Saturday, May 16, 2020

CHAPTER 14 : RELAKU PUJUK






DIRINYA resah menanti diluar bilik bedah. Memikir keadaan orang yang dilanggar. Sejak malam tadi masih belum dapat sebarang khabar. Semuanya selamatkah?

Aryan mengeluh berat. Harap-harap tak ada yang serius. Kalau tak, masaklah dia. Dahlah baru kat sini. Terlibat pula dengan kes begini.

Mujur ada Wafri. Terus rakannya itu dihubungi masa kelam-kabut malam tadi. Kebetulan Wafri sedang bertugas. Apalagi… lansung dipecut keretanya ke hospital. Dan sekarang, lelaki itu masih di dalam bersama petugas-petugas lain.

Jam tangan dikerling. Hampir ke pukul 7.00 pagi. Bermakna, dah hampir enam jam dia berada di rumah sakit ini. Entah bila sesi bedah akan selesai.

         Wafri cakap kaki kiri mangsa alami fraktur atau patah. Tulang kering dan tulang betis. Jadi prosedur rawatan akan ambil masa. Itu belum lagi luka-luka sampingan lain.

Aryan sandar kepala ke dinding. Mata dipejam. Berharap dapat lelap. Sejak semalam dia belum sempat berehat. Dapat tidur sekejap pun jadilah.

“Aryan.”

Baru beberapa minit lena, telinga tangkap suara memanggilnya. Perlahan kelopak mata dibuka. Wajah yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul juga.

“Ri!” pantas Aryan bangkit. “Gimana semuanya? Udah selesai?”

“Syukur alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.”

“Patient itu gimana? Apa selamat?”

“Alhamdulillah. Dia pun okey. Cuma…,”

“Cuman apa?”

         “Dalam pemantauan rapi. Luka kat badan dia boleh tahan banyak. Plus, kepala dia alami gegaran sikit. Mungkin terhantuk kat jalan masa kau langgar malam tadi.”

Aryan terdiam. Dia akui memang agak kuat pelanggaran berlaku. Dan dia tak sempat nak elak. “Apa serius kecederaannya, Ri?”

“I can’t say any words at this moment. Still need further check-up. And fully monitoring. But, no worries… tahulah aku uruskan semuanya nanti.”

“Dia lagi di mana sekarang?”

“Masih kat dalam. Dalam satu jam nurse akan pindahkan dia ke wad.”

“Ri… lo please rawatin dia. Tentang biaya, nggak usah khawatir. Aku bakal tanggung kesemuanya.”

Wafri tak balas. Hanya renungannya melekat di wajah Aryan.

“Lo apa-apaan tenung aku sampei begitu?”

“Siapa dia, Ryan?”

“Siapa apaan?”

“Gadis tu.”

“Loh! Dia kan mangsa yang aku tabrakin.”

“I know.”

“Terus?”

         “Kau nampak risau betul.”

         Aryan tersenyum kecil. “Aku ini udah tabrakin dia, Ri. Makanya sekarang aku harus bertanggungjawab ke atas dia.”

          “Tapi selalu kau tak macam ni. Dengan perempuan pulak tu.” Nada Wafri berbaur tak puas hati.

“Ah, nggaklah. Aku biasa-biasa aja.”

“Really? Yang aku nampak sebaliknya.”

“Emangnya aku harus ekpresi gimana lagi? Harus suka, ketawa. Gitu?”

Wafri angkat kening. Bahu turut dijungkit. Entah kenapa, sukar nak percaya kata-kata rakan di depannya kali ini.

“Buat masa ni patient takkan sedar. Bius dia masih kuat. Petang atau malam mungkin. So, aku suggest kau baliklah dulu. Rest. Dari malam tadi kau tak tidur.”

Aryan diam sejenak. Kemudian angguk. “Okey. Tapi aku mau minta tolong sama lo.”

“Tolong apa?”

“Jagain gadis itu baik-baik. Jangan sampei dia kabur.”

“Dia nak lari macam mana pun. Dengan kaki patah macam tu.”

“Lo belum kenalin dia.”

Wafri makin hairan. Naluri semakin yakin ada sesuatu yang cuba Aryan sembunyikan. Namun jawapan itu takkan dia dapat sekarang.

         Poket seragam doktornya kemudian diseluk. Sebuah dompet dikeluarkan lalu dihulur pada lelaki di depan.

“Apaan ini?”

“Nurse jumpa. Dalam sling bag dia.”

Aryan sambut huluran itu. Namun ditarik Wafri semula.

“Something is going wrong right now. And you…,” Wafri meletak dompet itu ke telapak tangan Aryan. “… you better tell me what this all about, bro.”

Seraya lelaki itu atur langkah. “Remember!”

Terpinga-pinga Aryan hantar kepergian teman baiknya bersama amaran yang ditinggalkan.


***********

PERLAHAN matanya dibuka. Sedikit perit. Namun dipaksa juga. Sebaik terbuka, satu tempat asing menerpa pandangannya.

Dalam kebingungan, mata terus melilau. Ke kiri, ke kanan, ke atas. Setiap ruang bilik cuba dipastikan. Meneka di mana dia berada sekarang.

Puas teka, kepala mengingat pula apa yang jadi. Lari, langgar, jatuh. Lepas itu tak sedarkan diri. Sedar-sedar, dia dah berada kat sini.

Kali ini tubuhnya cuba digerakkan, ke posisi lebih selesa. Tapi entah kenapa kaki seakan terkunci. Pantas mata menunduk. Dan kala itu baru perasan kakinya dibaluti gips.

        Spontan dia bangkit dari katil.

        “Arghhh!”

        Terdengar suaranya mengaduh kecil. Tangan terus pegang kepala. Sakit, berdenyut, berpinar. Semua terasa serta-merta. Belum lagi sakit di kaki yang berbisa.

         “Udah sadar?”

         Sapa satu suara tiba-tiba.

         Sekali lagi dirinya terkejut. Belum reda sakit tadi, kejutan lain pula menyusul. Walau agak payah bergerak, dicari juga arah datang suara tersebut. Kiri, kanan, depan, belakang. Tapi tak ada kelibat pun muncul.

         “I’m here.”

         Suara itu menyapa lagi. Kali ini lebih jelas. Bersamarkan cahaya lampu meja, matanya menangkap satu figura sedang duduk di sofa sudut hujung kiri bilik sambil memerhatinya.

“Siapa?” soalnya. Namun tak dijawab.

        Mata terus mencari wajah yang disorok gelap. Seminit, dua minit. Akhirnya sosok itu bangun dari kerusi. Perlahan ia berjalan hampiri dinding. Suis lampu ditekan. Serentak, bilik wad tersebut menjadi terang.

        Untuk kesekian kalinya, dua pasang mata itu kembali bertentang. Aryan nyata kelihatan tenang. Namun gadis atas katil tampak tak keruan. Riaknya jelas tergamam.

“Kenapa? Terkejut?” Aryan kembali bersuara. Langkah turut diatur semula. Mendekati gadis bermata biru itu. “Nggak nyangka, kan… kita bakal ketemu sekali lagi. Dengan cara begini.”

Gadis di depan terus membisu. Sekadar renungan dilempar pada Aryan seperti selalu. Terkejut. Atau takut. Atau mungkin tak sangka dengan pertemuan tersebut. Aryan yang dah tegak di sisi katil dipandang untuk beberapa waktu.

Puas pandang, gadis itu kemudian selak selimut.

“Mau ke mana?”

          Pergerakan terhenti. Namun cuma seketika sebelum gadis tersebut bergerak kembali. Kepala yang berdenyut hanya ditahan. Kaki yang berbesi cuba untuk diturunkan.

“Kamu mau kabur?”

Pertanyaan Aryan masih tak diendah.

“Kamu pikir kamu bisa kabur dengan kondisi begini? Hmm?”

Gadis itu tetap terus dengan niatnya. Wayar di tangan mula ditanggalkan.

“Kalau kamu mau kabur, ya silakan. Tapi aku kira kamu terlupa akan sesuatu.”

Ayat Aryan menjadi kali ini. Gadis itu terkaku sekali lagi. Matanya perhati tangan Aryan seluk saku jaket.

“Kamu kenal ini? Ini kepunyaan kamu, bukan? Kira-kira apa ya udah aku temuin di dalamnya?”

           Dompet ditangan terus dibuka. Kad berwarna biru muda diambil lalu disua.

“Ini…  I/C kamu. Iya, kan? Coba dibayangin apa yang bakalin terjadi sekiranya kartu ini sampei ke tangan polisi?” soal Aryan pada gadis itu.

            Soalan yang berbaur ugutan. Dan seperti biasa, hanya sebuah renungan yang diterimanya. Renungan yang kian tajam.

“Sekarang gimana? Tetap ingin kabur? Ya, ayuh! Silakan! Aku nggak akan melarang. Tapi selangkah kamu keluar dari kamar wad ini, aku nggak akan teragak-agak untuk hantarin kamu terus ke kantor polisi. Biar mereka tau siapa kamu sebenarnya! Biarin kamu dimasukin penjara! Sampai tua! Jadi sekarang kamu milih… mau terperuk di dalam tirai besi sana, atau tetap terus di sini?”

Bening biru itu kian cerun tenung Aryan. Namun marahnya tak dapat diluah. Silap tingkah, dirinya yang terima padah. Genggaman erat dilepas pada selimut sebelum ia ditarik kasar menutupi semula tubuh.

         “Tau takut kamu juga, kan? Jadi jangan macem-macem sama aku!”

  Aryan bersuara lantang. Sedar dirinya dah menang.

        “I/C kamu, aku pegang. Sekali lagi kamu coba-coba untuk kabur, I/C ini bakal aku kasi ke polisi terus!”

Lelaki itu terus mengugut. Nak tengok reaksi gadis yang dah baring balik atas katil sambil berselimut. Tapi nampaknya tak bersambut.

        Hujung bibir Aryan tersenyum. Puas hati!

        Pandangan beralih semula pada kad biru muda ditangan. Sejenak, kad itu dibelek dan ditatap.

“Emerline Sefhia. Jadi ini nama kamu?”
Aryan bertanya, walau tahu gadis di depan takkan bersuara.

        “Namanya bagus sekali. Tapi orangnya kok jadi kayak gini?”

Makin laju turun naik nafas sosok atas tilam. Mata dipejam. Cuba tahan rasa marah yang kian bergelodak dalam perasaan.





No comments: