Wednesday, October 13, 2021

CHAPTER 20a : SEJIWA (Sekuel Bayangan Gurauan)

 



BANGUNAN The Curve dimasuki. Hari biasa, namun tetap ramai yang berkunjung ke pusat membeli-belah ini. Nak shopping mungkin. Tak kurang juga punya hala tuju seperti dirinya barangkali.

Seketika anak mata menyoroti lelaki di depan. Tak tahu ke mana arah ingin ditujukan. Mahu bertanya, tak berani. Bimbang terpancing semula rasa tegang yang membadai di pejabat beberapa tika tadi.

“Huuhhhh!”

“Kau kenapa, Tasya?” soal Insyirah bila lihat tubuh rakannya sudah terdampar baring atas meja.

“Tak ada apa. Nak lepaskan penat aje. Jammed dah rasa otak hadap laptop lama-lama!”

Gelak Irish dan Insyirah spontan berderai. Tumpuan pada kerja masing-masing juga turut terbang.

“Kalau penat, restlah sekejap. Dari tadi saya tengok awak tak bergerak dari situ, Tasya.”

“Saya kalau buat kerja memang macam ni, Cik Irish. Dah start, susah nak berhenti!”

“Hmm... sebab tulah sampai sekarang kau melekat dengan Tengku Harrys tu, Tasya. Bos dengan secretary kalau dah buat kerja, tak toleh kiri kanan dah. Bom meletop dalam bangunan ni pun agaknya kau orang takkan sedar!”

Gelakan berganti ketawa dengan kata-kata yang Insyirah lontarkan. Hingar seketika ruang bilik Irish yang tadi hening bak pelajar ambil peperiksaan.

“Kau ni In... main sebut-sebut pulak nama Tengku, kan. Buatnya bos aku tu tiba-tiba muncul, tengok aku landing baik macam ni, uih... niaya!” Cepat-cepat Natasya tegakkan badan.

“Relakslah, Tasya. Kau juga yang kata bos kau pergi meeting kat luar satu hari ni, kan. So... nak takut apa?”

“Kau jangan, In. Tengku Harrys tu tak boleh nak jangka. Suka surprisekan orang. Kata pergi meeting. Tub-tub ada tercegat kat depan. Kan, Cik Irish?”

Dua pasang mata seraya terarah pada Irish. Namun bibir wanita itu sekadar mengukir senyum manis. “Banyak lagi kerja awak, Tasya?”

“Boleh tahanlah, Cik Irish. Nak kena siapkan cepat. Due date membilang hari aje ni.”

“Maaflah Tasya dah susahkan awak.”

“Isy! Kenapa Cik Irish cakap macam tu? Ni kan annual report Haiyan. Dah tentu jadi tanggungjawab kita semua untuk siapkan. Lagipun saya ikut arahan Tengku aje. Tengku suruh saya tolong Cik Irish, saya tolonglah.”

“Terima kasih, Tasya. Lunch nanti saya belanja, ya.”

“Kalau Cik Irish nak belanja, belanja masak maggie ajelah.”

“Hmm?” Riak Irish bertukar rupa. “Maggie?”

“Yelah. Saya rasa macam malas pulak nak keluar lunch hari ni. Dengan kerja tak siap. Lagipun dah lama saya tak rasa air tangan Cik Irish.”

“Betul! Aku setuju, Tasya! Aku pun rindu jugak nak makan maggie Cik Irish masak. Bolehlah kan, Cik Irish?”

Pandangan Irish melekat pada dua gadis di atas sofa. “Awak berdua betul-betul ke ni?”

“Betullah, Cik Irish. Sekarang jugak saya whatsapp yang lain bagitahu kita tak turun makan tengah hari ni, ya!” ujar Natasya. Segera dia capai telefonnya di sebelah.

So... punahlah harapan saya nak lunch dengan Cik Irish hari ni.”

Satu suara tiba-tiba menjengah.

“Eh, Tengku!” Bangun terus Natasya dari duduknya melihat figura yang sudah berpeluk tubuh sambil bersandar di muka pintu . “Bila Tengku balik?”

“Baru tadi.”

“Bukan ke Tengku ada meeting?”

“Dah habis.”

Meeting belah petang?”

Was cancelled. Tangguh hari lain.”

“Laaa... patutlah tiba-tiba aje Tengku muncul!” tingkat gadis tersebut. Dia yang susun jadual Tengku Harrys, jadi tahulah semua aktiviti lelaki itu. Nasib baik dia dah bangkit. Kalau tak, sia-sia saja ketuanya nampak dia tengah landing tadi.

“Err... Tengku nak bawa Cik Irish lunch?” Insyirah beranikan diri bertanya.

“Niat memang macam tu. Tapi...,” mata Tengku Harrys tepat jatuh ke wajah isteri nun di depan sana. “... you guys dah plan nak lunch sama, kan. It’s okay.”

“Eh, tak Tengku. Kita orang baru plan aje. Tak confirm pun. Kalau Tengku nak bawa Cik Irish, go on!”

“Tak apa, Tasya.”

“Bawa ajelah Cik Irish, Tengku. Kita orang tak kisah pun!” usul Insyirah pula.

Next time maybe.”

“Eh! Teng...,”

“Saya masuk bilik dulu.” Serentak Tengku Harrys berpaling. Mengatur langkah membawa hati yang retak berkeping-keping.

Bawa hati?

Tak sempat pun hati itu nak dibawa. Panggilan kekasih jiwa lenyapkan terus aturan langkah kakinya.

Senyuman Irish terukir kembali di hujung bibir. Lelaki di depan dipandang semula dalam rasa debar yang masih mengiring.

Mujur dapat pujuk. Kalau tak, tahulah dah sampai mana dia punya rajuk. Susah bila insan bernama Tengku Harrys dah terasa hati. Selalu memang cool. Tapi sekali dah merajuk, satu purnama silap-silap berdiam diri.

Malah saat ini pun dia tak pasti. Empunya badan dah okey, atau masih tak ada mood lagi. Dari tadi senyap tak berbunyi.

“Harrys.” Irish cuba memanggil.

“Hmm.”

“Okey ke?”

Why? Nampak macam tak okey ke?”

“Senyap aje sejak keluar tadi.”

Lelaki itu tidak menjawab.

“Marah lagi?”

“Tak.”

“Mulut cakap macam tu. Tapi dalam hati, tak tahu.”

Serentak hayunan kaki Tengku Harrys terpasung mati. Pandangan terhala tajam pada Irish yang turut terkaku di belakang. Berapa saat berlaga mata, akhirnya senyuman kecil perlahan-lahan terlakar di sudut bibir lelaki tersebut. Pantas jemari Irish ditaut sebelum langkah kembali diatur.

“Harrys tak marah. Cuma terkilan kalau tak dapat lunch dengan Irish hari ni. You know right, I’ve been very busy lately. Jarang dah dapat makan sama. Jadi peluang yang ada hari ni kalau boleh Harrys tak nak lepaskan. Sebab tu Harrys rushing balik ofis lepas habis mesyuarat. To have a lunch with you.”

“Maaf.”

Nothing to be sorry for. Bukan salah Irish. Neither Tasya nor Insyirah. Apa yang jadi hari ni, tak siapa-siapa pun rancang. Semuanya ALLAH dah tetapkan.”

Kata-kata itu buat senyum Irish melebar.

Luckily the girls lepaskan Irish pada Harrys,” sambung Tengku Harrys lagi.

You have to thank to them.”

Indeed. Terima kasih sebab mengalah dengan Harrys.”

Gelak Irish kini kedengaran.

And thanks to you too. Cause have chosen me. Kejar Harrys sampai ke luar bilik,” bisik lelaki itu. Tangan Irish kian kejap digenggam dalam langkah yang dihayun. “Nak beli apa-apa sebelum kita lunch?”

“Tak ada.”

“Betul? Kalau ada, kita cari dulu.”

“Betul. Tak ada.”

Tengku Harrys kerling Irish. Susah betul mulut itu nak cakap bila disuruh minta apa-apa. Setiap kali tanya, itu saja jawapan diterima. Kadang sampai dia terpaksa senyap-senyap beli. Kemudian, terus bagi. Hanya dengan begitu Irish takkan dapat lari.

“Harrys bagi masa sampai habis lunch. Think something you could buy here.”

“Hmm?”

Something, atleast.”

“Apa dia?”

I don’t know. Pick for yourself. Selagi tak ada, jangan balik.”

“Irish tak...,”

Full stop.”

“Harr...,”

“Irisshhhhh!”

Laungan tersebut serta-merta buat kedua-duanya berpaling.

 


No comments: