Saturday, August 19, 2017

CHAPTER 1a : SEJIWA (Bayangan Gurauan Sequel)


Assalamualaikum...
Happy Saturday morning...

Buat ‘BGrians’ yang request for sequel BG... Hopefully ini khabar gembira untuk anda semua... 
InsyaAllah BAYANGAN #HarrysIrish masih menjadi GURAUAN di taman SEJIWA mereka....  ^_^







MATANYA leka menikmati keindahan bumi London. Begitu mempesonakan. Meskipun cuaca dingin membaluti tubuh, hingga darah seakan beku tidak berjalan, namun dirinya masih tidak mahu berganjak dari bangku yang diduduki sejak tadi. Hati ingin terus diulit panorama mengasyikkan biarpun hanya dari atas cruise ini.

Big Ben, London Eye, House of Parliament, Tower Bridge, Tower of London serta banyak lagi ikon-ikon megah di sini. Tiada satu pun yang terlepas dari pemerhatian sepanjang menyusuri Sungai Thames ini, sungai yang terpanjang di England dan kedua terpanjang di United  Kingdom. Sebolehnya dia mahu mengabdikan momen-momen termanis begini sepuas mungkin. Entah bila akan dapat merasainya lagi.

            “Mengelamun apa?”

   Begitu dekat bisikan itu di telinga. Lamunannya terhenti serta-merta. Perlahan dia menoleh ke sisi.

            “Hmm?”

            “Awak mengelamun apa?”

            “Mana ada mengelamun.”

            “Ya ke?”

“Betullah.”

Then, senyap aje dari tadi.”

“Senyap sebab menghayati pemandangan kat sini. Cantik.”

Did you enjoyed it?”

“Hmm.”

Tengku Harrys tersenyum nipis. Snow cap yang sudah sedikit beranjak ditarik semula menutupi kedua telinganya dari cuaca yang semakin dingin.

“Awak mesti dah biasa tengok semua ni,” ucap Irish perlahan.

“Kalau ada waktu terluang dulu, this is my activity. Ambil angin. Tengok pemandangan. Release stress.”

“Sendiri?”

Tengku Harrys mengecilkan matanya memandang Irish. “Awak rasa?”

“Mesti ada teman.”

“Ada ke orang nak temankan?”

“Mungkin.”

“Siapa?”

“Siapa-siapa. Ramai aje minah salleh yang boleh temankan kat sini.”

Spontan Tengku Harrys ketawa.

“Kenapa ketawa. Salah ke?”

“Tak berminat.”

“Jual mahal kut.”

Tengku Harrys angkat kening. “Maybe. But... kalau tak jual mahal, tak adalah saya jumpa awak. Dan kita pun takkan ada kat sini sekarang ni. Am I right, dear?”

Seraya Tengku Harrys menoleh ke sisi. Merenung tepat ke anak mata Irish di balik kacamata hitamnya.

“Setiap perancangan ALLAH, punya alasan tersendiri. Ada sebab kenapa saya tak pilih minah-minah salleh tu temankan saya kat sini. Sebab Dia dah aturkan secantiknya siapa peneman saya sejak azali. Jadi, buat apa saya nak mencari?”

Irish terkedu. Pipinya mula membahang. Bukan setakat renungan, malah bicara Tengku Harrys terasa menggegarkan tembok hatinya. Pantas dia melarikan wajah yang sudah merah. Pemandangan di kiri kanan sungai yang mengalir sepanjang selatan Inggeris dan membelah kota London menuju ke laut itu kembali dinikmati.

Suhu semakin rendah. Kabus juga kian tebal hingga menutup sebahagian pemandangan di Sungai Thames. Irish turut kaku. Winter coat yang tersarung di badan dikatup serapatnya. Melawan kedinginan yang semakin mencengkam ke tulang sendi.

“Sejuk?” Tengku Harrys kembali bersuara memecah hening.

“Sikit.”

“Kalau sejuk, kita turun tingkat bawah.”

“Tak apa. Boleh tahan lagi.”

“Muka awak dah pucat, Irish. Takut demam nanti.”

“Belum snowy. So, no worries.”

“Habis nak tunggu snowy baru turun?”

“Harap-harap tak adalah.”

Kali ini Tengku Harrys tergelak. “Kat Jeju hari tu bolehlah elak. Kat sini, belum tentu lagi.”

“Janganlah cakap. Jadi betul nanti.”

“Kalau dah jadi, saya terus peluk aje nanti. Let me warm you in my arms.” 

Tembok jantung Irish pula terasa ingin runtuh saat ini. Makin hari Tengku Harrys semakin berani menyakatnya. Itu belum terkeluar sikap romantik dia. Lagi parah.

“Lama lagi nak sampai Greenwhich?” Irish cuba menukar topik. Lebih tepat, ingin sembunyikan getar di dada yang sudah hilang arah.

About half an hour. Why?”

“Tak ada apa.”

“Kalau mengantuk, tidurlah dulu.”

“Tak adalah.”

“Mulut kata macam tu. Tapi muka awak tak pandai menipu.”

Giliran Irish pula tergelak. Kata-kata ‘keramat’ itu seakan sudah sebati dengan bibir lelaki di sebelah nampaknya.

Come. Sleep here. Saya tahu awak penat.”

Tengku Harrys menepuk-nepuk lembut bahu kirinya. Gelak Irish mati serta-merta.

‘Takkan kat sini? Depan pengunjung-pengunjung lain? Jangan nak buat hal, Harrys.’

“Irish.”

“Tak apa. Saya tak mengantuk.”

“Kalau tak nak tidur, just lay down your head on my shoulder. Lama-lama nanti tidurlah.”

“Err, tak...,”

Come.” Terus sahaja Tengku Harrys memaut bahu Irish. Kepala wanita itu dilandaikan ke bahunya. “Just close your eyes. Dah sampai nanti Harrys kejutkan,” bisiknya.

Irish sudah kehilangan kata. Tidak tahu hendak disorok ke mana wajahnya. Pasti merah padam. Mata-mata yang lain sudah tersenyum memandang-mandang. Serentak itu dibenamkan mukanya ke dada Tengku Harrys yang sudah semakin membahang.





** Jangan tanya kenapa tajuk lagu lagi... Sebab idea semua hanya terkeluar bila dengar lagu-lagu ni... Metafora berseni penuh makna untuk difahami... Kut jadi trademark saya lepas ni... ^_^







No comments: