Wednesday, February 18, 2015

BAB 40 : BAYANGAN GURAUAN




K

    UNTUMAN senyum yang tidak lekang di bibir mengiringi setiap hayunan langkahnya ke pejabat. Tidak seperti hari-hari sebelum ini, pagi itu dirasakan cukup berbeza sekali. Semua staff yang berselisih dengannya dihadiahkan dengan senyuman hinggakan mereka sedikit hairan dengan tingkahnya yang agak berlainan. Namun lelaki itu tidak kisah. Biarlah apa orang hendak cakap. Yang penting hatinya terasa gembira dan bahagia saat ini. Satu perasaan yang tidak pernah dirasakan seumur hidupnya.

“Hai, Tasya. Morning!” sapa Tengku Harrys sewaktu tiba di meja setiusahanya. Sebuah senyuman manis turut diberikan pada gadis itu.

            “Morning, Tengku!”

            “Any documents I need to sign?”

            “Ada. Semuanya saya dah letakkan atas meja Tengku.”

            “Alright. Thanks!” ucap Tengku Harrys. Segaris senyum terukir lagi di bibirnya sebelum dia berlalu dari meja itu.

            Natasya memandang Tengku Harrys tanpa berkelip sehinggalah lelaki itu menghilang ke dalam biliknya. Sedikit terkejut dia dengan reaksi bossnya itu. Selalunya jangankan tegur, pandang sebelah mata pun belum tentu lagi. Tetapi hari ini dirasakan lelaki itu begitu ramah terhadapnya. Siap dengan senyuman manisnya lagi yang jarang sekali dipamerkan pada sesiapa. Memang susah untuk melihat Tengku Harrys tersenyum walaupun dia menghadap lelaki itu setiap hari. Pendek kata, bertuahlah siapa yang dapat melihatnya. Kiranya bertuah jugalah nasib dia hari ini.

            “Ai! Lain macam je boss aku hari ni. Tersenyum-senyum. Siap tegur lagi! Selalu menonong je jalan dengan muka serius dia tu. Okay ke tak dia ni?” ngomel Natasya yang masih merenung pintu bilik Tengku Harrys walaupun lelaki itu telah lama masuk.

            “Hai, nasib kaulah Tasya dapat boss yang unpredictable macam tu! Baik aku buat kerja. Mana tahu sekejap lagi tiba-tiba angin dia dah datang. Hah, satu ofis ni kang bergegar dengan suara dia!”

            Natasya kembali menyambung kerjanya walaupun dalam hati masih tertanya-tanya dengan kelakuan Tengku Harrys yang agak ‘baik’ pagi ini.  

            Masuk sahaja ke dalam bilik, Tengku Harrys meletakkan beg di atas meja dan kemudian melangkah ke cermin tingkap. Pandangan dihalakan ke luar jendela, menghadap kesibukan kota di waktu pagi begini. Tirai yang menghalang pandangannya diselak sedikit agar dia dapat melihat pemandangan luar dengan lebih jelas.

Beberapa minit berdiri di situ, dia tersenyum sendiri. Lelaki itu kemudian beralih ke tempatnya pula. Melabuhkan duduk di atas kerusi empuk sambil bersandar merenung ke arah skrin komputer yang sudah sedia terpasang. Lama dia merenung skrin itu. Entah apa yang dimenungkannya. Berita yang baru diterimanya semalam benar-benar membuatkan dirinya sedikit tidak keruan. Bukan sedikit rasanya. Memang dia sudah terkeluar dari garisan normal dirinya yang biasa. Mindanya pula asyik memikirkan tentang gadis itu. Gadis yang suatu ketika dulu pernah menggugat kedamaian hatinya, pernah meragut ketenangan jiwanya, juga menganggu setiap hari-hari dan malam-malamnya dengan bayangan yang seringkali hadir baik dalam jaga mahupun dalam lena. Malah, hingga kini bayangan itu sentiasa hadir menerpa dalam setiap sudut ruang hidupnya.

“Irish.”

Sekali lagi bibirnya menyebut nama itu. Entah yang ke berapa kali dia tidak pasti. Apa yang dia pasti, gadis itu benar-benar memberi tamparan padanya yang selama ini buta hati terhadap perempuan.

‘Hmhh! Apa kena dengan kau ni, Harrys? Parah kau ni. Parah!’ getusnya dalam hati. Diraup wajahnya beberapa kali.

Focus, Harrys! Focus! It’s time to work!”

Tengku Harrys bagai mengingatkan diri-sendiri agar tidak terus leka dengan perasaannya. Lantas fail-fail yang telah diletakkan oleh Natasya dibuka dan kemudian diteliti satu demi satu sebelum menurunkan tandatangan. Setengah jam berlalu, dia selesai menyemak semua fail-fail tersebut. Setelah itu, dia menghadap ke skrin komputer untuk menyelesaikan beberapa kerja yang masih tertangguh. Namun hanya beberapa ketika dia menaip, jarinya terhenti. Tengkuknya digosok perlahan sebelum menyambung kerja semula.

“Arghh! Apa kena dengan kau ni, Harrys? Satu apapun pun kau tak boleh nak fikir!”

 Lelaki itu menekap kepalanya dengan tangan, memaksa mindanya untuk berfikir. Hinggalah akhirnya dia tersandar di kerusi. Tidak tahu apa yang harus dilakukan saat ini. Kalau keadaan berterusan begini, mahu satu apapun kerja tidak jalan. Lantas matanya dipejamkan. Cuba mencari semangat agar dia dapat bertahan untuk menghadap tugas-tugasnya sepanjang hari ini. Lewat minit tercari-cari, bibirnya tiba-tiba mengukir senyum.

“Tasya.”

Punat interkom yang menghubungkannya dengan Natasya ditekan. Beberapa saat, suara gadis itu kedengaran.

“Ya, Tengku.”

Please ask Miss Irish to come and see me.”

“Sekarang ke, Tengku?” soal Natasya tidak pasti.

Yes! Now.” 

“Baik, Tengku.”

Serentak itu, punat interkom dilepaskan. Tengku Harrys melepaskan keluhan. Serasanya itulah sahaja cara untuk dia mengembalikan semangatnya hari ini. Dia cuma ingin menatap wajah itu buat seketika. Terasa rindu pula.

‘Rindu? Macam ni rasanya rindu?’ soal lelaki itu sendiri. Seumur hidupnya, inilah pertama kali dia merasai perasaan seperti ini.

Ketukan di muka pintu sedikit menyentakkan lamunan lelaki itu. Pantas dia menoleh. Tidak pasti siapa gerangan yang mengetuk. Sama ada Irish ataupun Natasya. Atau mungkin juga orang lain. Dengan perlahan dia menarik nafas.

“Masuk.”  

 Kedengaran tombol pintu dipulas. Perlahan-lahan daun pintu ditolak dari luar. Seketika, terpancul wajah seseorang dari balik muka pintu itu dan kemudian berjalan masuk ke dalam bersama ayunan langkah yang tersusun kemas.

“Tengku panggil saya?”

Sepotong ayat lahir dari mulut kecil itu. Hanya sepotong ayat, namun sudah mampu mengundang debaran di dadanya. Soalan itu hanya dibalas dengan satu anggukkan kecil.

“Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”

Tengku Harrys tidak menjawab. Entah mengapa lidahnya terasa kelu pula untuk bersuara bila gadis itu sudah berada di hadapannya. Sebelum ini mereka hanya berhadapan sebagai majikan dan pekerja. Atau paling tidak pun, sekadar memerhati dari jauh. Tetapi hari ini dia seperti berhadapan dengan orang lain. Berdepan dengan insan yang merupakan calon bakal isterinya. Sesuatu yang tidak terjangkau di fikiran walau sememangnya itu yang diimpikan sejak bertemu gadis itu dek insiden perlanggaran dulu.

“Tengku?” Irish memanggil lelaki itu bila melihat Tengku Harrys hanya membisu.

“Hmm?”

Are you okay?” soal Irish.

No.”

Any problem?”

Yes.”

What’s wrong?”

Don’t know.”

Irish mengerutkan dahinya. Terasa sedikit pelik dengan jawapan tersebut.

“Err... how can I assist you, Tengku?”

Nothing.

Dahi Irish berkerut lagi. Semakin tidak faham dia dengan tingkah Tengku Harrys. ‘Kata ada masalah. Bila ditanya tak tahu pulak. Nak offer tolong, cakap tak ada apa-apa. Hmmh.’

“Kalau macam tu saya minta diri dululah,” ujar Irish seraya berpaling untuk keluar.

“Ada saya suruh awak keluar? Did I?

Langkah Irish terhenti. Matanya terpejam. Bibirnya diketap. ‘Dia dah mula dah.’ Lantas gadis itu berpusing kembali menghadap Tengku Harrys sambil tersenyum.

“Tak, Tengku.”

So... why don’t you just stand up there and keep quiet.”

Mata Irish membulat. Tangannya sudah tergenggam kemas. Cuba menahan geram yang tiba-tiba memuncak di dada. Bibirnya kembali mengukir senyum. “Okay.”

Tengku Harrys menyembunyikan tawa di balik tangannya. Dia tahu gadis itu sedang menahan marah. Dari riak wajahnya yang bertukar kemerahan sudah cukup untuk memberitahu. Tetapi dia suka. Dia suka cara gadis itu yang tidak menunjukkan rasa marahnya terang-terangan. Lebih gemar menyimpan. Namun siapa tahu seorang yang pendiam begitu bila rasa marahnya sudah dikeluarkan, pasti dunia ini pun boleh terbalik. Sama juga sepertinya.

 Irish diam tidak berkutik. Pandangannya hanya ditala ke arah lantai di bawah. Itu lebih baik dari hatinya terus-terusan menahan geram disebabkan lelaki di hadapannya ini.

“Kenapa senyap? Dah tak boleh cakap?”

Irish memejamkan matanya sekali lagi. ‘Tadi bukan dia yang suruh aku duduk sini diam-diam ke? Sekarang tanya kenapa senyap pulak? Astaghfirullahalazim! Sabarlah wahai hati!’

“Dah puas marah saya dalam hati?”

“Hmm?”

Seakan hendak terkeluar jantung Irish bila mendengar suara itu hanya beberapa incisahaja dari telinganya. Entah bila lelaki itu bangun dan berada di belakangnya.

“Bila masa Tengku ada kat belakang ni? Bukan tadi duduk kat kerusi tu ke?” tanya Irish kebingungan, membuatkan tawa Tengku Harrys berderai.

“Macam mana nak perasan kalau dalam hati asyik kutuk saya tak henti-henti.”

“Eh, mana ada.”

“Tak mengaku? Atau nak saya dengar sendiri dalam hati awak tu? Hmm?” duga Tengku Harrys sambil mendekati Irish. Kali ini nada suaranya sudah bertukar lembut dan sedikit romantis, menyebabkan Irish bergerak sedikit menjauhinya. Sekali lagi ketawa Tengku Harrys kedengaran. Lelaki itu kemudian berjalan ke mejanya dan bersandar di situ sambil berpeluk tubuh menghadap Irish.

“Kenapa nak takut? I am your future husband, right?”

Berderau darah Irish mendengar ayat itu. Spontan matanya memandang Tengku Harrys yang ketika itu turut sama merenung ke arahnya. Hanya seketika sebelum dia memalingkan wajahnya ke tempat lain.

Why? Did I said anything wrong?”

Senyap lagi. Tiada tanda-tanda yang Irish akan membalas pertanyan lelaki itu. Untuk seketika, keadaan bilik tersebut kembali sunyi.

“Kenapa terima lamaran tu?” soalan itu terpancul dari mulut Tengku Harrys tiba-tiba. Nada suaranya juga sudah berubah serius. Memang soalan itu yang ingin diajukan pada Irish semenjak semalam. Tidak sangka Irish akan menerima lamaran keluarganya, walaupun tempoh hari sedikit pertelingkahan berlaku sewaktu mereka berbincang mengenai perkara itu.

       Irish masih terdiam kaku. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan pada lelaki di hadapannya ini. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia mengambil keputusan untuk menerima lamaran tersebut. Yang pasti sewaktu ayahnya meminta dia memberikan kata putus semalam, mulutnya ringan saja menuturkan perkataan ‘ya’ tanpa berfikir lagi. ‘Mungkinkah itu petunjuk yang diberikan Allah seperti yang dikatakan oleh ayahnya?’

            “Irish.”

            “Hmm?”

            “I’m still waiting your words. Atau nak saya datang dekat lagi dengan awak baru awak berani buka mulut?”

“Eh, tak payah!” separuh menjerit Irish bila melihat Tengku Harrys ingin berdiri dan melangkah mendekatinya. Namun jeritannya tidak diendahkan. Semakin hampir Tengku Harrys
 merapatinya hingga menjadikan jarak mereka kini terpisah beberapa jengkal sahaja.

“Cakaplah. Saya dah dekat dengan awak sekarang.”

“Err....”

 “Kenapa terima lamaran tu? Sebab keluarga awak?”

“Tak.”

“Sebab keluarga saya?

“Tak.”

“Atau sebab awak dah jatuh cinta dengan saya?”

Sekali lagi darah Irish berderau. Matanya terus mencari seraut wajah di hadapan. Seperti tidak percaya yang Tengku Harrys akan berkata begitu.

Why are you looking me like that? Is it true?”

Irish tidak membalas. Hanya matanya melirik memandang anak mata Tengku Harrys.

Is it true, Irish?” soal lelaki itu lagi. Kakinya mula melangkah setapak ke hadapan, membuatkan dirinya semakin dekat dengan Irish. Kemudian dia melangkah lagi, hingga memaksa Irish untuk berundur ke belakang hingga akhirnya tubuh gadis itu tersandar di dinding bilik.

Menyedari langkahnya sudah terkunci, Irish cuba meloloskan diri dari lelaki itu. Namun Tengku Harrys lebih pantas menghalangnya bila kedua-dua tangan lelaki itu ditekapkan ke dinding, sekaligus mematikan terus pergerakannya di situ.

Where do you thing you are going? Awak masih belum jawab soalan saya. Dan saya masih belum dapat jawapan untuk soalan saya, Irish.”

“Perlu ke saya jawab soalan tu?”

Yes. Of course.”

 Irish tertunduk. Matanya dipejam sambil kepalanya ligat menyusun ayat-ayat yang sesuai untuk diberikan pada Tengku Harrys.

“Irish...,”

“Saya cuma tak nak buat keputusan yang akan bagi bad effect pada family Tengku kalau saya tolak lamaran tu. Itu yang Tengku cakap pada saya tempoh hari. Dan saya pun kena jaga maruah keluar saya jugak!” Laju saja jawapan itu meluncur keluar dari mulut Irish. Sama ada betul atau tidak, dia tidak tahu. Hanya itu sahaja yang terlintas di fikirannya. Itu lebih baik daripada membiarkan kata-kata terakhir lelaki itu berlaku.

“Walaupun hati awak sendiri yang terluka?”

“Kalau itu yang boleh bahagiakan semua orang.”

“Macam mana pulak dengan hati saya?”

 Irish mendongak semula. “Kenapa pulak dengan hati Tengku?”

Nothing.” Perlahan Tengku Harrys menurunkan tangannya. Irish direnung buat kesekian kali. Kemudian dia berlalu ke mejanya bersama satu senyuman kecil. “You may leave now.”

Mendengarkan itu, Irish menghembus nafas lega. Tanpa berlengah lagi dia terus menghayun kakinya untuk segera keluar dari bilik itu sebelum lebih banyak perkara-perkara pelik akan terjadi.

Thanks. Have a nice dream.” 

Langkah Irish terhenti sekali lagi. Pantas dia berpaling semula memandang Tengku Harrys yang ketika itu sudah pun duduk di kerusinya sambil menatap fail di atas meja.

Please save your future husband’s number on your phone after this.”

Irish tergamam. Untuk beberapa saat, dia tercegat di situ. Dan kemudian langkahnya diteruskan semula hingga ke pintu. Sebelum keluar, sempat lagi dia menjeling ke arah Tengku Harrys.

‘Sabar, Irish. Sabar! Hari ini hari dia.’

Bagai ada satu suara halus yang berbisik ke telinga Irish.

“Ini hari, hari dialah. Esok-esok jangan sampai hari pun dia dah tak kenal!” ngomel gadis itu sendirian dengan langkah yang agak deras menuju kembali ke biliknya.  

     
TENGKU HARRYS membelek gelas di hadapan sambil jarinya bermain-main di permukaan gelas tersebut. Sedari tadi makanan dan minumannya lansung tidak berusik. Hanya direnung dengan satu pandangan. Sesekali senyuman kecil terbit di wajahnya.

            “Hoi!”

            Tengku Harrys sedikit tersentak apabila satu sudu kecil dicampakkan di hadapannya. Pantas dia mendongak.

“Kau dah kenapa senyum sorang-sorang dari tadi?” soal Fezrul kehairanan. Malam ini dia dan Tengku Harrys keluar makan bersama di sebuah restoran di ibu kota Kuala Lumpur. Selepas Maghrib tadi tiba-tiba sahaja rakannya itu muncul di kondo mereka sewaktu dia sedang berehat menonton televisyen. Kemudian Tengku Harrys mengajaknya untuk makan malam. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, dia pun apalagi. Seronok sedikit dapat makan berteman begini.

            “Nothing.”

            “Nothing konon! Dari masa muncul kat rumah tadi happy semacam. Sampai kat sini pulak dah tersenyum sorang-sorang. Takkanlah tak ada apa. Hey, ini Fezrullah! Sekilas ikan di air, tahulah mana jantan betina!”

            Kata-kata Fezrul mengundang senyum Tengku Harrys sekali lagi. Sungguhlah bagai dikata. Hanya melalui perubahan air muka sahaja rakannya itu sudah dapat meneka.

            “What’s up, bro? Last jumpa aku hari tu dengan muka sikit punya serabut. Now, macam dah tak cukup mulut nak senyum pulak aku tengok! Any good news?” sekali lagi Fezrul menyoal.

            “Tak adalah good news sangat.”

            “Are you sure? But your face now telling me instead of that.”

Tengku Harrys terkedu. Nampaknya memang dia sudah tidak dapat menyembunyikan lagi rasa yang sedang bergelodak di hati. Lebih-lebih dengan lelaki di hadapannya ini.

            “Rys...,”

            “She had accepted that propose.”

      Terhenti tangan Fezrul yang ingin menyuap makanan ke mulut kala ayat itu masuk ke telingannya. Muka Tengku Harrys ditenung tanpa berkelip. Namun lelaki itu hanya berlagak selamba. Tidak jadi dia ingin meneruskan suapan. Sudahnya dia meletakkan semula sudu dan garfu di atas pinggan. Tumpuannya kini terarah pada Tengku Harrys di hadapan. “Betul ke ni? Aku tak salah dengar?”

            “Kau dengan aku bukan jauh mana pun.”

            “Bila dia bagitahu?”

            “Semalam.”    

            “Pada kau?”

            “No. Abang dia call abang aku dan sampaikan berita tu.”

            Fezrul terdiam. Beberapa saat kemudian dia kembali bersuara. “Reaksi family kau macam mana?”

            “Ini hajat family aku, Rul. Dah tentulah diorang gembira.”

“Kau?”

            Spontan kening Tengku Harrys berkerut. “Kenapa dengan aku?”

            “Kau sure ke dengan pilihan family kau?”

            “Soalan apa yang kau tanya ni? I already told you everything, right?”

            “I know. Tapi kau dah get ready ke?”

Ready for what?”

“Yelah. Kau belum kenal hati budi dia lagi, kan. Bercinta memang tak pernahlah. So kau dah get ready ke dengan any possibility that’s going to be happen in future? And hati kau pada dia, macam mana? Setakat suka je tak cukup untuk bina masjid, Rys.”         

Kata-kata Fezrul sedikit sebanyak meninggalkan kesan dalam diri Tengku Harrys. Bukan dia tidak terfikir tentang semua itu. Malah sejak pertemuan pertamanya dengan Irish, hal itulah yang mula-mula menerjah ke dalam fikirannya. Lama Tengku Harrys bermenung. Mencari-cari jawapan yang mungkin akan merungkai isi hati yang disorokkan selama ini.

“Aku tak pernah minta semua ni berlaku, Rul. Dan aku tak pernah minta Tuhan hadirkan perasaan ni dalam hati aku. Untuk seorang perempuan yang aku tak kenal pulak tu. Semua tu berlaku atas kehendak-Nya. Kau sendiri tahu dari dulu aku tak pernah buka hati aku untuk mana-mana perempuan. Sebab aku tak percaya untuk hidup bahagia dan berjaya dalam dunia ni, kehadiran perempuan tu perlu dalam diri seorang lelaki. Tapi kenapa mesti dia? Dan semuanya bermula just because of that incident. Kata-kata Tengku Harrys mati di situ. Dia memandang Fezrul. Rakannya itu masih setia menanti butir bicara seterusnya.

Tiga kali aku berlanggar dengan dia, Rul. Tiga-tiga kali tu jugak aku tak berkesempatan untuk kenali dia. Yang ada cuma bayang-bayang dia yang selalu datang dalam hari-hari aku. Aku ingat semua tu hanya gurauan semata-mata. Tapi aku tak putus berdoa siang dan malam untuk Allah pertemukan aku dengan dia satu hari nanti. Aku ingat doa aku tu cuma harapan tinggal harapan. Tapi tak sangka pulak family aku dah kenal dia lebih dulu. Aturan Allah tu memang indah, Rul. Tak ada siapa tahu. Aku tak tahu. Kau tak tahu. Orang lain pun takkan tahu,” jelas Tengku Harrys panjang lebar.

Fezrul bungkam. Wajahnya serius. Dahinya juga berkerut seperti berfikir sesuatu. Tengku Harrys yang menyedari semakin kebingungan. Adakah rakannya itu tidak senang dengan perkhabaran ini? Sangkanya Fezrul akan gembira sama sepertinya. Namun bila melihat kebisuan Fezrul begini membuatkan hatinya dilanda resah. Lantas dia membetulkan duduknya. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, ketawa Fezrul tiba-tiba pecah di situ..

            “Congracts, bro! Akhirnya!” ucap Fezrul dengan gembira. Tangan Tengku Harrys dicapai dan dijabat dengan erat. Namun hanya dia seorang sahaja yang ketawa sedangkan rakannya di hadapan masih lagi terpinga-pinga. “Yang kau buat muka macam tu kenapa?”

            “Bukan kau ke yang buat dulu?”

Tawa Fezrul berderai sekali lagi. Gelihati melihat reaksi lelaki di hadapannya. “Aku saja je. Nak acting sikit. Nak tengok reaksi kau ni macam mana. Dulu cakap apa, tak mainlah jiwang-jiwang ni. Takkan pernah ada cinta dalam kamus hidup kau. But now you see? Tak pasal-pasal malam ni aku dapat korek rahsia hati seorang lelaki yang paling anti-perempuan selama dua puluh sembilan tahun dia bernafas kat bumi ni. Amacam? Hebat tak penangan cinta?” Fezrul menyambung kembali tawanya.

            “Macamlah kau tu dah bercinta sangat.”

            “Eh, aku lain! At least aku berkawan dengan perempuan. Ramai perempuan yang aku kenal. Sambil menyelam tu minum airlah!”

             “So, dah jumpa?”

            “Dalam pemerhatian. Nak cari calon isteri bukan senang, Rys. Lainlah macam kau. Pilihan keluarga pulak tu. Tak payah nak fikir banyak dah!”

            “Baru merisik, Rul. Belum apa-apa lagi.”

           “At least dah ada tanda, kan? Anyway, siapa nama dia? Dari hari tu dok asyik sebut-sebut pasal dia tapi nama dia pun kau tak bagitahu.”

            “Irish. Irish Qiara.”

            “Wow! Cantik nama dia. Mesti secantik orangnya. Kalau tak, takkan mister anti-perempuan ni boleh tangkap cintan. Am I right?”

            Tengku Harrys hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

       “Yelah tu, Harrys. Bukan aku tak tahu. Sejak dulu perempuan yang beratur nakkan kau semuanya cantik, hot, meletup! Kau tu je yang hati kering. Tapi dengan si Irish ni tak tahulah tang mana yang boleh buat kau sangkut. Bila kau nak kenalkan dia kat aku? Nak sangat aku jumpa perempuan yang dah buat kawan aku jadi teruk macam ni!”

            “Teruk?”

            “Hmm... dah macam gila bayang aku tengok. Parah!”

            “Kau cakap aku gila bayang?”

       “Of courselah! Kalau dah asyik termenung, then senyum sorang-sorang. Gila bayanglah tu namanya!”

Tengku Harrys ketawa sepuas-puasnya. Namun tawanya itu hanya terlahir dalam hati. ‘Dah lama aku gila bayang, Rul. Bayang dia yang buat aku jadi gila!’


Saturday, February 7, 2015

BAB 39 : BAYANGAN GURAUAN





“M

AMA, ada apa-apa yang Reen boleh tolong ke?” Tengku Hazreen yang baru muncul di dapur, menyapa Tengku Dafina yang sedang sibuk menyiapkan hidangan makan tengahari bersama menantu serta pembantu-pembantunya. Walaupun sudah ada dua pembantu, namun wanita itu lebih gemar memasak sendiri air tangannya sendiri bila ada masa terluang. Bak kata orang, itulah pengikat kasih sayang di dalam sesebuah keluarga.   

            “Hai, baru turun anak dara mama sorang ni?”

            “Sorrylah, mama. Tengah siapkan assignment, boleh terlelap pulak!”

            “Hmm... kamu yang siapkan assignment ke assignment yang siapkan kamu?” 

            “Ishh, mama ni. Ada ke situ pulak!”

“Penat sangatlah tu, Tengku. Sampai tertidur-tidur buat kerja ya, Reen?”

“Ha’ah, Mak Ros. Menghadap kerja tu sampai bila pun macam tak siap-siap! Ada ke tak yang Reen boleh tolong mama ni? Cepat, ma. Reen tengah rajin ni!”

“Kerja mama dah nak siap pun, Reen. Kak El dengan Mak Ros ada ni tolong mama. Tu... cuba pergi tengok Kak Dewi kalau ada apa-apa kerja untuk kamu tolong,” beritahu wanita itu. Terasa ramai pula yang membantunya di dapur sekarang sejak Helena masuk ke dalam keluarga ini. Menantunya itu pula memang ringan tulang. Hendak memberhentikan salah seorang pembantunya pula, terasa sayang.

Tengku Hazreen menghampiri Dewi yang ketika itu sedang memotong buah-buahan untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut. “Kak Dewi, ada yang bisa gue bantuin?”     

“Enggak apa-apa, Neng Reen. Kak Dewi bisa habisin semuanya sendirian.”

          “Alaa... tak apa. Mari, Reen tolong.” Tengku Hazreen terus mencapai pisau di dalam bekas dan duduk di sebelah Dewi. Dicapai sebiji epal dan dikupas kulitnya sebelum memotong buah itu kepada beberapa bahagian kecil.

            “Aduh, Ibu Tengku! Kalau kaya gini sih saya enggak bisa kerja lama di sini deh!”

            “Eh, kenapa pulak Dewi? Kamu nak ke mana?”

          “Saya enggak ke mana-mana, Ibu Tengku. Tapi ya ini... anak gadis Ibu Tengku ini udah pandai bikin kerja rumah. Itu, menantu Ibu Tengku juga. Rajin sekali! Makanya Dewi harus pulang. Iya, kan?”

“Hmm... yelah tu, Dewi. El ni memang dah rajin. Tapi budak sorang tu, ikut mood dia. Kalau ada kat rumah, adalah muka dia kat dapur ni. Kalau tidak, memanjanglah keluar dia. Sampai muka mamanya ni lama-lama nanti pun dia dah tak kenal agaknya!”  

Spontan Tengku Hazreen tergelak besar. “Ishh! Apalah mama ni. Sampai ke situ pulak fikirinya. Biasalah, ma. Student’s life always like this. Nanti Reen dah kerja, hari-hari Reen ada kat rumah. Sampai nanti mama pun naik bosan agaknya menghadap muka Reen ni hari-hari!”

“Pulang paku buah keras nampak anak mama ni? Dah, pergi naik atas solat Zuhur. Lepas tu panggil Abang Harrys sekali turun makan.”

            “Alright, maam!” pantas Tengku Hazreen turun dari kerusi dan beredar ke atas.

            “El, kamu pun pergilah naik solat dulu. Nanti panggil Hafiy turun makan sekali, ya.”

            Helena akur dengan arahan ibu mertuanya. Dia menyudahkan basuhan pinggan yang terakhir sebelum berlalu. Dan sejurus itu, Tengku Dafina turut beredar. Tinggal pembantu-pembantunya sahaja di situ untuk menyudahkan kerja-kerja mereka.

“Waduh! Enak bangat baunya, mak!”

Dewi yang sedari tadi keluar masuk dari dapur ke meja makan, muncul tiba-tiba di sebelah Mak Ros yang sedang menyeduk lauk ketam ke dalam mangkuk sederhana besar.

“Astaghfirullahalazim. Dewi! Terkejut maklah! Bukan tadi kau tengah siapkan meja makan ke? Ni apahal tiba-tiba tercegat kat sini?”

“Iya, mak. Tapi enggak tahan bau makanannya. Enak bangat sih! Bisa rasa enggak?”

Laju saja tangan Dewi ingin mengambil ketam di dalam mangkuk itu. Namun belum pun sempat tangannya mencapai, Mak Ros lebih dulu memukul.

“Aduh, mak! Sakit loh!”

            “Ha, sakit kan? Kalau ya pun nak makan, pergilah ambil pinggan. Ni main ambil je macam tu. Kau tahu kan lauk ni nak hidang untuk Tengku.”

            “Iya, iya. Dewi minta maaflah, mak!” Dewi sudah menarik muka masam dan ingin berlalu. Namun hanya beberapa langkah. “Dikit aja. Bisa, kan?”

            “Enggak bisa! Pergi siapkan meja dulu. Lepas tu baru kita makan. Nanti diorang semua dah turun nak makan, kau baru terhegeh-hegeh nak buat!”

            “Okay, okay! Dewi bikin ini! Tapi lauknya tinggalin lebih dikit buat Dewi ya, mak!”

            “Iya, nak. Dah cepat pergi siapkan kerja tu!”

            Pantas Dewi bergerak melakukan tugasnya yang terhenti sebentar tadi. 

            
“DAH siap semuanya?” pertanyaan pertama Tengku Dafina sebaik dia dan suaminya tiba di meja makan sebelum diikuti seorang demi seorang anak-anaknya turun ke ruangan itu.

            “Sudah, Tengku.”

            “Mari duduk makan sekali Kak Ros, Dewi.  

         Mendengar pelawaan dari Tengku Haiyan membuatkan Dewi tersenyum lebar. Pantas kakinya ingin melangkah untuk menarik salah sebuah kerusi di meja makan itu. Namun tangan Mak Ros lebih pantas menahannya.

            “Ha... Kak Ros, Dewi. Duduklah sini makan sekali,” pelawa Tengku Dafina pula.

            “Eh! Tak apalah, Tengku. Nanti kami boleh makan kat dapur. Silalah makan semua. Kami ke dalam dulu,” pamit Mak Ros seraya menarik lengan Dewi masuk ke dapur.

            “Mak. Enggak dengar tadi itu kan Bapak Tengku bilang disuruhnya kita duduk makan sekali sama mereka, kan?” 

            “Dengar. Kau pun pantang dipelawa, kan? Terus nak duduk!”

            “Ya, iyalah! Kan mak itu selalu pesan. Rejeki jangan ditolak. Gitu, kan?”

         “Memanglah. Tapi takkan semuanya kau nak belasah! Kata orang sini, tak manis tahu? Mereka tuan rumah, kita ni cuma pembantu. Walaupun Tengku yang pelawa tadi tapi kita kena hormat dengan mereka. Tempat kita kat sini, Dewi. Jangan sesekali melangkaui batas tu walaupun layanan mereka memang baik pada kita. Faham cakap mak ni?”

            “Iya, mak. Dewi ngerti. Maafin Dewi, ya.”

            “Tak apa. Dah, pergi ambil pinggan cepat. Kata nak makan lauk mak masak tadi.”

            “Oh, iya! Sebentar! Dewi pergi ambil pinggannya,” ujar gadis itu seakan terpujuk. Mukanya yang sedikit muram tadi sudah kembali ceria apabila teringatkan lauk ketam masak cili padi yang begitu membuka seleranya. 

            Sementara di meja makan, Tengku Haiyan sekeluarga menikmati hidangan tengahari dalam keadaan yang tenang. Masing-masing tidak berbicara, membuatkan suasana sedikit hening. Yang kedengaran hanyalah bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pinggan.

            “Abang.” Suara Tengku Dafina memecah kesunyian tiba-tiba.

            “Ya.”

            “Hari ni genap seminggu dah, kan?”

           Serta-merta pergerakan mereka terhenti. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Seakan faham dengan butir bicara yang dimaksudkan oleh wanita itu. Kemudian mereka menoleh pada Tengku Harrys. Lelaki itu hanya berlagak tenang sebelum menyambung kembali suapannya tanpa menghiraukan ahli keluarganya yang lain.

            “Hmm. Kalau nak diikutkan memang macam tulah.”

“Tak ada apa-apa berita dari diorang ke, bang?”

“Belum lagi nampaknya.”

            “Abang rasa-rasa mereka terima atau tidak, ya?”

        “Terima atau tidak, abang pun tak tahu. Yang penting kita dah cuba, Fina. Selebihnya kita berserah pada Allah. Kalau ada jodoh diorang berdua, Insyaallah tak ke mana.” Kata-kata Tengku Haiyan membuatkan semua yang ada di situ terdiam. Tidak berani bertanya  lagi. Makanan yang terbiar seketika tadi lansung dijamah semula.           

Tengku Harrys meneruskan suapannya. Sejak dari awal perbualan tadi dia tidak begitu mengambil kisah. Hanya telinganya sahaja yang menangkap butir bicara yang berlaku di meja makan tersebut. Entah mengapa hatinya tidak bersedia untuk mengetahui keputusan itu walaupun dia dapat merasakan jawapan yang akan diterima nanti mungkin mengecewakan. Makanan terus disuap ke dalam mulutnya. Lagi cepat dia makan, lagi cepat dia boleh naik ke bilik. Tidak perlu dia berlama-lama di sini.

Suasana kembali sepi. Tiada lagi perbualan di antara mereka. Hinggalah kedengaran telefon bimbit Tengku Hafiy berbunyi. Lelaki itu segera bangun dari kerusi dan mendapatkan telefonnya di atas meja ruang istirehat.

“Assalamualaikum.”

Tengku Hafiy memberi salam kepada pemanggil di talian. Beberapa saat kemudian dia menoleh ke arah keluarganya di meja makan sebelum melangkah keluar ke beranda villa. Agak lama juga dia bercakap di telefon. Seperti membincangkan satu hal yang penting. Sepuluh minit berlalu, baru kelibatnya kelihatan masuk ke dalam semula.

“Siapa yang call tadi, Fiy? Lama benar bercakap. Sampai kena keluar pulak. Client?” belum sempat Tengku Hafiy melabuhkan duduk, soalan Tengku Dafina lebih dahulu menyapanya. Dia membiarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan. Dipandang muka ahli keluarganya satu persatu sebelum pandangannya berakhir pada Tengku Harrys.

“Hafiy, kamu kenapa ni?” Tengku Dafina bertanya lagi bila anaknya itu hanya mendiamkan diri.

Tengku Hafiy menarik nafas. “Izzul call just now.”

Spontan semua mata teralih lelaki itu. Tiada suara yang keluar. Hanya pandangan menggantikan bicara bahawa semua yang ada di situ memang menantikan jawapan dari mulutnya. Cuma Tengku Harrys sahaja yang tidak senang duduk. Tidak berkalih matanya dari menatap pinggan di hadapan. Jantungnya dirasakan berdegup laju saat ini. 

“Izzul sekeluarga kirim salam. Dia cakap keluarganya terima pinangan tu.”

Semua yang ada di situ bagaikan terkaku. Seakan tidak mempercayai berita yang baru disampaikan oleh Tengku Hafiy.

“Betul ke ni, Hafiy? Kamu jangan bergurau!”

“Betul, ma. Itu yang Izzul bagitahu Hafiy tadi.”

Serta-merta ucapan syukur terlahir dari mulut setiap ahli keluarga Tengku Haiyan.

“Alhamdulillah, bang. Termakbul juga hajat saya!” ucap Tengku Dafina sambil mengenggam erat tangan Tengku Haiyan bersama airmata kegembiraan.

“Berkat usaha dan kesabaran kita. Allah dengar doa kita, Fina.”

“Nampaknya tak lama lagi Reen dapat kakak ipar barulah ya, ma. Tak adalah nak dengar lagi mama membebel risau dengan anak bujang mama yang sorang tu!” seloroh Tengku Hazreen lantas mengundang tawa mereka.

Di kala seluruh ahli keluarga itu menerima berita tersebut dengan rasa teruja, Tengku Harrys hanya kaku tidak bersuara. Masih tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Melihat reaksi keluarganya ketika ini masih belum cukup untuk meyakinkannya.

‘Dia terima? Atau aku salah dengar?’


Tengku Harrys termangu. Lantas dia mencari wajah Tengku Hafiy. Ditenung muka abangnya itu menagih penjelasan sekali lagi. Bagaikan mengerti, Tengku Hafiy turut menoleh. Lama pandangan mereka bertemu. Sehinggalah akhirnya lelaki itu menganggukkan kepala sebagai memberitahu bahawa lamaran keluarga mereka menyunting Irish untuk dirinya telah pun diterima. Dan ketika itu satu perasaan aneh menyelinap masuk ke dalam jiwanya perlahan-lahan.   


SEKELIP mata kediaman Encik Izzuddin kembali sunyi setelah dua hari riuh suasananya. Baru sekejap anak menantu serta cucu-cucunya beredar pulang ke rumah masing-masing. Walaupun siang tadi keadaan di dalam rumah sedikit tegang lantaran perbincangan tentang hal peminangan tersebut, namun malam ini semuanya sudah kembali seperti sedia kala. Masing-masing juga sudah mampu tersenyum dan bergelak ketawa.

Irish melabuhkan duduk di meja kerjanya. Ahli keluarganya yang lain juga sudah berlalu ke bilik tidur waktu dia berbuat perkara yang sama. Ikutkan hati mahu sahaja dia merebahkan tubuh letihnya ke katil memandangkan hari sudah semakin larut. Namun niat itu lansung terbatal bila teringatkan kerja pejabat yang harus disiapkan memandangkan esok ia perlu diserahkan pada Encik Naufal. Suis komputer riba dihidupkan sebelum dia mula melakukan kerja bertemankan lagu-lagu yang dimainkan oleh komputer ribanya. Sedang gadis itu asyik menulis sesuatu di atas
kertas, tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi dari tetingkap messengernya.


Nazmi Jauhari :  Assalamualaikum.. Hai cute! What are you doing?
           

Irish tersenyum sebaik membaca mesej itu. ‘Dia ni tahu-tahu je kan aku tengah mood sedih sekarang.’ Jari-jemari Irish terus menekan papan kekunci untuk membalas.

  
Irish Izz :  Waalaikumussalam.. Hai Nazmi! Tengah siapkan kerja sikit.. How are you?
Nazmi Jauhari :   I’m fine.. How about you there?
Irish Izz :  Alhamdulillah.. Good.. Apa cerita muncul tiba-tiba ni? Sejak balik Brunei lupa lansung kat saya, ya.. Mentang-mentang dapat jumpa dengan kekasih hati dia..
Nazmi Jauhari :  Sorry la, Irish.. Saya inda pernah lupa awak.. Cuma sibuk sedikit di sini.. After one week balik Brunei, terus start kerja..
Irish Izz :  Hmm?? Awak dah kerja? Kat mana? Bukan cakap nak rehat dulu ke?              
Nazmi Jauhari :  Sepatutnya macam tulah. Tapi papa saya dah suruh masuk awal..
Irish Izz :   Papa awak suruh? Are you working with him?
Nazmi Jauhari :   Yes! With his company..
Irish Izz :   Really?! Awak tak pernah cerita dengan saya pun!
Nazmi Jauhari :  Sorry.. Bukan saya tak nak cerita.. Tapi tak berkesempatan nak cerita..
Irish Izz :  So, saya berkawan dengan anak big boss la ni?? Tak sangka, ya!
Nazmi Jauhari :   Inda la.. Yang boss tu papa saya.. Saya satu apa pun inda ada..
Irish Izz :  What type of business?
Nazmi Jauhari :   Construction..
Irish Izz :  What?? Awak belajar shipping engineering tapi sekarang kerja dalam construction industry? Are you serious?!
Nazmi Jauhari :  Nak buat macam mana, Irish. No choice.. Saya belajar apa yang saya minat tapi kehendak keluarga juga saya tak boleh nak ketepikan..


Seketika, ingatan Irish melayang. ‘Itu juga yang terpaksa aku lakukan, Nazmi. Berkorban
untuk orang-orang yang aku sayang. Dan demi melihat senyuman di bibir insan-insan yang selama ini terlalu baik padaku. Biarpun pedih hati sendiri.’      


Nazmi Jauhari :   Irish, are you still there?
Irish Izz :  Yes, I’m here.. Macam tu boleh la saya minta kerja dengan awak kalau one day saya nak beralih angin ke sana..  
Nazmi Jauhari :  No problem, dear! Anytime I’m here for you.. Kedatanganmu ke sini sangat dialu-alukan.. Can’t wait to see you in live!
Irish Izz :   Sound’s good, haa! So, how’s your life now? Bila nak kahwin?
Nazmi Jauhari :  Daring betul soalan awak! But yes! I am getting marry on next month..
Irish Izz :   Hey! I’m just joking, okay.. Jangan la take heart sangat..
Nazmi Jauhari : No.. I’m serious, Irish.. Memang saya akan kahwin bulan depan..
Irish Izz :  What??! Awak ni biar betul?!
Nazmi Jauhari :  Yes! You have to believe it! Tak ada merisik, tak ada tunang, terus nikah.. Everything keluarga saya dah aturkan dengan baik.. Lagipun bukan dengan orang lain.. Buah hati saya juga..
Irish Izz :  Well, that’s good for you.. Sekurang-kurangnya awak tetap kahwin dengan wanita yang awak cinta.. I’m happy for you, friend!
Nazmi Jauhari :   Thanks, Rish.. How about you? Dah jumpa?
             

Irish terdiam. Pertanyaan itu membuatkan dia resah. Perlukah aku beritahu Nazmi? Lama dia memikirkan sama ada ingin berterus terang tentang perkara itu ataupun tidak. Akhirnya jari Irish kembali menaip dengan perlahan.

            .
Irish Izz :   Belum lagi, Nazmi.. Belum jumpa sesiapa..
Nazmi Jauhari :  Saya ingat awak pun akan bagi saya kejutan malam ni.. Tapi, tak apa.. Insyaallah jodoh awak pasti akan datang satu hari nanti.. You know what, Irish? Kalau la saya masih single sekarang, dah tentu saya suruh parents saya datang sana pinang awak..
Irish Izz :   Ishh! Jangan merepek la!
Nazmi Jauhari :  Inda la.. Siapa yang tak nak kahwin dengan orang cantik macam awak.. Orang
 gila pun belum tentu nak tolak!


Kata-kata Nazmi membuatkan Irish tergelak. Ada sahaja modal lelaki itu untuk membuatkannya ketawa. Hingga terlupa kesedihan yang bersarang di hatinya. Dan perbualan mereka malam itu menjadi semakin rancak. Walaupun malam sudah merangkak ke pagi, namun Nazmi tetap setia menemani Irish menghabiskan kerja-kerjanya. Hanya  pukul 1.00 pagi, Irish selesai menyiapkan tugas. Meja yang agak berselerak dengan fail-fail kerja dikemaskan sebelum dia melangkah ke katil. Suis lampu ditutup lalu Irish merebahkan diri di atas tilam. Matanya yang sudah sedikit kuyu turut dipejamkan.

            Ding...

            Bunyi itu membuatkan mata Irish celik kembali. Bunyi dari telefon bimbit yang menandakan ada mesej masuk. Segera dicapai telefon yang berada di atas meja sisi katil. Bimbang sekiranya ada hal penting atau kecemasan sedang berlaku. Mesej tersebut dibuka.


Thanks.
           

Hanya itu ayat yang tertera di skrin telefon. Irish melihat nombor si pengirim. Bukan dari nombor yang berada dalam senarai simpanannya. Dahi gadis itu berkerut memikirkan siapa gerangan yang menghantar mesej tersebut di waktu begini. Tangan Irish menari-nari di atas skrin sesentuh telefonnya menaip sesuatu sebelum menekan punat send.
           
Siapa ya?
           
Beberapa ketika mesejnya berbalas. Pantas dia membuka mesej tersebut.

           
Have a nice dream. Assalamualaikum.


            Dahi Irish berkerut membaca mesej yang baru diterimanya. ‘Ishh! Siapa ni?’ gadis itu seakan tidak berpuas hati. Terus jarinya ingin membalas mesej itu lagi. Namun pergerakannya tiba-tiba terhenti.

           “Kalau aku layan nanti makin menjadi-jadi pulak. Nak balas ke tak nak, ya?” Irish berkira-kira di dalam hati. Lama dia termenung memandang syiling. 

“Hmm, biar jelah.”

Telefon akhirnya diletakkan semula sebelum dia menarik selimut menutupi seluruh tubuh. Matanya dipejamkan kembali, cuba untuk melupakan siapa pengirim yang menghantar mesej-mesej itu lewat malam begini.