Friday, October 21, 2016

BAB 34 : BAYANGAN GURAUAN (UPDATED VERSION)







 F
IGURA langsing itu meluru keluar saat pintu lif terbuka. Habis semua manusia yang berselisih dirempuh. Langkah direntak deras menghala ke arah tujuannya.

            “Bos you mana?”

            “Err...,”

            “Don’t ask which one of your bosses, okay!”

            Terkebil-kebil Natasya pandang gadis itu. “Maaf, ya. Saya bukan nak tanya soalan tu. Cuma nak beritahu yang bos saya tengah ada mesyuarat sekarang.”

“Pukul berapa dia habis meeting?”

“Saya pun tak tahu. Sampai Tengku Haiyan tangguhkan mesyuaratlah.”

“Eh! You boleh jawab elok-elok sikit tak? Macam ni ke you layan tetamu?” 

“Eh, saya rasa saya dah layan cik dengan baik sekali. Saya jawab soalan cik siap dengan senyum lagi. Tak ada pun saya tengking-tengking cik, kan?”

“Hei! You...,”

What’s going on here?”

“Teng... Tengku!” kelam-kabut Natasya bangkit.

“Kenapa, Tasya?”

Pandangan gadis itu mengarah pada susuk blondy di depannya.

“Hai, sayang!”

What are you doing here?”

 “To see you.”

Tengku Melissa maniskan wajah. Langkahnya mendekat ke Tengku Harrys. Lengan lelaki itu dipaut manja. Cuma sesaat... pautannya ditolak.

“Herhh!” dengusan geram terhela. Marah yang reda, kembali menyerang. Perbualan orang tuanya pagi tadi kembali terngiang.

“You nak apa, Lissa?”

Why you didn’t answer my calls?”

“I sibuk.”

At least, answer it once!”     

Anything urgent?”

Yes! I want to talk to you!”

About what?”

Tengku Melissa menghadap Tengku Harrys. Kaca mata hitamnya dialih atas kepala. Bening redup itu ditentang dalam-dalam. Seketika, pandangan beralih pada gadis di sebelah. “Could you please leave both of us?”

“No. She stays here.”

This is between us, Harrys!”

“Saya per...”

Just stay here, Irish.

“Harrys!”

You want to talk, just say it. Otherwise... you may leave.

Irish genggam erat fail di tangan.Terasa bahang amarah dua insan di depan bakal meletuskan perang.

“Siapa perempuan tu, Harrys?”

“Apa maksud you?”

“Perempuan yang family you pinang... who’s that girl?”


Dummm!

Umpama halilintar menyambar, tubuh Irish kaku beku. Lemah longlai segenap anggota. Debar dada berombak deras bagai nak gila.

Tapi, Tengku Harrys... lelaki itu masih kekal tenang.

Tell me... siapa perempuan tu? Kenapa you tak beritahu I?”

“Kenapa I perlu beritahu you?”

'Cause I’m your girlfriend!”

Excuse me? Did I ever say that?”

Of course!”

“Bila?”

“Itu tak penting. Yang penting you dah tipu I!”

“Tipu? Bila masa pula I tipu you?”

“Habis selama ni, you keluar dengan I untuk apa? Tiba-tiba sekarang family you pinang perempuan lain untuk you. Then, I macam mana?”

“Macam mana apa? Macam sepupulah.”

How dare you said that, Harrys?? Sejak dulu I dah banyak korbankan masa I untuk you... ini yang you balas? Huh?!” 

Listen here, Tengku Auni Melissa. Seingat I, I tak pernah declared apa-apa hubungan sekalipun dengan you. Cause for me... you are only my cousin. Selama ni pun you yang beria-ia minta I teman you keluar sana sini. But remember I always say what?

 I buat semua tu atas dasar sepupu. Tak lebih dari tu. Dan, rasanya... I ni pun cuma pilihan terakhir you bila you dah tak ada teman nak cari kepuasan kat luar sana.”

No!”

Yes, you are! One more thing... keluarga I pinang perempuan tu, itu keputusan mereka. Jadi tak ada sebab untuk I tipu you. Am I making myself clear?” 

Tengku Melissa terkedu. Tertampar dengan kata-kata itu. Tubuhnya berpaling, menghadap sebahagian pekerja yang sudah berkampung di ruang pejabat tersebut.

“Saya rasa ada baiknya saya beredar dulu.” Irish berbisik seminima suara.

“Kenapa? Takut? Takut dia tahu awak perempuan yang dah rampas kekasihnya tu?”

Tepat kornea Irish menikam wajah lelaki itu.

“Sebab tu nak pergi. Tinggalkan saya hadap Melissa sendiri.”

Irish telan liur. Mulut nak jawab bukan. Tapi..  

“Ingat pesan saya? Bertindak mengikut arahan. Jangan ingat boleh pergi sewenang-wenang. Stay here as long as I'm still here.”

Irish tunduk pejamkan mata. Genggaman fail dipererat. ‘Baru masuk meminang dah kena serang macam ni. Nak tunang? Kahwin?’                                                           

Tell me, Harrys. Siapa perempuan tu?”

“You akan tahu juga nanti.”

“Tapi siapa? I kenal dia?”

“Mungkin.”

Tengku Melissa mendengus lagi. Rasa dipermain-mainkan. Tengku Harrys dihadap semula. “Fine! You tak nak beritahu, tak apa. Tapi jangan mimpi I akan lepaskan you dengan perempuan tu. Sampai ke lubang cacing I akan cari tahu siapa dia!”

Go ahead.”

“Harrys, Lissa! Kenapa kecoh-kecoh ni?”

“You tanyalah sendiri adik you ni, Fiy!.I remind  you again, Harrys. I'll never let go of you two! Just wait and see!”

Gadis itu beredar. Marah meluap-luap di dada. Mata-mata yang memandang langsung tak dihirau. Dia sudah tak kisah!

‘Ini Melissalah! Kau tak tahu apa yang aku mampu buat, Harrys!’

“Asal, Rys? Apa dah jadi sampai Lissa mengamuk macam tu?”

Tengku Harrys sekadar membisu.

“Irish? Irish okey tak ni? Kenapa muka pucat?”

“Err, tak... tak ada apa-apa.”

“Mana boleh tak ada apa-apa? Muka dah pucat sangat macam ni!”

“Be... betul. I... Irish okey.”

“Dah, pergi balik bilik. Tinggalkan dulu semua kerja-kerja. Dah okey nanti baru sambung. Kalau rasa makin teruk, tolong beritahu abang. You too, Harrys. But remember, you owe me an explanation for everything!

 

ZARYN menjejak ke tingkat dua belas. Entah kenapa Insyirah suruh dia naik setengah jam yang lalu. Kalau diikutkan sekarang sudah waktu makan tengah hari.

“Mana semua ni? Batang hidung pun tak nampak! Suruh aku naik tapi masing-masing hilang!” bebel gadis itu. Hingga telinganya menangkap bunyi dari arah pantri...

“Hah! Kat sini rupanya kau orang bersembunyi. Penat aku tercari-cari kat luar, tau!”

“Wei, Ryn! Kalau ya pun bagilah salam dulu. Sampai melompat aku kau sergah!”

“Nasib baik aku yang masuk. Kalau bos kau yang masuk tadi?”

“Isk, kau ni! Janganlah disebut-sebut. Buatnya dia datang betul karang!”

“Kenapa kalau bos kau datang pun? Ha, lagi satu... bukan patutnya sekarang kita keluar lunch ke? Kenapa semua berkurung dalam pantri ni? Kau orang tak lapar ke?”

“Inilah masalahnya kalau dia seorang yang duduk tercampak kat bawah tu!”

“Ai, bukan dia ke yang selalu cepat aje dapat info ke, Isya? Lagi-lagi gosip panas macam ni!” sampuk Kak Maisarah.

“Gosip panas?? Gosip panas apa ni, Kak Mai? Tak dengar cerita pun? Hari ni Ryn sibuk sikit kat bawah tu!” Gadis itu ambil tempat duduk. “Ceritalah kau orang. Nak dengar ni!”

“Takkan kau tak tahu yang minah saleh celup tu datang mengamuk pagi tadi?”

“Minah saleh celup?” Zaryn pandang Natasya. “Maksud kau, Tengku Melissa?”

“Iyalah! Siapa lagi minah saleh celup yang kau tahu?”

“Ooo... patutlah masa datang tadi terus meluru naik atas. Aku panggil dia buat selamba aje! Aku pula tengah handle klien masa tu. Asal tiba-tiba perempuan tu nak mengamuk? Mengamuk dengan siapa?”

“Dengan siapa lagi? Dengan Tengku Harryslah!”

“Sebab?”

“Se...,” tuturan Insyirah terhenti. Matanya terarah tepat pada kelibat di muka pintu.

“Eh, Cik Irish... kenapa datang sini? Cik Irish dah okey ke?

“Saya okey, In.”

“Haiya! Apa fasal Cik Irish bangun? Kasi rehat dalam bilik sana saja, maa!”

“Saya okey aje, Elaine. Awak semua janganlah risau.”

“Mahu tak risau? Jadi apa-apa kat Cik Irish, kena bebel saya dengan Tengku Hafiy!”

 Insyirah menggamit lengan Irish duduk di sebelahnya. Bimbang insiden tadi berulang lagi. Terhuyung-hayang ketuanya balik ke bilik dengan muka pucat lesi. Belum sempat masuk, tubuh lampai itu langsung terkulai. Nasib dia sempat sambut sebelum tersungkur ke lantai.

“Kenapa semua berkumpul kat sini? Tak keluar lunch ke?”

“Patutnya keluar. Tapi bila saya cakap kena jaga Cik Irish, semua ikut tak nak keluar.”

“Eh, eh. Sekejap! Ni kenapa pula dengan Cik Irish ni?”

“Isk... kau ni, Zaryn. Memang betul-betul ketinggalanlah!” tingkah Farisya lagi.

“Serius! Kali ni aku mengaku memang aku ketinggalan. Cik Irish kenapa ni?”

“Tak ada apalah, Zaryn. Saya cuma pening sikit aje.”

“Cik Irish pitam tadi. Lepas tu pengsan. Terkejut agaknya tengok Tengku Melissa mengamuk. Kalau Kak Mai jadi Cik Irish pun, pengsan terus kat situ kut!”

“Sampai macam tu sekali? Teruk betul perempuan tu mengamuk!”

“Mengamuklah. Dah cinta tak berbalas. Kekasih pujaan hati hampir dimiliki orang!”

“Maksud Kak Mai?”

“Maksudnya... itu Tengku Harrys sudah mahu kahwin sama orang lain, maa! You tak faham lagi ke, Zaryn?”

“Hah?? Dengan siapa?!”

 “Yang tu kita orang tak tahu. Dengarnya calon pilihan keluarga Tengku sendiri. So, Cik Zaryn... sila berhenti dari terus bermimpi, ya! Prince charming awak dah berpunya dah!” selar Natasya bersama gelaknya.

“Aduh... remuk jantungku ku rasakan! Aku pula yang nak pitam sekarang!”

“Dahlah, Zaryn. Usah bermimpi di siang hari!”

“Aku tahulah, Isya. Selama ni aku main-main aje pun. Gila nak tackle Tengku Harrys tu? Nak senyum pun sikit punya susah. Memang betul jadi gilalah kalau aku boleh dapat dia! Tapi, kan... siapa calon pilihan keluarga bos tu, ya?”

Tiap pasang mata berpandangan. Hanya Irish tertunduk kaku di tempatnya. Palpitasi di dada kembali mengocak jiwa. 

“Tak kisahlah siapa pun calon pilihan keluarga Tengku, Ryn. Yang penting bukan minah tu. Kalaulah aku dapat jumpa that lucky girl, aku rasa nak peluk dia kuat-kuat dan cakap tahniah sebab dapat kalahkan minah saleh celup tu!” tingkah Natasya.

“Dan, yang pasti... dialah satu-satunya perempuan yang dah berjaya cairkan hati Tengku Harrys!” Kak Maisarah menambah.

Yes! Betul, betul!”

Ruang pantri terus riuh degan suara gelak dan debat kumpulan berkenaan. Hinggalah Kak Maisarah dan Elaine yang menghadap pintu masuk, terdiam.

“Tengku!” Spontan kedua-duanya berdiri, diikuti yang lain.

“Tak sangka pula saya pantri ni dah jadi bilik meeting.”

“Eh... tak adalah, Tengku. Kita orang borak-borak kosong aje!” Zaryn tersengih silu.

“Semua tak keluar lunch ke?”

“Tak, Tengku. Cik Irish tak sihat. So, kita orang temankan dia. Tapi dah order piza tadi.” Natasya membalas. “Tengku masuk ni nak buat air ke? Saya boleh tolong buatkan.”

“Tak apa. Terima kasih. Saya nak jumpa Cik Irish sekejap.”

Serentak, seantero bening memasung ke wajah Irish.

“Jumpa saya?”

Tengku Harrys mengangguk. “Ikut saya sekejap.”

Dengan hati yang berat, Irish menuruti langkah Tengku Harrys. Setiap pasang mata yang melihatnya, dibiarkan. Keluar sahaja dari pantri, lelaki itu sudah bersandar di dinding menunggunya. Irish menghampiri lalu berdiri di satu sudut, menanti bicara dari lelaki tersebut.

 

HOW’s your condition?”

“Okey.

Tengku Harrys tenung raut itu. Masih pucat.


Sungguh. Dia tak tahu-menahu apa yang menimpa Irish setelah gadis itu berlalu ke biliknya. Dia pula terus keluar untuk satu janji temu bersama klien.

Sehinggalah Tengku Hafiy telefon tadi maklumkan padanya. Selesai urusan kerja, terus dia bergegas pulang ke Haiyan.

Susuk tinggi itu berjalan mendekati. “Kenapa boleh sampai pengsan?”

“Saya sakit kepala sikit.”

“Sampai pengsan?”

Senyap.

Tengku Harrys hela nafas. Dia yakin semua ini gara-gara insiden pagi tadi. “Ikut saya.”

“Ke mana?”

“Hospital.”

“Buat apa?”

Check your condition, Irish.”

“Tak... tak apa. Saya tak apa-apa.”

How do you know?”

“Betul... saya okey.”

Tengku Harrys tatap wajah di depan dalam-dalam. Rahangnya diketap sehabis rapat.

“Tengku Harrys dengan Cik Irish tu macam ada apa-apa aje!” Zaryn serkap jarang.

“Ada apa, mey?”

Something speciallah, amoi! Takkan kau orang tak nampak? Tengok tu... mata Tengku Harrys dari tadi tak berkalih tenung Cik Irish.”

“Cakap fasal kerja tak?” duga Farisya.

“Kalau cakap fasal kerja tak adanya nak tenung-tenung macam tu!”

“Isk... kau ni, Zaryn. Memandai aje gosip, kan!”

“Gosip apanya, Kak Mai? Kan kita tengah tengok live depan-depan mata ni!”

Natasya mencari wajah Insyirah. Momen makan mi segera di pantri bersama Tengku Harrys dan Irish selayang menerjah ingatan kedua-keduanya.

“Dah lunch?” Tengku Harrys kembali bersuara.

“Belum.”

“Kenapa belum?”

Sekali lagi Irish membiar soalan lelaki berkenaan.

Please take your lunch. Kalau awak pengsan lagi lepas ni, saya terus angkat pergi hospital. No more excuses!”

Terlepas jua kata-kata amaran itu seiring kepergiannya dalam geram yang meruntun.

 

ANAK tangga dituruni ke tingkat bawah. Ikutkan badan yang letih, ditambah pulang lewat lantaran temu janji makan malam bersama klien, mahu saja direbahkan tubuh ke katil menyertai Helena yang sudah nyenyak dibuai mimpi.

Tapi..

Ada sesuatu yang masih menghantui. Kalau tak diselesai, jangankan mimpi... nak tutup mata pun silap-silap tak boleh sampai ke pagi.

“Mana pergi budak ni? Satu vila pusing tak jumpa!”

 Kala mata melewati kerusi batu di taman mini...

“Kat sini kau rupanya? Penat abang tercari-cari!”

Petikan gitar Tengku Harrys terhenti. “Cari Rys? Kenapa?”

“Kenapa kau tanya? Hey, bro... you owed me an explanation, don’t you?”

Tengku Harrys melepas nafas. “Apa yang abang nak tahu?”

Every single thing. Tell me, what happened this morning, actually?”

Tengku Harrys perbetul duduknya. Satu demi satu, dia mula bercerita pada abangnya yang tenang mendengar.

“Sebab hal meminang tulah si Lissa datang pejabat mengamuk macam tu sekali? Sampai pengsan dibuatnya si Irish? Isk...  menggelabah betul abang. Tahu dek Izzul fasal ni, niaya aje!” lelaki itu menguak rambutnya ke belakang. “Kau ada jenguk Irish tadi?”

“Ada.”                                   

“Macam mana dia? Okey?”

“Tak sangat.”

Tengku Hafiy hela nafas panjang. “Kau dengan Irish sekarang, macam mana?”

“Okey.”

“Okey aje?” Tengku Hafiy tak puas hati. Tapi, figura di sisi terusan menyepi. Melayani petikan gitarnya kembali.


“Hermm... risau abang tengok kau orang berdua nilah! Yang seorang hati beku dengan perempuan. Yang seorang mulut beku nak bercakap dengan orang. Kau orang ni bukannya main cinta-cinta, tahu tak? You are all getting married!”

Tengku Harrys masih tak bereaksi.

“Abang tak tahu apa yang ada dalam hati kau, Rys. Memang dari kecil abang faham sangat perangai kau. Tapi soal hati kau... abang surrender! Yes, Irish calon pilihan mama. Tapi abang tak nak kau terima dia sebab nak jaga hati keluarga.

Yang buat abang lagi rasa berat... Irish tu adik Izzul. Abang kenal sangat Izzul tu. Dia takkan senang-senang lepaskan adik dia pada lelaki. Kau ni dikira bertuah, tahu? Kalau abang pun, belum tentu lepas nak pinang Irish. Silap hari bulan kena buku lima dulu dengan Izzul!”

 Gelak Tengku Harrys tak semena berderai.

“Hah, gelaklah. Gelak! Abang nak tengok... boleh ke tak boleh kau buat Irish tu jatuh cinta dengan kau dalam masa enam bulan ni!”

Petikan gitar termati lagi. “Enam bulan? Maksud abang?”

“Sebab itu tempoh yang ditetapkan untuk ikat kau dengan Irish. So, good lucklah!”

“Mana abang tahu?”

“Hai! Abang ni kan PA mama. Mestilah semua update terkini abang tahu dulu!” Kali ini giliran Tengku Hafiy tergelak, seiring bangkit berdiri. “Okeylah. Abang nak masuk tidur.”

“Abang, sekejap...”

Fight for the best during the next six months, brother. Good night!” laung Tengku Hafiy kian menjauh bersama lambaian semangat buat adiknya.



No comments: