“ Z
|
“Adalah dalam sepuluh
minit macam tu.”
“Sorrylah aku
lambat. Jalan jammed. Hujung minggu, kan. Dah order belum?”
“Dah. Kau punya pun
aku dah orderkan sekali. Our favourite foods here!”
“Yeah! That’s why
you’re my best friend, bro!” Tengku Hafiy menyua buku limanya, lalu bertemu
dengan buku lima Izzul. Kaca mata hitamnya ditanggalkan.
“Apahal kau nak jumpa
aku ni, Fiy? Tiba-tiba aje.”
“Saja. Lagipun, dah
lama kita tak lepak-lepak macam ni. Hilang sikit sunyi aku.”
“Ha, tulah! Aku suruh
kahwin cepat-cepat, tak nak. Nak ke mana-mana, ada teman. Hujung minggu pun ada
orang nak dipandang, dilayan. Tak adalah sunyi macam sekarang. Tengok... aku juga
yang kena layan sunyi kau tu, kan?”
Gelak Tengku Hafiy terjurai.
“Bukan tak nak, bro. Cuma belum tiba masa lagi. Tapi, since kau
dah cakap macam ni... aku rasa dah sampai masanya kut.”
“Hah! Bila?”
“Tengoklah.
Kalau tak ada aral melintang dalam tahun ni kut. Insya-ALLAH.”
“Serius?
Alhamdulillah. Cepat dari sangkaan aku!” ucap Izzul teruja.
Siapa yang tidak
gembira bila rakan baik akan berkahwin dan punya teman hidup untuk menjaga
hingga ke hari tua. Waktu dia sampaikan hasrat ini dulu, Tengku Hafiylah orang
yang paling gembira.
Tapi sayang, lelaki
itu tiada di sini sewaktu dia melangsungkan hari bahagia lantaran peperiksaan
tahun akhir yang sedang dihadapi di England ketika itu.
“Baguslah kalau kau
dah terfikir ke arah tu. Kau pun dah lama ikat Helena. By the way, apa
yang buat kau tiba-tiba terbuka hati nak kahwin ni? Selalu ada aje alasan kau
bagi, kan?”
“Dah
sampai seru kut! Lagipun, adik aku yang seorang tu dah balik.”
“Adik
kau dah balik? Bila?”
“Dah seminggu. Tapi
kali ni, balik terus. Nak tolong aku urus Haiyan pula katanya. ”
“Maksud kau... dia
dah tak nak duduk London lagi?”
“Macam itulah nampak
gayanya. Cuma, dia nak rehat dulu. Nak biasakan diri dengan keadaan kat sini.
Bila dah okey, baru masuk ofis. So, since dia dah ada kat sini... lega
sikitlah aku. Hati pun lapang nak fikir fasal kahwin.”
Izzul tenang
mendengar cerita rakannya sambil menjamah fish and chip serta jus oren depan
mata.
“Eh, sebelum
lupa! Aku nak jumpa kau ni pun sebab nak sampaikan pesan mama aku.”
“Pesan?
Pesan apa?”
“Hujung minggu depan
orang tua aku nak buat majlis sikit. Raikan adik aku balik sekali dengan hari
jadi anak Kak Leen. Lagi satu... yang ni pun mama aku asyik pesan. Bawa Irish
sekali. Takut betul dia kalau aku lupa sampaikan!”
“Insya-ALLAH.
Kalau tak ada apa-apa, sampailah aku nanti.”
“Jangan
cakap aje, Zul. Make sure kau datang. Kalau tak, kena bebel aku
nanti!”
Izzul
sudah tergelak-gelak. “Ya. Aku datang!”
Jeda.
Masing-masing menikmati
makanan tanpa bicara. Hinggalah...
“Zul, boleh aku tanya sikit?”
“Tanya
ajelah. Sejak bila kau pandai minta permission nak tanya aku ni?”
“Sebab
benda yang aku nak tanya ni tentang adik kau.”
Tepat
kornea Izzul memanah wajah rakannya. “Kenapa? Dia buat hal kat ofis ke?”
“Eh, tak
adalah! Bukan fasal tu.”
“Habis
tu?”
“Ermm...
Irish tu fobia dengan lelaki ke, Zul? Aku tengok susah betul lelaki nak dekat
dengan dia. Kat pejabat tu, ramai aje yang nak try. Lagi-lagi klien
syarikat. Tapi adik kau langsung tak layan. Ada sesuatu yang menghalang
ke? Atau takut boyfriend marah?”
Izzul bungkam. Rautnya
semerta berubah. Inilah perkara yang paling ingin dielak setiap kali hal
berkaitan Irish dibangkitkan.
“Hei, Zul! Kau okey
tak? Aku salah cakap ke?”
“Tak adalah, Fiy.
Irish tu memang macam tu dari dulu. Susah sikit nak didekati lelaki. Nak kata boyfriend
marah, setahu aku dia tak ada berkawan dengan mana-mana lelaki sekarang.
Mungkin dia dah terbiasa dengan keadaan macam tu.”
“Kalau macam tu, tak apalah. Aku bukan apa...
kan kau suruh aku tengok-tengokkan adik kau tu. So, aku nak jugalah tahu
serba sedikit tentang dia. Kalau jadi apa-apa, senang sikit aku nak bertindak
nanti. ”
“Kau yang ada dengan
Irish setiap masa kat pejabat tu, Fiy. Jadi aku bagi sepenuh kepercayaan pada
kau untuk jaga dia bila aku tak ada. Boleh kau janji?”
“As you wish.
Kau jangan risaulah fasal tu, Zul. Tahulah aku nak jaga Irish.”
“IRISH. Buat apa sendiri kat luar?”
Patutlah
kelibat gadis itu tidak kelihatan saat semua ahli keluarga sedang asyik melayan
rancangan TV di dalam. Di sini rupa-rupanya membawa diri.
“Along.
Tak ada apalah. Saja ambil angin kat luar ni.”
“Boleh
along join?”
“Duduk
ajelah, long.” Irish menepuk-nepuk ruang buaian di sebelahnya.
“Fikir
apa? Dari tadi tengok termenung panjang.”
“Eh, mana ada
termenung. Along ni pandai ajelah!”
“Dah kalau
sorang-sorang duduk atas buaian ni malam-malam. Termenunglah, kan?”
“Tak adalah. Saja
duduk sini tenangkan fikiran. Seminggu dah kerah otak untuk kerja.”
“Kerja
kat pejabat okey?”
“Okey.
Semuanya okey. Alhamdulillah...” balas gadis itu.
Setahun bekerja di
Haiyan, dia semakin dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di situ. Memang agak
sibuk. Lagi-lagi saat membantu pegawai atasan menyiapkan laporan kewangan untuk
diserah kepada ahli lembaga pengarah syarikat.
“Mak Engku
jemput kita datang vila Sabtu depan.”
Irish
pandang Izzul. “Ada apa?”
“Anak
lelakinya yang duduk kat UK tu dah balik. Jadi, dia buat majlis untuk raikan.”
“Insya-ALLAH.
Kalau along nak bawa, Irish ikutlah.”
Sunyi
seketika. Masing-masing mencari idea menyambung perbualan yang terjeda.
“Along nak tanya
sikit, boleh?” pinta Izzul.
“Tanya ajelah, long.
Apa dia?”
“Irish...
Irish...,”
Irish
menoleh ke sisi lagi. “Kenapa ni, long? Sampai tergagap-gagap macam ni.”
Izzul tarik nafas.
Sebolehnya dia cuba menyusun ayat sebaik mungkin. Bimbang tersilap kata, adiknya
akan terasa. “Irish tak terbuka hati nak bercinta lagi?”
Irish mengerling alongnya
sekilas. Sekuntum senyum perlahan-lahan terbit di sudut bibir. “Tak.”
Izzul kaget.
Membulat matanya semerta. “Irish tak marah ke along tanya macam ni?”
“Nak marah buat apa?
Along bukan buat salah apa pun.”
“Betul,
Irish tak teringin nak bercinta lagi?”
“Tak.
Irish lebih suka macam ni.”
“Tak
terfikir untuk cuba buka hati tu pada lelaki lain?”
Laju
Irish menggeleng. “Tak.”
“Sampai
bila?”
“Entah.”
“Tak
salah kalau mencuba. Beri peluang pada diri Irish, pada lelaki lain.”
“Irish
tak layak untuk bercinta lagi, long.”
“Jangan
menghukum diri sendiri. Kita manusia tak layak untuk menghukum. Yang layak
menghukum hanya ALLAH saja. Setiap orang berhak untuk bahagia. Termasuk adik
along ni,” bicara Izzul lembut. Tangan kiri lantas memaut bahu adiknya.
“Dengan
siapa?”
“Dengan
lelaki yang lebih baik. Yang boleh menerima Irish seadanya.”
“Wujud lagi ke lelaki
macam tu kat dunia ni?”
“Ada. Pasti ada!”
Irish
menghela nafas yang memberat di dada. “Entahlah, long. Irish takut nak fikirkan
tentang semua tu lagi. Biarlah masa yang tentukan. Kalau pun suatu hari nanti
pintu hati ni terbuka semula untuk terima lelaki, biarlah semua tu dengan izin
ALLAH swt. Irish redha,” ucap gadis itu perlahan. Air mata yang sudah bertakung
di tubir sedayanya ditahan agar tidak terlucut keluar. Dia tidak ingin menangis
lagi.
Izzul mengeratkan pelukan.
Kepala Irish dikucup, bagai menenangkan jiwa yang sedang kesedihan. Matanya
juga dipejam, cuba menahan sebak yang mula mencengkam. Dia pasti Irish juga
berperasaan sama sepertinya.
“Ingat. Walau apa pun
yang terjadi, walau beribu orang yang datang dan pergi tinggalkan Irish...
along takkan pernah sesekali tinggalkan adik along ni. Itu janji along!”
Air jernih yang
sedari tadi ditahan, merembes juga akhirnya ke bumi.
Angin malam yang
bertiup lembut, bulan bintang yang indah bersinar di awan, pungguk yang terbang
hinggap di dahanan... segalanya turut menyaksikan dua beradik itu berdakapan
melayan emosi yang hanya mereka berdua sahaja yang mengerti.

No comments:
Post a Comment