Saturday, December 19, 2020

RELAKU PUJUK : SPECIAL TEASER 01

 

 

SEGALA barang-barang miliknya dimasuk ke dalam kotak. Tak banyak. Boleh dikira dengan jari jumlah untuk dibawa kelak.

     Siap urusan dengan kotak, pakaian dalam almari pula dikeluarkan. Separuh saja tinggal. Separuh lagi masih ada kat beg yang dibiarkan.

Sefhia jengah bawah katil. Nafas lega dihela. Beg yang ditolak tergesa-gesa tempoh hari masih ada. Mujur tak ada sesiapa jumpa.

Tangan pantas tarik beg tersebut. Lebihan pakaian dimasukkan. Selesai kesemuanya, beg dikendong ke badan. Kotak berisi barang-barang diangkut dengan tangan.

Ini malam terakhir dia di sini. Selepas ini dirinya tak akan tinggal di bilik ini. Sebaliknya bilik lelaki yang dah sah jadi suami bakal ambil posisi.

Hmmhh.

Mampukah dia? Sedangkan nak bertemu muka pun ingin dielaknya. Apatah lagi tinggal bersama. 

Hmmhh.

‘Terlajak perahu boleh undur. Tapi sekarang terlajak perbuatan, Sefhia. Antara kehendak, kemahuan dan keterpaksaan. Salah satu harus kau putuskan.’

Sefhia pejam mata. Kata hati itu dihadam sedalamnya. Sakit, pedih, perit. Namun untuk menyesal, apapun dah tak guna.

Serentak, kaki dihala keluar. Atur langkah ke tempat tujuan. Melewati ruang tamu, mata sempat kerling Pak Aryawan anak-beranak rancak bersembang dengan saudara-mara yang belum pulang.

Tak cukup mungkin waktu kat majlis resepsi tadi. Lagi-lagi dah lama tak kumpul dalam keluarga besar macam ini. Berbual panjanglah apalagi. Nak-nak kalau mereka menginap di sini. Entah-entah sampai esok pagi.

Ah. Pedulikan. Bukan urusannya. Urusan sekejap lagi yang lebih penting sedang menunggu dia. 

Langkah terus dihayun. Mendaki tangga ke tingkat tiga. Dah beberapa kali tempat ini dijejakinya. Jadi laluan dan selok-belok telah dihafal serba-serbi oleh dia.

Sampai depan bilik, Sefhia tolak pintu. Dan kala itu matanya terpaku. Terkejut bilik tersebut dah berubah laku.

Salah bilik ke?

Mustahil. Sebab hanya bilik Aryan ada di tingkat ini.

Gadis itu tak puas hati. Pandangan melilau ke kanan ke kiri. Kut-kut ada bilik lain lagi.

Tapi semuanya sama macam selalu. Belah kanan pintu ke bilik wardrobe. Belah kiri pintu ke bilik tamu.

Sefhia masuk semula. Yakin bilik tersebut memang milik suaminya. Cuma dah bertukar rupa. Sesuai dengan status bilik pengantin.

Suami?

Sefhia geleng kepala. Janggal rasa bibir nak ungkap.

Suami? Sampai hujung nyawa pun belum tentu hatinya akan terbuka.       

Mata biru itu terus meliar perhati bilik. Dengan hiasan bertema emas merun, ia benar-benar tersergam cantik. Patutlah berkali-kali Ibu Dian ajaknya masuk sini. Cuma dia yang sering elak diri.

      ‘Dah ready ke kau nak tempuh kehidupan baru ni, Sefhia? Lagi-lagi dengan lelaki yang pernah kau culik.’

      Dan-dan kepala terus berlegar cari jawapan. Benda yang selama ini tak pernah dia terfikirkan.

Dalam buntu otak dikerah, terasa bahu kanannya tiba-tiba disentuh dari belakang.

       Bap!

     Kotak di tangan terlepas ke lantai. Tangan dibahu pula kini berganti dalam genggaman.

Sepantas kilat Sefhia tarik tangan itu. Kolar baju dicengkam kuat. Tangan kiri genggam lengan kanan empunya badan erat-erat. Dan bersama segala kudrat, tubuh tersebut diangkat melewati bahu dan terus dilempar ke lantai depan dengan kuat.

Dum!

Bunyi jatuh sekali lagi kedengaran. Kali ini bukan kotak. Tapi sekujur badan.

“Aduhhh!!!” Aryan menyeringai kesakitan. “Apa-apaan kamu, Sefhia! Sakit, tau!”

“Kau start dulu.”

“Apa yang aku lakuin? Aku cuma pegang bahu kamu aja, sih!” 

Sefhia tak balas. Semuanya dah terlepas. Dan terjadi sangat pantas. Nak cakap apapun dah tak boleh repeat the past.

Dalam sakit yang masih berbisa, Aryan cuba bangun. Pinggang yang rasa nak patah, dipegang. Bukan sembarang perlahan dia dihempas ke lantai dengan teknik bantingan yang dilakukan.

Konon-konon nak sakat. Hah sekarang, rasakan!

Tegak saja badan, Aryan tentang sosok Sefhia. Tak tahu apa nak kata. Nak marah, kesian. Tak marah, dia yang geram.

‘Boleh tahan juga ini orang. Badan slim kayak gini bisa-bisa aja aku diterbalikkan!’ dengus lelaki berkenaan.

“Kamu mau bunuh aku?”

Nonsense.”

“Terus, apa? Kamu takut aku ngapain apa-apa sama kamu? Gitu?”

Do what?”

“Ah! Usah pura-pura tak tahu! Semalam menikah. Ini hari acara sanding. Sekarang lagi di bilik pengantin. Kamu kira, apa?”

Sefhia diam. Matanya dicerunkan. Kata-kata Aryan macam sebiji dart yang dibaling. Tepat kena sasaran!

Tengok tak ada reaksi jawapan, Aryan dekatkan jaraknya dengan Sefhia.

“Kamu takut, bukan?”

No.”

“Kamu takut, Sefhia.”

“Tak.”

“Kalau nggak, kamu nggak akan bertindak seperti tadi. Dan wajah kamu juga nggak akan berubah warna saat ini!”

Bening biru Sefhia makin tajam tembus ke anak mata Aryan. Nak saja dia nafikan. Bukan, bukan dan bukan! Tapi mukanya yang sedang merah sekarang tak mungkin dapat disembunyikan.

“Lain kali jangan masuk macam pencuri.”

Sefhia segera tunduk. Kotak atas lantai diambil. Tak tahu arah mana nak tuju, langkah sudahnya dihala ke bilik air. Dengan kotak dan beg diangkut sekali.

Biarlah! Asal dapat bawa lari malu yang dah tebal berinci-inci.

Aryan pandang saja langkah Sefhia. Hingga kelibat itu hilang, keluhan kecil terhela bersama gelengan kepala.

“Lumayan! Baru malam pertama udah dapat kayak gini. Esok lusa mau-mau dibalingnya terus aku ke dinding!”

Lelaki itu berlalu. Terhencut-hencut kaki berjalan keluar semula dari bilik itu. Tangan pula terus-terusan tekap pinggang dan tengkuk yang bagai dah patah-riuk seribu.

 


Tuesday, December 15, 2020

SINOPSIS : RELAKU PUJUK






Pembaca-pembaca yang follow dari Novel BAYANGAN GURAUAN, tahu saya suka buat video sinopsis...
Senang nak explain... 😄

Video dah buat sebelum official novel keluar...
Jadi cover lamalah saya guna...

Gambar & lagu sekadar ilusi...
So don't take seriously....... 🤗


🍁🍁🍁🍁🍁



 
      

Genre :  Romance, action, family, friendship

Main Characters : 

Aryan Wong

Sefhia  (Miss of Crazier)

Zen  (Head of Crazier)

Reyes  (Son of Crazier)

 

ARYAN ALFIANSYAH WONG. Impiannya nak jadi seperti Ibnu Batutah. Kembara keliling dunia. Cari ilmu, cari pengalaman, bantu yang memerlukan. 10 tahun kejar impian, akhirnya lelaki itu putuskan untuk pulang. Setelah puas menjelajah semesta alam.

Oh, Malaysia! Tak sabar rasa nak bersua. Dah rindu sangat pada keluarga. Tapi baru beberapa minit touched down, belum pun sempat sampai rumah, Aryan diculik geng Crazier... the most wanted criminal gang in Malaysia! Sebab? Dia anak Aryawan Wong, hartawan terkenal Indonesia. Dalam senarai orang terkaya dan berpengaruh di dunia.   

Orang kena culik jadi trauma, fobia, cepat-cepat nak bebas. Tapi Aryan? Lelaki itu sedih bila tahu dirinya akan dilepas. Gara-gara si mata biru, Miss of Crazier.

 

“Lepas ni kau akan bebas. Kau buat hal kau. Aku dengan cara aku.” -  SEFHIA

“Kalau aku nggak selamat ini hari, aku mungkin akan mati. Tapi kalau aku berhasil melangkah pergi, kita pasti bakal ketemu lagi satu saat nanti.” -  ARYAN WONG

 

Masin mulut Aryan. Atas takdir ALLAH, mereka kembali ditemukan. Dalam insiden tak disangkakan. 

 

EMERLINE SEFHIA. Jadi ini nama kamu? Namanya bagus sekali. Tapi orangnya kok jadi kayak gini?” -  ARYAN WONG.

 

Seboleh-bolehnya Sefhia nak lari jauh dari Aryan. Tapi sekuat-kuatnya Aryan mahu ikat gadis berkenaan. Atas rencana ‘gila’, gadis itu dinikahi. Nak selamatkan keadaan dan identiti diri.

 

Kau kahwin dengan aku, kau akan menyesal.” -  SEFHIA

Oh, ya? We will see. Siapa yang bakalin nyesal, siapa yang bakalin terpujuk nanti!” -  ARYAN WONG.

 

Dalam tercari-cari rentak keserasian, dua hati itu seakan bertemu corak kebahagiaan. Aryan terus memujuk. Sefhia bagaikan terbuai.

 

Aku tak layak nak bertaubat. Tak mungkin ada lagi ruang suci untuk pendosa macam aku.” -  SEFHIA

Tidak ada lafaz yang lebih agung yang aku tunggu-tunggu. Selain kalimah cintamu ‘Lailahaillallah’ terhadap-NYA.  Dan ‘Muhammadurrasulullah’ terhadap Rasul-NYA. Dan saat ungkapan ini udah terlahir di celah bibirmu, nescaya kamu akan bisa ngungkapin rasa cintamu terhadap sesama makhluk setelah itu. Termasuk diriku.” -  ARYAN WONG.

 

Baru indah mula bertebaran, namun segalanya direntap di tengah jalan. Sefhia dirampas semula. Aryan ditinggal bak patung tak benyawa.

 

“You need to get back to me. Forget about him, forget about your love. Come back to your life, and return to your old world! You are mine, Sefhia!”  -  ZEN

Dia bukan milik kau. Aku cuma bagi pinjam kejap. Dan sekarang, aku ambil dia balik!.-  REYES

 

Penemuan ‘sesuatu’ milik Sefhia buat keluarga Pak Aryawan tambah tak keruan. Gadis itu harus dicari. Bukan hanya untuk kembalikan semangat Aryan. Tapi demi menokhtah rahsia lebih 20 tahun yang sekian lama tergantung misteri. 


🍁🍁🍁🍁🍁



Monday, December 14, 2020

RELAKU PUJUK Is Officially Published!

 




RELAKU PUJUK...
Keluar dah...
Alhamdulillah......
Officially published on 12.12.2020 by KARYASENI...
🤲 🎀


#officialcover
#2ndkarya
#hadiahuntukpembaca
#after3years
#romanceactionfamilyfriendshipgenre



🍂 Available now on Shopee Karyaseni...



🦋  ORDER SECARA SINGLE :  👇👇

https://shopee.com.my/product/257079836/6371543740?smtt=0.22059866-1609060951.9



🦋  ORDER SECARA KOMBO (Kombo Meraung Disember 2020) :  👇👇


https://shopee.com.my/KOMBO-MERAUNG-NOVEL-NEGERI-CINTA-KUSUT-DI-HUJUNG-BALIK-KE-PANGKAL-RELAKU-PUJUK-KARYASENI-i.257079836.9803235641





Saturday, December 5, 2020

Status Terkini Manuskrip 'RELAKU PUJUK' (4 December 2020)



Sudah lulus sesi penilaian...
Sudah berakhir sesi Proofreading with Editor hari ini... ✔
Tunggu OFFICIAL ANNOUNCEMENT dari Penerbit... 🗣
Siapa terjumpa dulu, bagitau... 😀

.

#2ndbuahtanganuntukpembaca  📖
#hopeyouguyslikeit  🍁
#bismillah  🤲