Friday, October 6, 2017

CHAPTER 1(b) : SEJIWA (Bayangan Gurauan Sequel)







HAYUNAN langkah diperkemas menuruti lelaki di sisi. Walau kakinya sudah terasa kebas, digagahkan juga diri menyusuri kota London lewat petang begini. Suhu detik ini semakin rendah, atau sudah mencecah paras negatif barangkali. Sikit masa lagi boleh jadi air batu dia di sini.

Are you okay?”

“Hmm? Ya... okey.”

I don’t think so.”

“Saya okey. Jangan risau.”

Tengku Harrys terdiam. Sejak siang tadi hingga mereka berpatah balik dari dermaga Greenwhich, hanya itu jawapan yang dia dengar dari mulut kecil tersebut. Pantas dia mencapai lengan Irish. Langkah mereka terhenti di tengah-tengah Queen’s Walk itu.

            “Muka awak dah pucat sangat, Irish. Kalau saya toreh dengan pisau pun belum tentu darah keluar. Macam ni awak kata masih okey? Hmm?”  

            Irish tidak membalas. Hanya wajah Tengku Harrys dipandang sepi sebelum tertunduk. Sesaat dua, terasa pipinya disentuh hangat. Dia mendongak semula.

            Tengku Harrys terus menggosok kedua tapak tangannya lalu ditekap ke pipi Irish. Rutin yang selalu dilakukan bila Irish sudah kesejukan. Diulang perbuatan itu beberapa kali.

            “Feeling better?”

            Irish mengangguk.

            “Saya rasa esok aje kita balik rumah mak long.”

            “Kenapa?”

            “Cuaca tak mengizinkan sekarang. Sikit lagi awak boleh jadi air batu kat sini.”

            Irish tergelak kecil. “Belum salji lagi.”

            “But I think your wish doesn’t come true.”

            “Hmm?”

            “The snow is coming right now.”

            Irish pantas mendongak. Butir-butir kecil berwarna putih kelihatan mulai turun menyembah bumi London.

            “I already told you, right? Kat sini tak boleh elak.”

            “Tapi kita dah bagitahu mak long nak datang hari ni.”

            “I know.” Tengku Harrys menyeluk saku seluar. “Phone dah mati.”

            “Nak guna telefon saya?”

            “Tak apa. Come.”

            “Ke mana?”

            Tiada jawapan. Tangan Irish ditarik Tengku Harrys mengikutinya kembali ke kereta. Sebaik enjin dihidupkan, kereta terus menyusur ke jalanraya.

“Kita nak ke mana? Rumah mak long?” Irish menyoal lagi.

Nope.”

“Habis tu?”

Tengku Harrys mengerling ke sisi. Cuma segaris senyum diberikan sebagai ganti. Mematikan lansung niat Irish untuk terus bertanya lagi.  

            Beberapa minit menderu di atas jalan, kereta yang dipandu Tengku Harrys terhenti di depan sebuah deretan apartmen. Lantas dia keluar sebelum membukakan pintu untuk Irish.

            “Jom.”

            “Kenapa berhenti kat sini?”

Sekali lagi Tengku Harrys enggan menjawab. Tangan Irish sahaja digamit untuk turun dari kereta. Kaki kemudian diatur menghampiri salah sebuah apartmen. Sampai di depan pintu, lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari saku winter coatnya. Kunci.

“Awak nak buat apa, Harrys?”

“Masuk rumah.”

“Tapi ni rumah siapa?”

“Rumah orang.” Selamba lelaki itu membalas. Baru Irish ingin menegah, pintu sudah selamat dibuka. “Come. Get in.”

            “Tak naklah. Orang nampak nanti. Jomlah balik.”

“Kita dah baliklah ni.”

            “Tapi ni rumah orang.”

Tengku Harrys sudah tidak dapat menahan tawanya.

“Janganlah ketawa. Orang dengar nanti!” tingkah Irish sedikit kalut.

“Biarlah orang dengar. Lepas tu tangkap kita pecah masuk rumah. Macam tu?”

“Nak ke macam tu?”

“Apa salahnya. Then kena tangkap, lepas tu tidur kat lokap. Interesting, right?”

“Harrys...”

Tawa Tengku Harrys semakin galak. Nampaknya Irish masih tidak dapat menangkap. Lansung dia melangkah ke dalam. Suis-suis lampu dipasang. Kain-kain yang menutupi perabot diselak. Selesai semuanya, dia melihat semula Irish yang masih tercegat di muka pintu. Jelas wanita itu semakin bingung. Perlahan dia menghampiri.

“Irish ingat Harrys ni dah tak waras ke nak pecah masuk rumah orang? Kat negara orang pulak tu. Hmm?”

Tengku Harrys merenung wajah Irish. Menanti kata balas dari wanita itu. Dan akhirnya dia tertawa lagi.

“Ni rumah Harryslah, sayang. Lupa Harrys pernah tinggal sini?”

            Serentak itu kepala Irish dikucup. Pintu apartmen yang masih terbuka turut ditutup sebelum dia berlalu meninggalkan isterinya yang terus kelu tanpa sepatah kata.   







No comments: