M
|
ASA begitu pantas berlalu. Pejam celik, pejam celik... tak sedar sudah setahun Irish menabur bakti bersama Haiyan. Telah banyak jua keringat yang dicurahkannya kepada syarikat.
“Irish!”
Terpasung gerak langkah susuk lampai itu. Segera dia berpaling. “Ya,
Tengku.”
“Petang
nanti saya ada mesyuarat belanjawan untuk projek usaha sama dengan kerajaan di
Putrajaya tu. Since our Finance Manager, Encik Naufal bercuti hari ni
dan Puan Faridah pun ada tugas lain di luar, jadi saya nak awak ikut ke
mesyuarat tu. Are you okay with that?”
“Boleh.”
Senyuman Tengku Hafiy
terukir. ‘Hai, Izzul! Masih tak berubah adik kau ni. Walau dua puluh patah pun
yang aku cakap, sepatah juga yang keluar dari mulut dia.’
“Okay.
I’ll see you around 2.00 p.m. Saya tunggu awak kat bawah nanti,” ujar lelaki
itu lalu beredar ke biliknya.
Irish menyambung langkah. Kebetulan memang dia tak begitu sibuk hari ini. Sambil meneman Tengku Hafiy, dapatlah dia belajar ilmu yang baru sepanjang mesyuarat itu berlangsung nanti.
ENAM bersahabat itu berjalan beriringan menuju ke sebuah
kedai makan. Port kebiasaan mereka kala makan tengah hari. Masakannya
menepati cita rasa, harganya berpatutan. Hanya bila tekak teringin makan menu
yang berbeza, barulah akan bertukar angin ke tempat lain.
“Mak
Ani, nasi separuh macam biasa untuk kita orang berenam ya!” pinta Zaryn pada
tuan pemilik kedai makan itu, Hajah Nuraini.
“Okey! Air dah order
belum?”
“Belum. Nanti kita
orang order dengan abang Khairi!”
Setelah memesan air
dari Abang Khairi, anak Hajah Nuraini dan mengambil juadah masing-masing,
mereka memilih meja di bahagian luar
kedai tersebut.
“Fuh! Cuaca hari ni
manyak panas lor!” keluh Elaine usai melabuh duduk.
“Nasib
kau tak pakai tudung, amoi. Merasa juga natural aircond luar ni, hah!”
“Ala,
Farisya. I cakap saja, maa! Janganlah marah.” Elaine menyengih pada rakannya.
Dia dan Farisya
merupakan kerani di jabatan kewangan. Oleh kerana tidak ramai kaum Cina di
jabatan mereka, jadi dia lebih selesa berkawan dengan rakan-rakan Melayu.
Hidangan makan tengah
hari penuh berselera dinikmati. Dari pagi penat bekerja menyiapkan tugas, dah
tentu perut masing-masing berkeroncong lapar minta diisi.
“Eh, kau
orang ada dengar cerita tak?” Kak Maisarah berbicara tiba-tiba. Ton suaranya diperlahankan.
“Ha,
cerita apa Kak Mai? Gosip ke?” cepat-cepat Zaryn rapatkan dirinya.
“Hisy!
Kau ni kan, Ryn. Tak habis-habis dengan gosip!”
“Laa...
bukan ke? Tapi cara Kak Mai cakap ni macam nak bergosip aje!”
“Ingat muka akak ni
muka gosip ke, dik oi!”
“Habis, apa?
Kalau dah akak cakap berbisik-bisik, rapat-rapat macam ni... mestilah nak
kongsi cerita panas. Kan?”
“Hisy!
Bukanlah, Ryn. Ni... kau orang ada dengar-dengar tak anak lelaki bos yang duduk
kat oversea tu dah balik sini?”
“Yang
mana, Kak Mai? Yang handsome sikit tu ke?”
“Eh!
Bukan handsome sikit tau, Isya. Handsome banyak kut! Betul ke,
Kak Mai? Mana akak dengar ni?” Zaryn tampak teruja dengan khabar yang baru
disampaikan.
“Kebetulan
semalam akak ada kat bilik Tengku Hafiy waktu Tengku Haiyan minta jemput
adiknya tu kat airport malam tadi. Dengarnya dia dah balik sini. Tapi
kali ni balik terus dan akan kerja kat Haiyan. Dah bertahun asyik tolong
syarikat orang aje, kan. Dah sampai masanya bantu uruskan syarikat keluarga
pula.”
“OMG!
Prince charming is coming back!” Zaryn berteriak gembira sebaik mendengar
cerita Kak Maisarah. Tidak keruan jadinya gadis itu.
“Hei!
Tak payah nak prince charming sangatlah, Ryn! Tak habis-habis nak
berangan!”
“Isk...
kau ni, In. Kacaulah! Bagilah aku chance sikit kalau iya pun! Kan, Cik
Irish?” tutur Zaryn menyenggol bahu Irish di sebelah kirinya.
Irish yang tidak
mengerti tentang apa dan siapa yang sedang dibualkan itu, hanya mengangguk
tersenyum.
“Yes!
That guy anak bos tu... dia pernah datang masa annual dinner
syarikat dua tahun lepas, kan? Kalau yang itu memang he’s so good looking!
I tengok pun boleh cair, maa!”
“Kau pun
nak juga, Elaine? Hai, boleh tahan juga taste amoi ni!”
“Hei, Isya.
I cakap saja, maa! Tapi kalau dapat pun, apa salahnya? He’s got Chinese look
on his face. Manyak handsome! Haiya... rugi kalau I tolak tau!”
seloroh Elaine. Gelak yang lain terhambur tak semena-mena.
“Hermm...
tak kisahlah kau orang nak dia ke, apa ke. Tapi setahu akaklah... anak bos yang
seorang tu susah sikit kalau bab-bab perempuan ni. Dari dulu lagi.”
“Eh! kenapa pula
macam tu, Kak Mai?” Zaryn semakin berminat untuk mendengar.
Baru pertama kali
cerita begini singgah di telinganya sejak bekerja di Haiyan. Semua pekerja
syarikat sedia tahu Tengku Haiyan mempunyai seorang lagi anak lelaki yang tidak
dapat dinafikan rupa parasnya. Tapi tak pernah pula dia tahu-menahu hal yang
satu ini.
“Yalah... akak kan secretary
abang dia. Kadang adalah juga Tengku Hafiy luahkan pada akak. Termasuklah fasal
adik lelaki dia yang alergi perempuan tu. Bukan tak ada yang nak. Berderet!
Tapi adiknya aje yang tak layan! Walau dah bertahun duduk kat UK tu.”
“Tak
apa, tak apa! Manalah tahu balik kali ni dia dah berubah. Kat Haiyan tu ramai
aje staf perempuan. Termasuklah kita-kita ni. Kut ada salah seorang yang
berjaya buka mata dan hati adik Tengku Hafiy tu, ha... tahulah dia nanti!” ucap
Zaryn, yakin.
“Eh! Kau
orang aje, ya. Akak tak! Prince charming akak dah ada kat rumah tu!”
“Laa...
Kak Mai ni. Maksud Zaryn, staf perempuan yang masih singlelah! Yang dah
kahwin, dah terkeluar dari list!”
“Amboi!
Sedapnya mulut bercakap! Tahulah orang dah kahwin ni dah tak glamor, saham dah
turun! Tapi, kan... kalau adik Tengku Hafiy tu nak pandang kita-kita ni pun...
akak rasa Cik Irishlah yang paling up sikit dalam list!”
Pap!
Tersedak Irish yang
sedang menyedut minuman kala bahunya ditepuk Kak Maisarah. “Err... saya?”
“Iyalah.
Kita orang staf biasa aje. Lainlah Cik Irish ni... salah seorang yang berjawatan kat syarikat.” Insyirah
mencelah.
“Betul,
betul, betul! Aku setuju seratus-peratus!” sokong Zaryn.
“Tak adalah. Cinta tu
kan buta. Kalau dah suka dan ikhlas, benda-benda tu semua tak jadi masalah.
Yang penting... hati. Jadi, semua orang tak perlu risau.”
“Oh, Cik Irish! Kalau
itu anak bos akan suka you, tapi you tak mahu... kasi tolak sama
I saja, mey! Confirm sebulan I belanja makan you all!” ucap Elaine
tanpa segan silu.
Dan, tawa mereka
sekali lagi bertebaran dengan gelagat selamba gadis Tionghua itu.
TERGESA-GESA gadis itu keluar dari lif. Hampir dia
terlupa mesyuarat belanjawan di Putrajaya itu, walhal tadi dimaklumkan baru
pagi. Nasib baik Tengku Hafiy telefon sebentar tadi mengingatkan.
Ayunan langkah deras
diatur keluar dari bangunan Haiyan. Dia kesuntukan masa. Tengku Hafiy sudah
menunggu di keretanya.
“Opsss!”
Langkah figura itu
terhenti. Bening dipejam. Rahang diketap perih.
‘Aduhhh! Sekali lagi
ke?’
Irish kalut.
Berkira-kira untuk menemui insan yang dilanggar terlebih dahulu, atau terus
sahaja melangkah. Memikirkan Tengku Hafiy yang sudah lama menanti...
Ah...
Akhirnya kaki diayunkan
kembali. Namun beberapa tapak, dia berhenti semula dan berpaling.
“Err... maaf, ya!”
Tanpa
memandang gerangan di depan, langkahnya disambung tanpa menoleh ke belakang
lagi. Walau di hati terasa bersalah, dalam kepalanya ketika itu hanya
memikirkan Tengku Hafiy.
‘Sekurang-kurangnya
aku sempat minta maaf. Harap-harap dia tak kisah.’
Irish cuba sedapkan
hati sendiri. Tanpa sedar kelibat dirinya terpasak utuh dalam renungan tajam sepasang
bening.
‘Memang dia tak sudi
pandang aku agaknya...’
Dari balik kaca mata
hitam, susuk lampai yang semakin menjauh terus direnung. Nafas ditarik
sedalamnya. Sesaat, ia kembali dihembus. Sekuntum senyuman perlahan-lahan memekar
di bibir merah itu.
“It’s okay, girl.
We’ll see then!”

No comments:
Post a Comment