Sunday, January 31, 2021

RELAKU PUJUK : SPECIAL TEASER 05

  



SELAK kunci ditolak ke atas. Sebaik terbuka, tangan lantas genggam pemegang. Dengan volum paling minima, daun pintu bilik air ditarik perlahan-lahan.

Sefhia intai ke luar. Kut-kut bayang seseorang melintas di depan. Tapi macam tak ada. Tanda lelaki itu belum jag lelaki a dari tidurnya.

Huh!

Sefhia tarik nafas lega.

Pagi ini sengaja dia bangun awal. Nak elak bertembung dengan Aryan. Semua gara-gara insiden tadi malam. Malu, segan, menyesal. Sampai lenanya lansung tak tenteram. Dan nampaknya apa yang diharapkan pagi ini dimakbulkan.

Mandi dah selesai. Lepas ini solat, kemudian siap-siap, habis itu boleh keluar. Tak kisahlah dengan siapa nanti dia akan lepak. Yang penting, bukan di sini bersama Aryan.

Tanpa lengah, gadis itu mula menapak. Sebaik kaki kiri jejak ke lantai, tekanan darahnya serentak naik memuncak. Sosok seseorang bersandar di sisi pintu bilik air betul-betul buat dia terperanjat.

“Kamu kenapa? Barusan lihat hantu?”

Sefhia terkaku. 

“Atau kaget lihat pria tampan lagi nungguin kamu depan pintu?”

Serentak Aryan pandang Sefhia. Satu renungan dihantar penuh makna. Renungan yang sama macam tadi malam. Cepat-cepat Sefhia alih pandangan.

Dari bersandar, kini Aryan sudah berdiri tegak. Setentang Sefhia di depan. Kakinya turut melangkah. Perlahan-lahan dekati Sefhia yang kaku tercegat. Selangkah demi selangkah, makin dekat. Hingga paksa si gadis berundur tapak. Dalam tak sedar, sosok Sefhia masuk ke dalam bilik air semula.

What are you trying to do?”

Aryan senyap. Namun kaki kekal bergerak.

Stop.”

Aryan masih tak endah. Cuma berjalan dan terus melangkah. 

Sefhia panik. Otak dah start fikir apa Aryan cuba nak buat.

Kalau musuh, dari tadi langkah seninya dah dia buka. Masalahnya sekarang, suami sendiri. Silap perang, mahu kecoh satu St. Regis Langkawi ini.   

Bap!

Bunyi sesuatu jatuh ke lantai. Petanda ruang di belakang dah mencapai tahap maksimal.

Akal Sefhia mati. Langkahnya terkunci. Tubuhnya dah melekat ke dinding. Tapi Aryan... sosoknya makin lama makin hampir.

Stop.”

Nowhere to run, Sefhia.”

You better stop.”

If I could.”

I said stop, Aryan.”

“Kalau nggak, kamu mau apaan? Teriak? Atau tumbukan? Go! Silakan.”

Aryan terus rapati Sefhia. Hingga betul-betul hanya satu dua inci jarak mereka terjeda. Dan serentak, kedua tangan lelaki itu ditekap ke dinding.

I got u!”

Sefhia tentang mata di depan. Tepat. Tajam. Menikam.

Apa Aryan cuba nak buat sebenarnya? Balas dendam? Atau sekadar satu usikan? Atau mungkin nak buat sesuatu yang menyebalkan?

Buatlah!

Sebelum sempat tangan lelaki di depan cecah badannya, kepala lutut ini yang akan singgah dulu ke abdomen dia. Dan seterusnya… perang bermula.

Sefhia dah tak kira. Apa nak jadi-jadilah. Kecoh satu hotel ini pun dia tak kisah. Kalau masuk paper sekalipun, lantaklah!


No comments: