SUASANA malam itu sibuk seperti kebiasaan. Dengan orang
ramai berkeliaran segenap tempat. Dengan kakitangan sibuk lakukan tugas. Itu
belum lagi bunyi pengumuman yang tak henti-henti dibuat. Ibaratnya, KLIA ini
tak pernah tidur walau sesaat. Walhal, di lapangan terbang manapun.
“Gimana,
Ryan?” soal Ibu Dian sebaik Aryan selesai urusan di kaunter pertanyaan.
“Petugas
itu bilang penerbangan ke Jakarta lagi ditunda ke jam 11.00 malam.”
“Asik!
Lagi satu jam kita harus nungguin, mas.”
“Namanya juga naik pesawat, dong. Tunda
penerbangan itu udah satu kebiasaan,” bicara Pak Aryawan.
“Ya nggak apa-apa, kok. Kalau harus nungguin, ya
dinungguin aja. Usah ditunda sampei ke subuh esok, ya udah!” seloroh Ibu Dian.
Buat tawa suami dan anaknya berderai.
Ikut jadual, patut
dia dan Pak Aryawan dah selamat berangkat ke Jakarta siang tadi. Tapi kerana
suaminya terpaksa hadir satu mesyuarat penting, penerbangan mereka ditukar ke
sebelah malam.
Nasib baik ada tiket. Tapi ini
pun ditunda lagi. Elok-elok pukul 10.00 malam. Sekarang dah anjak ke jam
11.00.
“Nggak
apalah, ma. Pokoknya mama sama baba selamat sampeinya. Kalian mau makan? Atau
minum? Aryan beliin.”
“Nggak
mau. Masih kenyang. Mas mau apa-apa?”
Pak
Aryawan geleng kepala. Sambil leka tatap buku di tangan. Satu tabiat yang dah
sebati dengan jiwa. Pantang ada masa terluang, buku pasti setia meneman. Tak
kira di mana-mana. Apapun keadaannya.
Aryan
ambil tempat di sisi Ibu Dian. Telefon dalam saku jaket turut dikeluarkan.
Dibelek sebentar untuk mengisi waktu yang ada.
“Aryan.”
“Hmm?”
“Kamu
baik-baik aja, kan?”
“Mama kok nanya begitu, sih?”
“Dari tadi mama lihat kamu lagi diam.
Kamu sedih?”
“Sedih
ngapain?”
“Nggak bisa ikutin pulang. Siapa tahu.”
Hujung
bibir Aryan tersungging.
“Sesedih apapun Aryan rasakan… tetap nggak bisa ikutin
mama sama baba, kan?”
“Bagus kalau kamu tau itu.”
Kali ini Aryan tergelak. “Usah
khawatirlah, ma. Aryan baik-abaik aja. Cuman lagi capek,” ujarnya.
“Nah… tadi kan kami udah mau dihantarin sama Pak
Majidnya. Tapi kamu yang degil mau hantarin juga. Sekarang udah reportin kamu,
kan!”
“Mama ngapain ngomongnya begitu, sih. Kalian nggak pernah
repotin sama sekali, ah. Inikan udah menjadi tanggujawabku sebagai anak. Lagi
pula, Pak Majid udah kecapekan deh seharian urusin baba. Biarin dia istirahat.”
“Ya sama seperti kamu juga, kan? Seharian terus di kantor
lakuin kerjaan.”
Aryan terdiam.
Memang dia agak penat. Sehari
suntuk siapkan tugas pejabat. Walaupun hari ini hari Sabtu. Kalau dibawa ke
minggu depan alamat makin banyak nanti kerja yang tertangguh.
“Ya, udah. Kamu pulang dulu aja sana. Istirahat. Biar
mama sama baba aja nungguin di sini.”
“Nggak. Aryan nggak akan pulang. Selagi pesawat kalian
belum terbang. Biarinlah sampei ke subuh harus nungguin. Aryan akan tetap di
sini. Kalau harus ketiduran di sini juga ya nggak kenapa-napa, sih.”
“Loh! Ini anak! Ngomongnya jangan yang macem-macem, ah!
Kayak diminta-minta ini mulutnya! Isk!” tingkah Ibu Dian. Serentak mulut anak
lelakinya ditampar-tampar. Terhambur sekali lagi gelak Aryan.
“Ya udah, deh. Segalanya kan udah terjadi. Nggak ada apa
yang harus dikesali. Siapa tau punya hikmah di balik semua ini,” Pak Aryawan
mencelah tiba-tiba.
“Hikmah apaan?”
“Ya baba juga nggak tau, sih.
Jika bukan buat baba sama mama, pasti buat kamu. Barangkali saat perjalanan
pulang kamu nanti.”
Aryan pandang babanya. Dalam lirikan, dia cari erti kata
yang dilontar. Nak percaya entah tak. Tapi dia akui, ketenangannya sedikit
berkocak.
Hampir satu jam
tunggu, penerbangan ke Jakarta akhirnya selamat diumum.
“Baba
sama mama berangkat dulu, Ryan. Jaga diri kamu baik-baik. Armaya juga. Segala
kebergantungan ada pada kamu selama ketiadaan baba. Ingat!”
“Insya-ALLAH, ba. Baba sama mama juga jaga dirinya. Kirim
salam buat semuanya di sana.”
Salam
dan dakapan iringi perpisahan. Aryan tenung sayu kepergian orang tuanya. Bak
memberitahu agar dirinya dibawa bersama. Namun, ia cuma terlahir jauh di sudut
jiwa. Sejauh langkah Pak Aryawan dan Ibu Dian yang makin lenyap dari pandangan
mata.
**********
KERETA berwarna night
blue itu meluncur tenang
dalam gelap malam. Keadaan lebuhraya juga sudah beransur lengang. Namun masih
tetap ‘hidup’ dengan cahaya dari kenderaan dan lampu jalan.
Aryan
terus leka memandu. Setengah jam baru berlalu. Tapi macam dah setengah bulan
dia berpisah dengan baba dan mamanya.
Satu
keluhan dilepaskan. Ikut hati nak saja dia patah balik ke KLIA, ambil tiket dan
ikut terbang ke Jakarta. Rasa rindu pada datuk dan neneknya dah menebal. Tapi
pesanan Pak Aryawan pantas datang menepis niatnya.
Hmmhh.
Sekali
lagi lelaki itu mengeluh.
Timbul
rasa sesal tak pulang kampung halaman dulu sebelum datang ke Malaysia.
Sekarang, dia yang merana. Dengan jawatan CEO yang dipegang. Memang susahlah
lepas ini dia nak menghilang.
“Rasain
lo, Aryan. Mau nyesal udah nggak ada guna!” ngomelnya sendirian.
Malas nak layan perasaan, tangan terus tekan punat radio.
Volume dikuatkan. Biarkan halwa
mendengar lagu-lagu diputarkan. Moga dapat redakan rasa sebal. Walau hampir
semua lagu agak asing buatnya, dia cuma layankan.
Dalam telinga melayan lagu yang berkumandang, perut Aryan
terasa turut sama berdendang riang. Baru sedar yang dia belum jamah apa-apa
sejak siang. Pulang dari pejabat maghrib tadi, dia terus siap-siap untuk hantar
orang tuanya ke lapangan terbang.
Aryan
pandang jam dashboard. Dah hampir
pukul 12.00 tengah malam. Mak Minah mungkin dah tidur. Kesian pula nak kejutkan
suruh sediakan makanan.
Lelaki
itu berkira-kira dalam hati. Mahu pulang makan di rumah, atau singgah saja di
mana-mana restoran. Paling tak pun kedai makanan segera. Alang-alang dia dah
kat luar. Dapat alas perut sikit pun jadilah.
Tak
fikir panjang, Aryan terus menghala ke pusat bandar. Cari tempat makan yang
masih dibuka lewat malam. Dari jauh mata sudah nampak papan tanda ‘MacDonald’.
“Ya MacD pun bisalah. Dari perutku terus berkeroncong ini
malem.”
Kereta terus belok masuk ke kawasan deretan bangunan. Perlahan ia menyusur ke arah
restoran makanan segera itu di bahagian paling hujung.
Gggrrr.
Getaran telefon bersama deringan
kejutkan Aryan tiba-tiba. Apalagi… kelam-kabut lelaki itu seluk jaket. Kut-kut
panggilan kecemasan dari orang tuanya. Siapa lagi yang nak telefon lewat-lewat
malam macam ini?
Srreeettttt!!!
Belum sempat mata tengok skrin
telefon, kaki Aryan lebih pantas bagi reaksi. Sekuat hati pedal brek ditekan
hingga tayar kereta nyaring berbunyi.
Dum!!!
Aryan terlambat berhenti. Bahagian
depan Audi RS5 miliknya lebih dulu langgar sesuatu tanpa dia sedari.
“Astaghfirullahalazim!”
Lelaki itu tergamam. Wajahnya pucat.
Lututnya longlai. Tubuhnya menggeletar. Otak seakan ter’stop’ dari
berfungsi sebentar.
“Ya ALLAH… apa yang telah aku
lakuin?!”
Dalam rasa takut yang memuncak,
Aryan beranikan diri lihat ke depan. Jelas, sekujur tubuh sudah tertiarap kaku
atas jalan.
‘Apa dia masih hidup lagi?’
desisnya.
Pintu kereta dan-dan itu dibuka.
Kaki yang masih lemah segera diatur keluar. Menghampiri sosok tersebut.
Dengan
tangan terketar-ketar, Aryan angkat tubuh itu ke ribanya. Rambut yang menutup
wajah, perlahan-lahan diseka.
Sekali lagi lelaki itu terpana.
Cuak, terkejut, terkesima. Segalanya datang bertindan serta-merta.
Benarkah???
Dan saat itu dia rasakan nafasnya
benar-benar di hujung kepala!
No comments:
Post a Comment