Friday, May 28, 2021

CHAPTER 13 : SEJIWA (Sekuel Bayangan Gurauan)




“AUDZUBILLAHI Minas Syaitonir Rajim...

Alunan Ta'awwuz perlahan memenuhi segenap ruang bilik.

“Bismillahirrahmanirrahim...

Bacaan kalimah suci Al-quran mula berkumandang memecah pagi yang hening. Lembut mendayu, indah bertaranum, penuh tertib.

Yaaa aiyuhan naasut taqoo Rabbakumul lazee khalaqakum min nafsinw waahidatinw wa khalaqa minhaa zawjahaa wa bas sa minhumaa rijaalan kaseeranw wa nisaaa'aa; wattaqul laahallazee tasaaa 'aloona bihee wal arhaam; innal laaha kaana 'alaikum Raqeeba. (Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu :  An-Nisaa’ ayat 1.)”

Terjemahan ayat yang baru dilafaz sedalamnya difahami. Dan ia terus diulang buat. Dari awal bacaan, hingga ke baris surah yang terakhir. Sambil lidah menyebut, sambil otak mahu mengerti maksud setiap ayat yang dilisani.

“Shodaqallahul’azim...”

Kitab Al-kareem ditutup. Diambil naskhah itu lalu dibawa ke bibir, dahi, dan dada. Tiga kali diulang, sebelum ia didakap erat penuh tenang.

Irish pejam mata. Menikmati momen indah cukup bermakna.

Tiada ketenangan yang dia akan dapat setenang ini. Hanya seusai mengabdikan diri pada Sang Pencipta, tika inilah dia dapat merasakannya. Cukup mahal. Tak mampu dibeli dengan harta dunia.

Seminit berteleku di atas hamparan sejadah, Irish celikkan mata. Laungan azan berkumandang dari masjid menyentakkan lamunannya.

‘Dah subuh.’

Seraya kepalanya berkalih. Sosok yang masih lena atas katil, dilirik.

Selalu dah bangun. Tapi pagi ini, nyenyak betul tidur. Sampai dah azan pun masih tak bergerak langsung.

‘Penat kut.’

Wanita itu bangkit. Al-quran diletak semula ke tempatnya. Langkah terus diayun ke arah katil. Perlahan-lahan dia duduk di sisi tubuh lelaki itu.

“Harrys.”

Lembut suara Irish memanggil. Namun sosok tersebut masih tak berkalih.

“Harrys.”

Sekali lagi nama itu dipanggil. Masih sunyi sepi.

Irish mengerut dahi. Pelik. Selalu tak macam ini. Tapi hari ini.....

“Harrys... bangun.”

Sekali lagi ia disebutkan. tetap, diam tak berkutik lelaki di depan. Tanpa ada pilihan, tangan kanannya lansung dibawa ke dada Tengku Harrys.

“Sayang...,”

Dan-dan itu tangan Irish dipegang. Mata Tengku Harrys turut terbuka perlahan-lahan.

“Assalamualaikum.” Ucap lelaki itu dengan salam. Kalimah wajib setiap pagi bangun tidur sebaik terpandang wajah Irish di depan.

“Harrys!”

“Ya.”

“Main-mainkan orang, ya?”

“Tak.”

“Dah bangun sebenarnya, kan? Tapi buat-buat tidur.”

“Kalau tak buat macam tu, sampai bila-bila tak dapat nak dengar panggilan sayang tu.”

Irish ketap rahang. gelak Tengku Harrys serta-merta terburai.

Sorry, dear.” Tangan menyentuh sekilas pipi wanita berkenaan. “Dah solat subuh?”

“Belum.”

“Dah berelekung macam ni?”

“Solat sunat. Lepas tu mengaji.”

“Kenapa tak kejutkan? We can do it together.”

“Tengok Harrys nyenyak tidur. Takut nak kejutkan.”

Tengku Harrys bangkit dari tilam. “Nak beribadah, apapun Harrys tak kisah. Sabda Rasulullah SAW : Dan tidak ada suatu kaum berkumpul di salah satu rumah ALLAH, lalu mereka membaca kitab ALLAH dan mempelajarinya sesama mereka, melainkan ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat meliputi mereka, malaikat akan menaungi mereka dan ALLAH akan meyebut mereka di hadapan malaikat di sisi-NYA.”

Kata-kata Tengku Harrys menusup masuk ke telinga Irish. Hilang terus rasa geram yang tadi hadir.

“Maaf.”

“Tak apa. Lepas ni kejutkan, okey?” Satu kucupan singgah di kepala Irish. “Give me five minutes. Harrys nak siap untuk solat.”

Tengku Harrys turun dari katil. Tuala di sidaian dicapai sebelum dia berlalu ke bilik air.

“Irish.”

Irish berpaling.

That ‘sayang’... thank you. I appreciate it.”

Susuk lelaki itu lantas menghilang di balik dinding.

Irish terus pegun atas katil. Dia sendiri tak sedar panggilan yang diucap sebentar tadi. Yang dia tahu, saat tangannya menyentuh dada Tengku Harrys, terasa satu aliran listrik mengalir dalam tubuh, lalu menghantar isyarat ke otak, dan spontan... ia terzahir di bibir.



Thursday, May 20, 2021

CHAPTER 12 : SEJIWA (Sekuel Bayangan Gurauan)

 


See back y’all...

After long time no see...

Lots of miss from #HarrysIrish..... ^_^

 

 

PANDANGAN dilempar ke kolam. Menjamu mata dengan ikan-ikan yang berenang. Sesekali wajahnya melirik ke dalam. Lihat yang lain rancak bersembang sakan.

Keluarganya, keluarga Irish, keluarga Pak Ngah Arham. Semua ada. Datang sambut kepulangan Irish dan dia.

Tadi dia pun ada turut sama dengan mereka. Tiba-tiba dapat panggilan dari Fezrul, jadi dia minta diri untuk keluar. Selesai bercakap, hati terasa nak duduk ambil angin malam sebentar. Makanya dia di sini sekarang.

“Harrys.”

Lelaki itu toleh ke belakang. “Along.”

“Kenapa duduk kat luar?”

“Tak ada apa. Saja. Ambil angin sekejap.”

“Semua orang cari Harrys kat dalam. Ingat ke mana hilang.”

No. I’m here.”

Izzul melangkah dekati adik iparnya. “Along ganggu ke?”

“Tak pun, long.”

May I join you?”

Sure.”

Sejurus itu Izzul melabuh duduk di bangku taman, sebelah Tengku Harrys. Hati teringin luangkan masa sikit. Sepanjang bergelar keluarga, ini kali pertama momen mereka bersama.

“Harrys okey?”

“Kenapa along tanya macam tu?”

“Nampak tadi Harrys menung panjang.”

Tengku Harrys ketawa kecil. “Tak adalah. Tengok ikan-kan tu. Lama tak jumpa.”

“Melepas rindulah ni.”

“Lebih kurang.”

Kali ini Izzul yang tergelak. Tengku Harrys di sisi dipandang sejenak. Macam mana dia lihat sinar wajah adiknya di dalam tadi, macam itu juga yang dia lihat empunya raut di sebelah.

How about you and Irish?” soalan Izzul spontan meluncur keluar. Ingin tahu perkembangan adik-adiknya.

“Alhamdulillah. Baik setakat ni.”

Your honeymoon?”

Good at all.”

“Harrys gembira dengan Irish?”

Every single second. She made my day.”

I can see that. From her smile.”

Tengku Harrys toleh ke sisi. “What does it mean?”

Hujung bibir Izzul tersungging. Interpretasi rasa senang yang terbit dari lubuk hati.

“Senyuman dia menceritakan segalanya, Rys.”

“Maksud along?”

“Senyuman Irish. Dah lama along tak nampak senyuman indah dia tu. Senyuman yang dah lama lenyap, hilang. Tapi malam ni... senyuman tu dah kembali mekar kat bibir dia. Malah, lebih manis. Terpancar bunga-bunga bahagia.”

Tengku Harrys diam. Kata-kata Izzul perlahan-lahan menusup masuk ke pendengaran.

“Terima kasih, Rys. Terima kasih sebab kembalikan senyuman Irish. Terima kasih sudi bahagiakan dia. Terima kasih kotakan janji Harrys pada along. Along tahu along tak salah pilih orang. ”

“Harrys cuma buat apa yang termampu, long.”

“Termampu? Tapi apa yang Harrys buat benar-benar terkesan. Along dah tak nampak Irish yang dulu. Yang takut buka hati dia untuk lelaki. Takut nak beri semula cinta dia. Takut untuk bina masa depan.

But you turned it well. You had proven to her. Harrys berjaya buktikan pada Irish masih ada lagi lelaki baik, tulus, ikhlas yang boleh terima dia. Masih ada lagi lelaki yang boleh beri kebahagian pada dia.”

I just did as what you asked. Buktikan apa yang Irish cakap, salah.”

Yeah. Because you the only one could do that. Remembered what I told you last time?”

Seraya Tengku Harrys sua anggukan.

You’re the person, Rys. The right one yang ALLAH janjikan buat Irish. Nobody can deny it. Ada hikmah perjalanan hidup Irish tertulis macam tu. Sebab ALLAH dah simpan Harrys untuk jadi penyelamat dan pelindung dia pada suatu saat yang tepat. Dan along percaya... keluarga along, keluarga kita, even sesiapa pun akan rasa dan ucap benda yang sama pada Harrys.”

Tengku Harrys terus kaku bicara. Sejujurnya dia tak buat apa-apa. Hanya ikut gerak hati untuk lakukan semua yang terdaya. Demi insan tercinta. Selebihnya... dia berserah pada Maha Esa.

“Along minta maaf, Rys.”

Sekali lagi kepala Tengky Harrys berkalih. “Pardon?”

I am truly sorry.”

“Untuk apa?”

“Atas kekurangan adik along.”

Don’t say it.”

“Along tahu Irish bukan gadis yang sempurna buat Harrys.”

No.”

“Dia sekadar ingin menumpang. Mencari secebis kasih dengan Harrys untuk bantu merawat ĺuka hati dan beban yang ditinggalkan.”

“Tak, long.”

“Along harap Harrys sudi pimpin dia bina bahagia yang didambakan. Tapi kalau Harrys dah tak larat, Harrys boleh pulangkan semula Irish pada along...,”

No. Don’t say that. Please.”

“A... along...,”

“Irish wanita yang cukup sempurna di mata Harrys. Tak ada yang kurang. She’s almost perfect. Sebab dia pemberian terbaik dari ALLAH buat Harrys. Sepatutnya Harrys yang ucap terima kasih. Sebab along sekeluarga pilih Harrys untuk miliki insan seistimewa dia.

Tak ada istilah Irish tumpang kasih dengan Harrys or whatsoever. Dia isteri Harrys. Selayaknya dia disayangi, dicintai, dikasihi seorang suami. Apa saja yang Harrys ada, yang Harrys punya, seluruh jiwa raga Harrys, semua adalah milik dia. Kalau nyawa Harrys sekalipun jadi taruhan, I will sacrifice myself for her.”

“Harrys...,”

“Demi ALLAH... Harrys akan jaga adik along sesempurna mungkin. Dia tak layak untuk disakiti lagi.”

“Harrys...,”

“Harrys akan jaga Irish sepenuh hati Rys. This is my promise.”

Izzul tenung wajah adik iparnya. Dalam. Lama. Tak ada sekelumit pun sirna kebohongan di pandangan. Hanya sinar keikhlasan yang terpancar dalam redup mata.

“Zul!”

Izzul dan Tengku Harrys berpaling serentak

“Laaa... kau lepak sini rupanya! Aduhhh... kau ni, Zul! Kata tadi nak cari Harrys. Dengan kau-kau sekali ikut hilang! Apa benda!”

Sorry, Fiy.” Izzul garu kepala. “Tadi memang nak cari. Tapi tak sengaja pulak tersembang kat sini.”

“Tersembang? Tersembang apa kalau dah macam ni? Sampai tak ingat nak masuk dalam!” selar Tengku Hafiy sambil menghampiri dua figura di depannya. “Sembang apa kau orang berdua, hah?”

“Tak ada apalah. Sembang-sembang kosong aje.” Izzul cuba berselindung.

“Ya ke kosong? Tengok tadi serius semacam aje. Aku datang pun kau orang boleh tak perasan!”

“Betul, bro.

“Hmm... dah, jom! Dia orang panggil dinner. Masing-masing perut dah berkeroncong dah tu. Macam-macam lagu ada. Tak pasal-pasal kang ada yang berguling kat lantai!”

Taman mini vila ditinggal dalam gelakan tiga lelaki berkenaan.