Friday, June 5, 2020

CHAPTER 7 : SEJIWA (Sekuel Bayangan Gurauan)






“SAMPAI juga kamu ke rumah mak long ni ya, Harrys? Ingatkan dah seronok honeymoon, lupa terus!”

Seisi ruang tamu itu tergelak. Tercuit dengan kata-kata Tengku Yasmin.

“Tak lupa, mak long. Cuma terlewat. Tak sangka nak turun salji. Terpaksalah stay kat apartmen dulu.”

“Nasib baik kamu bawa kunci. Kalau tak, celah mana pula nak masuk apartmen tu!”

“Alah, ma. Apa susah. Hotel kan banyak kat kota London tu. Apartmen sewa pun everywhere. Setakat dua tiga malam, shouldn’t be a problem to Abang Harrys. Sebulan pun tak apa. Kan, abang?” ujar Tengku Safra. Mata dikenyit pada abang sepupunya itu di sebelah.   “Memanglah. Tapi kalau dah ada apartmen sendiri, buat apa membazir nak tidur hotel atau apartmen sewa tu. Rumah kita ni pun ada.”

“Mama… biarlah si Harrys nak bawa Irish  ke manapun. Dah nama pun honeymoon, kan. Kasilah dia orang chance nak habiskan masa berdua-duaan dulu.” Tengku Saffa yang bersimpuh di lantai melayan anak-anaknya bermain, turut mencelah.

“Betul! Safra setuju dengan akak. Nanti kalau dah datang sini, dah tak ada privacy dah nak feeling bulan madu tu!”

Sekali lagi ruang tamu riuh dengan gelak tawa mereka. Tengku Harrys masih tersenyum tenang. Namun wajah Irish sudah merona merah menahan segan.

“Amboi! Akak dengan Safra kalau bab mengusik, nombor satu! Sampai merah dah muka Kak Irish you all berdua kerjakan. Kesian, tau!” Tengku Syaffi mula bersuara.

Semua mata teralih pada Irish yang tertunduk di sisi Tengku Yasmin. Merona merah habis wajah wanita itu gara-gara diusik.

“Isk, dahlah tu kau orang berdua ni! Tak habis-habis nak menyakat orang, kan! Maaflah ya, Irish. Budak-budak ni memang macam ni. Kuat bergurau. Kuat mengusik. Lagi-lagi mengusik si Harrys ni. Irish jangan ambil hati, ya!”

“Tak apa, mak long.”

“Alah, ma. Chilllah! Kita orang sakat-sakat manja aje. Dah lama tak jumpa Abang Harrys, kan. Dulu selalu dapat lepak sama. Lepas Abang Harrys balik Malaysia, sunyi tau! Sementara dia ada kat depan mata ni, apalagi!”

“Ni kira sesi lepas geramlah ni. Hmm, Safra?” soal Tengku Harrys spontan.

“Lebih kuranglah. Al-maklumlah… bukan senang sekarang nak jumpa abang.”

No wonderlah beria-ia suruh abang bawa Kak Irish datang sini. Rupanya…,”

Well… inilah masanya nak lepas ‘rindu’ kat abang. Bila lagi, kan? Tapi dengan Kak Irish kita orang tak kacau, okey! Just nak kenal rapat dan beramah mesra dengan our new family member ni. Kan, kak?”

Tengku Saffa angkat kening pada adik bongsunya. Wajahnya turut tersengih.

“Tak apa, Abang Harrys. Jangan risau. Kalau dia orang kacau abang, Syaffi ada kat sini tolong back up! Abang John pun ada ni, hah!” Serentak Tengku Syaffi memaut bahu abang iparnya di sebelah.

“Eleh! Buat genglah tu!”

Of course! Ingat you sorang aje boleh buat geng dengan Kak Saffa!”

Spontan Tengku Safra capai sebiji bantal, dibaling sekuat hati, tepat ke wajah Tengku Syaffi. Serentak, ketawa mereka berderai.

“Hmm. Tengoklah, Irish. Dia orang ni kalau dah berkumpul, memang macam nilah gayanya. Tu belum lagi masuk si Reen. Kalau dah masuk budak sorang tu, lagi riuh!” Tengku Yasmin kembali bersuara sambil geleng-geleng kepala. “Dah… abaikan aje dia orang ni. Macam mana honeymoon kamu dengan Irish, Rys? Everything’s okay?”

“Alhamdulillah. Semua okey.”

So lepas UK ni, Harrys ke mana pula?”

“Cukup sampai sini dulu kut, mak long.”

“Hai… takkan dah penat kut, Harrys?”

Nolah, Kak Saffa. Cuma kat ofis banyak kerja dah menanti. Kalau ada rezeki, lain kali Harrys bawa Irish travel lagi nanti.”

“Tak kisahlah, Abang Harrys. Yang penting sebelum balik, Safra nak bawak Kak Irish habiskan round England ni dulu. Boleh, kan?”

“Kak Irish sorang aje? Abang?”

“Sekalilah tu, Abang Harrys sayang! Tapi Kak Irish kena tahan sikitlah dengan cuaca sekarang. Sebab Safra tengok Kak Irish pun macam dah nak demam tu.”

“Eh! Irish demam ke? La… kenapa tak cakap dengan mak long?” Tengku Yasmin sedikit cemas. Disentuh wajah Irish dengan kedua-dua belah tangan.         

“Tak adalah, mak long. Selsema sikit aje.”

“Sikit pun. Sejak bila selsema ni?”

“Kelmarin.”

“Kamu tak belikan ubat ke, Harrys?”

“Dah. Dah makan pun.”

“Hmmh. Jangan dibiarkan. Nanti melarat! Nak-nak pulak Irish ni first time merasa musim sejuk ni.”

“Sikit aje, mak long. Esok lusa baiklah.”

“Masa sikit nilah nak kena rawat, Irish. Dah teruk nanti, susah. Tak apa. Nanti mak long bagi ubat selsema yang kuat sikit. Kalau boleh elakkan bersalji kat luar tu. London ni susah nak turun salji. Tapi sekali dah turun, hmm....”

Seraya itu Irish pandang Tengku Harrys. Tanpa sangka, lelaki itu lebih dulu merenung ke arahnya. Bersama senyuman kecil di hujung bibir.

‘Elakkan? Dah bermandi salji satu badan pun, mak long. Semuanya gara-gara anak buah mak long bernama Tengku Harrys itu!’



No comments: