mak Minah.

Bukan pada wanita itu sebenarnya. Tapi pada orang yang dibawa. Sejak tadi lansung tak tunjuk reaksi apa-apa. 

Malah sejak mereka jumpa semula, gadis itu seakan ingin lari dari bicara dengannya. Marah barangkali. Suka jauh sekali. Atau segan? Segan dengan keadaan diri yang begitu?

Mungkin. Mula-mula, dia culik orang. Sekarang, orang yang diculik itu pula yang selamatkannya. Nonsense. Tak pernah dibuat orang!

Itu satu hal. Kalau cakap pada orang yang Sefhia itu penculik pun, dah tentu-tentu orang takkan percaya. Muka cantik, persis orang putih. Badan tinggi, dah serupa model. Tapi boleh terjebak dengan kegiatan jenayah macam itu. Unbelievable!    
  
Aryan raup wajah. Kepala kemudian disandar ke dada sofa.

“Emerline Sefhia. Ada apa dengan kamu sebenarnya?” bisik lelaki itu penuh tanda tanya.





Saturday, May 16, 2020

CHAPTER 14 : RELAKU PUJUK






DIRINYA resah menanti diluar bilik bedah. Memikir keadaan orang yang dilanggar. Sejak malam tadi masih belum dapat sebarang khabar. Semuanya selamatkah?

Aryan mengeluh berat. Harap-harap tak ada yang serius. Kalau tak, masaklah dia. Dahlah baru kat sini. Terlibat pula dengan kes begini.

Mujur ada Wafri. Terus rakannya itu dihubungi masa kelam-kabut malam tadi. Kebetulan Wafri sedang bertugas. Apalagi… lansung dipecut keretanya ke hospital. Dan sekarang, lelaki itu masih di dalam bersama petugas-petugas lain.

Jam tangan dikerling. Hampir ke pukul 7.00 pagi. Bermakna, dah hampir enam jam dia berada di rumah sakit ini. Entah bila sesi bedah akan selesai.

         Wafri cakap kaki kiri mangsa alami fraktur atau patah. Tulang kering dan tulang betis. Jadi prosedur rawatan akan ambil masa. Itu belum lagi luka-luka sampingan lain.

Aryan sandar kepala ke dinding. Mata dipejam. Berharap dapat lelap. Sejak semalam dia belum sempat berehat. Dapat tidur sekejap pun jadilah.

“Aryan.”

Baru beberapa minit lena, telinga tangkap suara memanggilnya. Perlahan kelopak mata dibuka. Wajah yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul juga.

“Ri!” pantas Aryan bangkit. “Gimana semuanya? Udah selesai?”

“Syukur alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.”

“Patient itu gimana? Apa selamat?”

“Alhamdulillah. Dia pun okey. Cuma…,”

“Cuman apa?”

         “Dalam pemantauan rapi. Luka kat badan dia boleh tahan banyak. Plus, kepala dia alami gegaran sikit. Mungkin terhantuk kat jalan masa kau langgar malam tadi.”

Aryan terdiam. Dia akui memang agak kuat pelanggaran berlaku. Dan dia tak sempat nak elak. “Apa serius kecederaannya, Ri?”

“I can’t say any words at this moment. Still need further check-up. And fully monitoring. But, no worries… tahulah aku uruskan semuanya nanti.”

“Dia lagi di mana sekarang?”

“Masih kat dalam. Dalam satu jam nurse akan pindahkan dia ke wad.”

“Ri… lo please rawatin dia. Tentang biaya, nggak usah khawatir. Aku bakal tanggung kesemuanya.”

Wafri tak balas. Hanya renungannya melekat di wajah Aryan.

“Lo apa-apaan tenung aku sampei begitu?”

“Siapa dia, Ryan?”

“Siapa apaan?”

“Gadis tu.”

“Loh! Dia kan mangsa yang aku tabrakin.”

“I know.”

“Terus?”

         “Kau nampak risau betul.”

         Aryan tersenyum kecil. “Aku ini udah tabrakin dia, Ri. Makanya sekarang aku harus bertanggungjawab ke atas dia.”

          “Tapi selalu kau tak macam ni. Dengan perempuan pulak tu.” Nada Wafri berbaur tak puas hati.

“Ah, nggaklah. Aku biasa-biasa aja.”

“Really? Yang aku nampak sebaliknya.”

“Emangnya aku harus ekpresi gimana lagi? Harus suka, ketawa. Gitu?”

Wafri angkat kening. Bahu turut dijungkit. Entah kenapa, sukar nak percaya kata-kata rakan di depannya kali ini.

“Buat masa ni patient takkan sedar. Bius dia masih kuat. Petang atau malam mungkin. So, aku suggest kau baliklah dulu. Rest. Dari malam tadi kau tak tidur.”

Aryan diam sejenak. Kemudian angguk. “Okey. Tapi aku mau minta tolong sama lo.”

“Tolong apa?”

“Jagain gadis itu baik-baik. Jangan sampei dia kabur.”

“Dia nak lari macam mana pun. Dengan kaki patah macam tu.”

“Lo belum kenalin dia.”

Wafri makin hairan. Naluri semakin yakin ada sesuatu yang cuba Aryan sembunyikan. Namun jawapan itu takkan dia dapat sekarang.

         Poket seragam doktornya kemudian diseluk. Sebuah dompet dikeluarkan lalu dihulur pada lelaki di depan.

“Apaan ini?”

“Nurse jumpa. Dalam sling bag dia.”

Aryan sambut huluran itu. Namun ditarik Wafri semula.

“Something is going wrong right now. And you…,” Wafri meletak dompet itu ke telapak tangan Aryan. “… you better tell me what this all about, bro.”

Seraya lelaki itu atur langkah. “Remember!”

Terpinga-pinga Aryan hantar kepergian teman baiknya bersama amaran yang ditinggalkan.


***********

PERLAHAN matanya dibuka. Sedikit perit. Namun dipaksa juga. Sebaik terbuka, satu tempat asing menerpa pandangannya.

Dalam kebingungan, mata terus melilau. Ke kiri, ke kanan, ke atas. Setiap ruang bilik cuba dipastikan. Meneka di mana dia berada sekarang.

Puas teka, kepala mengingat pula apa yang jadi. Lari, langgar, jatuh. Lepas itu tak sedarkan diri. Sedar-sedar, dia dah berada kat sini.

Kali ini tubuhnya cuba digerakkan, ke posisi lebih selesa. Tapi entah kenapa kaki seakan terkunci. Pantas mata menunduk. Dan kala itu baru perasan kakinya dibaluti gips.

        Spontan dia bangkit dari katil.

        “Arghhh!”

        Terdengar suaranya mengaduh kecil. Tangan terus pegang kepala. Sakit, berdenyut, berpinar. Semua terasa serta-merta. Belum lagi sakit di kaki yang berbisa.

         “Udah sadar?”

         Sapa satu suara tiba-tiba.

         Sekali lagi dirinya terkejut. Belum reda sakit tadi, kejutan lain pula menyusul. Walau agak payah bergerak, dicari juga arah datang suara tersebut. Kiri, kanan, depan, belakang. Tapi tak ada kelibat pun muncul.

         “I’m here.”

         Suara itu menyapa lagi. Kali ini lebih jelas. Bersamarkan cahaya lampu meja, matanya menangkap satu figura sedang duduk di sofa sudut hujung kiri bilik sambil memerhatinya.

“Siapa?” soalnya. Namun tak dijawab.

        Mata terus mencari wajah yang disorok gelap. Seminit, dua minit. Akhirnya sosok itu bangun dari kerusi. Perlahan ia berjalan hampiri dinding. Suis lampu ditekan. Serentak, bilik wad tersebut menjadi terang.

        Untuk kesekian kalinya, dua pasang mata itu kembali bertentang. Aryan nyata kelihatan tenang. Namun gadis atas katil tampak tak keruan. Riaknya jelas tergamam.

“Kenapa? Terkejut?” Aryan kembali bersuara. Langkah turut diatur semula. Mendekati gadis bermata biru itu. “Nggak nyangka, kan… kita bakal ketemu sekali lagi. Dengan cara begini.”

Gadis di depan terus membisu. Sekadar renungan dilempar pada Aryan seperti selalu. Terkejut. Atau takut. Atau mungkin tak sangka dengan pertemuan tersebut. Aryan yang dah tegak di sisi katil dipandang untuk beberapa waktu.

Puas pandang, gadis itu kemudian selak selimut.

“Mau ke mana?”

          Pergerakan terhenti. Namun cuma seketika sebelum gadis tersebut bergerak kembali. Kepala yang berdenyut hanya ditahan. Kaki yang berbesi cuba untuk diturunkan.

“Kamu mau kabur?”

Pertanyaan Aryan masih tak diendah.

“Kamu pikir kamu bisa kabur dengan kondisi begini? Hmm?”

Gadis itu tetap terus dengan niatnya. Wayar di tangan mula ditanggalkan.

“Kalau kamu mau kabur, ya silakan. Tapi aku kira kamu terlupa akan sesuatu.”

Ayat Aryan menjadi kali ini. Gadis itu terkaku sekali lagi. Matanya perhati tangan Aryan seluk saku jaket.

“Kamu kenal ini? Ini kepunyaan kamu, bukan? Kira-kira apa ya udah aku temuin di dalamnya?”

           Dompet ditangan terus dibuka. Kad berwarna biru muda diambil lalu disua.

“Ini…  I/C kamu. Iya, kan? Coba dibayangin apa yang bakalin terjadi sekiranya kartu ini sampei ke tangan polisi?” soal Aryan pada gadis itu.

            Soalan yang berbaur ugutan. Dan seperti biasa, hanya sebuah renungan yang diterimanya. Renungan yang kian tajam.

“Sekarang gimana? Tetap ingin kabur? Ya, ayuh! Silakan! Aku nggak akan melarang. Tapi selangkah kamu keluar dari kamar wad ini, aku nggak akan teragak-agak untuk hantarin kamu terus ke kantor polisi. Biar mereka tau siapa kamu sebenarnya! Biarin kamu dimasukin penjara! Sampai tua! Jadi sekarang kamu milih… mau terperuk di dalam tirai besi sana, atau tetap terus di sini?”

Bening biru itu kian cerun tenung Aryan. Namun marahnya tak dapat diluah. Silap tingkah, dirinya yang terima padah. Genggaman erat dilepas pada selimut sebelum ia ditarik kasar menutupi semula tubuh.

         “Tau takut kamu juga, kan? Jadi jangan macem-macem sama aku!”

  Aryan bersuara lantang. Sedar dirinya dah menang.

        “I/C kamu, aku pegang. Sekali lagi kamu coba-coba untuk kabur, I/C ini bakal aku kasi ke polisi terus!”

Lelaki itu terus mengugut. Nak tengok reaksi gadis yang dah baring balik atas katil sambil berselimut. Tapi nampaknya tak bersambut.

        Hujung bibir Aryan tersenyum. Puas hati!

        Pandangan beralih semula pada kad biru muda ditangan. Sejenak, kad itu dibelek dan ditatap.

“Emerline Sefhia. Jadi ini nama kamu?”
Aryan bertanya, walau tahu gadis di depan takkan bersuara.

        “Namanya bagus sekali. Tapi orangnya kok jadi kayak gini?”

Makin laju turun naik nafas sosok atas tilam. Mata dipejam. Cuba tahan rasa marah yang kian bergelodak dalam perasaan.





Monday, May 11, 2020

CHAPTER 13 : RELAKU PUJUK







SUASANA malam itu sibuk seperti kebiasaan. Dengan orang ramai berkeliaran segenap tempat. Dengan kakitangan sibuk lakukan tugas. Itu belum lagi bunyi pengumuman yang tak henti-henti dibuat. Ibaratnya, KLIA ini tak pernah tidur walau sesaat. Walhal, di lapangan terbang manapun. 

            “Gimana, Ryan?” soal Ibu Dian sebaik Aryan selesai urusan di kaunter pertanyaan.

            “Petugas itu bilang penerbangan ke Jakarta lagi ditunda ke jam 11.00 malam.”

            “Asik! Lagi satu jam kita harus nungguin, mas.”

          “Namanya juga naik pesawat, dong. Tunda penerbangan itu udah satu kebiasaan,” bicara Pak Aryawan.

         “Ya nggak apa-apa, kok. Kalau harus nungguin, ya dinungguin aja. Usah ditunda sampei ke subuh esok, ya udah!” seloroh Ibu Dian. Buat tawa suami dan anaknya berderai.
        
            Ikut jadual, patut dia dan Pak Aryawan dah selamat berangkat ke Jakarta siang tadi. Tapi kerana suaminya terpaksa hadir satu mesyuarat penting, penerbangan mereka ditukar ke sebelah malam.

Nasib baik ada tiket. Tapi ini pun ditunda lagi. Elok-elok pukul 10.00 malam. Sekarang dah anjak ke jam 11.00. 

           “Nggak apalah, ma. Pokoknya mama sama baba selamat sampeinya. Kalian mau makan? Atau minum? Aryan beliin.”

            “Nggak mau. Masih kenyang. Mas mau apa-apa?”

        Pak Aryawan geleng kepala. Sambil leka tatap buku di tangan. Satu tabiat yang dah sebati dengan jiwa. Pantang ada masa terluang, buku pasti setia meneman. Tak kira di mana-mana. Apapun keadaannya.      

        Aryan ambil tempat di sisi Ibu Dian. Telefon dalam saku jaket turut dikeluarkan. Dibelek sebentar untuk mengisi waktu yang ada.

            “Aryan.”

            “Hmm?”

            “Kamu baik-baik aja, kan?”

            “Mama kok nanya begitu, sih?”

            “Dari tadi mama lihat kamu lagi diam. Kamu sedih?”

            “Sedih ngapain?”

            “Nggak bisa ikutin pulang. Siapa tahu.”

            Hujung bibir Aryan tersungging.

“Sesedih apapun Aryan rasakan… tetap nggak bisa ikutin mama sama baba, kan?”

            “Bagus kalau kamu tau itu.”

        Kali ini Aryan tergelak. “Usah khawatirlah, ma. Aryan baik-abaik aja. Cuman lagi capek,” ujarnya.

         “Nah… tadi kan kami udah mau dihantarin sama Pak Majidnya. Tapi kamu yang degil mau hantarin juga. Sekarang udah reportin kamu, kan!”

            “Mama ngapain ngomongnya begitu, sih. Kalian nggak pernah repotin sama sekali, ah. Inikan udah menjadi tanggujawabku sebagai anak. Lagi pula, Pak Majid udah kecapekan deh seharian urusin baba. Biarin dia istirahat.”

            “Ya sama seperti kamu juga, kan? Seharian terus di kantor lakuin kerjaan.”

            Aryan terdiam.

Memang dia agak penat. Sehari suntuk siapkan tugas pejabat. Walaupun hari ini hari Sabtu. Kalau dibawa ke minggu depan alamat makin banyak nanti kerja yang tertangguh.

            “Ya, udah. Kamu pulang dulu aja sana. Istirahat. Biar mama sama baba aja nungguin di sini.”

            “Nggak. Aryan nggak akan pulang. Selagi pesawat kalian belum terbang. Biarinlah sampei ke subuh harus nungguin. Aryan akan tetap di sini. Kalau harus ketiduran di sini juga ya nggak kenapa-napa, sih.”

      “Loh! Ini anak! Ngomongnya jangan yang macem-macem, ah! Kayak diminta-minta ini mulutnya! Isk!” tingkah Ibu Dian. Serentak mulut anak lelakinya ditampar-tampar. Terhambur sekali lagi gelak Aryan.

            “Ya udah, deh. Segalanya kan udah terjadi. Nggak ada apa yang harus dikesali. Siapa tau punya hikmah di balik semua ini,” Pak Aryawan mencelah tiba-tiba.

“Hikmah apaan?”

“Ya baba juga nggak tau, sih. Jika bukan buat baba sama mama, pasti buat kamu. Barangkali saat perjalanan pulang kamu nanti.”

            Aryan pandang babanya. Dalam lirikan, dia cari erti kata yang dilontar. Nak percaya entah tak. Tapi dia akui, ketenangannya sedikit berkocak.

           Hampir satu jam tunggu, penerbangan ke Jakarta akhirnya selamat diumum.

      “Baba sama mama berangkat dulu, Ryan. Jaga diri kamu baik-baik. Armaya juga. Segala kebergantungan ada pada kamu selama ketiadaan baba. Ingat!”

           “Insya-ALLAH, ba. Baba sama mama juga jaga dirinya. Kirim salam buat semuanya di sana.”

           Salam dan dakapan iringi perpisahan. Aryan tenung sayu kepergian orang tuanya. Bak memberitahu agar dirinya dibawa bersama. Namun, ia cuma terlahir jauh di sudut jiwa. Sejauh langkah Pak Aryawan dan Ibu Dian yang makin lenyap dari pandangan mata.


**********

KERETA berwarna night blue itu meluncur tenang dalam gelap malam. Keadaan lebuhraya juga sudah beransur lengang. Namun masih tetap ‘hidup’ dengan cahaya dari kenderaan dan lampu jalan.

          Aryan terus leka memandu. Setengah jam baru berlalu. Tapi macam dah setengah bulan dia berpisah dengan baba dan mamanya.

         Satu keluhan dilepaskan. Ikut hati nak saja dia patah balik ke KLIA, ambil tiket dan ikut terbang ke Jakarta. Rasa rindu pada datuk dan neneknya dah menebal. Tapi pesanan Pak Aryawan pantas datang menepis niatnya.

 Hmmhh.

             Sekali lagi lelaki itu mengeluh.

            Timbul rasa sesal tak pulang kampung halaman dulu sebelum datang ke Malaysia. Sekarang, dia yang merana. Dengan jawatan CEO yang dipegang. Memang susahlah lepas ini dia nak menghilang.

            “Rasain lo, Aryan. Mau nyesal udah nggak ada guna!” ngomelnya sendirian.

Malas nak layan perasaan, tangan terus tekan punat radio. Volume dikuatkan. Biarkan halwa mendengar lagu-lagu diputarkan. Moga dapat redakan rasa sebal. Walau hampir semua lagu agak asing buatnya, dia cuma layankan.

Dalam telinga melayan lagu yang berkumandang, perut Aryan terasa turut sama berdendang riang. Baru sedar yang dia belum jamah apa-apa sejak siang. Pulang dari pejabat maghrib tadi, dia terus siap-siap untuk hantar orang tuanya ke lapangan terbang.

            Aryan pandang jam dashboard. Dah hampir pukul 12.00 tengah malam. Mak Minah mungkin dah tidur. Kesian pula nak kejutkan suruh sediakan makanan.

          Lelaki itu berkira-kira dalam hati. Mahu pulang makan di rumah, atau singgah saja di mana-mana restoran. Paling tak pun kedai makanan segera. Alang-alang dia dah kat luar. Dapat alas perut sikit pun jadilah.

            Tak fikir panjang, Aryan terus menghala ke pusat bandar. Cari tempat makan yang masih dibuka lewat malam. Dari jauh mata sudah nampak papan tanda ‘MacDonald’.

“Ya MacD pun bisalah. Dari perutku terus berkeroncong ini malem.”

            Kereta terus belok masuk ke kawasan deretan bangunan. Perlahan ia menyusur ke arah restoran makanan segera itu di bahagian paling hujung.

             Gggrrr.

           Getaran telefon bersama deringan kejutkan Aryan tiba-tiba. Apalagi… kelam-kabut lelaki itu seluk jaket. Kut-kut panggilan kecemasan dari orang tuanya. Siapa lagi yang nak telefon lewat-lewat malam macam ini?

            Srreeettttt!!!

            Belum sempat mata tengok skrin telefon, kaki Aryan lebih pantas bagi reaksi. Sekuat hati pedal brek ditekan hingga tayar kereta nyaring berbunyi.

            Dum!!!

            Aryan terlambat berhenti. Bahagian depan Audi RS5 miliknya lebih dulu langgar sesuatu tanpa dia sedari.

            “Astaghfirullahalazim!”

          Lelaki itu tergamam. Wajahnya pucat. Lututnya longlai. Tubuhnya menggeletar. Otak seakan ter’stop’ dari berfungsi sebentar.

            “Ya ALLAH… apa yang telah aku lakuin?!”

         Dalam rasa takut yang memuncak, Aryan beranikan diri lihat ke depan. Jelas, sekujur tubuh sudah tertiarap kaku atas jalan.

            ‘Apa dia masih hidup lagi?’ desisnya.

         Pintu kereta dan-dan itu dibuka. Kaki yang masih lemah segera diatur keluar. Menghampiri sosok tersebut.

Dengan tangan terketar-ketar, Aryan angkat tubuh itu ke ribanya. Rambut yang menutup wajah, perlahan-lahan diseka.

            Sekali lagi lelaki itu terpana. Cuak, terkejut, terkesima. Segalanya datang bertindan serta-merta.

            Benarkah???

            Dan saat itu dia rasakan nafasnya benar-benar di hujung kepala!