Friday, October 21, 2016

BAB 32 : BAYANGAN GURAUAN (UPDATED VERSION)






               
“M
AMA. Ada apa-apa nak ditolong?”

“Hai, baru turun anak dara mama seorang ni?”


            Sorrylah, mama. Tengah siapkan assignment, terlelap!”

            “Hermm... kamu siapkan assignment ke assignment yang siapkan kamu?” 

Gelak Tengku Hazreen berderai tak semena. “Entahlah, ma. Menghadap assignment tu macam tak siap-siap! Ada yang Reen boleh tolong tak ni, ma? Cepat. Reen tengah rajin ni!”

“Kerja mama dah nak siap pun. Kak El dengan Mak Ros dah tolong. Tu... pergi tolong Kak Dewi potong buah sana.”

“Kak Dewi, bisa gue bantuin?”         

“Enggak apa-apa, Neng Reen. Kak Dewi bisa habisin semuanya sendiri.”

            “Alah, tak apa. Mari... Reen tolong.”

Sebilah pisau dicapai. Sebiji epal dikupas kulitnya sebelum dipotong beberapa bahagian. Tangkas tangan gadis itu melakukan tugasnya hingga selesai.

            “Waduh, Ibu Tengku! Sepertinya Dewi enggak bisa kerjaan lama di sini, dong!”

            “Eh... kenapa, Dewi? Kamu nak ke mana? Balik kampung ke? Atau dapat kerja lain?”

            “Ya enggaklah, sih. Tapi kan ini... anak gadis Ibu Tengku lagi udah pandai bikin kerja dapurnya. Itu... Neng El juga, rajin sekali! Makanya Dewi harus angkat kaki, deh!”

“Hermm... yalah tu, Dewi. El ni memang dah rajin. Tapi budak seorang tu, ikut mood dia. Kalau ada kat rumah, adalah muka dia kat dapur. Kalau tak, memanjanglah keluar. Sampai muka mamanya ni lama-lama nanti pun agaknya dia tak kenal dah!”  

“Isk, mama ni ada ke situ fikirnya! Biasalah... student’s life memang macam ni. Sibuk dengan assignment, study group. Nanti dah kerja adalah selalu kat rumah. Masa tu mama pun naik bosan agaknya hadap muka Reen hari-hari!”

“Pulang paku buah keras nampak? Dah... pergi naik atas solat zuhur. Lepas tu panggilkan Abang Harrys turun makan.”

            “Alright, maam!” Tengku Hazreen meninggalkan ruang dapur basah.

            “El pun pergilah naik solat. Nanti turun makan dengan Hafiy sekali.”

            Tengku Dafina turut beredar. Tinggal dua pembantunya menyudahkan segala kerja.

“Waduhhh... enak bangat baunya, mak!”

Sedari tadi keluar masuk dari dapur ke meja makan, muncul tiba-tiba susuk montel itu di sebelah Mak Ros yang menyenduk lauk ketam masak lemak cili api ke dalam mangkuk.

“Astaghfirullahalazim, terkejut mak!”

“Maaf dong, mak. Enggak tahan itu bau makanannya. Bisa rasa enggak?” Laju tangan Dewi mahu mengambil ketam dalam mangkuk.  

Pap!

“Aduh, mak. Sakit loh!”

            “Hah... sakit, kan? Kalau ya pun nak makan, pergilah ambil pinggan. Ini main ambil macam tu aje. Kau tahu kan lauk ni nak dihidang untuk Tengku?”

            “Maaf, dong.” Dewi tarik muka masam, ingin berlalu. Namun... “Dikit aja. Bisa, kan?”

            “Enggak bisa! Pergi siapkan meja dulu. Lepas tu baru boleh makan.”

            “Iya, iya... Dewi bikin ini. Tapi lauknya ditinggalin lebih dikit buat Dewi ya, mak?”

            “Iya. Dah, pergi cepat. Nanti semua orang dah turun, kau baru terhegeh nak buat!”

 

SEISI vila menjamu selera dalam suasana tenang. Tanpa suara. Hanya bunyi lagaan pinggan sesama sudu dan garfu kedengaran.

            “Abang...” Suara Tengku Dafina memecah kesunyian.

            “Ya.”

            “Hari ni genap seminggu, kan?”

Gerak laku masing-masing terhenti. Saling memandang sesama sendiri. Saat pandangan serentak menoleh, susuk figura itu hanya menyambung kembali suapannya tanpa menghirau yang lain.

            “Hurmm... kalau nak diikutkan, begitulah.”

“Tak ada apa-apa berita dari mereka ke, bang?”

“Belum lagi nampaknya.”

            “Abang rasa mereka terima atau tak, ya?”

            “Terima atau tidak, abang pun tak tahu. Yang penting... kita dah cuba, Fina. Selebihnya, tawakal pada ALLAH. Kalau ada jodoh, insya-ALLAH tak ke mana.”

Jeda.

Tengku Harrys teruskan suapan. Lagi cepat dia makan, lagi cepat boleh naik ke atas. Bicara orang tuanya tak dihirau. Entah... tiada hati untuk tahu keputusan itu, walau dapat mengagak jawapan yang diterima bakal mengecewakan.

Ring!

Telefon Tengku Hafiy lantang berbunyi di ruang utama. Cepat-cepat lelaki itu bangun.

“Assalamualaikum.”

Pandangan dilempar ke ruang makan. Seketika, langkahnya diayun keluar dari vila. Sepuluh minit...

“Siapa yang telefon, Hafiy? Lama bercakap. Sampai kena keluar.”

Tengku Hafiy tak jawab. Hanya kornea merenung satu per satu wajah yang ada. Renungannya berakhir pada raut yang cuma tertunduk di hujung sana.

“Hafiy, kenapa dengan kamu ni?” soal Tengku Dafina lagi tak puas hati.

Izzul called just now.”

Seluruh mata terpasung tepat pada lelaki itu. Seiring debaran menanti kata selanjut.

“Izzul sekeluarga kirim salam. Dia cakap... keluarganya terima pinangan kita.”

“Betul ke ni, Hafiy?! Kamu jangan bergurau!”

“Betul, ma. Itu yang Izzul beritahu Hafiy tadi.”

Ucapan syukur serentak terucap dari mulut setiap ahli keluarga Tengku Haiyan.

“Alhamdulillah, bang. Termakbul juga hajat saya!”

“Berkat usaha dan kesabaran kita. ALLAH dengar doa kita, Fina.”

“Nampaknya tak lama lagi Reen dapat kakak ipar barulah! Tak adalah nak dengar lagi mama membebel risau dengan anak bujang mama yang seorang tu!”

Tengku Harrys terusan terkaku kala yang lain penuh rasa teruja menerima berita gembira itu. Bening tak berkalih dari pinggannya di depan. Detak jantung sudah berselirat tak sealiran. Masih tak percaya dengan apa yang didengar. Melihat reaksi di meja makan ketika ini, pun belum cukup untuk meyakinkan.

‘Dia terima? Atau aku salah dengar?’

Lelaki itu angkat muka, mencari wajah abangnya. Ditenung raut itu dalam-dalam.



Bagai dapat merasa, abangnya turut sama menoleh. Lama pandangan bertemu. Sehingga akhirnya lelaki itu mengangguk... mengiakan bahawa lamaran keluarga mereka menyunting Irish untuk dirinya memang benar-benar telah disambut.

 

SEKELIP mata kediaman Encik Izzuddin kembali sunyi. Anak, menantu serta cucu-cucunya telah pulang. Biarpun siang tadi keadaan sedikit tegang, malam ini semuanya sudah mampu tersenyum dan bergelak ketawa seperti biasa.

Figura itu masih setia di meja kerjanya. Niat untuk masuk tidur awal tergendala kala teringat tugas pejabat perlu disiapkan. Pagi-pagi esok kena serah pada Encik Naufal. Lagu-lagu berputaran di radio jadi peneman, tabiat yang sudah sebati sejak zaman sekolah.

Ting!

Tumpuan gadis itu terhenti. Anak mata dilarikan pada tetingkap messenger.

Nazmi Jauhari : Assalamualaikum... Hi, girl! What are you doing?

 

Senyuman tercalit di bibir merah itu. ‘Dia ni tahu-tahu aje aku tengah mood sedih sekarang.’ Jari-jemari kembali menekan papan kekunci.

Irish Izz :  Waalaikumussalam.. Tengah siapkan kerja ofis.. Sihat?

Nazmi Jauhari :  I’m good.. Awak?

Irish Izz : Baik, alhamdulillah.. Apa cerita muncul tiba-tiba ni? Sejak balik Brunei lupa terus kat saya.. Mentang-mentang dah dapat jumpa kekasih hati..

Nazmi Jauhari : Inda la, Irish.. Saya inda pernah lupakan awak.. Cuma sibuk sikit.. Seminggu balik Brunei, terus mula kerja..

Irish Izz :  Awak dah kerja? Bukan cakap nak rehat dulu ke?      

Nazmi Jauhari : Sepatutnya macam itulah.. Tapi papa saya dah suruh masuk awal..

Irish Izz :  Papa awak suruh?

Nazmi Jauhari : Yes, I’m working with him... In our family company..

Irish Izz :  Family company? Awak tak pernah cerita dengan saya pun?

Nazmi Jauhari:  Bukan tak nak cerita.. Belum berkesempatan nak bercerita..

Irish Izz :  Shipping company?

Nazmi Jauhari:  Construction..

Irish Izz : Hmm?! Awak belajar shipping engineering, sekarang kerja dalam bidang construction? Betul-betul lari jauh dah tu!

Nazmi Jauhari : No choice, Irish.. Saya belajar apa yang saya minat.. Tapi kehendak keluarga, tak boleh ketepikan..

 

‘Ya. Itu juga yang terpaksa aku lakukan. Berkorban untuk orang-orang yang aku sayang. Demi melihat senyuman di bibir insan-insan yang selama ini terlalu baik padaku.’   

Irish Izz :  Boleh la nanti minta kerja dengan awak andai nak beralih angin ke sana..  

Nazmi Jauhari : No problem, dear! Anytime, say it.. Bumi Brunei sentiasa menanti kedatanganmu.. Can’t wait to see you in live!

Irish Izz :  Belajar dah.. Kerja pun dah.. Kahwin, bila?

Nazmi Jauhari: Wow! Daring betul soalan tu! But, yeah... I am getting married next month, Rish..

Irish Izz : Hei, saya bergurau ajelah.. Tak serius pun..

Nazmi Jauhari : But I’m serious, Irish.. Memang saya akan kahwin bulan depan.. Tak ada merisik, tak ada tunang, terus nikah.. Semuanya keluarga dah aturkan..

Irish Izz : Alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya awak akan kahwin dengan wanita yang awak cinta.. Tahniah, Nazmi.. Walaupun saya masih terkejut sebenarnya..

Nazmi Jauhari:  How about you? Dah jumpa?

Irish terdiam. Resahnya kembali bertandang. Perlukah dia beritahu Nazmi?

Irish Izz :  Belum, Nazmi.. Belum jumpa sesiapa..

Nazmi Jauhari : Ingatkan awak pun akan bagi kejutan malam ni.. Tak apalah, Rish.. Insya-ALLAH jodoh awak pasti datang satu saat nanti.. You know what? Kalau la saya masih single sekarang, dah tentu-tentu saya suruh parents saya datang sana pinang awak..

Irish Izz :  Dah... jangan nak merepek malam-malam buta ni!

Nazmi Jauhari : Inda la.. Siapa yang tak nak kahwin dengan gadis macam awak? Orang gila pun belum tentu nak tolak!

 

Sehingga ke jam 1.00 pagi, baru gadis itu melangkah ke katil merebah diri.

            Ding...

Bening yang sudah layu, segar kembali. Nada dari telefon bimbit menandakan mesej masuk. Laju tangan mencapai. Bimbang andai hal penting atau kecemasan.

Thanks.

Hanya itu ayat yang tertera di skrin. Kornea melirik nombor pengirim. Bukan dari senarai simpanannya.           

Siapa, ya?

Ding...

Have a nice dream. Assalamualaikum.

            Dahi gadis itu berkerut. “Siapa ni?”

Jemari menaip lagi, tak puas hati. Namun separuh jalan, ia terhenti. “Kalau dilayan nanti, takut menjadi-jadi. Nak balas ke biar?”

Irish berkira-kira dalam hati. Lama dia termenung memandang siling. 

“Hurmm... biar ajelah.”

Telefon diletak semula. Selimut ditarik ke paras dada. Kelopak mata dipejam, cuba melupakan gerangan pengirim yang menghantar mesej lewat malam begini padanya. 



No comments: