ASSALAMUALAIKUM WBT....
Salam
Ramadhan buat anda semua yang disayangi..
Saban
hari ada sahaja yang bertanyakan saya tentang cerita/novel Bayangan Gurauan (BG).
Bila ia akan keluar? Bila ia akan diterbitkan? Saya kira ini sedikit sebanyak
adalah berita gembira buat pembaca dan pengikut setia BG, sekaligus menjawab segala
pertanyaan anda selama ini.
Setelah
bermalam-malam saya bersengkang mata mengedit manuskrip ini beberapa kali, juga
berkat doa dari anda yang tidak putus-putus, akhirnya semua itu berbalas sebaik
email ini saya terima dari Editor. Alhamdulillah. BG dikhabarkan lulus proses penilaian
penerbit dan akan diterbitkan pada bulan November nanti. InshaaAllah.
Mohon
maaf sekiranya BG mengambil masa agak lama untuk direalisasikan demi menghasilkan
karya yang baik oleh penerbit.
Terima
kasih berbanyak pada anda yang tidak jemu-jemu bertanya dan menyokong BG dari
awal hingga ke hari ini. Terima kasih juga kerana kesabaran anda menanti selama
berbulan-bulan ini. Dan saya harap anda akan terus bersabar bersama saya beberapa
bulan lagi menanti sehingga BG diterbitkan. Ini sahaja yg termampu saya usaha
& lakukan untuk merealisasikan permintaan pembaca-pembaca. Selebihnya adalah
bidang tugas penerbit. Dan semestinya keizinan dari Allah swt.
Sebarang
makluman akan saya update nanti. Teruskan sokongan anda. Dan doakan segalanya dipermudahkan
& berjalan lancar.
SALAM SAYANG,
Sayhazs
Zailie.
No comments:
Post a Comment