Friday, October 7, 2016

BAB 30 : BAYANGAN GURAUAN (UPDATED VERSION)







H

ARI ini dia tiba di pejabat agak lewat. Semalaman matanya tak dapat lelap. Hanya seusai solat subuh dapat lena. Itu pun sekejap.

Akibatnya... hari ini dia datang kerja dengan kepala berdenyut macam nak pecah.

Masuk ke perut lif, punat dua belas langsung ditekan. Sejengkal pintu ingin tertutup, satu tangan muncul dari luar menghalang. Pintu kembali terbuka. Irish mendongak.

Zap!

Menderau darah saat wajah itu terpacul di depan, merenung tepat ke arahnya. Hinggalah figura itu melangkah masuk, menjadikan hanya mereka dalam lif tersebut.

Seorang kekal tenang. Seorang resah tak menentu di sudut belakang.

        ‘Dia dah tahu ke belum, ya? Kalau belum, baguslah. Tapi kalau sudah, masak nak menghadap. Yang lif ni pun satu... kenapa lambat sangat? Gerak ke tak gerak?’

            “Are you busy today?”

            “Hmm?”

            “Ikut saya tengah hari ni. Pukul 1.00 tunggu di lobi. We need to discuss.”

          Serentak, pintu lif terbuka. Lelaki itu terus menapak keluar. Terkaku Irish memandang hingga batang tubuh lelaki itu menghilang.

“Dia dah tahu? Ah, masalah...”

Irish pejam mata, dengan harapan dia sedang bermimpi. Namun saat mata tercelik semula, pintu lif di hadapan mula tertutup kembali.

“Eh, eh... nantilah. Bagilah aku keluar sekali!”

Kaki pantas diayun ke bilik. Ikutkan hati, mahu saja dia lari cabut balik. Tak pun tadi... ambil MC. Itu lebih baik dari terpaksa menghadap ‘unpredictable person’ yang entahkan rupa apa bakal berlangsung pertemuan mereka nanti.

 

DARI kejauhan, BMW Tanzanite Blue itu sudah terparkir di depan pintu utama. Langkah Irish terhenti. Terasa kecut mahu menghadap Tengku Harrys kali ini. Berkira-kira apa yang ingin dibincangkan lelaki itu.

Perihal kerja? Atau hal semalam?  

“Kenapa tak masuk lagi?”

Irish berpaling ke belakang. Pap! Berlanggar tubuhnya dengan Tengku Harrys yang berada betul-betul di belakang. Badan yang hilang imbangan cepat-cepat ditarik lelaki itu  sebelum jatuh menyembah lantai.

Are you okay?”

Cepat-cepat Irish tarik lengan. Deras langkah diayun keluar dari ruang legar Haiyan. Di sisi kereta Tengku Harrys, dirinya terpisat-pisat kalut tak keruan. Entah berapa pasang mata menyaksikan insiden sekejap tadi

‘Ya ALLAH... malunya!’

            “Tak sudi nak naik kereta saya ke?”

            “Huh?”

            “Kalau tak sudi, saya bawa kereta lain.”

            “T...t... tak. S... saya okey.”

            “Come... get in.”

Kereta meluncur laju membelah jalan raya. Tak pasti ke mana arah tuju mereka. Sehinggalah haluan kereta terhenti di hadapan sebuah tasik yang agak lengang.

Lelaki itu berjalan keluar ke bahagian hadapan. Duduk di birai kereta, tangan menyilang ke dada. Dari ekor mata, dia nampak Irish ikut sama turun sebelum pegunkan diri tak jauh darinya.

I’m sure you know what happened last Saturday.”

      Jantung Irish berombak kencang. Mulutnya tak terkeluar suara untuk menyusun perkataan. Hanya pandangan tertuju pada figura berkenaan.

         “Apa yang saya diberitahu, keluarga awak minta tempoh untuk berbincang sebelum beri kata putus. Betul?”

“Be... betul.” Irish tundukkan wajah. Tak berani menentang renungan Tengku Harrys, biarpun saat ini lelaki itu berkaca mata hitam.

“Sampai bila?”

“Mungkin... seminggu.”

Tengku Harrys hela nafas. Pandangan terarah semula ke hadapan. Ikutkan hati, sekarang juga dia inginkan jawapan. Tapi...

Kaca mata ray-ban hitam ditanggalkan dari wajah. Renungan dilontar sedalamnya ke dasar tasik yang terbentang luas nan indah.  

“Susah ke untuk awak buat keputusan?”

“Keputusan apa?”

“Terima atau tolak lamaran tu?”

            “Saya tak tahu. Benda ni terlalu mengejut. Saya sendiri masih susah nak percaya.”

            “Awak nak cakap yang awak akan tolak lamaran tu?”

            “Saya belum buat apa-apa keputusan lagi. Ini soal masa depan. Masa depan saya, dan masa depan Tengku. Saya kena fikir baik-baik. Saya rasa Tengku pun mungkin tak setuju dengan risikan tu. Kalau kami tolak puu mungkin tak menjadi masalah.”  

          “Habis, kenapa tak tolak terus lamaran keluarga saya waktu tu? Kan senang. Tak payah susah-susah minta tempoh untuk bagi kata putus lagi.”

         Irish angkat muka. Tengku Harrys ditenung dari sisi wajahnya. Agak dingin kedengaran nada suara lelaki itu di telinga.

            “Jadi, Tengku nak saya tolak lamaran tu? Sekarang pun saya boleh buat keputusan.”

     Tengku Harrys semakin tak tenteram. Harus bagaimana dihuraikan perasaannya sekarang? Marah? Gembira? Sedih? Kecewa? Atau kosong tanpa apa-apa rasa.

Waktu dia keluar dari rumah tempoh hari, perasaan marah menyelubungi diri. Sangkanya risikan itu dihantar untuk Tengku Melissa. Lantaran itu dia pergi membawa diri.

Namun, perasaan marah itu bertukar sesuatu yang menggembirakan kala abangnya membawa khabar risikan tersebut adalah untuk Irish. ALLAH saja tahu riangnya dia.

Dan, hari ini... tak tahu perasaan apa yang sepatutnya dia perlu ada. Meskipun dia bersama gadis yang selama ini menjadi dambaan dalam hidupnya.

            “Awak dah ada pilihan sendiri?” serkap Tengku Harrys.

            “Tak ada.”

            “Jadi, kenapa tak terima lamaran tu?”

            Riak Irish sekali lagi terkejut. Ada apa dengan lelaki ini? Tadi suruh tolak. Sekarang suruh terima pula. Mana satu yang diinginkan sebenarnya?

            “Are you listening to me, Irish Qiara?”

            “Ya, saya dengar.” 

Then, why are you only staring at me?

Arh! Cepat-cepat gadis itu larikan pandangan.  Tak duga dirinya diperhatikan.

I need your answer now.”

            “Saya rasa Tengku dah tahu jawapannya. Kita pun tak pernah bercinta, apatah lagi hidup bersama. Dan... Tengku pun mungkin dah ada pilihan hati sendiri. Jadi rasanya tak perlulah kita teruskan hajat keluarga Tengku. Demi kebaikan dan masa depan masing-masing.” 

            Zap!

Renungan Tengku Harrys terpasak sekali lagi ke raut Irish. Rahangnya diketap. Nafasnya tersekat. Buku lima tergenggam erat. Entah berapa lama dirinya dapat menahan amarah yang kian menyala marak.

30 saat... wajahnya dilarikan. Memujuk diri untuk terus bertahan.

“Sama ada awak nak terima lamaran tu atau tak, terpulang. Kalau jawapannya ya... awak boleh beritahu sekarang. Tapi kalau sebaliknya... awak beritahu sendiri pada keluarga saya. Saya tak nak ambil tahu.

But one thing... kalau sampai keputusan tu akan beri kesan buruk pada keluarga saya, terutamanya mama saya... awak bertanggungjawab untuk semua tu.”

Tengku Harrys kenakan kembali kaca mata hitamnya. Langkah dibawa semula ke  kereta. “Let’s get back.”

           Sepi lagi menemani perjalanan pulang. Sesekali, Irish curi pandang figura di sebelah. Wajah sudah berubah merah. Mungkin tahan marah.

‘Marah kenapa? Patut dia suka aku tolak lamaran tu. Tak ada lagi penghalang hubungan antara dia dengan Tengku Melissa.’

Tengku Harrys pula menoleh. Bukan dia tak perasan gadis di sebelah curi-curi pandang sejak tadi. Cuma hatinya masih sakit. Lain yang diharapkan, lain yang jadi.

Perbincangan yang diimpi berakhir dengan kata putus yang gembira, hanya angan-angan di siang hari. Hati yang mula terasa tenang malam tadi, digamit gundah gulana kembali.

Gara-gara insan di sisi.

Keluhan dilepaskan. Skrin radio ditekan, membiar halwa memujuk jiwa mereda keresahan. Namun saat radio terpasang, intro lagu yang menjadi peneman tegarnya selama ini pula yang keluar.

Lelaki itu toleh ke sisi lagi, mengintai figura yang terus leka memandang ke luar.

‘Salah engkau yang tidak memahami, atau salah aku yang tidak mahu berterus terang?’

Kereta dipecut lebih laju. Dia ingin segera sampai. Tak mampu lagi terus bersama gadis yang mungkin akan kekal menjadi bayangan.

 

PINTU kondo dibuka dengan kunci pendua. Tubuh dihempas ke atas sofa. Tangan disilang ke dahi, menutup sebahagian wajah.

“Eh, Rys... kau rupanya! Aku ingat siapa tadi.”

        Mata yang baru terlena, celik semula. Sekilas dia memandang susuk yang berjalan mendekat, sebelum mata kembali dipejam. “Kau tak kerja ke, Rul?”

            “Tak. Aku cuti. Yang kau kenapa kat sini time-time macam ni? Tak kerja ke hari ni?”

            “Kau nampak aku pakai baju kerja ni, dah sah-sahlah kerja.”

            “Dah tu... kenapa terbaring kat sini? Setahu aku, kau mana reti ponteng-ponteng kerja ni!” tukas Fezrul. Duduknya berlabuh menghadap Tengku Harrys. Cawan minuman diletak atas meja. Tangan mencapai gitar atas stand. Tali diplucking memain lagu bersahaja.

Tengku Harrys kembali buka mata. Keluhan berat terbit dari bibirnya.

Hey, bro! What’s wrong?”

            “Nothing.”

            “Berapa lama dah kita kenal, Rys? Semalam kau datang dengan muka serabut macam ni. Today... again? Come onlah!”   

            Tengku Harrys bangkit dari baring. Duduk menyandar ke sofa, merenung dalam-dalam lukisan tergantung di dinding depan. Seakan dia dah tak mampu berselindung lama.

            “Hoi! Nak termenung aje ke? Habis aku kat sini ni nak tunggu aje?

           “Mama aku dah carikan calon isteri untuk aku.”

Tersedak Fezrul yang sedang menghirup airnya. Habis tersembur keluar semua. “W... wh... whattt??!”

           Tengku Harrys angkat kening.

“Kau biar betul Rys??!”

            “Muka aku nampak macam main-main ke?”

            Riak terkejut tadi semerta bertukar mood. Tawa Fezrul tak semena bergema di ruang tamu tersebut. Lagi galak bila figura di depan mencerlung renungan.

            “Ketawalah, Rul. Ketawa puas-puas.”

        “I... I just can’t believe it! Harrys yang selama ni anti-perempuan, mengelak sana, mengelak sini, at the end... mama dia carikan calon isteri untuk dia?!” Fezrul sambung ketawa.

            “Kau macam tak tahu mama aku tu. Buat apa-apa suka plan sendiri, mengejut.”

          “Hermm... kalau aku jadi orang tua kau pun, dah tentu-tentu risau. Macam tak ada hati nak kahwin aje! Belum lagi sentuh bab perempuan, bercinta, cari calon semua. Manalah mama kau nak duduk diam. Ah... relakslah! Baru cari, kan? Belum hantar rombongan apa-apa.” 

            “Dah hantar pun.”

            Kali ini Fezrul jatuh rahang. Duduknya yang bersandar santai, terus tegak. “Bila?”

            “Kelmarin.”

            “Sebab tulah kau lari ke sini? Bawa diri?”

            Tengku Harrys mengangguk lemah.

            “Ni kira kes tak setujulah ni? Patutlah dua hari muncul dengan muka serabut macam ni. Hai... apa susah, Rys? Kalau tak suka dengan pilihan mama kau tu, tolak ajelah. Tak payah nak serabut-serabut kepala!”

I can’t.”

“Kenapa?”

“That’s her.”

Mata Fezrul mengecil. Renungannya menajam. “Don’t tell me that you...,”

            “Yes. That was her...”

“Siapa??!”

       Sekali lagi Tengku Harrys menghempas keluhan. Benar-benar dia dah tak mampu pendam dan sorokkan[SZ1] .

             “I’m still waiting, Rys.” Fezrul beralih tempat ke sebelah lelaki berkenaan.

Tengku Harrys raup wajah. Dalam emosi bercampur-baur, satu per satu isi sanubarinya dirungkai. Dari pertemuan awal bersama Irish, hinggalah perbincangan dengan gadis itu lewat tengah hari tadi. Semua diceritakan agar rakannya mengerti kemelut yang sedang bersarang.

So... kau dah dengar cerita aku, kan?”

Tiada kata balas. Hanya senyuman Fezrul menghiasi rupa.

       “Aku suruh kau dengar cerita aku, dengan harapan kau akan faham, bagi nasihat. Bukannya tersengih-sengih macam tu.”

“Hei, sabarlah bro. Aku tengah menghayati cerita kaulah ni! Tak sangka, ya... rupa-rupanya ada hati dan perasaan juga kawan aku ni kat perempuan. Ingat beku dah!”

“Kau kalau cuma nak ketawakan aku, baik aku tak payah cerita.”

“Okey, okey! Aku stop!” Fezrul habiskan sisa tawanya. “Aku ni Rys tak adalah expert sangat nak bagi nasihat. Yang aku boleh cakap, sabar dan tunggu saja keputusan dari pihak perempuan. Tak boleh nak paksa sangat sebab benda ni terlalu mengejut.

Kau pun tak pernah bercinta dengan that girl. Tiba-tiba keluarga kau hantar rombongan merisik... dah tentu-tentulah dia orang ambil masa untuk buat keputusan.”

Tengku Harrys tarik nafas sebisa dalam. Terpaksa akur dengan bicara tersebut, biarpun tak selari dengan yang diinginkan. “Yang kau tersenyum-senyum macam tu, kenapa?”

“Saja. Tak sangka, jiwang juga kau ni rupanya. Dulu bukan main sombong dengan perempuan. Sekarang? Nak sangat aku tengok gadis yang dah berjaya buat kawan aku yang selalu nampak cool, dah bertukar jadi manusia paling kacau-bilau!”

Cepat-cepat Tengku Harrys bangun dari sofa.

            “Hei! Nak nak ke mana tu?”

            “Solat. Melayan kau, tak fasal-fasal terlepas asar aku.”

Segera langkah dihala ke biliknya. Dari dalam, telinganya dapat mendengar gelak Fezrul kembali berleluasa.

Jiwang? Dia sendiri tak tahu apa kena dengan dirinya. Gara-gara seorang gadis.

Yes!

‘Irish Qiara yang dah berjaya buat hidup aku jadi kacau-bilau sampai macam ni!’ sukmanya menjerit.


 

No comments: