F
|
“Bos you mana?”
“Err...,”
“Don’t
ask which one of your bosses, okay!”
Terkebil-kebil
Natasya pandang gadis itu. “Maaf, ya. Saya bukan nak tanya soalan tu. Cuma nak beritahu
yang bos saya tengah ada mesyuarat
sekarang.”
“Pukul berapa dia
habis meeting?”
“Saya pun tak tahu.
Sampai Tengku Haiyan tangguhkan mesyuaratlah.”
“Eh! You boleh jawab elok-elok sikit tak?
Macam ni ke you layan
tetamu?”
“Eh, saya rasa saya
dah layan cik dengan baik sekali. Saya jawab soalan cik siap dengan senyum
lagi. Tak ada pun saya tengking-tengking cik, kan?”
“Hei! You...,”
“What’s going on
here?”
“Teng... Tengku!”
kelam-kabut Natasya bangkit.
“Kenapa, Tasya?”
Pandangan gadis itu mengarah
pada susuk blondy di depannya.
“Hai, sayang!”
“What are you
doing here?”
“To see you.”
Tengku Melissa maniskan
wajah. Langkahnya mendekat ke Tengku Harrys. Lengan lelaki itu dipaut manja. Cuma
sesaat... pautannya ditolak.
“Herhh!” dengusan
geram terhela. Marah yang reda, kembali menyerang. Perbualan orang tuanya pagi
tadi kembali terngiang.
“You nak apa, Lissa?”
“Why you didn’t
answer my calls?”
“I sibuk.”
“At least, answer
it once!”
“Anything urgent?”
“Yes! I want to
talk to you!”
“About what?”
Tengku Melissa
menghadap Tengku Harrys. Kaca mata hitamnya dialih atas kepala. Bening redup itu
ditentang dalam-dalam. Seketika, pandangan beralih pada gadis di sebelah. “Could
you please leave both of us?”
“No. She stays here.”
“This is between
us, Harrys!”
“Saya per...”
“Just stay here,
Irish.”
“Harrys!”
“You want to talk,
just say it. Otherwise... you may leave.”
Irish genggam erat
fail di tangan.Terasa bahang amarah dua insan di depan bakal meletuskan perang.
“Siapa perempuan tu,
Harrys?”
“Apa maksud you?”
“Perempuan yang family
you pinang... who’s that
girl?”
![]() |
Dummm!
Umpama halilintar menyambar,
tubuh Irish kaku beku. Lemah longlai segenap anggota. Debar dada berombak deras
bagai nak gila.
Tapi, Tengku Harrys...
lelaki itu masih kekal tenang.
“Tell me...
siapa perempuan tu? Kenapa you
tak beritahu I?”
“Kenapa I perlu beritahu you?”
“'Cause I’m your
girlfriend!”
“Excuse me? Did I
ever say that?”
“Of course!”
“Bila?”
“Itu tak penting.
Yang penting you dah tipu I!”
“Tipu? Bila masa pula
I tipu you?”
“Habis selama ni, you keluar dengan I untuk apa? Tiba-tiba sekarang family you pinang perempuan lain untuk you. Then, I macam mana?”
“Macam mana apa?
Macam sepupulah.”
“How dare you said
that, Harrys?? Sejak dulu I
dah banyak korbankan masa I untuk you...
ini yang you balas? Huh?!”
“Listen here,
Tengku Auni Melissa. Seingat I, I tak pernah declared apa-apa hubungan
sekalipun dengan you. Cause for me... you are only my cousin. Selama
ni pun you yang beria-ia minta I teman you keluar sana sini. But remember I always say what?
I
buat semua tu atas dasar sepupu. Tak lebih dari tu. Dan, rasanya... I ni pun cuma pilihan terakhir you bila you dah tak ada teman nak
cari kepuasan kat luar sana.”
“No!”
“Yes, you are!
One more thing... keluarga I
pinang perempuan tu, itu keputusan mereka. Jadi tak ada sebab untuk I tipu you. Am I making myself
clear?”
Tengku Melissa
terkedu. Tertampar dengan kata-kata itu. Tubuhnya berpaling, menghadap
sebahagian pekerja yang sudah berkampung di ruang pejabat tersebut.
“Saya rasa ada baiknya
saya beredar dulu.” Irish berbisik seminima suara.
“Kenapa? Takut? Takut
dia tahu awak perempuan yang dah rampas kekasihnya tu?”
Tepat kornea Irish
menikam wajah lelaki itu.
“Sebab tu nak pergi.
Tinggalkan saya hadap Melissa sendiri.”
Irish telan liur.
Mulut nak jawab bukan. Tapi..
“Ingat pesan saya? Bertindak
mengikut arahan. Jangan ingat boleh pergi sewenang-wenang. Stay here
as long as I'm still here.”
Irish tunduk pejamkan
mata. Genggaman fail dipererat. ‘Baru masuk meminang dah kena serang macam ni. Nak
tunang? Kahwin?’
“Tell me, Harrys.
Siapa perempuan tu?”
“You akan tahu juga nanti.”
“Tapi siapa? I kenal dia?”
“Mungkin.”
Tengku Melissa
mendengus lagi. Rasa dipermain-mainkan. Tengku Harrys dihadap semula. “Fine!
You tak nak beritahu, tak apa.
Tapi jangan mimpi I akan
lepaskan you dengan perempuan
tu. Sampai ke lubang cacing I
akan cari tahu siapa dia!”
“Go ahead.”
“Harrys, Lissa!
Kenapa kecoh-kecoh ni?”
“You tanyalah sendiri adik you ni, Fiy!.I remind you again, Harrys. I'll never let go of
you two! Just wait and see!”
Gadis itu beredar. Marah
meluap-luap di dada. Mata-mata yang memandang langsung tak dihirau. Dia sudah tak
kisah!
‘Ini Melissalah! Kau
tak tahu apa yang aku mampu buat, Harrys!’
“Asal, Rys? Apa dah
jadi sampai Lissa mengamuk macam tu?”
Tengku Harrys sekadar
membisu.
“Irish? Irish okey tak ni? Kenapa muka pucat?”
“Err, tak... tak ada
apa-apa.”
“Mana boleh tak ada apa-apa? Muka dah pucat sangat macam ni!”
“Be... betul. I... Irish okey.”
“Dah, pergi balik
bilik. Tinggalkan dulu semua kerja-kerja. Dah okey nanti baru sambung. Kalau rasa makin teruk, tolong beritahu
abang. You too, Harrys. But remember, you owe me an explanation for
everything!”
ZARYN menjejak ke tingkat dua belas. Entah kenapa Insyirah suruh
dia naik setengah jam yang lalu. Kalau diikutkan sekarang sudah waktu makan
tengah hari.
“Mana semua ni?
Batang hidung pun tak nampak! Suruh aku naik tapi masing-masing hilang!” bebel
gadis itu. Hingga telinganya menangkap bunyi dari arah pantri...
“Hah! Kat sini rupanya
kau orang bersembunyi. Penat aku tercari-cari kat luar, tau!”
“Wei, Ryn! Kalau ya
pun bagilah salam dulu. Sampai melompat aku kau sergah!”
“Nasib baik aku yang
masuk. Kalau bos kau
yang masuk tadi?”
“Isk, kau ni!
Janganlah disebut-sebut. Buatnya dia datang betul karang!”
“Kenapa kalau bos kau
datang pun? Ha, lagi satu... bukan patutnya sekarang kita keluar lunch
ke? Kenapa semua berkurung dalam pantri
ni? Kau orang tak lapar ke?”
“Inilah masalahnya
kalau dia seorang yang duduk tercampak kat bawah tu!”
“Ai, bukan dia ke
yang selalu cepat aje dapat info ke, Isya? Lagi-lagi gosip panas macam ni!”
sampuk Kak Maisarah.
“Gosip panas?? Gosip
panas apa ni, Kak Mai? Tak dengar cerita pun? Hari ni Ryn sibuk sikit kat bawah
tu!” Gadis itu ambil tempat duduk. “Ceritalah kau orang. Nak dengar ni!”
“Takkan kau tak tahu
yang minah saleh celup tu datang mengamuk pagi tadi?”
“Minah saleh celup?”
Zaryn pandang Natasya. “Maksud kau, Tengku Melissa?”
“Iyalah! Siapa lagi
minah saleh celup yang kau tahu?”
“Ooo... patutlah masa
datang tadi terus meluru naik atas. Aku panggil dia buat selamba aje! Aku pula
tengah handle klien masa tu. Asal tiba-tiba perempuan tu nak mengamuk?
Mengamuk dengan siapa?”
“Dengan siapa lagi?
Dengan Tengku Harryslah!”
“Sebab?”
“Se...,” tuturan Insyirah
terhenti. Matanya terarah tepat pada kelibat di muka pintu.
“Eh, Cik Irish...
kenapa datang sini? Cik Irish dah okey ke?
“Saya okey, In.”
“Haiya! Apa fasal Cik
Irish bangun? Kasi rehat dalam bilik sana saja, maa!”
“Saya okey aje, Elaine. Awak semua
janganlah risau.”
“Mahu tak risau? Jadi
apa-apa kat Cik Irish, kena bebel saya dengan Tengku Hafiy!”
Insyirah menggamit lengan Irish duduk di sebelahnya.
Bimbang insiden tadi berulang lagi. Terhuyung-hayang ketuanya balik ke bilik
dengan muka pucat lesi. Belum sempat masuk, tubuh lampai itu langsung terkulai.
Nasib dia sempat sambut sebelum tersungkur ke lantai.
“Kenapa semua
berkumpul kat sini? Tak keluar lunch ke?”
“Patutnya keluar.
Tapi bila saya cakap kena jaga Cik Irish, semua ikut tak nak keluar.”
“Eh, eh. Sekejap! Ni
kenapa pula dengan Cik Irish ni?”
“Isk... kau ni,
Zaryn. Memang betul-betul ketinggalanlah!” tingkah Farisya lagi.
“Serius! Kali ni aku
mengaku memang aku ketinggalan. Cik Irish kenapa ni?”
“Tak ada apalah,
Zaryn. Saya cuma pening sikit aje.”
“Cik Irish pitam
tadi. Lepas tu pengsan. Terkejut agaknya tengok Tengku Melissa mengamuk. Kalau
Kak Mai jadi Cik Irish pun, pengsan terus kat situ kut!”
“Sampai macam tu
sekali? Teruk betul perempuan tu mengamuk!”
“Mengamuklah. Dah
cinta tak berbalas. Kekasih pujaan hati hampir dimiliki orang!”
“Maksud Kak Mai?”
“Maksudnya... itu
Tengku Harrys sudah mahu kahwin sama orang lain, maa! You tak faham lagi ke, Zaryn?”
“Hah?? Dengan siapa?!”
“Yang tu kita orang tak tahu. Dengarnya calon
pilihan keluarga Tengku sendiri. So, Cik Zaryn... sila berhenti dari
terus bermimpi, ya! Prince charming awak dah berpunya dah!” selar
Natasya bersama gelaknya.
“Aduh... remuk
jantungku ku rasakan! Aku pula yang nak pitam sekarang!”
“Dahlah, Zaryn. Usah
bermimpi di siang hari!”
“Aku tahulah, Isya.
Selama ni aku main-main aje pun. Gila nak tackle Tengku Harrys tu? Nak
senyum pun sikit punya susah. Memang betul jadi gilalah kalau aku boleh dapat
dia! Tapi, kan... siapa calon pilihan keluarga bos tu, ya?”
Tiap pasang mata
berpandangan. Hanya Irish tertunduk kaku di tempatnya. Palpitasi di dada
kembali mengocak jiwa.
“Tak kisahlah siapa
pun calon pilihan keluarga Tengku, Ryn. Yang penting bukan minah tu. Kalaulah
aku dapat jumpa that lucky girl, aku rasa nak peluk dia kuat-kuat dan
cakap tahniah sebab dapat kalahkan minah saleh celup tu!” tingkah Natasya.
“Dan, yang pasti...
dialah satu-satunya perempuan yang dah berjaya cairkan hati Tengku Harrys!” Kak
Maisarah menambah.
“Yes! Betul, betul!”
Ruang pantri terus riuh degan suara gelak
dan debat kumpulan berkenaan. Hinggalah Kak Maisarah dan Elaine yang menghadap
pintu masuk, terdiam.
“Tengku!” Spontan
kedua-duanya berdiri, diikuti yang lain.
“Tak sangka pula saya
pantri ni dah jadi bilik meeting.”
“Eh... tak adalah,
Tengku. Kita orang borak-borak kosong aje!” Zaryn tersengih silu.
“Semua tak keluar lunch
ke?”
“Tak, Tengku. Cik
Irish tak sihat. So, kita orang temankan dia. Tapi dah order piza
tadi.” Natasya membalas. “Tengku masuk ni nak buat air ke? Saya boleh tolong
buatkan.”
“Tak apa. Terima
kasih. Saya nak jumpa Cik Irish sekejap.”
Serentak, seantero
bening memasung ke wajah Irish.
“Jumpa saya?”
Tengku Harrys
mengangguk. “Ikut saya sekejap.”
Dengan hati yang
berat, Irish menuruti langkah Tengku Harrys. Setiap pasang mata yang
melihatnya, dibiarkan. Keluar sahaja dari pantri, lelaki itu sudah bersandar di dinding menunggunya. Irish
menghampiri lalu berdiri di satu sudut, menanti bicara dari lelaki tersebut.
“HOW’s your condition?”
“Okey.”
Tengku Harrys tenung raut
itu. Masih pucat.
![]() |
Sungguh. Dia tak tahu-menahu apa yang menimpa Irish setelah gadis itu berlalu ke biliknya. Dia pula terus keluar untuk satu janji temu bersama klien.
Sehinggalah Tengku
Hafiy telefon tadi maklumkan padanya. Selesai urusan kerja, terus dia bergegas
pulang ke Haiyan.
Susuk tinggi itu berjalan
mendekati. “Kenapa boleh sampai pengsan?”
“Saya sakit kepala
sikit.”
“Sampai pengsan?”
Senyap.
Tengku Harrys hela
nafas. Dia yakin semua ini gara-gara insiden pagi tadi. “Ikut saya.”
“Ke mana?”
“Hospital.”
“Buat apa?”
“Check your
condition, Irish.”
“Tak... tak apa. Saya
tak apa-apa.”
“How do you know?”
“Betul... saya okey.”
Tengku Harrys tatap wajah
di depan dalam-dalam. Rahangnya diketap sehabis rapat.
“Tengku Harrys dengan
Cik Irish tu macam ada apa-apa aje!” Zaryn serkap jarang.
“Ada apa, mey?”
“Something speciallah,
amoi! Takkan kau orang tak nampak? Tengok tu... mata Tengku Harrys dari tadi
tak berkalih tenung Cik Irish.”
“Cakap fasal kerja
tak?” duga Farisya.
“Kalau cakap fasal
kerja tak adanya nak tenung-tenung macam tu!”
“Isk... kau ni,
Zaryn. Memandai aje gosip, kan!”
“Gosip apanya, Kak
Mai? Kan kita tengah tengok live depan-depan mata ni!”
Natasya mencari wajah
Insyirah. Momen makan mi segera di pantri
bersama Tengku Harrys dan Irish selayang menerjah ingatan kedua-keduanya.
“Dah lunch?”
Tengku Harrys kembali bersuara.
“Belum.”
“Kenapa belum?”
Sekali lagi Irish membiar
soalan lelaki berkenaan.
“Please take your
lunch. Kalau awak pengsan lagi lepas ni, saya terus angkat pergi hospital. No
more excuses!”
Terlepas jua
kata-kata amaran itu seiring kepergiannya dalam geram yang meruntun.
ANAK tangga dituruni ke tingkat bawah. Ikutkan badan yang
letih, ditambah pulang lewat lantaran temu janji makan malam bersama klien, mahu
saja direbahkan tubuh ke katil menyertai Helena yang sudah nyenyak dibuai mimpi.
Tapi..
Ada sesuatu yang
masih menghantui. Kalau tak diselesai, jangankan mimpi... nak tutup mata pun
silap-silap tak boleh sampai ke pagi.
“Mana pergi budak ni?
Satu vila pusing tak jumpa!”
Kala mata melewati kerusi batu di taman mini...
“Kat sini kau rupanya?
Penat abang tercari-cari!”
Petikan gitar Tengku
Harrys terhenti. “Cari Rys? Kenapa?”
“Kenapa kau tanya? Hey,
bro... you owed me an explanation, don’t you?”
Tengku Harrys melepas
nafas. “Apa yang abang nak tahu?”
“Every single
thing. Tell me, what happened this morning, actually?”
Tengku Harrys perbetul
duduknya. Satu demi satu, dia mula bercerita pada abangnya yang tenang
mendengar.
“Sebab hal meminang
tulah si Lissa datang pejabat mengamuk macam tu sekali? Sampai pengsan
dibuatnya si Irish? Isk... menggelabah betul
abang. Tahu dek Izzul fasal ni, niaya aje!” lelaki itu menguak rambutnya ke
belakang. “Kau ada jenguk Irish tadi?”
“Ada.”
“Macam mana dia? Okey?”
“Tak sangat.”
Tengku Hafiy hela
nafas panjang. “Kau dengan Irish sekarang, macam mana?”
“Okey.”
“Okey aje?” Tengku Hafiy tak puas
hati. Tapi, figura di sisi terusan menyepi. Melayani petikan gitarnya kembali.
![]() |
“Hermm... risau abang
tengok kau orang berdua nilah! Yang seorang hati beku dengan perempuan. Yang seorang
mulut beku nak bercakap dengan orang. Kau orang ni bukannya main cinta-cinta,
tahu tak? You are all getting married!”
Tengku Harrys masih
tak bereaksi.
“Abang tak tahu apa
yang ada dalam hati kau, Rys. Memang dari kecil abang faham sangat perangai
kau. Tapi soal hati kau... abang surrender! Yes, Irish calon
pilihan mama. Tapi abang tak nak kau terima dia sebab nak jaga hati keluarga.
Yang buat abang lagi
rasa berat... Irish tu adik Izzul. Abang kenal sangat Izzul tu. Dia takkan
senang-senang lepaskan adik dia pada lelaki. Kau ni dikira bertuah, tahu? Kalau
abang pun, belum tentu lepas nak pinang Irish. Silap hari bulan kena buku lima
dulu dengan Izzul!”
Gelak Tengku Harrys tak semena berderai.
“Hah, gelaklah.
Gelak! Abang nak tengok... boleh ke tak boleh kau buat Irish tu jatuh cinta
dengan kau dalam masa enam bulan ni!”
Petikan gitar termati
lagi. “Enam bulan? Maksud abang?”
“Sebab itu tempoh
yang ditetapkan untuk ikat kau dengan Irish. So, good lucklah!”
“Mana abang tahu?”
“Hai! Abang ni kan PA
mama. Mestilah semua update terkini abang tahu dulu!” Kali ini giliran
Tengku Hafiy tergelak, seiring bangkit berdiri. “Okeylah. Abang nak masuk tidur.”
“Abang, sekejap...”
“Fight for the
best during the next six months, brother. Good night!” laung Tengku
Hafiy kian menjauh bersama lambaian semangat buat adiknya.





