Friday, June 26, 2020

CHAPTER 19 : RELAKU PUJUK







“DIA tak apa-apa. Cuma demam aje,” beritahu Wafri kala periksa Sefhia.

“Benaran?”

“Yup. Suhu dia agak tinggi. Tapi kau jangan risaulah. Nanti lepas makan ubat, Insya-ALLAH kebah.”

Aryan hela nafas. Lega dengan apa yang didengar.

Next checkup Sefhia bila, Ryan?”

“Bulan depan. Kenapa?”

“Rasanya gips ni dah boleh buka,” ujar Wafri lagi. Perhatian teralih pada kaki kiri Sefhia kini.

“Serius?”

Next checkup kau datang bawa Sefhia, kita buat x-ray. Tengok tulang kaki ni macan mana. Anything, we will decide on that day.” Wafri sudahkan tugasnya. “Alright, Sefhia. Saya dah habis periksa awak. Ubat demam yang saya bagi ni, makan ya. Habiskan.”

Beberapa bungkusan putih dihulur pada gadis di depan. Peralatan-peralatannya dikemas. Lelaki itu kemudian bangun dari katil dapatkan Aryan dan Aleeya.

Thanks Ri udah datang ke mari. Maaf juga aku udah gangguin hari minggu lo.”

“Ah, tak ada hallah. Small matter. Ni kan dah memang kerja aku. Bukan aku tak biasa pun kerja hari Ahad macam ni.” Wafri tersenyum. Malam tadi tiba-tiba dia terima panggilan Aryan. Mintanya datang. Kerana Sefhia.

“Lo juga, Leeya. Maaf udah repotin, deh.”

“Aku lagi tak kisah, Ryan. Nama pun kawan. Waktu-waktu macam nilah gunanya.”

Dalam bersembang, kaki dihala ke taman mini di laman. Kebetulan air dan kuih-muih sudah Mak Minah hidang. Berlabuh duduk mereka bertiga di situ sambung berbual sambil minum petang.

 “Cantik Sefhia tu, kan? Selama ni dengar aje Wafri cerita pasal dia. Tup-tup hari ni dapat jumpa depan-depan,” bicara Aleeya.

Ini kali pertama dia bertemu empat mata dengan Sefhia. Waktu di hospital, tak berkempatan. Tahu cerita tapi tak sempat jumpa. Sibuk dengan kerjanya. 

“Hmm. Cantik. Macam orang putih. Dengan mata birunya. Tu yang orang tu pun sangkut!” tingkah Wafri.

“Siapa yang sangkut?”

“Siapa lagi. Orang kat depan tulah.”

“Maksud awak, Ryan?”

“Ada nampak orang lain lagi ke kat sini, Cik Aleeya sayang?”

Serantak Aryan baling sudu kecil ke Wafri. Tergelak lelaki itu tak semena-mena.

“Lo jangan macem-macem, Ri!”

“Apa salah ke aku cakap?”

“Nggak benar sama sekali!”

“Eleh! Mulut aje cakap macam tu. Cara kau ambil berat kat dia pun aku dah tahu, Ryan!” Wafri terus usik rakannya.

“Betul ke ni, Ryan?”

“Nggak! Lo usah percaya sama sekali omongan pacar lo itu, Leeya.”     
    
Aleeya pandang teman lelakinya. Masih ketawa. Kemudian Aryan semula. Tetap selamba.

“Hmm… first time ni kau orang berdua kelahi. Selalu aku dengan Wafri aje macam ni. Pasal perempuan pulak tu. Dan perempuan tu ada kena dengan Aryan. Betul kau tak kenal dia, Ryan?”

“Astagha. Udah kubilang aku ini orang yang nabrakin dia, Leeya. Lansung waktu itu baru kita ketemu. Mau kenal gimana, dong.”

“Tak kenal. Tapi kau bawa dia balik ke rumah.”

“Ya aku cuma mau nolongin dia aja. Dia jadi kayak gitu gara-gara aku, kan.”

“Tapi kenapa beria-ia kau tolong dia? Cara kau ambil berat kat Sefhia tu pun, macam ada something aje!”

“Terus, lo curigain aku? Kayak teman lelaki lo ini?”

“Tak adalah macam tu. Cuma pelik sikit.”

“Ya terserah kalian mau mikir gimana.” Suara Aryan seakan merajuk.

“Jangan-jangan Sefhia tu kekasih baru kau tak? Hmm, Ryan?”

“Nggak.”

“Macamlah awak baru kenal Aryan sehari dua, Leeya. Dia bab-bab hal perasaan ni, kalau boleh dia nak tanam jauh-jauh dalam hati dia. Tak nak orang lain tahu!” selar Wafri.

“Hmm… macam kes sebelum ni. Faham. Tapi kalau betul pun Sefhia tu kekasih baru Aryan atau Aryan dah tersangkut kat dia ke, apa salahnya kan? Mungkin ni satu petanda yang hati Aryan dah terbuka balik.”

“Ada salahnya.”

Aleeya toleh ke Wafri.

“Salah apanya? Bukan awak jugak ke yang beriya-iya nak Aryan ni buka balik hati dia kat perempuan?”

“Tu betul.”

So, apa yang salah?”

“Salah sebab Ryan tak berterus-terang dengan kita.”

“Terus terang? Terus-terang apa?”

“Tentang Sefhia.”

“Aryan dah cakap kan Sefhia tu perempuan yang dia langgar hari tu. Dia tak kenal pun Sefhia tu siapa. Dia bawa balik semata-mata nak tolong aje.”

“Tolong?” gelak sinis Wafri terhambur. “Tolong perempuan yang dia sendiri tak kenal siapa. Entah dari mana asal usulnya. Dengan tak bercakap macam tu.”

“Itu normallah. What do you expect nak bercakap dengan orang yang kita tak kenal, Doktor Wafri? Dengan keadaan dia yang baru kemalangan pulak tu. Patah kaki lagi. Mestilah dia trauma. Berapa tahun awak jadi doktor? Takkan tak tahu kut!”

Wafri tarik nafas. Hatinya tiba-tiba rasa panas.

Then, macam mana pulak dengan parut-parut luka kat badan dia? Parut tembakan sekali pun ada. Bayangkan… seorang perempuan cantik bak seorang model dengan beberapa parut tembakan kat badan. What do you think, Doktor Aleeya?”

“Awak jangan nak buat andaian yang bukan-bukan. Mungkin tu parut luka biasa.”

“Tadi awak juga yang tanya saya dah berapa lama jadi doktor. Takkanlah parut biasa dengan bekas kena tembak saya tak boleh bezakan. Berapa ramai pesalah, penjenayah or even banduan dah pernah saya handle?”

Mata Aleeya tajam renung lelaki di sebelah. Cari kepastian. Dari cara, dia nampak kata-kata Wafri bukan satu gurauan.

Renungan tajam kemudian berpindah. Wajah Aryan kali ini dijamah. Hingga rakannya itu terlihat gelisah.

Is it true, Aryan?”

Aleeya menyoal. Sekilas pun Aryan tak pandang.

“Aryan Alfiansyah.”

Suara Aleeya sedikit ditekan. Namun lelaki di depan tetap biarkan.

You better tell us what you owed me, bro.”

Aleeya pandang kembali teman lelakinya. “Apa yang Aryan hutang awak?”

“Satu penjelasan.”

Seraya, Aryan lepas keluhan. Serasa dirinya tak dapat selindung lagi. Lagi-lagi dengan dua insan di depannya ini.

We’re waiting, Aryan.” Wafri bak mengingatkan.

Aryan kerling lelaki itu. Kemudian rakannya yang lagi satu. Habis itu, dia tunduk kembali. Cari kekuatan diri.

“Sebenarnya dia…,”

Aryan telan air liur. Terasa payah suaranya untuk ditutur.

“Di… dia…,”

Ayat Aryan sekali lagi tersangkut.

“Dia apa, Aryan? Cuba cakap pelan-pelan,” suara lembut Aleeya cuba tenangkan.

“Di… dia itu…”

Wafri dah tak dapat tahan. Ditepuk kuat meja di depan. Pap! “Dia tu apa?!”

“Dia itu gadis yang telah menculikku!”

“Hah??!”

 Duduk Aleeya dan Wafri serentak menegak. Wafri pandang Aleeya. Aleeya pandang Wafri. Riak kedua-duanya dah bertukar pucat lesi.


**********

“KENAPA kamu belum makan?” tanya Aryan tatkala bubur nasi yang belum berusik menyapa pandangan.

Usai solat isyak tadi, lelaki itu turun ke bawah. Sebelum makan malam dijamah, sempat dia tanya Mak Minah. Makanan Sefhia dah dihantar?

Dengan pantas wanita itu mengiakan. Pesan agar Sefhia makan pun dah disuarakan. Cuma sekarang Sefhia saja yang tak dengar arahan.

Mujur dia ke sini untuk pastikan. Kalau tak, sampai ke esok agaknya gadis itu tak makan. Dahlah tengah demam.

Aryan melangkah masuk. Pintu bilik dibiar terbuka luas. Sefhia yang baring membelakanginya, didekati. Masih bersweater tebal lagi.

“Sefhia.”

Panggil lelaki itu. Namun gadis di katil hanya diam membisu.

“Aku tahu kamu belum tidur. Bangun. Dimakan ini buburnya. Mak Minah udah masak untuk kamu.”

Sefhia masih kaku. Kata-kata Aryan cuma sapa telinganya sepintas lalu.

“Kalau kamu nggak mau makan, gimana mau sihat?”

Aryan terus bersabar. Sefhia masih cuba dipujuk. Harap-harap katanya didengar.

180 detik jarum saat selesai berputar. Nampaknya kesabaran dia sengaja dicabar. Pantas lelaki itu tarik cadar.

“Bangun.”

Aryan mengarah. Sefhia sekadar buat tak endah.

“Aku bilang bangun.”

Sefhia masih tetap tak mahu mengalah.

Fine! Aku suapin kamu!”

Serentak lengan Sefhia dicapai Aryan. Gadis itu ditarik bangun. Dan sepantas kilat juga tangan Aryan ditepis Sefhia.

“Aku boleh makan sendiri.”

“Oh ya? Kalau gitu, ayuh… silakan! Tunggu apa lagi?”

Tangan Sefhia dan-dan itu capai mangkuk. Bubur mula disuap ke mulut. Sesudu demi sesudu. Aryan yang berpeluk tubuh merenung, lansung dia tak jenguk.

“Mujur kaki kamu lagi patah. Kalau nggak, pasti itu yang udah naik duluan ke dadaku. Kayak dulu.”

Sefhia ketap rahang. Sakit. Marah. Geram. Namun tak ditunjuk. Tangan terus suap bubur dalam mangkuk.  

Biarlah tekaknya yang perit terpaksa disumbat. Asalkan dengan tangan sendiri. Itu lebih baik. Dari disuap Aryan macam malam tadi. Tak nak dia lalui sekali lagi. Dengan panah mata yang semacam tak nak beralih dari wajahnya. Hampir setiap saat.

“Nah... kan bagus begitu. Nggak perlu aku yang maksain. Aku yakin kamu juga nggak butuh aku suapin setiap hari, bukan?”

Sefhia hanya terus dengan suapan. Soalan Aryan tak diiakan, tak juga ditidakkan.

“Atau kamu emang lagi suka aku yang nyuapin? Baru ada selera makannya. Gitu?”

Kali ini Sefhia menganjak sikit dari Aryan. Spontan tawa halus lelaki itu kedengaran.

“Kamu mau sebenarnya, kan? Tapi malu.”

Aryan makin galak tabur usikan pada gadis berkenaan.

“Ya udah... dihabisin terus buburnya. Setelah itu obatnya lansung dimakan. Aku pamit duluan. Dan saat aku kembali nanti, aku mau semuanya udah selesai.”

Lelaki itu beredar. Sempat dikerling pipi Sefhia yang kemerahan. Langkah terus dihayun dengan senyum penuh kepuasan



Sunday, June 21, 2020

CHAPTER 18 : RELAKU PUJUK






LUGGAGE ditarik masuk. Seiring langkahnya ke dalam. Waktu saat ini sudah menginjak ke angka 10.00.

            Huh!

Aryan mendampar tubuh ke sofa. Melepas lelah sejenak.

Penat betul dia seharian ini. Dahlah mesyuarat habis lambat. Penerbangan ke Kuala Lumpur pula delay. Patut petang dah sampai. Gara-gara satu sebab, semua perancangan habis tergelincir.

Seminit dua melepas penat, Aryan bangkit semula. Kaki lansung dihayun ke dapur. Ingin basahkan tekak yang terasa dahaga. Memang langkah kanan betul. Sosok Mak Minah terlihat baru selesai mengelap mini bar.

“Mak Minah.”

“Eh! Aryan! Bila sampai?”

“Baruan sebentar.”

“Mak Minah tak dengar apa-papun?”

“Itu tandanya kuping Mak Minah punya masalah itu!” seloroh Aryan. Gelaknya turut berderai.

“Eh, mana ada! Telinga Mak Minah masih sihat walafiat, tau! Selalu Doktor Hisyam buat chekup.”

Mak Minah tak mahu kalah. Memang dah rutin. Setiap orang dalam rumah harus jalani pemeriksaan dengan Doktor Hisyam, doktor peribadi keluarga Pak Aryawan. Tiga bulan sekali, seperti yang ditetapkan.

“Aduh, Mak Minah. Aryan cuma bercanda doang, ah.”

“Oh! Pandai kenakan Mak Minah, kan!”

“Mak Minah lagi marah?”

“Isk! Tak adanyalah. Nak marah buat apa. Ni… kamu masuk dapur ni, ada apa? Kenapa tak naik terus aje berehat sana? Penat kan baru balik.”

“Tekaknya lagi haus, Mak Minah. Mau minum.”

“Laa… ya ke. Kenapa tak cakap. Aryan nak minum apa? Mak Minah buatkan.”

“Seperti biasa, favouriteku. Yang sejuk. Bisa?”

“Boleh. Sekejap Mak Minah buat.”

Aryan topang dagu ke meja mini bar. Mata turut leka lihat Mak Minah bancuh jus lemon madu kegemarannya.

“Ni Aryan dah makan ke belum? Kalau belum, Mak Minah siapkan.”

“Udah, deh. Waktu dalam flight ke mari,” balas lelaki itu bersahaja. “Err… Sefhia gimana, Mak Minah? Dia baik-baik aja? Makan malemnya apa udah?”

Spontan, keluhan berat Mak Minah terdengar.

“Mak Minah ngapain keluhnya kok gitu sekali?”

“Entahlah, Ryan. Satu hari ni Sefhia lansung tak nak makan. Macam mana penuh pinggan masa Mak Minah hantar, macam tu jugak penuhnya masa Mak Minah ambil balik.”

Kepala Aryan tegak serta-merta. “Loh! Kenapa?”

“Itu yang Mak Minah tak tahu tu. Aryan pun tahu kan Sefhia tu macam mana kalau ditanya. Payah betul mulut nak buka. Yang dia tahu, angguk geleng, anguk geleng. Tu aje!”

Aryan bungkam. Berita yang diterima sedikit mengejutkan. Biasa Sefhia dengar kata. Walau dipaksa, dia ikutkan saja. Tapi hari ini, kenapa?

“Hari-hari kemarin, gimana?”

“Eh. Okey! Selalunya dia okey. Cuma hari ni tak tahu kena angin apa. Mak Minah tengok dia pun lain macam aje.”

Aryan diam lagi. Otak ligat berfikir apa yang sedang terjadi.

“Err… Mak Minah tanya sikit, Aryan jangan marah ya?” pinta wanita itu. Minuman yang selesai dibancuh, dihulur pada empunya yang minta.

“Nanya apa, Mak Minah?”

“Sefhia ada masalah ke? Mak Minah tengok dia nampak muram aje. Selalu termenung. Kadang Mak Minah sedih jugak tengok keadaan dia.”

“Aryan juga nggak tau, deh. Soalnya, lagi baru kenalin dia. Gara-gara kemalangan tempoh hari. Tapi… ya namanya juga manusia, kan. Setiap dari kita pasti lagi punya masalah. Cuman besar atau kecil yang berbeda.”

“Hmm… yelah. Betul jugak. Tapi Aryan tak cuba cari keluarga dia ke? Bagitahu keadaan dia macam mana. Mak Minah bukan apa. Kesian kat dia. Macam sebatang kara pulak tak ada yang ambil tahu lansung.”

‘Aryan juga ingin berbuat yang sama, Mak Minah. Mau balikkan dia ke keluarganya. Untung-untung dia bisa berubah jadi orang berguna.’

Namun ayat itu hanya terlahir dalam hati. Bimbang rahsia terbongkar nanti.

“Insya-ALLAH nanti Aryan coba usahakan. Err… Mak Minah bisa siapin makan malemnya nggak?”

“Kenapa? Aryan dah lapar balik ke?”

“Bukan untuk Aryan.”

“Habis untuk siapa?”

“Sefhia.”

“Sefhia? Nak ke dia makan? Dah malam-malam macam ni.”

“Ya kalau dia nggak mau, Aryan suapin.”

Seraya jus lemon dalam gelas diteguk. Pandangan kaget dari Mak Minah lansung dia tak tengok. 


**********

DULANG makanan ditatang ke bilik. Ada nasi, lauk, sayur. Semuanya sudah hangat dipanaskan. Nasib baik ada Mak Minah. Kalau tak, tak tahu apa nak buat. Hal ini pun takkan sampai padanya.

“Sefhia.”

Panggil Aryan bersama ketukan. Namun tak ada sahutan. Lelaki itu ketuk lagi. Beberapa kali. Tetap, tak ada jawapan dari dalam.

“Gimana, ya?” bisiknya.

Nak masuk, dia bimbang. Dah lewat malam. Kalau tak masuk, lagilah risau. Dengan Sefhia tak makan.

Aryan jenguk ke dapur. Lampu masih menyala. Bermakna Mak Minah masih berjaga. Pada wanita itu dah dipesan agar tunggu hingga selesai semua.

  Dalam berkira-kira, akhirnya pintu dibuka juga. Aryan berjalan masuk. Mata terus tertancap pada sosok berbaring atas katil. Wajahnya nampak pucat.

Aryan letak dulang di meja sisi. Perlahan-lahan Sefhia didekati. Dalam separa terang, dia tenung wajah itu.

‘Nggak sihatkah?’ detiknya.

Ingin tangannya sentuh dahi Sefhia. Merasa suhu badan. Tapi akal warasnya menahan. Nampaknya terpaksalah kejutkan.

“Sefhia.”

Tangan Aryan goncang bahu gadis itu. Seketika, anak mata biru itu kelihatan. Perlahan tubuhnya dibangkitkan.

“Mak Minah bilang kamu nggak makan satu hari ini. Kenapa?”

Sefhia diam.

“Kamu lagi sakit?”

Gadis itu geleng perlahan.

“Terus, kenapa?”

Sefhia kembali diam.

Aryan hela nafas.

Dia tahu Sefhia berbohong. Lihat raut yang pucat, dengan sweater tebal tersarung kat badan, dah cukup tunjukkan keadaan. Mungkin itu penyebab tak ada selera.

“Obat-obat kamu udah dimakan?”

Sefhia terus berdiam. Kali ini Aryan ketap rahang. Namun dipujuk diri untuk terus bersabar.

“Sekarang aku mau kamu makan. Habisin semuanya. Udah itu kamu telan semua obat-obat kamu. No excuse.”

Gadis itu masih tak bereaksi. Hanya tegar renung jari-jemari yang dilagakan antara satu sama lain.

“Emerline Sefhia. Mendingan kamu makan sekarang. Sebelum aku yang nyuapin kamu.”

Seminit berlalu. Sefhia masih tak berganjak dari posisinya.

Okay! Time’s up! Aku suapin.”

Seraya itu Aryan duduk depan Sefhia. Pinggan diambil. Nasi disenduk sesudu lalu disua ke mulut gadis tersebut.

“Tak lapar.”

“Apa aku kira kamu lapar atau nggak. Makan tetap makan.”

Sefhia tenung Aryan. Sebagai isyarat tak mahu. Tekaknya benar-benar tak mampu telan apa-apa sekarang.

“Ayuh. Makan.”

Mendengar nada yang dah ditekan, gadis itu akhirnya akur. Dijamah suapan nasi Aryan dengan rasa berbaur. Sakit. Perit. Payau. Semuanya bercampu-campur.

Hingga makannya habis selesai, Aryan suruh telan ubat pula sebelum dia dibenar baring semula.

“Nah… nggak susah kan disuruh makan?” ujar Aryan seakan perli. Pinggan cawan diletak balik ke dulang lalu dia bangkit.

“Aku tahu kamu lagi nggak sihat. Esok aku bawakan dokter kemari, untuk periksa kamu. Jadi sekarang kamu istirahat dulu. Selamat malem.”

Aryan menapak keluar. Tanpa sedar langkahnya diperhati Sefhia bersama rasa tercabar.