“ P
|
Tengku Dafina melabuh
duduk di sebelah anak lelakinya. Tengku Hazreen sudah melandai tubuh di sofa,
menyertai abangnya menonton perlawanan bola sepak pasukan kegemaran mereka,
Manchester United menentang pasukan Chelsea.
Lima minit....
“Pak ngah kirim salam
semua.” Tengku Haiyan masuk semula ke dalam. Salam daripada abangnya, Tengku
Arham selamat disampaikan.
“Ada apa abang ngah
telefon, bang?”
“Tak ada apa. Saja
tanya khabar. Dia minta maaf sebab tak dapat datang majlis kita minggu lepas.
Dia dengan kak ngah ada urusan kat Amerika. Sambil tu jenguk sekali anak-anak
mereka kat New York tu.”
Jeda.
Tumpuan masing-masing
melekat pada perlawanan sedang berlangsung di layar televisyen LED 60 inci depan
mata.
“Err... Hafiy. Boleh
mama tanya sikit?”
“Tanya apa, mama?”
“Fasal Irish.”
“Irish? Kenapa dengan
Irish?”
“Hafiy selalu ke
jumpa Irish kat pejabat?”
“Kalau dah pejabat
satu level memang hari-harilah jumpa, ma.”
“Sepanjang dia
bekerja kat syarikat, Hafiy tengok Irish tu macam mana?”
“She’s
okay. Cuma pendiam sikit. Susah nak bercakap atau berbual dengan orang yang
dia tak biasa atau baru kenal. Bercakap bila dia rasa perlu aje.”
“Hmm...
kerja dia kat syarikat macam mana?” Tengku Haiyan mencelah.
“Kerja
dia okey. Papa tak payah risaulah. Mulut aje tak banyak cakap, tapi kerja dia
memuaskan. Cepat catch up, rajin belajar, rajin bertanya. Baguslah macam
tu, kan? Kurangkan bercakap, lebihkan kerja.”
Tengku
Haiyan mengangguk berpuas hati dengan jawapan diberi. Sebagai pengerusi
syarikat, dia perlu ambil tahu tentang kakitangannya. Terutama yang masih baru
seperti Irish.
“Habis...
Irish selalu bersendirilah kat pejabat tu? Tak bergaul dengan yang lain-lain?”
“Eh! Tak adalah, ma.
Dengan orang tertentu aje dia kurang bercakap. Tapi dah kenal, naklah dia
bergaul. Hafiy tengok budak-budak kat ofis tu pun semua sukakan dia.
Termasuklah mak cik-mak cik cleaner. Siapa yang pandai pancing
perhatian, dapatlah berbual dengan dia.”
“Dengan
kamu, nak dia bercakap?”
“Dengan
Hafiy memang taklah! Segan kut dengan kawan abangnya ni. Eh! Yang mama ni asyik
tanya fasal Irish ni, kenapa? Dah berkenan ke? Untuk siapa? Untuk Hafiy?”
“Isk,
budak ni... ke situ pula dia! Tak ada apalah. Saja tanya. Tak sangka pula
selama ni Izzul ada adik perempuan lagi. Baik nampaknya. Lemah lembut, sopan,
hormat orang. Orangnya pun cantik. Sejuk mata mama tengok dia. Pandai Izzul
sorok adik dia selama ni, ya?”
“Ehem, ehem!”
“Ha! Yang kamu ni dah
kenapa, Reen? Sakit tekak ke?”
Tawa yang cuba
ditahan Tengku Hazreen sedari tadi terburai jua akhirnya. “Alah, mama. Kalau
mama dah berkenan sangat, apa tunggu lagi? Mama kan ada seorang lagi anak
bujang. Tak payah risau-risaulah!”
“Siapa? Abang kamu yang
seorang tu?”
“Yalah.
Siapa lagi? Nak bagi kat yang ni, dah berpunya. Sorrylah ya, Mr. Hafiy.
Melepas sudah!”
Deras
Tengku Hafiy mencapai bantal kecil di sebelah lalu dilempar pada adiknya. Namun,
gadis itu lebih pantas menangkap. Makin galak dia ditertawakan.
“Kuat
menyakat betul! Tak padan dengan kecik!”
“Ikut perangai siapa?
Perangai abang dia juga, kan? Tapi, betullah. Reen pun suka dengan Kak Irish
tu. Pertama kali jumpa malam tu, dah
rasa something special dengan dia. Kak Leen pun cakap benda yang sama.”
“Kenapa pula?” tanya
Tengku Hafiy hairan.
“Yalah. Kita yang
banyak bercakap ni, kalau berjumpa dengan orang tak banyak cakap, kan rasa
tercabar. Rasa macam... nak juga cakap dengan dia, nak juga borak dengan dia.
Macam-macamlah cara nak tarik perhatian dia. Sampailah dia dah buka mulut, nak
bercakap, nak berbual dengan kita. Ha... masa itulah rasa puas!”
Dalam diam Tengku
Hafiy mengiakan. Terkadang dia ingin juga berbual dan lebih mengenali Irish. Tapi
nak dengar suara gadis itu, masya-ALLAH... payah betul!
Bak kata Izzul...
sepuluh patah ditanya, setengah patah saja yang dijawab. Kadang-kadang tak
jawab langsung. Memang satu cabaran baginya.
“Irish
tinggal dengan Izzul ke, Fiy?”
“Tak
adalah, ma. Masih tinggal dengan orang tuanya. Kalau balik kerja lewat atau ada
hal penting aje Irish stay rumah Izzul.”
“Hurmm...
ada masa nanti Hafiy ajaklah Izzul dengan adiknya ke sini lagi. Bolehlah kita
borak-borak panjang. Izzul pun lama dah tak bermalam kat sini, kan.”
“Insya-ALLAH,
ma. Nanti Hafiy sampaikan pada Izzul.”
Jawapan dari anak
lelaki sulungnya buat Tengku Dafina tersenyum lega. Memang dia teringin sekali
mengenali adik Izzul itu dengan lebih dekat.
Sejak pandang pertama
melihat Irish pada malam majlis ulang tahun perkahwinannya minggu lalu, hati
sudah jatuh sayang. Harapannya moga akan ada pertemuan-pertemuan seterusnya
selepas ini bersama gadis manis itu.

No comments:
Post a Comment