“M
|
AMA, ada apa-apa yang
Reen boleh tolong ke?” Tengku Hazreen yang baru muncul di dapur, menyapa Tengku
Dafina yang sedang sibuk menyiapkan hidangan makan tengahari bersama menantu
serta pembantu-pembantunya. Walaupun sudah ada dua pembantu, namun wanita itu
lebih gemar memasak sendiri air tangannya sendiri bila ada masa terluang. Bak
kata orang, itulah pengikat kasih sayang di dalam sesebuah keluarga.
“Hai,
baru turun anak dara mama sorang ni?”
“Sorrylah, mama. Tengah siapkan assignment, boleh terlelap pulak!”
“Hmm...
kamu yang siapkan assignment ke assignment yang siapkan kamu?”
“Ishh, mama ni. Ada ke situ pulak!”
“Penat sangatlah tu, Tengku. Sampai tertidur-tidur buat
kerja ya, Reen?”
“Ha’ah, Mak Ros. Menghadap kerja tu sampai bila pun macam
tak siap-siap! Ada ke tak yang Reen boleh tolong mama ni? Cepat, ma. Reen
tengah rajin ni!”
“Kerja mama dah nak siap pun, Reen. Kak El dengan Mak Ros
ada ni tolong mama. Tu... cuba pergi tengok Kak Dewi kalau ada apa-apa kerja
untuk kamu tolong,” beritahu wanita itu. Terasa ramai pula yang membantunya di
dapur sekarang sejak Helena masuk ke dalam keluarga ini. Menantunya itu pula
memang ringan tulang. Hendak memberhentikan salah seorang pembantunya pula,
terasa sayang.
Tengku Hazreen menghampiri Dewi yang ketika itu sedang
memotong buah-buahan untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut. “Kak Dewi, ada
yang bisa gue bantuin?”
“Enggak apa-apa, Neng Reen. Kak Dewi bisa habisin
semuanya sendirian.”
“Alaa...
tak apa. Mari, Reen tolong.” Tengku
Hazreen terus mencapai pisau di dalam bekas dan duduk di sebelah Dewi. Dicapai
sebiji epal dan dikupas kulitnya sebelum memotong buah itu kepada beberapa
bahagian kecil.
“Aduh,
Ibu Tengku! Kalau kaya gini sih saya enggak bisa kerja lama di sini deh!”
“Eh,
kenapa pulak Dewi? Kamu nak ke mana?”
“Saya
enggak ke mana-mana, Ibu Tengku. Tapi ya ini... anak gadis Ibu Tengku ini udah
pandai bikin kerja rumah. Itu, menantu Ibu Tengku juga. Rajin sekali! Makanya
Dewi harus pulang. Iya, kan?”
“Hmm... yelah tu, Dewi. El ni memang dah rajin. Tapi
budak sorang tu, ikut mood dia. Kalau
ada kat rumah, adalah muka dia kat dapur ni. Kalau tidak, memanjanglah keluar
dia. Sampai muka mamanya ni lama-lama nanti pun dia dah tak kenal
agaknya!”
Spontan Tengku Hazreen tergelak besar. “Ishh! Apalah mama
ni. Sampai ke situ pulak fikirinya. Biasalah, ma. Student’s life always like this. Nanti Reen dah kerja, hari-hari
Reen ada kat rumah. Sampai nanti mama pun naik bosan agaknya menghadap muka
Reen ni hari-hari!”
“Pulang paku buah keras nampak anak mama ni? Dah, pergi
naik atas solat Zuhur. Lepas tu panggil Abang Harrys sekali turun makan.”
“Alright,
maam!” pantas Tengku Hazreen turun
dari kerusi dan beredar ke atas.
“El,
kamu pun pergilah naik solat dulu. Nanti panggil Hafiy turun makan sekali, ya.”
Helena
akur dengan arahan ibu mertuanya. Dia menyudahkan basuhan pinggan yang terakhir
sebelum berlalu. Dan sejurus itu, Tengku Dafina turut beredar. Tinggal
pembantu-pembantunya sahaja di situ untuk menyudahkan kerja-kerja mereka.
“Waduh! Enak bangat baunya, mak!”
Dewi yang sedari tadi keluar masuk dari dapur ke meja
makan, muncul tiba-tiba di sebelah Mak Ros yang sedang menyeduk lauk ketam ke dalam
mangkuk sederhana besar.
“Astaghfirullahalazim. Dewi! Terkejut maklah! Bukan tadi
kau tengah siapkan meja makan ke? Ni apahal tiba-tiba tercegat kat sini?”
“Iya, mak. Tapi enggak tahan bau makanannya. Enak bangat
sih! Bisa rasa enggak?”
Laju saja tangan Dewi ingin mengambil ketam di dalam
mangkuk itu. Namun belum pun sempat tangannya mencapai, Mak Ros lebih dulu
memukul.
“Aduh, mak! Sakit loh!”
“Ha,
sakit kan? Kalau ya pun nak makan, pergilah ambil pinggan. Ni main ambil je
macam tu. Kau tahu kan lauk ni nak hidang untuk Tengku.”
“Iya,
iya. Dewi minta maaflah, mak!” Dewi sudah menarik muka masam dan ingin berlalu.
Namun hanya beberapa langkah. “Dikit aja. Bisa, kan?”
“Enggak
bisa! Pergi siapkan meja dulu. Lepas tu baru kita makan. Nanti diorang semua
dah turun nak makan, kau baru terhegeh-hegeh nak buat!”
“Okay, okay! Dewi bikin ini! Tapi lauknya
tinggalin lebih dikit buat Dewi ya, mak!”
“Iya,
nak. Dah cepat pergi siapkan kerja tu!”
Pantas
Dewi bergerak melakukan tugasnya yang terhenti sebentar tadi.
“DAH siap semuanya?” pertanyaan pertama Tengku Dafina sebaik
dia dan suaminya tiba di meja makan sebelum diikuti seorang demi seorang
anak-anaknya turun ke ruangan itu.
“Sudah,
Tengku.”
“Mari
duduk makan sekali Kak Ros, Dewi.
Mendengar
pelawaan dari Tengku Haiyan membuatkan Dewi tersenyum lebar. Pantas kakinya
ingin melangkah untuk menarik salah sebuah kerusi di meja makan itu. Namun
tangan Mak Ros lebih pantas menahannya.
“Ha...
Kak Ros, Dewi. Duduklah sini makan sekali,” pelawa Tengku Dafina pula.
“Eh! Tak
apalah, Tengku. Nanti kami boleh makan kat dapur. Silalah makan semua. Kami ke
dalam dulu,” pamit Mak Ros seraya menarik lengan Dewi masuk ke dapur.
“Mak.
Enggak dengar tadi itu kan Bapak Tengku bilang disuruhnya kita duduk makan
sekali sama mereka, kan?”
“Dengar. Kau pun pantang dipelawa, kan?
Terus nak duduk!”
“Ya,
iyalah! Kan mak itu selalu pesan. Rejeki jangan ditolak. Gitu, kan?”
“Memanglah.
Tapi takkan semuanya kau nak belasah! Kata orang sini, tak manis tahu? Mereka
tuan rumah, kita ni cuma pembantu. Walaupun Tengku yang pelawa tadi tapi kita
kena hormat dengan mereka. Tempat kita kat sini, Dewi. Jangan sesekali
melangkaui batas tu walaupun layanan mereka memang baik pada kita. Faham cakap
mak ni?”
“Iya,
mak. Dewi ngerti. Maafin Dewi, ya.”
“Tak
apa. Dah, pergi ambil pinggan cepat. Kata nak makan lauk mak masak tadi.”
“Oh,
iya! Sebentar! Dewi pergi ambil pinggannya,” ujar gadis itu seakan terpujuk.
Mukanya yang sedikit muram tadi sudah kembali ceria apabila teringatkan lauk
ketam masak cili padi yang begitu membuka seleranya.
Sementara
di meja makan, Tengku Haiyan sekeluarga menikmati hidangan tengahari dalam
keadaan yang tenang. Masing-masing tidak berbicara, membuatkan suasana sedikit
hening. Yang kedengaran hanyalah bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pinggan.
“Abang.”
Suara Tengku Dafina memecah kesunyian tiba-tiba.
“Ya.”
“Hari ni
genap seminggu dah, kan?”
Serta-merta
pergerakan mereka terhenti. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Seakan
faham dengan butir bicara yang dimaksudkan oleh wanita itu. Kemudian mereka
menoleh pada Tengku Harrys. Lelaki itu hanya berlagak tenang sebelum menyambung
kembali suapannya tanpa
menghiraukan ahli keluarganya yang lain.
“Hmm.
Kalau nak diikutkan memang macam tulah.”
“Tak ada apa-apa berita dari diorang ke, bang?”
“Belum lagi nampaknya.”
“Abang
rasa-rasa mereka terima atau tidak, ya?”
“Terima
atau tidak, abang pun tak tahu. Yang penting kita dah cuba, Fina. Selebihnya
kita berserah pada Allah. Kalau ada jodoh diorang berdua, Insyaallah tak ke
mana.” Kata-kata Tengku Haiyan membuatkan semua yang ada di situ terdiam. Tidak
berani bertanya lagi. Makanan yang
terbiar seketika tadi lansung dijamah semula.
Tengku Harrys meneruskan suapannya. Sejak dari awal
perbualan tadi dia tidak begitu mengambil kisah. Hanya telinganya sahaja yang
menangkap butir bicara yang berlaku di meja makan tersebut. Entah mengapa
hatinya tidak bersedia untuk mengetahui keputusan itu walaupun dia dapat
merasakan jawapan yang akan diterima nanti mungkin mengecewakan. Makanan terus
disuap ke dalam mulutnya. Lagi cepat dia makan, lagi cepat dia boleh naik ke
bilik. Tidak perlu dia berlama-lama di sini.
Suasana kembali sepi. Tiada lagi perbualan di antara
mereka. Hinggalah kedengaran telefon bimbit Tengku Hafiy berbunyi. Lelaki itu
segera bangun dari kerusi dan mendapatkan telefonnya di atas meja ruang
istirehat.
“Assalamualaikum.”
Tengku Hafiy memberi salam kepada pemanggil di talian.
Beberapa saat kemudian dia menoleh ke arah keluarganya di meja makan sebelum
melangkah keluar ke beranda villa. Agak lama juga dia bercakap di telefon.
Seperti membincangkan satu hal yang penting. Sepuluh minit berlalu, baru
kelibatnya kelihatan masuk ke dalam semula.
“Siapa yang call
tadi, Fiy? Lama benar bercakap. Sampai kena keluar pulak. Client?” belum sempat Tengku Hafiy melabuhkan duduk, soalan Tengku
Dafina lebih dahulu menyapanya. Dia membiarkan soalan itu berlalu tanpa
jawapan. Dipandang muka ahli keluarganya satu persatu sebelum pandangannya
berakhir pada Tengku Harrys.
“Hafiy, kamu kenapa ni?” Tengku Dafina bertanya lagi bila
anaknya itu hanya mendiamkan diri.
Tengku Hafiy menarik nafas. “Izzul call just now.”
Spontan semua mata teralih lelaki itu. Tiada suara yang
keluar. Hanya pandangan menggantikan bicara bahawa semua yang ada di situ
memang menantikan jawapan dari mulutnya. Cuma Tengku Harrys sahaja yang tidak
senang duduk. Tidak berkalih matanya dari menatap pinggan di hadapan.
Jantungnya dirasakan berdegup laju saat ini.
“Izzul sekeluarga kirim salam. Dia cakap keluarganya
terima pinangan tu.”
Semua yang ada di situ bagaikan terkaku. Seakan tidak
mempercayai berita yang baru disampaikan oleh Tengku Hafiy.
“Betul ke ni, Hafiy? Kamu jangan bergurau!”
“Betul, ma. Itu yang Izzul bagitahu Hafiy tadi.”
Serta-merta ucapan syukur terlahir dari mulut setiap ahli
keluarga Tengku Haiyan.
“Alhamdulillah, bang. Termakbul juga hajat saya!” ucap
Tengku Dafina sambil mengenggam erat tangan Tengku Haiyan bersama airmata
kegembiraan.
“Berkat usaha dan kesabaran kita. Allah dengar doa kita,
Fina.”
“Nampaknya tak lama lagi Reen dapat kakak ipar barulah
ya, ma. Tak adalah nak dengar lagi mama membebel risau dengan anak bujang mama
yang sorang tu!” seloroh Tengku Hazreen lantas mengundang tawa mereka.
Di kala seluruh ahli keluarga itu menerima berita
tersebut dengan rasa teruja, Tengku Harrys hanya kaku tidak bersuara. Masih
tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Melihat reaksi
keluarganya ketika ini masih belum cukup untuk meyakinkannya.
‘Dia terima? Atau aku salah dengar?’
Tengku Harrys termangu. Lantas dia mencari wajah Tengku
Hafiy. Ditenung muka abangnya itu menagih penjelasan sekali lagi. Bagaikan
mengerti, Tengku Hafiy turut menoleh. Lama pandangan mereka bertemu.
Sehinggalah akhirnya lelaki itu menganggukkan kepala sebagai memberitahu bahawa
lamaran keluarga mereka menyunting Irish untuk dirinya telah pun diterima. Dan
ketika itu satu perasaan aneh menyelinap masuk ke dalam jiwanya
perlahan-lahan.
SEKELIP mata kediaman Encik Izzuddin kembali sunyi setelah dua
hari riuh suasananya. Baru sekejap anak menantu serta cucu-cucunya beredar
pulang ke rumah masing-masing. Walaupun siang tadi keadaan di dalam rumah
sedikit tegang lantaran perbincangan tentang hal peminangan tersebut, namun
malam ini semuanya sudah kembali seperti sedia kala. Masing-masing juga sudah
mampu tersenyum dan bergelak ketawa.
Irish melabuhkan duduk di meja kerjanya. Ahli keluarganya
yang lain juga sudah berlalu ke bilik tidur waktu dia berbuat perkara yang
sama. Ikutkan hati mahu sahaja dia merebahkan tubuh letihnya ke katil
memandangkan hari sudah semakin larut. Namun niat itu lansung terbatal bila
teringatkan kerja pejabat yang harus disiapkan memandangkan esok ia perlu
diserahkan pada Encik Naufal. Suis komputer riba dihidupkan sebelum dia mula
melakukan kerja bertemankan lagu-lagu yang dimainkan oleh komputer ribanya.
Sedang gadis itu asyik menulis sesuatu di atas
kertas, tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi dari
tetingkap messengernya.
Nazmi
Jauhari : Assalamualaikum.. Hai cute!
What are you doing?
Irish tersenyum sebaik membaca mesej itu. ‘Dia ni
tahu-tahu je kan aku tengah mood
sedih sekarang.’ Jari-jemari Irish terus menekan papan kekunci untuk membalas.
Irish
Izz : Waalaikumussalam.. Hai Nazmi!
Tengah siapkan kerja sikit.. How are you?
Nazmi
Jauhari : I’m fine.. How about you
there?
Irish
Izz : Alhamdulillah.. Good.. Apa cerita
muncul tiba-tiba ni? Sejak balik Brunei lupa lansung kat saya, ya..
Mentang-mentang dapat jumpa dengan kekasih hati dia..
Nazmi
Jauhari : Sorry la, Irish.. Saya inda
pernah lupa awak.. Cuma sibuk sedikit di sini.. After one week balik Brunei,
terus start kerja..
Irish
Izz : Hmm?? Awak dah kerja? Kat mana?
Bukan cakap nak rehat dulu ke?
Nazmi
Jauhari : Sepatutnya macam tulah. Tapi papa
saya dah suruh masuk awal..
Irish
Izz : Papa awak suruh? Are you working
with him?
Nazmi
Jauhari : Yes! With his company..
Irish
Izz : Really?! Awak tak pernah cerita
dengan saya pun!
Nazmi
Jauhari : Sorry.. Bukan saya tak nak
cerita.. Tapi tak berkesempatan nak cerita..
Irish
Izz : So, saya berkawan dengan anak big
boss la ni?? Tak sangka, ya!
Nazmi
Jauhari : Inda la.. Yang boss tu papa
saya.. Saya satu apa pun inda ada..
Irish
Izz : What type of business?
Nazmi
Jauhari : Construction..
Irish
Izz : What?? Awak belajar shipping
engineering tapi sekarang kerja dalam construction industry? Are you serious?!
Nazmi
Jauhari : Nak buat macam mana, Irish. No
choice.. Saya belajar apa yang saya minat tapi kehendak keluarga juga saya tak
boleh nak ketepikan..
Seketika, ingatan Irish melayang. ‘Itu juga yang terpaksa
aku lakukan, Nazmi. Berkorban
untuk orang-orang yang aku sayang. Dan demi melihat
senyuman di bibir insan-insan yang selama ini terlalu baik padaku. Biarpun
pedih hati sendiri.’
Nazmi
Jauhari : Irish, are you still there?
Irish
Izz : Yes, I’m here.. Macam tu boleh la
saya minta kerja dengan awak kalau one day saya nak beralih angin ke
sana..
Nazmi
Jauhari : No problem, dear! Anytime I’m
here for you.. Kedatanganmu ke sini sangat dialu-alukan.. Can’t wait to see you
in live!
Irish
Izz : Sound’s good, haa! So, how’s your
life now? Bila nak kahwin?
Nazmi
Jauhari : Daring betul soalan awak! But
yes! I am getting marry on next month..
Irish
Izz : Hey! I’m just joking, okay..
Jangan la take heart sangat..
Nazmi
Jauhari : No.. I’m serious, Irish.. Memang saya akan kahwin bulan depan..
Irish
Izz : What??! Awak ni biar betul?!
Nazmi
Jauhari : Yes! You have to believe it!
Tak ada merisik, tak ada tunang, terus nikah.. Everything keluarga saya dah
aturkan dengan baik.. Lagipun bukan dengan orang lain.. Buah hati saya juga..
Irish
Izz : Well, that’s good for you..
Sekurang-kurangnya awak tetap kahwin dengan wanita yang awak cinta.. I’m happy
for you, friend!
Nazmi
Jauhari : Thanks, Rish.. How about you?
Dah jumpa?
Irish terdiam. Pertanyaan itu membuatkan dia resah.
Perlukah aku beritahu Nazmi? Lama dia memikirkan sama ada ingin berterus terang
tentang perkara itu ataupun tidak. Akhirnya jari Irish kembali menaip dengan
perlahan.
.
Irish
Izz : Belum lagi, Nazmi.. Belum jumpa
sesiapa..
Nazmi
Jauhari : Saya ingat awak pun akan bagi
saya kejutan malam ni.. Tapi, tak apa.. Insyaallah jodoh awak pasti akan datang
satu hari nanti.. You know what, Irish? Kalau la saya masih single sekarang,
dah tentu saya suruh parents saya datang sana pinang awak..
Irish
Izz : Ishh! Jangan merepek la!
Nazmi
Jauhari : Inda la.. Siapa yang tak nak
kahwin dengan orang cantik macam awak.. Orang
gila pun belum tentu nak tolak!
Kata-kata Nazmi membuatkan Irish tergelak. Ada sahaja
modal lelaki itu untuk membuatkannya ketawa. Hingga terlupa kesedihan yang bersarang
di hatinya. Dan perbualan mereka malam itu menjadi semakin rancak. Walaupun
malam sudah merangkak ke pagi, namun Nazmi tetap setia menemani Irish
menghabiskan kerja-kerjanya. Hanya pukul
1.00 pagi, Irish selesai menyiapkan tugas. Meja yang agak berselerak dengan
fail-fail kerja dikemaskan sebelum dia melangkah ke katil. Suis lampu ditutup
lalu Irish merebahkan diri di atas tilam. Matanya yang sudah sedikit kuyu turut
dipejamkan.
Ding...
Bunyi
itu membuatkan mata Irish celik kembali. Bunyi dari telefon bimbit yang
menandakan ada mesej masuk. Segera dicapai telefon yang berada di atas meja
sisi katil. Bimbang sekiranya ada hal penting atau kecemasan sedang berlaku.
Mesej tersebut dibuka.
Thanks.
Hanya itu ayat yang tertera di skrin telefon. Irish
melihat nombor si pengirim. Bukan dari nombor yang berada dalam senarai
simpanannya. Dahi gadis itu berkerut memikirkan siapa gerangan yang menghantar
mesej tersebut di waktu begini. Tangan Irish menari-nari di atas skrin sesentuh
telefonnya menaip sesuatu sebelum menekan punat send.
Siapa ya?
Beberapa ketika mesejnya berbalas. Pantas dia membuka
mesej tersebut.
Have a nice dream. Assalamualaikum.
Dahi Irish berkerut membaca mesej yang baru diterimanya.
‘Ishh! Siapa ni?’ gadis itu seakan tidak berpuas hati. Terus jarinya ingin
membalas mesej itu lagi. Namun pergerakannya tiba-tiba terhenti.
“Kalau
aku layan nanti makin menjadi-jadi pulak. Nak balas ke tak nak, ya?” Irish
berkira-kira di dalam hati. Lama dia termenung memandang syiling.
“Hmm, biar jelah.”
Telefon akhirnya diletakkan semula sebelum dia menarik
selimut menutupi seluruh tubuh. Matanya dipejamkan kembali, cuba untuk melupakan
siapa pengirim yang menghantar mesej-mesej itu lewat malam begini.
No comments:
Post a Comment