T
|
“Along panggil akak.”
“Hmm? Along?
Eh, ada apa along datang pagi-pagi ni?”
“Tak
tahulah. Adalah tu hal penting dia datang nak jumpa akak.”
Irish kerut dahi. Hal
penting apa yang membawa alongnya datang ke mari pagi-pagi Sabtu begini?
“Hei!
Termenung pula dia. Cepatlah! Along dah tunggu tu!”
Masuk saja ke dapur, Izzul
sedang bersembang dengan orang tua mereka. Irfan sudah pulang ke kampusnya di Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang.
“Along, dari mana?
Dah lama sampai?” tanya Irish menyalami lelaki itu.
“Baru
aje tadi. Dari rumah terus ke sini.”
“Irhan cakap along nak
jumpa Irish. Kenapa, long?”
“Kata
dah start cari kerja. Dah ada yang bagi jawapan?”
“Adalah juga.
Tapi kebanyakan offer bahagian sales and marketing. Tak
minatlah.”
“Hermm...
kasihanlah syarikat-syarikat tu long kalau Kak Irish yang jadi pegawai
pemasarannya. Nak buka mulut dengan orang baru kenal pun susah, inikan nak
berurusan dengan orang yang dia tak kenal? Memang tak jalanlah jawabnya!”
seloroh Irhan, buat ketawa yang lain berderaian.
“Tak
apalah. Mungkin belum rezeki Irish.” Encik Izzuddin bersuara memujuk.
“Yang itu
bukan rezeki Irish. Tapi yang ini insya-ALLAH rezeki Irish mungkin,” seraya
Izzul menghulur satu sampul surat berwarna putih.
“Surat apa ni, long?”
“Kan
along ada tolong surveykan kerja untuk Irish. Lepas Irish bagi resume
hari tu, terus along tanyakan kawan-kawan kalau ada kekosongan kat syarikat
dia orang. Lupalah tu!”
“Oh, ya. Lupa!”
“Memang
pun!” Izzul menumbuk lembut pipi Irish. “Ini syarikat terawal yang bagi
jawapan. Yang terawal juga suruh datang temuduga. Tengah hari ni along nak
balik Kuantan, sepupu kak long kahwin. Minggu depan along outstation, hari Khamis sampai Ahad. Ni yang
along datang pagi-pagi nak bagi surat ni sebab temuduga
tu hari Isnin minggu berikutnya.”
“Syarikat
mana ni, long?” tanya Irish yang masih meneliti surat tersebut.
“Syarikat
keluarga kawan along masa kat U dulu. Kebetulan memang syarikat along klien
tetap dia. So, sambil menyelam minum airlah!”
“Kat
mana tu, long? Jauh ke?”
“Kat PJ juga,
umi. Umi tak payah risaulah. Along ada dekat-dekat situ juga.”
“Habis
Irish nak pergi temuduga tu nanti dengan siapa? Tahu ke tempatnya?”
“Tak
apa. Nanti hari Isnin tu along minta cuti, umi. Bolehlah tolong hantarkan.
Okeylah, along gerak dulu. Takut lambat nanti sampai kampung Fiya,” pamit Izzul
menyalami semua ahli keluarganya sebelum bergerak pulang. “Nanti Irish preparelah
mana yang patut. Ini aje yang along dapat tolong. Selebihnya... Irish kena
usaha sendiri. Buat solat hajat sekali.”
“Insya-ALLAH.
Terima kasih banyak-banyak, long.”
“Tak ada
apalah. Bukan untuk orang lain pun. Untuk adik along juga!” Kepala Irish lantas
diusap Izzul sebelum memaut erat bahu adik perempuan bongsunya itu.
Selesai melipat
telekung dan sejadah, gadis itu menuju ke meja tulis di sudut kiri bilik. Komputer
riba dihidupkan. Niat ingin melihat e-mel sebentar sebelum masuk tidur. Mana
tahu ada syarikat lain yang telah memberi jawapan.
Namun... hampa.
Tiada langsung
balasan e-mel yang menawarkan pekerjaan untuknya.
Tetingkap windows kembali ditutup
sebelum mencari butang ‘shut down’. Baru jari ingin menekan...
Blink!
Yahoo Messengernya berbunyi tanda disapa.
Nazmi Jauhari :
Assalamualaikum.. Hai sweet girl! Apa khabar?
Nazmi Jauhari, rakan
mayanya dari Brunei. Tetapi sedang melanjutkan pengajian di Kanada dalam bidang
kejuruteraan perkapalan.
Sudah agak lama Irish
tidak berbual dengan kenalannya itu. Meskipun hanya berkenalan melalui
Facebook, namun dia selesa bersahabat dengan Nazmi kerana keramahannya.
Tambahan, usia mereka sebaya.
Irish Izz :
Walaikumussalam.. Alhamdulillah, sihat.. Awak? Lama menghilang?
Nazmi Jauhari :
Sihat jua.. Saya ada saja kat sini.. Awak tu yang menghilang.. Mana pergi?
Walau berasal dari
Brunei, namun lelaki itu tak janggal untuk berbahasa Melayu lantaran ramai
rakan sepengajiannya berasal dari Malaysia.
Irish Izz : Maaf
la, sibuk sikit dengan final exam.. Itu yang jarang online.. But now I’m
free.. Study awak macam mana sekarang?
Nazmi Jauhari
: Study saya okey saja.. Means, awak dah
habis belajar la ni?
Irish Izz : Ya.. Tengah mencari kerja sekarang..
Nazmi Jauhari :
Wah! Seronok la macam tu! Saya ada setahun lagi untuk habis..
Irish Izz :
Belum kerja lagi pun.. So, habis study nanti terus balik Brunei?
Nazmi Jauhari :
Yes! Inda sabar-sabar mahu balik Brunei.. Mahu jumpa family!
Irish Iz : Tak
sabar nak jumpa family ke, tak sabar nak jumpa buah hati?
Irish menyakat
rakannya. Sejak awal mereka sedia maklum status masing-masing. Malah, banyak perkara dikongsi bersama biarpun
hanya alam maya sebagai penghubung.
Nazmi Jauhari :
Yang tu termasuk sekali la.. Sudah semestinya.. Lama inda jumpa.. Rindu sudah!
Hahaha..
Irish Izz : Kan?
Tahu dah..
Nazmi Jauhari :
Terima kasih la Cik Irish kerana selalu memahami.. Buah hati awak macam mana?
Bila nak kahwin ni?
Irish terdiam.
Lambat-lambat jarinya menaip di atas papan kekunci.
Irish Izz : Dah kahwin dah..
Nazmi Jauhari : Hah??! Dah kahwin? Bila awak kahwin?Tak
beritahu saya pun?!
Irish Izz : Bukan saya yang kahwin.. Dia... Tapi dengan
orang lain..
Nazmi Jauhari: Whaattttt?! Eh, awak biar betul ni?!
Irish Izz : Betul
la.. Buat apa saya nak main-main..
Nazmi Jauhari : Since when?
Irish Izz : Lama dah..
Nazmi Jauhari : Irish! I’m so so sorry! Saya tak tahu.
Kenapa tak beritahu saya?
Irish Izz : Tak
ada apa la.. Benda dah lama.. Dah malas nak ingat.. Kalau saya cerita dengan
awak sekalipun, bukannya awak boleh terus sampai ke sini..
Nazmi Jauhari :
Kalau betul saya buat macam mana? Masalahnya, saya tak tahu! Tapi saya tak puas
hati.. Lima tahun kut.. Takkan habis macam tu aje??!
Irish Izz : Dah itu yang dia nak, Nazmi.. Biar la..
Nazmi Jauhari :
Hmmhh! How dare him!!!
Senyuman Irish memotret
di bibir. Jelas sahabatnya di sana sedang marah.
Nazmi Jauhari :
Banyakkan bersabar, Rish.. He’s not the right man to you.. He’s not deserves to
get you actually.. Insya-ALLAH, ada yang lebih baik untuk awak nanti..
Irish Izz :
Kalau la masih wujud lelaki macam tu kat dunia ni, Nazmi..
Nazmi Jauhari:
Eh, wujud! Mana pula tak wujud! Ada, ada..
Irish Iz : Mana?
Nazmi Jauhari :
Contoh terdekat, orang yang tengah ber’chatting’ dengan awak ni..
Irish Izz : Kan?
Awak memang suka masuk bakul angkat sendiri.. Malas la layan..
Nazmi Jauhari :
Hahaha.. Jangan la merajuk, sweet girl!

No comments:
Post a Comment