“S
|
“Alright... ladies
and gentleman. Saya nak maklumkan tentang satu tugasan luar yang anda semua
akan terlibat.” Tengku Hafiy memulakan taklimatnya.
“Tugasan luar? Ke
mana, Tengku?” soal Henry, salah seorang jurutera syarikat.
“Anda
semua diarahkan untuk melawat tapak projek pembinaan hotel lima bintang di
Johor Bahru. It’s emergency. Saya baru terima berita yang mengatakan ada
sedikit masalah dengan projek tu. Isn’t it... Saiful, Hazman?”
“Yes,
Tengku!” akui Encik Saiful. Encik Hazman memberi anggukkan.
Encik Saiful selaku
ketua jurutera Haiyan sementara Encik Hazman merupakan ketua arkitek syarikat.
Dua insan yang bertanggungjawab memantau segala projek-projek Haiyan.
“For your
information, pembinaan fasa ketiga projek ada sedikit masalah yang mana ia
telah ditimbulkan oleh salah seorang pegawai kita di sana. Beliau sudah pecah
amanah pada wang syarikat. Akibatnya, bangunan fasa ketiga yang sudah dua puluh
lima peratus siap mengalami keretakan dan sebahagiannya telah runtuh semalam.”
Tergamam,
terkesima, terkejut. Seisi bilik mesyuarat semerta berubah raut.
“Terkejut? Saya
sendiri tak percaya bila dapat berita ni pagi tadi. Tapi nak tak nak, kena
percaya juga. Sebab itu kamu semua telah diarahkan oleh Tengku Haiyan untuk
pergi ke sana. Siasat dan selesaikan segala masalah yang timbul secepatnya.
Kita dah tak banyak masa, guys. Projek perlu siap mengikut tempoh yang
dah ditetapkan.”
“Bila kami kena
pergi, Tengku? Dan, berapa hari?” soal Encik Naufal.
“Esok. Berapa hari,
saya tak pastilah. Bergantung pada keadaan. Kalau semua masalah cepat
diselesaikan, cepatlah kamu balik. Tapi kamu pun kena hadir seminar penting di
Melaka hujung minggu ni, kan?”
Encik Naufal
mengangguk.
“Okey, beliau
dikecualikan. Jadi, Kak Faridah dan Irish yang akan follow Tengku Harrys
ke sana untuk handle berkenaan kos projek. Encik Saiful, Encik Hazman
dan Mr. Henry... macam biasalah. Kalau bangunan tu sampai dah runtuh, memang
banyaklah yang kena selesaikan regarding the materials and suppliers.
Setakat ni ada apa-apa masalah?”
“Tak ada, Tengku.”
“Harrys?”
“Yes.”
“Kali ni abang tak
ikut. Ada mesyuarat penting dengan Kementerian. Jadi, abang letak sepenuhnya
tanggungjawab pada kau sebagai leader. Jaga staf sebaiknya sepanjang kat
sana. Make sure everything could be solved and the project is running
smoothly as usual.”
“Insya-ALLAH.” balas Tengku Harrys tenang.
“Itu saja yang saya
nak maklumkan. Semua boleh bersurai. Harap semua urusan berjalan lancar
sepanjang kamu semua berada di sana.”
Tengku Hafiy
mengakhiri taklimat. Seorang demi seorang keluar, meninggalkan dia dan Tengku
Harrys berdua di situ.
“Tengah hari ni kau lunch
dengan siapa?”
“Seorang.”
“Jom lunch
dengan abang. Abang pun tak ada appointment tengah hari ni.”
Tengku Harrys bangkit
dari duduknya. “See you this afternoon.”
Figura tinggi itu langsung menapak keluar dari bilik mesyuarat berkenaan.
TEPAT jam 1.00 petang, kelibat Tengku Hafiy terpacul di
muka pintu bilik adiknya. Lelaki itu masih leka menghadap skrin komputer
melakukan kerja.
“Jom, Rys. Abang dah lapar dah ni!”
Tengku Harrys bingkas bangun. Kunci kereta dicapai. “I’ll drive. Makan kat mana?” “Mana-mana ajelah. Janji perut boleh isi.”
Lantas pemanduan menghala
ke sebuah restoran Melayu yang menyediakan masakan kampung. Lapan tahun di bumi
asing, tekak sudah jemu dengan makanan barat. Waktu untuk dia kembali semula
pada asal-usul keturunan.
“Adat resam orang
Melayu jangan dilupakan. Walau jauh mana bumi asing dijelajah.”
Antara kata-kata
pesanan Tengku Haiyan yang teguh tersemat mereka adik-beradik. Tidak mahu
anak-anaknya hanyut dengan cara dan budaya luar. Pergilah ke mana sahaja mahu
pergi. Adat dan budaya sebagai orang Melayu serta ajaran Islam jangan
sekali-kali dibuang. Harus sentiasa dipegang!
“Boleh
abang tanya sikit?” soalan Tengku Hafiy memecah kesunyian.
“Tanya
ajelah.”
“Hati
kau masih belum terbuka lagi ke?”
“Terbuka?
Untuk apa?”
“Perempuan.”
Laju saja ayat itu
meluncur keluar. Rasanya sudah tiba masa untuk dia menyelami hati gerangan di
sebelah. Pusing kepala memikirkan, lebih-lebih lagi bila Tengku Dafina sering menyuruh
agar dia berbincang dengan adiknya berkenaan hal ini.
Seperti biasa... Tengku
Harrys hanya menyepikan diri.
“Bila lagi, Rys?”
“Nantilah.”
“Nanti tu sampai
bila? Umur kau dah 29 tahun. Nak kata poket kosong, rasanya poket kau lagi
tebal dari abang dengan kerja kat UK tu. Petik jari aje boleh beli semuanya.
Dulu bolehlah bagi alasan nak fokus pada career. Sekarang... takkan nak
guna alasan yang sama? Lagi-lagi dengan mama. Ni... telinga abang ni yang penat
kena leter sebabkan kau, tahu?!”
Tak
semena ketawa Tengku Harrys terhambur.
“Tengok?
Orang cakap dia ketawa pula! Kat UK dulu takkan tak jumpa sesiapa?”
“Tak
berminat.”
“Habis
tu... sampai bila-bila pun takkan jumpalah kalau macam tu!”
“Nantilah, bang.
Kalau ada jodoh, adalah. Insya-ALLAH.”
Deras
Tengku Hafiy menoleh. “Dah ada ke?”
“Apa yang dah ada?”
“Calonlah.
Bunyi macam dah ada aje!”
Tengku Harrys menyimpul
senyuman. Soalan dibiar berlalu tanpa sebarang balasan.
“Hermm...
kalau dah ada, baguslah. Tak adalah kau dengan abang sekali kena berleter
dengan mama lagi! Tapi, kalau belum ada...,” Ayat Tengku Hafiy terhenti.
“Kenapa
kalau belum ada?” Tengku Harrys menjeling sekilas abangnya.
“Siap-siap ajelah. Mama tu dah get ready nak carikan calon isteri untuk kau!”
![]() |
SURAH Yasin ditutup perlahan. Doa seiring dititipkan
melengkapi bacaan. Memohon pada Yang Esa agar dipermudahkan segala urusan hidup
di dunia dan akhirat. Dan, semoga hidup ahli keluarganya sentiasa dilimpahi
rahmat serta dalam keberkatan.
Seketika, gadis itu
duduk berteleku di atas tikar sejadah. Merenung jauh masa depan yang bakal
ditempuh. Seperti apa akan kesudahannya kelak?
Sebuah keluhan gundah
sudahnya dilepaskan.
Irish bangkit. Telekung
dan sejadah kembali disidai. Duduk kemudian berpanggung di birai katil. Bagasi
sederhana besar atas katil direnung sepi.
Esok dia sudah mahu
berangkat ke Johor Bahru. Namun, satu apa pun belum dikemas. Entah mengapa kali
ini hati terasa berat untuk pergi. Walhal bukan dia tak biasa dengan kerja luar
seperti ini. Tapi disebabkan lelaki itu...
Tengku Harrys.
Menyebut nama sahaja serasa
ingin tercabut jantung dari aortanya. Itu belum lagi renungan tajam setiap kali
mereka bertemu. Dapat dirasakan bara kemarahan lelaki itu dari setiap panah
pandangan.
“Kenapalah dia yang
aku langgar? Dalam ramai-ramai lelaki kat Malaysia ni, kenapa mesti dia?
Tengoklah sekarang... daripada tak ada musuh, tiba-tiba ada orang yang tak
senang dengan kau kat syarikat tu. Padan dengan muka kau, Irish. Padan!
Padannn!” Irish menampar-nampar pipinya melepas geram.
Bagasi di hadapan
dipandang kembali. Nak tak nak terpaksa juga dia pergi. Satu arahan yang tidak
mungkin dapat dibantah.
Dalam longlai, kaki
melangkah menuju ke almari pakaian. Segala barang dan keperluan mula dikemas. Untuk
beberapa hari, dia sendiri tidak pasti.
“Harap-harap tak lamalah.
Kalau tak, boleh menangis macam ni! Aduhhh... kenapalah susah hati betul ni??!”
Tangannya yang sedang
melipat baju langsung terhenti. Dadanya disentuh. Dapat dirasakan degup jantung
bergerak laju.
“Tak ada apalah kut.
Jangan fikir bukan-bukan, Irish!”
Dahinya ditepuk kali
ini. Selesai semua, zip luggage ditutup.
“Ya ALLAH,
minta-mintalah Tengku Harrys baik hati kali ni. Tak ada nak buli-buli aku kat
sana nanti. Amin!”
Jarum dinding dikerling.
Menjelang 9.30 malam. Masih awal lagi.
Komputer riba dibuka,
menyiapkan sedikit tugasan lantaran tidak akan masuk pejabat untuk beberapa
hari. Sekurang-kurangnya bila pulang nanti tak banyak kerja tertangguh.
Ting!
Tetingkap Yahoo
Messenger berbunyi.
Nazmi Jauhari :
Assalamualaikum.. Hai cutie! Apa khabar di sana?
Irish Izz :
Waalaikumussalam. Hai Nazmi! Baik-baik saja.. Awak?
Nazmi Jauhari :
Saya pun okey.. What’s up, girl?
Irish Izz :
Macam biasa je.. Sibuk sikit dengan kerja.. How about you?
Nazmi Jauhari :
Saya tengah final exam sekarang.. So, tengah study ni..
Irish Izz :
Tengah study? Tapi sempat hadap messenger lagi?
Nazmi Jauhari :
Sambil-sambil.. Bosan la asyik hadap buku 24 jam.. Kalau macam ni, dapat relaks sikit.. Lagi-lagi dapat chatting dengan awak..
Irish Izz : Yalah
awak tu.. So, bila habis exam? Dan, bila balik Brunei?
Nazmi Jauhari :
Insya-ALLAH dalam akhir bulan ni.. But next two weeks after that baru balik
Brunei sebab nak round-round dulu dengan kawan-kawan kat sini..
Irish Izz : Ai!
Inda rindu sama buah hati ke balik lambat?
Nazmi Jauhari :
Inda la.. Rindu jua.. Tapi lepas ni boleh jumpa terus! You know what? Satu hari
saya nak kenalkan awak pada dia.. Dan, dia pun teringin jumpa awak..
Irish Izz : Hmm?
Dia kenal saya?
Nazmi Jauhari :
Yup! Saya ada cerita tentang awak pada dia..
Irish Izz : Dia
tak marah?
Nazmi Jauhari :
Inda payah risau la! Dia sangat-sangat sporting.. Irish, saya harap masa tu
awak juga sudah jumpa pengganti..
Irish terdiam. Tak
tahu apa yang harus dibalaskan. Rasa sebak tak semena bertandang.
Irish Izz : Insya-ALLAH. Doakan saya..
Nazmi Jauhari :
Saya selalu doakan yang terbaik untuk awak, Rish.. Harap awak bertemu jodoh
yang lebih baik suatu hari nanti.. Kuatkan semangat!
Irish Izz :
Thanks, Nazmi..
Nazmi Jauhari :
Most welcome..Okeylah, saya tak nak kacau awak lama-lama.. Next time kita borak
lagi.. Atau mungkin masa tu kita borak face to face, siapa tahu? Awak jaga diri
elok-elok.. Apa-apa masalah, terus cari saya.. Bye, sweet girl!
Irish tergelak
sendiri. Tahu saja Nazmi mahu membuatnya ketawa.
Selesai kerja, tubuh direbahkan
ke tilam. Bagaimana dia harus menempuh hari yang bakal menjelang esok
mengenangkan Tengku Harrys sentiasa ada bersama.
Mampukan dia?
Bagai
terbayang-bayang renungan tajam lelaki itu padanya. Mujur Kak Faridah turut
serta. Kalau tidak, nahas dia kalau berdua saja!
“Isk!”
Gadis itu raup wajah.
Membuang segala resah gelisah yang menjengah. Pelupuk mata dipaksa pejam. Dan,
entah bila dia sudah terlena kala malam merangkak pergi dari semesta.



No comments:
Post a Comment